Anda di halaman 1dari 21

TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

1

1.0 PENDAHULUAN

Kebudayaan merupakan aktiviti yang dimiliki oleh seseorang individu mahupun
sesebuah masyarakat.Kebudayaan mempunyai hubungan yang erat dengan
masyarakat.Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa
dan keturunan. Melalui rasa cinta dan hormat terhadap budaya masyarakat lain akan
mewujudkan integrasi nasional bagi menyatukan semua lapisan rakyat yang berbeza dari segi
latar belakang, status sosial dan budaya bagi membentuk satu bangsa yang mempunyai
pegangan, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama.
Oleh itu, sebagai seorang guru, konsep kebudayaan itu penting untuk difahami bagi
mengamalkannya.Budaya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu juga telah menerima
pengaruh daripada luar seperti Hindu, Barat, Islam dan Cina.Pengaruh pengaruh yang hadir
ini menjadikan sesuatu budaya itu semakin mantap dan unik.Budaya juga terhasil melalui tiga
faktor utama iaitu melalui asimilasi, akomodasi dan akulturasi.
Kebudayaan yang wujud pada hari ini adalah hasil daripada kebudayaan pada zaman
dahulu.Kebudayaan ini merupakan satu wadah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan
murid.Melalui pemahaman terhadap budaya ini, unsur- unsur dalam budaya dapat diterapkan
kepada murid. Mempelajari sesuatu budaya dalam masyarakat akan menimbulkan rasa hormat
kepada budaya orang lain.
Oleh itu, jelaslah kebudayaan itu diamalkan oleh sesuatu masyarakat.Kebudayaan ini
juga wujud dalam institusi politik, ekonomi, sosial, bahasa dan kesusasteraan.Kebudayaan
Melayu dalam urusan pentadbiran, ekonomi dan sosial ini menjadikan aktiviti yang dilakukan
menjadi lebih unik.Melalui kebudayaan ini juga dapat dilihat adat dan pantang larang yang perlu
diamalkan dan dipatuhi oleh masyarakat pada hari ini.
Dalam kebudayaan itu, terkandung unsur sosial, kepercayaan, sistem simbol, unsur
teknologi, ekonomi yang menjadi milik masyarakatnya. Budaya dapat membezakan sesuatu
masyarakat dengan masyarakat yang lain. Budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan
keperibadian kebangsaan sesebuah negara.Oleh itu, tugasan ini memfokuskan kepada
kebudayaan Melayu dalam mewujudkan sebuah negara yang mempunyai identiti yang
tersendiri dalam memupuk perpaduan dalam kalangan murid.
TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

2

2.0 ANALISIS KONSEP BUDAYA, MASYARAKAT, DAN PERKEMBANGAN MASYARAKAT
MELAYU.
a) Konsep Budaya
Budaya dari sudut etimologi berasal daripada dua perkataan iatu budi dan daya.
Perkataan budi bererti cahaya atau sinar yang terletak dalam batin manusia atau di dalam hati
manusia.Manakala perkataan daya pula berkait dengan sesuatu usaha manusia melaksanakan
dengan menggunakan anggota yang digerakkan oleh budinya.Manakala dari sudut pandangan
Inggeris culture berasal daripada perkataan Latin colere yang bermaksud menyedia dan
mengerjakan tanah atau menanam. Orang Eropah memilih perkataan culture untuk
menggambarkan pemikiran mereka yang menggambarkan kehidupan mereka yang sangat
rapat dengan aktivitipertanian ( agriculture ).Istilah kebudayaan daripada bahasa arab sinonim
dengan perkataan al- thaqafah yang bererti cepat memahami dan kecerdikan.
Antropologis E. B. Tylor berpendapat bahawa budaya merujuk kepada suatu
keseluruhan yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, tatasusila, serta sebarang
kemahiran dan tingkah laku yang dipelajari oleh manusia sebagai ahli sesebuah
masyarakat.Definisi Tylor ini tertumpu kepada sifat-sifat yang diperolehi oleh manusia hasil
daripada membesar di dalam masyarakat di mana mereka telah didedahkan kepada tradisi
budaya tertentu. Sebagai insan sosial, manusia mempelajari tentang peranannya dalam
masyarakat melalui proses pembudayaan(enculturation). Hakikatnya, budaya itu dipelajari
melalui interaksi sosial antara ahli-ahli masyarakat.
Konsep budaya juga dapat dibincangkan dalam dua aspek yang berlainan iaitu dari
aspek pandangan orang timur dan satu lagi dari aspek pandangan orang barat. Pada
pandangan orang timur,perkataan " budaya" ini membawa maksud suatu tenaga fikiran yang
menentukan pola kelakuan manusia. Ini jelas menunjukkan bahawa orang timur lebih
mementingkan kelakuan manusia iaitu kesantunan, kesopanan yang telah menjadi salah satu
ciri yang tidak dapat dipisahkan dengan orang-orang timur.Pada pandangan orang barat pula,
budaya ini mempunyai hubungan yang rapat dengan ketamadunan.Selain itu, orang barat
berpandangan terhadap perkataan "budaya" juga berbeza dengan orang timur. Bagi
mereka,budaya lebih mementingkan material dan menghasilkan sesuatu yang baru. Ini
bermakna sesuatu masyarakat itu dikatakan berbudaya jika mereka berjaya menghasilkan
sesuatu yang konkrit dan boleh nampak.walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir
TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

