Anda di halaman 1dari 3

1.

Masalah Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi adalah pengurusan masa yang tepat
sebagaimana yang telah saya rancangkan di dalam rancangan pengajaran harian yang telah
dibuat.
Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana masa yang tidak
mencukupi dan bimbang jika terambil masa guru untuk mata pelajaran selepasnya.

2. Perkembangan isu yang difokuskan
Apa yang dapat saya lihat masalah ini bermula dari hari pertama saya mendapat jadual waktu
kelas di mana saya juga mempunyai masalah untuk menguruskan masa di antara waktu kelas
Kemahiran Hidup dan juga kelas Bahasa Melayu kerana saya memerlukan masa yang lebih awal
untuk kelas Kemahiran hidup kerana untuk menyediakan peralatan tangan untuk murid-murid.

3. Analisis :
Masalah yang timbul berkenaan perancangan masa kerana semasa saya menerangkan set induksi
ianya adalah terlalu panjang menyebabkan aktiviti dan isi pelajaran yang telah saya rancangkan
terpaksa dilaksanakan secara pantas dan menyebabkan murid belajar dalam keadaan tidak
bersedia dan fokus terutama bagi kelas 4 Tekun yang mempunyai masalah pembelajaran yang
ketara.

Begitu juga ketika aktiviti kumpulan dijalankan,ia mengambil masa yang lama dari yang
dirancangkan.

Ini dapat dilihat apabila murid berasa teruja dengan sesuatu aktiviti yang dijalankan secara tidak
langsung mengakibatkan terlalu tertumpu kepada satu-satu aktiviti sahaja.

Namun apa yang saya perolehi hasil daripada pemerhatian saya terhadap murid mendapati
bahawa murid lebih memahami pengajaran dan pembelajaran secara lebih mendalam kerana
apabila dilakukan aktiviti berkumpulan murid sangat memberi kerjasama sehingga mereka tidak
sedar akan masa yang bergerak pantas.

Namun saya juga perlu mempertimbangkan bahawa penguasaan terhadap masa adalah penting
agar murid lebih mencapai objektif yang telah disasarkan kepada mereka.





4. Kajian lampau yang berkaitan isu :
Good,1973 : Pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara
harian,mingguan atau jangka masa yang panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti
Kuliah,belajar ,rehat,riadah,dan tanggungjawab.

Kajian kes : Seorang guru Bahasa Melayu masuk ke bilik darjah dua puluh minit lewat.Beliau
mengajar secara tergopoh gapah kerana ingin menghabiskan masa,beliau tidak memberi peluang
untuk menyoal atau melakukan sesi perbincangan mengenai topik yang ingin
diajar.Adakalanya,beliau terpaksa mengambil waktu yang berikutnya kerana perlu
menyelesaikan tugasnya serta menghabiskan sukatan pelajaran.

5. Cadangan :
Saya perlu membaiki pengurusan masa saya dari semasa ke semasa dan memperbaikinya dengan
memperbanyakkan maklumat dan pengetahuan tentang pengurusan masa.

Saya akan memperbanyakkan aktiviti yang menarik minat murid dengan matapelajaran
Kemahiran Hidup dan meningkatkan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer.


Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing,guru
pembimbing dan guru-guru di samping berbincang dengan rakan-rakan lain.

6. Tempoh masa:
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin.Pengurusan masa yang baik adalah yang
utama untuk mencapai objektif yang telah dirancangkan.


7. Tindakan susulan:
Tindakan yang dapat saya buat bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menyediakan
rancangan pengajaran harian pada masa tersebut mengikut kehendak masa dan tahap penguasaan
dan kefahaman murid-murid serta perlu menitik beratkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian
mengikut ketetapan masa.

8. Penilaian kejayaan/ Pelaksanaan terhadap langkah-langkah penambahbaikan:
Saya akan meminta pandangan dari pensyarah pembimbing saya untuk memberi penilaian dan
komen tentang tahap penilaian kejayaan saya agar saya akan dapat memperbaiki segala
kelemahan dari semasa ke semasa.
Pelaksanaan penambahbaikan :
Mengkaji kesilapan
Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan masa
Berbincang dan meminta pandangan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing
Merangka pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3. Membuat interprestasi

Saya mempelajari sesuatu nilai sepanjang minggu ini di mana cara melaksanakan P&P bukan
semudah yang disangka. Dalam masa sejam hanya maksimum 3 objektif yang dapat
disampaikan. Jadi pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Saya akan cuba
menggunakan ruang masa dengan efektif supaya setiap minggu P&P mengikut rancangan yang
disediakan. Kadang kala saya ingin mencuba sesuatu yang baru dengan mengalihkan tumpuan
hanya pada buku teks, tetapi setakat ini saya masih belum dapat idea yang boleh diapliksikan
dalam P&P. Insyaallah saya akan cuba sesuatu yang baru.

4. Keputusan
Pada pelajaran akan datang, saya akan mengajar semua mata pelajaran yang sepatutnya dengan
mengambil tindakan-tindakan seperti berikut;
a. Memperbaiki set induksi agar lebih mengujakan murid.
b. Memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan berkumpulan.
c. Memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbang saran oleh murid.
d. Pengawalan masa setiap aktiviti.
e. Memberi nasihat dan dorongan kepada murid
f. Memperbanyakkan kemahiran interpersonal iaitu bercakap di hadapan kelas.
Saya amat berharap dengan tindakan di atas, P&P akan lebih berkesan.

Menjadi persoalan sekiranya tidak dapat menguruskan masa dengan baik adakah segala
perancangan yang telah diatur akan berjaya?


9. Kesimpulan/Refleksi :
Saya perlu mengkaji semula apa kesilapan dan strategi yang perlu diambil untuk menyelesaikan
masalah tersebut.Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dan meminta pandangan
daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing agar mendapat tips yang berguna untuk
diaplikasikan.

Anda mungkin juga menyukai