Anda di halaman 1dari 17

KAEDAH PENGAJARAN:

KAEDAH
PENYELIDIKAN/EKSPERIMEN

DISEDIAKAN OLEH:

SITI NORIJAH BT MUDA DP00155
ZAIHASNIE BT ZAINUDDIN DP00236
SITI NURSALEHA BT MASRI DP00181
Maksud Kaedah Eksperimen:

Kaedah eksperimen merupakan satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang biasa
digunakan di dalam pendidikan sains.

Istilah eksperimen ini sering diertikan dengan
proses menjalankan kajian atau penyiasatan
tentang sesuatu fenomena yang berlaku dalam
alam sekitar.

Daripada pemerhatian dan pengumpulan butiran
data yang diperolehi melalui eksperimen, akan
dibuat kesimpulan atau dibentuk konsep tentang
perkara yang berkenaan.
Tujuan menggunakan kaedah eksperimen:

membantu murid mengembangkan intelek bagi
mencari jawapan akibat daripada rasa ingin tahu.

menunjukkan kepada murid supaya tidak
mempercayai sahaja sesuatu yang telah
dianggap betul oleh orang lain atau orang yang
berwibawa sebelum membuktikan kebenarannya
secara bersendirian.

memberi peluang kepada murid mengalami satu
pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan
dan bermakna
Prinsip-prinsip menggunakan kaedah
eksperimen:

1. Mengenal pasti masalah.
2. Membuat hipotesis.
3. Membuat perbincangan mengenai tujuan
eksperimen dibuat .
4. Penyediaan alatan.
5. Eksperimen yang hendak dijalankan sebaiknya
dicuba oleh guru dahulu.
6. Mengelak dari memberi jawapan dan kesimpulan
yang diharapkan kepada murid.
7. Mengadakan perbincangan sebaik sahaja
eksperimen yang dijalankan selesai.
Perkaitan Kaedah Eksperimen dengan Prinsip P&P
Mengaitkan pengalaman murid dalam P&P dapat
mengoptimumkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran.

Matlamat dan objektif yang diketahui dengan terang akan
memudahkan pengajaran dan pembelajaran.

Konsep yang dicipta oleh murid-murid akan menentukan jenis
tingkah lakunya.

Penglibatan murid dalam P&P akan meningkatkan pemahaman
dalam pembelajaran.

Kebaikan dan kelemahan kaedah Eksperimen

Peranan Dan Masalah
samb
7. Penilaian yang sesuai : Kognitif, psikomotor ( proses, produk), afektif.
Dalam penilaian kaedah ini,penilaian yang sesuai di gunakan adalah
dengan cara menilai hasil inkuiri pelajar yang telah disiapkan. Oleh
kerana kaedah ini gabungan jalin antara kaedah inkuiri dan kaedah
penemuan, ianya memerlukan domain kognitif yang mana proses
menjalankan eksperimen dan juga psikomotor bagi menghasilkan
produk iaitu hasil ujikaji eksperimen tersebut.