3

masyarakat barat yang mengatakan bahawa budaya mempunyai kaitan dengan spiritual seperti
yang dikatakan oleh masyarakat timur. Istilah " tamadun" pula bermaksud keadaan masyarakat
manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan
pemikiran iaitu dari segi politik,sosial,ekonomi dan budaya.Biasanya,Masyarakat yang
bertamadun dikatakan mempunyai peradaban yang tinggi. sebagai contoh, masyarakat Melayu
dikatakan mempunyai peradaban yang tinggi kerana mempunyai pelbagai budaya dan nilai-nilai
seni yang tinggi. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa ketiga-tiga konsep iaitu budaya,
ketamadunan dan peradaban mempunyai hubungan yang saling berkaitan antara satu sama
lain dan tidak dapat dipisahkan apabila membincangkan perkembangan tamadun manusia pada
masa lalu,kini dan juga pada masa yang akan datang.
Istilah kebudayaan merujuk dua proses utama, iaitu internal dan
eksternal.Prosesinternal (dalaman) bersumberkan budi ataupun kecerdikan akal yang
menjana proses eksternal yang berasaskan daya ataupun tenaga manusia sebagai
momentum dalam mengatur urusan hidupan harian bermasyarakat. Budaya mempunyai dua
elemen iaitu budaya material dan bukan material. Budaya material terdiri daripada fizikal
kebudayaan serta cara- cara penggunaannya. Contohnya reka bentuk rumah orang Melayu
berbeza dengan orang Inggeris atau Eskimo.Budaya material merupakan kepercayaan, adat
istiadat dan undang- undang.Contohnya setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang
berbeza dalam menjalani kehidupan seharian seperti perkahwinan masyarakat India hantaran (
dowri ) diberikan oleh pihak pengantin perempuan kepada lelaki tetapi sebaliknya dalam
masyarakat Melayu.
Budaya mempunyai ciri- ciri yang tersendiri seperti diwarisi.Diwarisi ini bermaksud dapat
diperturunkan dari generasi ke generasi.Ini bermaksud budaya yang diamalkan sekarang
adalah berlanjutan daripada budaya terdahulu.Budaya juga dapat dipelajari kerana budaya itu
tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Selain itu, budaya yang dipelajari akan
dikongsi oleh sekumpulan manusia. Contohnya makanan seperti nasi lemak turut dikongsi
bersama masyarakat umumnya di Malaysia. Budaya itu juga bersifat sejat kerana ia wujud
dalam semua kelompok manusia. Budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana
faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.Selain itu, budaya boleh
berubah terutama budaya dari segi kebendaan yang mengalami perubahan yang
pesat.Perubahan yang berlaku adalah seiring dengan perubahan yang berlaku
sekarang.Budaya merupakan satu perlambangan.Perlambangan ialah sebagai satu lambang
TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

4

dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendukungnya seperti bendera,
warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya.

Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi
sesama mereka seperti isyarat memanggil.Budaya juga mempunyai pandangan semesta iaitu
bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam
kehidupan seharian.Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang
rapat dengan alam sekitarnya.
Budaya jugaterhasil melalui tiga faktor utama iaitu melalui asimilasi, akomodasi dan
akulturasi.Budaya terhasil melalui asimilasi terjadi kerana kumpulan minority menerima budaya
dominan dengan merek.Contohnya masyarakat Cina di Kelantan. Asmilasi ini dapat dirumuskan
melalui A+ B = A. Manakala budaya yang terhasil melalui akomodasi iaitu menyedari perbezaan
budaya yang wujud namun masyarakat tersebut mempertahankan budaya mereka sendiri dan
mereka masih menghormati budaya masyarakat lain. Budaya akomodasi ini dirumuskan
sebagai A+B+C= A+B+C. Walaupun masyarakat tersebut mempertahankan budaya mereka
namun suasana harmoni dengan masyarakat lain masih wujud.

Rajah 1: Faktor yang Mempengaruhi Budaya.
FaktorBudaya
Asimilasi
Akomodasi Akulturasi
TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

5

Secara umumnya kebudayaan satu cara hidup yang dikembangkan oleh sesuatu
masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk terus hidup, meneruskan zuriatnya dan
mengatur pengalaman sosialnya.Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah cara hidup yang
menjadi kepunyaan bersama.

b) Konsep Masyarakat
Masyarakat boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-
sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.Jaringan yang erat melalui Individu,
keluarga, dan kumpulan- kumpulan kecil merupakan aggota sesebuah masyarakat. Melalui
hubungan ini terbina hubungan sosial yang berulang sifatnya contohnya seperti gotong-
royong.Setiap masyarakat mempunyai budaya yang tersendiri yang terbentuj daripada
hubungan rapat sesame anggotanya semenjak masyarakat itu wujud.Contohnya masyarakat
Melayu di kawasan luar bandar telah wujud sebelum kedatangan kebudayaan asing.
Istilah masyarakat berasal daripada bahasa Arab yang bererti ikut serta, manakala
dalam bahasa Inggeris disebut society yang membawa maksud sekumpulan manusia yang
berinteraksi dalam suatu hubungan sosial.Masyarakat ini mempunyai kesamaan budaya,
wilayah dan identiti.
Konsep masyarakat mengikut tokoh iaitu Ralp Linton (1936), adalah sekelompok
manusia yang telah lama bekerjasama, sehingga mengorganisasikan dirinya sebagai salah satu
kesatuan sosial dengan batas tertentu.Pengertian ini menunjukkan adanya syarat-syarat
sehingga disebut masyarakat, yakni adanya pengalaman hidup bersama dalam jangka waktu
cukup lama dan wujudnya kerjasama diantara anggota kelompok, memiliki pemikiran atau
perasaan menjadi sebahagian dari satu kesatuan kelompoknya.Pengalaman hidup bersama
menimbulkan kerjasama, adaptasi terhadap organisasi dan pola tingkah laku anggota-
anggota.Keadaan ini telah mewujudkan kesedaran berkelompok.
Manakala menurut John Lewis Gillin dan John Gillin (Gillin & Gillin) (1945), masyarakat
adalah kelompok manusia yang terbesar yang mempunyai kebiasaan, tradisi, sikap dan
perasaan persatuan yang sama. Masyarakat itu meliputi pengelompokkan-pengelompokan
yang lebih kecil.Ini menunjukkan bahawa masyarakat itu meliputi kelompok manusia yang kecil
sehingga kelompok suatu masyarakat yang sangat besar, seperti suatu negara.Negara itu
memiliki tradisi, sikap, dan perasaan persatuan yang sama dengan keteraturan.
TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

