Anda di halaman 1dari 5

10 CARA MENANGANI STRESS

Senyum .
Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan
tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh. Pasti sedikit
tekanan akan reda.


Bersendirian
Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk
mencari ketenangan seketika. Kita renungkan kembali apa yang
berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara
yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.


Bertenang
Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-
dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda
dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana
keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata.
Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam
keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.




Berbuat baiklah pada insan.
Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling
anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan
anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang diaTerus
jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda
mendiamkan diri, pekakkan telinga.

Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf.
Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin
agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan
cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus
stress anda akan berkurangan.


Peluk.
Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika
dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai
teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika
anda memiliki anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat.
Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti
kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara
ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.


Lavender.
Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai
sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak
lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh
mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia
diamalkan pada waktu malam).


Kasih sayang.

Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak
atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa.
.Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber
kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda
tidak berseorangan di dunia ini.



Taat kepada Allah.
Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang
dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya
anda tidak akan rugi walau sesaat.



Ceria.
Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada
disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita
hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini
dengan seadanya.

Anda mungkin juga menyukai