Anda di halaman 1dari 1

Refleksi

Terapi Bowen berpandangan bahawa seseorang individu hanya memeriksa dan membetulkan
pola yang dipindahkan daripada generasi sebelumnya, mereka lebih cenderung untuk
mengulang tingkah laku dalam keluarga mereka sendiri. Elemen dalam terapi bowen adalah
terdapat satu kebimbangan yang kronik dalam semua kehidupan kini yang dating daripada
lingkungan kehidupan yang lalu. Kebimbangan ini berlaku secara emosional. Fizikal dan
dikongsi bersama. Emotionally cutoff (emosi terputus) adalah satu pola yang banyak
dibincangkan dalam system keluarga.
Daripada main peranan (Role Play) yang telah dilakukan oleh kumpulan kami dimana
kaunselor berhadapan dengan isu keluarga yang menghadapi emotional cutoff, keadaan ini
dapat dikesan apabila kaunselor cuba mengaplikasikan pendekatan genogram. Dalam
keadaan emotional cutoff yang berlaku di antara anak dan ibu, kaunselor dapat mengetahui
punca sebenar isu ini berlaku apabila menggunakan genogram untuk meneroka permasalahan
sebenar yang berlaku dalam kalangan ahli keluarga.
Dalam terapi keluarga Bowen, sebahagian individu mudah diserang kebimbangan
berbanding dengan individu lain kerana itulah cara generasi sebelumnya dalam keluarga itu
menyalurkan transmisi tersebut kepada mereka. Hanya terdapat sedikit masalah sahaja yang
dihadapi oleh individu atau keluarga yang mengekalkan kebimbangan pada tahap yang
rendah. Dalam kes yang berlaku dalam main peranan kumpulan kami, enotional cutoff
berlaku apabila hubungan diantara anak dan ibu mula terputus dari segi emosi. Apabila
kaunselor mula meneroka dengan menggunakan genogram, isu ini berlaku disebabkan ibunya
terlalu bimbang dengan keadaan anak lelakinya dan inginkan anak lelakinya menjadi seperti
anak perempuannya.
Kejadian ini berlaku, disebabkan generasi sebelumnya yng mempengaruhi generasi
pada masa sekarang. Oleh itu, secara keseluruhannya, pendekatan terapi keluarga Bowen
dengan menggunakan teknik genogram dapat membantu kaunselor untuk memahami system
keluarga yang wujud dalam sesebuah keluarga. Kaunselor kena mempunyai pengalaman dan
kecekapan dalam menggunakan teknik genogram ini supaya dapat memahami system tiga
generasi keluarga yang wujud dalam sesebuah keluarga yang sering mempengaruhi tingkah
laku setiap ahli dalam keluarga tersebut.

Anda mungkin juga menyukai