6

Berbeza dengan ahli sosologi Karl Marx, yang menyatakan bahawa masyarakat adalah
suatu struktur yang menderita ketegangan organisasi ataupun perkembangan karena adanya
pertentangan antara kelompok-kelompok yang terpecah-pecah secara ekonomis. Oleh itu,
dapat disimpulkan bahawa masyarakat adalah manusia yang hidup bersama yang
menimbulkan sistem- sistem komunikasi dan peraturan- peraturan yang mengatur hubungan
antara manusia bagi mewujudkan kebudayaan kerana mereka saling terikat antara satu sama
lain.
Melalui masyarakat ini dapat disenaraikan ciri- ciri utama masyarakat iaitu :
a) Berkelompok
b) Berbudaya
c) Mengalami perubahan
d) Berinteraksi
e) Mempunyai kepimpinan
f) Mempunyai aturan sosial.

c) Perkembangan Masyarakat
Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana
Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah
melakukan penyelidikan pergerakan masyarakat Melayu kuno.Teori mereka menyatakan
bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompokAustronesia, iaitu kelompok manusia yang
berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa
gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.
Asal usul bangsa melayu merupakan sesuatu yang sukar di tentukan,walaupun terdapat
beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan pekara ini,tetapi kata sepakat antara sarjana
belum dicapai.secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal usul bangsa melayu iaitu bangsa
Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunan ), dan bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori
Nusantara).
Orang melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang
utama,iaitu orang Negrito,Melayu Proto,dan juga Melayu Deutro.Gelombang pertama dikenali
sebagai Melayu-Proto yang berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi,Kira-kira dalam tahun
1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-
TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

7

Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia
Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-
orangJakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain
berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat
Melayu yang ada pada masa kini.
Orang Neggrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu,dipercayai
berasal daripada golongan Austronesia di Yunnanmereka dikatakan berada di sini sejak 1000
SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha,Kelantan.daripada orang Negrito telah
diperturunkan orang semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap,berambut
kerinting,bermata bundar,berhidung lebar,berbibir penuh,serta saiz badan yang
pendek,keturunannya orang Asli di semenanjung Malaysia,Dayak di Sarawak dan Batak di
Sumatera.
Manakala Melayu-Proto pula berasal dari Asia Tengah,perpindahan tersebut (yang
pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM,mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-
Proto,peradaban orang melayu-proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang
Melayu-proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam,membuat barang pecah belah, dan
alat perhiasan kehidupan mereka berpindah randah.zaman mereka ini dinamai Neolitik atau
Zaman Batu Baru. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai
Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang di kenali sebagai
Pinang,Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.
Kumpulan ketiga dikenali sebagai Melayu Deutro.Perpindahan penduduk yang kedua
dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM.mereka
dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada melayu
proto.Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam.mereka telah menggunakan alat
perburuan dan pertanian daripada besi.Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam,mereka hidup
di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh kepulauan Melayu ini.
Kedatangan orang melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan
perpindahan orang melayu-proto ke pendalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang
berpindah randah.berlainan dengan melayu-proto,melayu deutro ini hidup secara berkelompok
dan tinggal menetap di sesuatu tempat.mereka yang tinggal tepi pantai hidup sebagai nelayan
dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur.hidup
mereka sebagai petani dan memburu binatang.orang melayu deutro ini telah pandai
TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

8

bermasyarakat,mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua
pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti itu ialah animisme.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada
Melayu Proto.Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.Bilangan lebih
banyak daripada Melayu Proto.Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.Orang
ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat
di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.
Masyarakat Melayu merupakan sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya di
Nusantara.Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum terbinanya empayar
Kesultanan Melayu Melaka lagi kira- kira 500 tahun yang lalu.Masyarakat Melayu mempunyai
nilai tamadun yang tinggi di bawah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.














TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

9

Sultan
Pembesar Peringkat
Negeri
Pembesar Peringkat Daerah
dan Jajahan
Penghulu Peringkat Kampung
3.0 KEBUDAYAAN MELAYU DALAM INSTITUSI POLITIK, EKONOMI, SOSIAL, BAHASA
SERTA KESUSASTERAAN.
Kebudayaan Melayu dalam sistem politik dapat dilihat dalam pentadbiran dan
pemerintahan.Pemerintahan telah disesuaiakan dengan agama Islam kerana sultan berasal
dari keturunan pahlawan Islam iaitu Zulkarnain Fil Alam.Melalui ini sultan dianggap mempunyai
kekuatan dan keajaiban.Dalam pentadbiran sultan dibantu oleh oranng- orang besar yang
menjadi pegawai.Institusi beraja merupakan institusi yang menjadi sanjungan.