Guru seharusnya bijak dalam membuat penilaian sekiranya
menggunakan kaedah eksperimen ini. Guru boleh menggunakan
borang ujikaji dan juga modul bagi memudahkan pelajar membuat
kesimpulan daripada hasil eksperimen yang dijalankan.
8. Tajuk-tajuk yang sesuai dengan ERT
Bagi kaedah eksperimen ini tajuk yang sesuai
dengan ERT adalah dalam penyediaan makanan
dan juga klasifikasi jenis-jenis fabrik. Contoh
dalam penyediaan makanan, guru boleh
menggunakan kaedah ini untuk membuat
eksperimen tentang bahan manakah yang lebih
bagus untuk dibuat pelekat bagi melekatkan doh
popia. Adakah tepung ubi ataupun telur putih
,yang manakah lebih baik untuk menjadi pelekat.
Manakala contoh untuk klasifikasi lima jenis
fabrik iaitu gentian kapas, sutera, triasetat, nilon
dan polerster. Untuk mengklasifikan jenis kain
tersebut, guru meminta pelajar menjalankan
eksperimen mendekatkan setiap fabric dengan
nyalaan api. Kemudian catatkan pemerhatian
dalam konteks ciri samada mudah terbakar,
mencair ataupun mengecut. Dari segi kesan api
pula;terbakar dengan nyalaan terang, terbakar
perlahan ataupun perlahan. Dari segi bau pula ;
bau seperti asid, wangi ataupun busuk. Manakala
untuk hasil pembakaran pula; kelabu ringan, abu
hitam, manik kelabu keras atau manik hitam.
9. Kemahiran dan pengetahuan yang guru/pelajar perlu
semasa menggunakan kaedah eksperimen.
Kemahiran dan pengetahuan yang guru dan
murid perlu semasa menggunakan kaedah ini
lebih kepada kemahiran berfikir dan juga
mengaplikasikannya dalam menghasilkan refleksi
dalam setiap eksperimen.
Dalam proses pembelajaran,teknik ini dapat
memperkembangkan kebolehan berfikir reflektif
di kalangan pelajar sewaktu menyenaraikan
soalan-soalan yang perlu dicari jawapannya
sebelum membuat kesimpulan mengenai sesuatu
perkara yang disiasat.
Guru memainkan peranan sebagai pemudah cara
yang berkesan bagi menggalakkan penglibatan
yang aktif oleh pelajar dan juga guru berupaya
membimbing dan memperbetulkan aktiviti-
aktiviti pelajar yang terpesong daripada objektif
pelajaran semasa kaedah eksperimen ini berlaku.
Ini kerana kaedah ini sangat berpusatkan kepada
pelajar dan mereka diberi kebebasan untuk
meneroka sesuatu fenomena. Kebebasan
tersebut meningkatkan motivasi mereka supaya
berusaha melakukan yang terbaik bagi
memastikan kejayaan menemui sesuatu konsep
yang tepat.
10. Apa kajian lepas tentang kaedah tersebut
Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
(PIPP), kerajaan menekankan penggunaan kepelbagaian
kaedah pengajaran dan pembelajaran serta berpusatkan
pelajar. Antaranya disarankan lebih banyak eksperimen,
perbincangan, lawatan dan penyelesaian masalah.
Pembelajaran melalui eksperimen atau kaedah inkuiri
penemuan lebih cepat berlaku kerana pelajar menjalankan
penyiasatan sendiri bagi memperolehi maklumat melalui
bahan yang sebenar (Ogunniyi 1983; Berg 2003). Kaedah
tersebut dapat menerapkan pengetahuan, kemahiran
saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni (KPM 2002;
Komala 2004).
Kemahiran saintifik diperolehi apabila pelajar
merancang, mengendalikan dan menganalisis
data menggunakan pelbagai peralatan
eksperimen, spesimen dan bahan kimia (Berg
2008; Harwood 2004; Noor Akmar 2007). Melalui
kaedah eksperimen yang biasanya dijalankan
secara berkumpulan, akan dapat menerapkan
elemen sikap saintifik dan nilai murni seperti
bekerjasama, sistematik dan yakin, jujur dan
tepat dalam merekod data (Christensen &
McRobbie 1994; KPM 2002, 2005).

Pakar-pakar pendidikan bersetuju bahawa,
secara umumnya kaedah eksperimen
mengandungi tiga teknik pengajaran yang
berbeza: teknik penerangan, teknik penyiasatan
dan teknik perbincangan (Hoftein & Lunetta
2003; Marzano 1992; Smith 1971; Tamir 1977).
Kesemua teknik-teknik tersebut perlu
dilengkapkan dalam satu sesi pengajaran
bagi memastikan objektif pengajaran
tercapai. Kepelbagaian teknik dalam
kaedah eksperimen ini menyebabkan
pelajar lebih aktif, tidak berasa bosan atau
tertekan sepanjang kelas. Selain daripada
itu, penglibatan pelajar yang aktif dalam
kesemua teknik tersebut mampu
menerapkan ciri-ciri modal insan sama
ada secara tersurat atau tersirat.

Anda mungkin juga menyukai