Rajah 2:Hierarki Pemerintahan Kesultanan Melayu
Kini, sistem politik Melayu ditambah nilai dengan aspek demokrasi.Sistem demokrasi
berbentuk musyawarah yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat setempat.Demokrasi
berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu kini ialah pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh
rakyat dan untuk rakyat dengan peranan Raja atau Yang Dipertuan Agong untuk meluluskan
undang-undang yang dibuat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Hal ini demikian menjelaskan
konsep pemerintahan yang berbentuk musyawarah, iaitu ketetapan bersama dalam
menentukan undang-undang yang perlu dilaksanakan.
Menurut A.Aziz Deraman Sistem demokrasi berparlimen adalah rupa bentuk budaya
politik zaman ini, manakala raja berperlembagaan yang unik adalah warisan sejarah budaya
yang diamalkan sejak zaman-berzaman. Institusi yang di Pertuan Agong kekal
kesinambungannya daripada tradisi beraja negara.Segala adat istiadat dan upacara yang
berhubung dengannya bererti pemupukan budaya yang berterusan.
TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

10

Dalam aspek ekonomi pula, orang Melayu pada zaman dahulu hanya bercucuk tanam
dan bekerja sebagai nelayan untuk menyara hidup mereka. Selain itu, masyarakat pada zaman
dahulu juga mengamalkan sistem barter atau lebih dikenali sebagai sistem pertukaran barang.
Kebudayaan ekonomi masyarakat Melayu semakin hari semakin meningkat. Ini dapat dlihat
menerusi undang- undang Kedah dalam teksnya bertarikh 1650 yang menyatakan bahawa
Kedah merupakan sebuah bandar pelabuhan. Selain itu, terdapat dalam rang undang- undang
Kedah yang mencatatkan mengenai hukum berniaga. Berdasarkan undang- undang ini juga
telah terdapat pengaruh Islam dalam ekonomi masyarakat Melayu.Contohnya permasalahan
yang berkaitan dengan soal jual beli seperti riba dan haram menjual barangan yang tidak halal
berdasarkan agama Islam.
Sosial adalah berkaitan dengan kemasyarakatan yang meliputi persahabatan, pergaulan
atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat secara harmoni.Sosial
masyarakat meliputi nilai murni, kesenian, undang- undang, adat resam dan bahasa.Nilai murni
dalam masyarakat Melayu penuh dengan tatasusila dan terkenal dengan sopan
santunnya.Dalam masyarakat Melayu, nilai amat ditekankan.Kebudayaan Melayu menerima
nilai- nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan, kebenaran, keadilan dan kesetiaan. Norma-
norma yang positif merupakan panduan pembentukan imej masyarakat. Nilai dapat dibahagikan
kepada empat iaitu nilai estetik, nilai moral, nilai doktrin dan nilai budaya.
Kesenian juga merupakan aspek sosial yang menjadi budaya dalam masyarakat
Melayu.Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibahagikan kepada dua iaitu seni persembahan
dan seni tampak.Seni persembahan terdiri daripada tarian, nyanyian, persembahan pentas.
Manakala seni tampak merupkan seni ukir, seni bina, seni halus, dan lain- lain. Kegiatan seni
Melayu mempunyai identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan unsur- unsur
tempatan dan luar.
Kebudayaan Melayu dalam bahasa mempunyai laras- laras bahasa yang berbeza dan
juga laras bahasa mengikut pangkat. Laras bahasa ialah subset sesuatu bahasa yang
digunakan untuk tujuan tertentu. Laras merupakan satu konvensi sosial. Istilah ini pertama kali
digunakan oleh Thomas Bertram Reid dalam tahun1956. Dalam budaya Melayu sesuatu laras
bahasa akan digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Laras bahasa adalah wujud
disebabkan oleh situasi sosial yang berlainan.
Sebagai contoh laras semasa bercakap dengan rakan sejawat, laras semasa bercakap
dengan keluarga dan dalam suasana majlis formal tidak sama. Laras bahasa juga berbeza
TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

11

mengikut bidang yang hendak diperkatakan seperti bidang sains, komersial dan lain- lain. Oleh
itu, sudah menjadi budaya masyarakat Melayu menggunakan laras bahasa yang berbeza bagi
menunjukkan kesantunan berbahasa dan rasa hormat kepada orang lain.
Selain itu, bahasa ialah satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk
membezakan antara bentuk dan maksud.Bahasa Melayu yang merupakan sejenis bahasa
Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia telah berusia lebih 1,000 tahun
lalu.Bahasa Melayu dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan
Palembang.Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682
Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Dalam masyarakat Melayu bahasa terdapat dalam pelbagai dialek.Loghat (loghat
daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu
golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu.Istilah ini paling biasa digunakan untuk
menghuraikan corak pertuturan setempat juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat
sosial.Bahasa Melayu mempunyai pelbagai dialek.Selain itu, bahasa Melayu mempunyai
bentuk tulisan yang tersendiri antaranya tulisan Jawi telah mengangkat martabat Melayu dalam
bidang keilmuan dan juga tulisan rumi yang telah membawa nama Malaysia ke peringkat
antarabangsa.
Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalaui
bahasa.Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang
bermaksud huruf atau buku indah.Sastera dari segi makna umum bermaksud bahasa (bukan
bahasa basahan) yang digunakan dalam kitab-kitab. Kesusasteraan ialah hasil seni atau karya
tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Seni
Kesusasteraan ialah seni karang-mengarang bahan-bahan sasterayang berbentuk puisi dan
sastera. Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa
sanskrit, iaitu sastra.
Jenis dan bentuk kebudayaan Melayu dalam sastera iaitu pada zaman Kesusasteraan
Melayu Klasik (Tradisional) Sastera rakyat Lisan dan Sastera istana iaitu dalam tulisan. Pantun,
syair, mantera, seloka, gurindam, nazam, rubai, dikir, perbidalan, pepatah-petitih, peribahasa
dan lain- lain adalah merupakan Sastera rakyat Lisan. Sastera istana (tulisan) terdiri daripada
hikayat dan kitab. Menakala kesusasteraan Melayu moden pada hari ini seperti sajak, cerpen,
novel, skrip drama, dan kritikan sastera.
TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

12

4.0 PENGARUH LUAR TERHADAP ASPEK BUDAYA MELAYU
Penduduk peribumi nusantara pada zaman prasejarah sudah memiliki peradaban
mereka sendiri. Dalam bidang ekonomi mereka sudah menjalankan usaha-usaha pertanian
padi, menternak binatang, dan menguasai ilmu pelayaran Dari segi agama dan kepercayaan
pula, orang melayu pada zaman prasejarah sudah mempunyai sistem kepercayaan kepada
kuasa-kuasa luar biasa dan animisme, makhluk alam ghaib yang kononnya menguasai alam
semesta. Masyarakat Melayu pada asalnya berfahaman animisme. Animisme merupakan
fahaman yang percaya akan kuasa ghaib. Oleh sebab masyarakat tersebut tidak dapat
menghuraikan gejala atau fenomena alam ini seperti hujan, gerhana, sakit dan sebagainya,
maka mereka mengaitkan gejala tersebut dengan kuasa luar biasa.
Terdapat juga unsur luar yang terdapat di dalam masyarakat Melayu iaitu seperti Islam,
Hindu dan Budha.Kira-kira tahun 420 masihi seorang raja dari Kashmir, India bernama
Gunaarman telah mengunjung alam melayu untuk menyebarkan agama Budha.Agama Islam
mula tersebar di alam melayu sejak abad ke 13 masihi.Islam tiba di Pasai sekitar tahun 1297
masihi dan di Terengganu pada 1303 masihi.Dengan kedatangan semua pengaruh asing ini
perkembangan dalam masyarakat telah berlaku, begitu juga dengan kebudayaan
melayu.Perkembangan ini meliputi bidang ekonomi, politik, kepercayaan, adat istiadat, undang-
undang, kesusasteraan dan kesenian.
Apabila pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu yang dibawa oleh pedagang dan
penyebar agama, kepercayaan Hindu menjadi cara hidup masyarakat Melayu pada zaman itu.
Upacara mandi safar misalnya merupakan pengaruh daripada agama Hindu yang mana
Penganut agama Hindu mengamalkan mandi di Sungai Ganges bagi membuang segala
kejahatan.
Penyerapan amalan Hindu turut berlaku dalam majlis perkahwinan.Amalan menepung
tawar, bersiram di pancapersada, merupakan satu daripadanya.Ketika mengandung, upacara
melenggang perut juga diambil daripada amalan Hindu.Melenggang perut diadakan untuk
mengetahui jantina bayi. Buah kelapa akan diletakkan di atas perut ibu, dan selepas itu kelapa
itu dibiarkan jatuh. Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu dikatakan akan melahirkan anak lelaki dan
sekiranya jatuh ke kanan akan melahirkan anak perempuan.
Dari segi bahasa, banyak kosa kata Sanskrit yang dibawa oleh Hindu diserapkan dalam
bahasa Melayu.Hal ini menjadikan kosa kata bahasa Melayu lebih luas.Hindu juga membawa
TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

13

sastera lisan mereka. Cerita penglipur lara merupakan cerita lisan yang popular dan
berkembang khususnya dalam kalangan istana.
Selain itu, dalam kesenian Melayu motif-motif yang berlambangkan haiwan seperti
gajah, ular dan sebagainya terdapat dalam seni ukiran yang menghiasi rumah dan barang-
barang perhiasan.Muzik tradisional Hindu turut masuk dalam masyarakat Melayu.
Selepas Hindu, pengaruh Islam pula berkembang dengan kedatangan mubaligh ke
rantau ini. Mengikut Dato Dr. Abdul Monir Yaacob dalam kertas kerjanya bertajuk Islam dalam
Mempengaruhi Pemikiran Melayu (2003), pengaruh agama Islam terhadap orang Melayu
sangat kuat.Hal ini terbukti apabila pengaruh Hindu terhakis sedikit demi sedikit lalu digantikan
dengan amalan Islam.Amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam ditinggalkan.Penyerahan
diri kepada Allah merupakan satu daripada amalan yang dilakukan oleh kebanyakan orang
Melayu. Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu.
Budaya Arab yang seiring dengan agama Islam telah dipelajari oleh orang Melayu.
Antara unsur budaya Arab (Islam) yang terserap termasuklah bahasa.Banyak kosa kata Arab
terdapat dalam bahasa Melayu.Antaranya termasuklah konsep ibadat seperti fardu, solat, azan
dan sebagainya.Pendidikan turut berkembang dengan adanya pengaruh Islam.Madrasah dibina
untuk menyebarkan dan meluaskan pengetahuan tentang ajaran Islam.Pengajian pondok
begitu popular dalam kalangan masyarakat Melayu.Hal yang demikian menyebabkan lahirnya
masyarakat yang berpendidikan dan celik ilmu.
Bentuk tulisan Arab juga diterima dan digunakan seluas-luasnya oleh masyarakat
Melayu.Tulisan tersebut dinamakan tulisan jawi oleh orang Melayu. Ahli-ahli bahasa telah
mengubah suai huruf Arab tersebut dengan menambahkan titik diakritis pada huruf yang sedia
ada supaya dapat membunyikan perkataan Melayu yang tiada dalam tulisan Arab seperti huruf
p dan g. Jika pada zaman Hindu, sastera tulisannya lebih berpusat di istana, pada zaman
Islam, sastera turut berkembang dalam kalangan rakyat jelata.
Pengaruh Islam juga terdapat dalam seni bina.Reka bentuk ukirannya berbentuk
geometri bagi menggantikan bentuk-bentuk haiwan yang tidak dibenarkan oleh Islam.Reka
bentuk ini terdapat pada rumah Melayu, masjid dan barang-barang perhiasan.Walau
bagaimanapun, pengaruh Hindu dan animism masih diamalkan kerana terdapat sebahagian
masyarakat Melayu mencampuradukkan ajaran Islam dengan Hindu dan animisme.Ini dapat
dibuktikan melalui pembacaan doayang dicampuradukkan dengan jampi mantera dan
TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

14

pemujaan terhadap makhluk halus. Hal ini terdapat dalam kesenian seperti wayang kulit,
makyung, kuda kepang dan beberapa kesenian lain.
Kedatangan Barat berlaku selepas kedatangan Islam ekoran penjajahan.Pergaulan
terlalu bebas, hiburan melampaui batas agama merupakan pengaruh yang negatif. Walau
bagaimanapun, terdapat kesan yang positif hasil pengaruh barat misalnya teknologi moden
dalam bidang pertanian, perindustrian dan perkomputeran yang dapat mengembangkan
ekonomi masyarakat Melayu. Dari segi bahasa, banyak kosa kata yang terserap yang dapat
mengungkapkan pelbagai idea dan maklumat selaras dengan arus globalisasi.
Pengaruh barat dalam kebudayaan Melayu sememangnya sangat jelas.Pengaruhnya
boleh dilihat dari aspek ekonomi, sosial, kesenian, politik dan lain-lain.Mengamalkan sistem
ekonomi secara kapitalis yang menjadikan faedah (riba) sebagai asasnya.Contohnya dalam
berhutang, penghutang dikenakan faedah sebanyak beberapa peratus dari jumlah yang
dipinjam.Ini sebenarnya menindas penghutang dengan faedah yang dikenakan.Ekonomi
masyarakat Malaysia juga dibahagikan mengikut bangsa semasa pemerintahan barat yang
mengamalkan dasar pecah dan perintah. Ini menyebabkan berlaku jurang perbezaan ekonomi
antara orang Melayu, Cina dan India.
Barat telah memperkenalkan sistem demokrasi.Sistem ini telah berjaya menghapuskan
sistem feudal Melayu zaman itu yang mengamalkan Pemerintahan Beraja.Demokrasi
mengutamakan suara rakyat dan rakyat berkuasa penuh dalam penentuan pemimpin
mereka.Terdapat pelbagai jenis demokrasi yang diperkenalkan oleh barat antaranya Demokrasi
Berparlimen.Malaysia telah mengamalkan Demokrasi Berparlimen sejak mendapat
kemerdekaan daripada British. Demokrasi Berparlimen ini diamalkan di bawah pentadbiran
Raja Perlembagaan.
Pemikiran yang terbuka contohnya masyarakat sudah kurang mempercayai tentang
perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain dan sesetangah orang
menganggapnya sebagai karut.Barat cuba mencari alternatif lain menggantikan institusi
kekeluargaan dan antara alternatif yang dicadangkan ialah bersekedudukan tanpa nikah,
pasangan sejenis, keibubapaan tunggal, kehidupan berkelompok, dan didikan anak secara
professional (Eliot, 1986). Perkara ini melanda masyarakat timur termasuk Malaysia secara
perlahan-lahan, namun institusi kekeluargaan masyarakat Islam di Malaysia masih utuh dengan
berlandaskan Islam.
TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

15

Dunia mula diperkenalkan dengan aliran-aliran muzik barat yang pelbagai antaranya
kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop, jazz, dan lain-lain. Setiap aliran ini
mempunyai identiti dan imej yang tersendiri.Seni hiburan barat ini menjadi ikutan negara lain
termasuklah Malaysia.Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah mula dipinggirkan sehingga
ke hari ini.
Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang dibina dengan
rekabentuk yang dianggap moden oleh orang ramai. Contohnya, Menara Berkembar Petronas
contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat.
Orang Cina datang ke Tanah Melayu pada zaman pemerintah Inggeris.Mereka bekerja
di lombong-lombong bijih di samping menjalankan perniagaan.Komunikasi berlaku antara
pelbagai kaum yang mendiami negara ini. Dalam hal ini, perhubungan antara masyarakat
Melayu dan masyarakat Cina telah menyebabkan kosa kata bahasa Cina meresap dalam
bahasa Melayu. Kebanyakan kata pinjaman daripada bahasa cina yang terdapat dalam bahasa
Melayu mengekalkan bunyi dan makna asal dalam bahasa cina walaupun sesetengahnya
mengalami perubahan makna. Contoh kosa kata yang terserap dalam bahasa Melayu ialah
tanglung, teko, beca, amoi, apek, singse, suun, lobak, tocang, amah, angpau, capcai, pau, dan
taugeh.
Dari segi masakan, makanan cina turut meresap dalam budaya masyarakat Melayu.
Jenis-jenis masakan yang mengandungi kicap soya, sos tiram, dan bebola ikan, ayam atau
daging merupakan pengaruh daripada budaya Cina yang kini menjadi sebahagian daripada
makanan popular masyarakat Melayu.Pemberian sampul yang berisi wang kepada kanak-
kanak atau orang muda pada hari raya merupakan pengaruh yang kian sebati dalam
masyarakat Melayu, malah pemberian ini turut dinamakan angpau bagi kebanyakan
mereka.Amalan ini diterima kerana tidak bercanggah dengan ajaran Islam.





TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

16

Makanan cina turut
meresap dalam
budaya masyarakat
Melayu.
Kosa kata bahasa
Cina meresap dalam
bahasa Melayu
Amalan Hindu turut
berlaku dalam majlis
perkahwinan.
kosa kata Sanskrit
diserap dalam
bahasa Melayu.
Pengaruh Hindu terhakis sedikit
demi sedikit.
Amalan yang bercanggah dengan
ajaran Islam ditinggalkan.
Banyak kosa kata Arab terdapat
dalam bahasa Melayu.
Pengaruh Islam juga terdapat dalam
seni bina












Rajah 3: Pengaruh Luar dalam Bahasa Melayu

Selepas kedatangan
Islam ekoran
penjajahan.
Mengamalkan
sistem ekonomi
secara kapitalis
yang menjadikan
faedah (riba)
sebagai asasnya.
Menghapuskan
sistem feudal
Melayu
Animisme
percaya akan
kuasa ghaib.
Mengaitkan
fenomena alam
dengan kuasa
luar biasa.
Pengaruh
Luar
Pengaruh
Barat
Pengaruh
Cina
Pengaruh
Hindu
Pengaruh Islam
TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

17

5.0 ANALISIS PENGARUH LUAR TERHADAP KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU
Pengaruh luar dalam kebudayaan Melayu telah menghasilkan impak yang besar dalam
kalangan masyarakat Melayu.Pengaaruh yang hadir daripada Hindu, Barat, Cina dan Islam
telah memberi kesan yang besar dalam kehidupan masayarakat Melayu pada hari ini. Namun
tidak semua pengaruh luar yang mendatangkan impak yang positif. Jika dilihat vpada hari ini di
Malaysia, kebanyakkan kanak-kanak terjebak dalam meniru budaya barat seperti aksi-aksi di
dalam filem iaitu memaparkan elemen pergaulan tanpa batasan, seks bebas, arak, dadah,
samseng, pembunuhan kejam, mementingkan diri sendiri dan memuja harta dan mendengar
lagu yang tidak memberi akhlak kepada remaja.
Oleh itu, terdapat beberapa kesan-kesan kepada remaja pada masa kini terutamanya
kanak-kanak. Kesan yang pertama melalui isu budaya barat dari segi pakaian adalah kanak-
kanak yang meniru pakaian budaya barat akan dipandang rendah terhadap orang
disekelilingnya dan tidak akan dihormati oleh orang lain. Sebaliknya, dalam Islam bagi
perempuan wajib menutup aurat dari kepala hingga ke hujung kaki kecuali muka dan tapak
tangan manakala, bagi lelaki wajib menutup aurat mereka dari pusat hingga ke lutut.Justeru, ibu
bapa mereka lah yang sepatutnya menunjukkan contoh pemakaian yang sesuai dan menutup
aurat kepada anak-anak mereka dari peringkat awal lagi supaya isu mengenai budaya barat
dalam peniruan pakaian yang menjolok mata kepada masyarakat disekeliling dapat
dikurangkan dan diatasi dengan segera.
Selain itu, kesan kepada kanak-kanak yang terjebak daripada isu-isu budaya barat
adalah apabila kanak-kanak menyanyikan lagu budaya barat yang tidak memberi moral dan
faedah kepada mereka. Kesan yang akan diundangkan kepada diri mereka adalah apabila
kanak-kanak lebih mahir menyanyikan lagu budaya barat daripada mengaji Al-Quran. Di sini,
kesan yang dihadapi kepada kanak-kanak akan meruntuhkan keimanan mereka dan
menghadapi masalah dalam menghafal dan membaca ayat-ayat suci di sekolah mahupun di
rumah. Justeru, sebagai ibu bapa yang sayang akan Islam mereka haruslah memimpin anak-
anak mereka mengajar mengaji sewaktu mereka kecil lagi dan mengurangkan memasang lagu
dari budaya-budaya barat yang tidak memberi keuntungan mereka untuk menambah ilmu.
Dalam hal ini, isu-isu budaya barat semakin bertambah dan bukannya semakin
berkurang jika tiada bimbingan daripada ibu bapa mahupun masyarakat yang tidak mengambil
berat tentang hal isu budaya barat ini.Isu budaya barat ini banyak memberi kesan yang negatif
kepada remaja terutamnya kanak-kanak pada masa kini. Isu budaya barat ini juga boleh
TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

18

merosakkan nilai diri seseorang individu dan menjatuhkan akhlak dalam Islam dan Seperti yang
kita sedia maklum, negara Barat telah menguasai pelbagai aspek kehidupan masyarakat dunia
kini seperti dari segi ekonomi, politik, sosial, budaya, media serta pemikiran.
Namun pengaruh barat yang memberi kesan positif seperti kecanggihan teknologi yang
boleh diguna pakai untuk membantu masyarakat Melayu terus maju dan selaras dengan
perkembangan teknologi pada zaman sekarang.Kelahiran pelbagai disiplin ilmu dalam pelbagai
bidang seperti teknologi maklumat merupakan satu cabaran dalam era globalisasi.Cabaran
yang dibawa bersama oleh teknologi ini ialah budaya luar yang asing daripada budaya
tempatan.
Walau bagaimanapun, budaya asing yang dibawa masuk kedalam masyarakat, tidak
semuanya negatif.Kita harus bijak memilih dan mengasingkan budaya yang negatif dengan
budaya yang positif.Kepelbagaian budaya sememengnya memberi banyak sumbangan kepada
kemajuan dan perkembangan budaya sesuatu bangsa.Oleh itu, Islam membuka ruang kepada
umatnya menerima budaya asing asalkan tiada tentangan dengan al-Quran dan Hadis.
Dalam hal ini, walau bagaimana hebatnya gelombang cabaran yang datang, kita boleh
menangkisnya dengan kekuatan akidah dan keimanan dalam diri.Akidah yang kukuh, iman
yang mantap dan amalan yang sempurna boleh dijadikan perisai dalam menghadapi semua
badai tersebut.
Kita sewajarnya menjadi insan yang bijak dalam menilai sesuatu perkara.Berfikir
sebelum bertindak dan menjauhkan perkara keji serta maksiat memang menjadi tuntutan
rohani.Oleh itu, gunakan kebijaksanaan akal yang di anugerahkan oleh illahi sebagai jalan
untuk menjauhkan diri daripada perkara keji dan perbuatan yang dibenci oleh Allah s.w.t.
Snouck Hurgronje, seorang orientalis dan pensihat Belanda di Indonesia menerangkan
semakin kuat rakyat sesebuah Negara yang dijajah menganut peradaban Barat, semakin bebas
mereka daripada ajaran Islam. Mereka berhasrat untuk menjadikan Negara dan umat Islam
yang dijajah menganut pemikiran dan menjaga kepentingan mereka.oleh itu, mereka berusaha
menyempitkan ajaran agama Islam yang sebenar dengan membataskan kepada hal-hal
kerohanian sahaja.
Umat Islam dahulu berjaya mempertahahankan kesucian Islam daripada pengaruh luar
yang merosakkan disebabkan kekukuhan akidah Islamiah mereka.Perkara ini ditegaskan oleh
As Syahid Qutb. Menurutnya,sekalipun kaum penjajah melakukan penjajahan pemikiran,
TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

19

kejiwaan, kemasyarakatan dan politik mereka belum pernah mampu membunuh akidah
Islamiah umat Islam. Hal inilah yang menjadikan mereka umat yang berkedudukan tinggi, tidak
mudah menyerah dan tunduk kepada mana-mana kuasa manusia. Selagi umat Islam
berpegang teguh kepada akidah Islam, selagi itulah pengaruh-pengaruh luar yang mahu
merosakkan Islam tidak akan berjaya.



















TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

20

6.0 PENGALAMAN BARU DAN PERKAITAN DENGAN PROFESION PERGURUAN
Semasa menyiapkan tugasan ini banyak pengalaman baru yang telah saya temui dan
pelajari terutama sekali dalam kebudayaan ini saya dapat mengetahui dengan lebih jelas lagi
mengenai asal usul budaya Melayu dan pengaruh yang diterima dalam memperbaiki lagi
budaya masyarakat Melayu pada hari ini. Kebudayaan ini merupakan satu khazanah yang perlu
dipelihara dan diamalkan dengan baik oleh generasi ke generasi agar ia tidak lapuk di hujan,
tak lekang dek panassebagai simbol dan identiti masyarakat Melayu.
Oleh itu, dalam menjadikan sesuatu budaya bernilai dan terpelihara sebagai seorang
guru langkah proaktif perlu dilakukan dengan segera supaya budaya Melayu ini diamalkan dan
dijaga dengan baik oleh murid. Budaya dapat dipelajari oleh murid melalui subjek bahasa
Melayu dan juga Kajian Tempatan.Sebagai seorang guru, maka timbulah dalam diri bagaimana
untuk memastikan murid berasa berminat dan cinta kepada budaya yang dipelajari.
Melalui tugasan ini juga, saya berpendapat guru itu perlu mempelajari dan
mengamalkan sesuatu budaya itu terlebih dahulu.Guru juga perlu menunjukkan contoh yang
baik kepada murid dan menujukkan rasa kecintaan terhadap budaya yang diamalkan.Melalui
budaya ini juga, guru dapat mengeratkan ukwah dan perpaduan antara murid.menimbulkan
rasa hormat terhadap budaya masyarakat lain. Guru juga perlu menjadikan sesuatu budaya itu
sebagai keunikan untuk dipelajari dan diamalkan.
Kebudayaan yang dipelajari ini terutama dalam aspek pantang larang dan adat- adat
Melayu dapat diamalkan. Apabila guru mengetahui adat dan pantang larang dalam sesuatu
masyarakat sudah tentu guru akan menghormati akan budaya murid yang berbeza semasa
dalam kelas mahupun di luar bilik darjah. Melalui ini juga, guru dapat menerangkan kepada
murid tentang pentingnya menghormati budaya sesuatu masyarakat.Guru juga akan
menghormati hak dan sesitiviti murid yang berbeza latar belakang dan juga budaya.
Melalui tugasan ini juga, ia turut memberi impak yang besar dalam profesion keguruan
terutama sekali membantu guru bersedia untuk menghadapi dan berhadapan dengan murid
yang berbeza budaya. Guru juga akan menunjukkan rasa hormat dan tingginya nilai budaya
yang perlu diamalkan dan dipelajari oleh murid. Sebagai seseorang yang bakal bergelar guru,
saya merasakan kecintaan terhadap budaya itu perlu dipupuk sejak dari awal persekolahan lagi
kerana budaya dan kehidupan murid- murid adalah seiring dan sangat berkait rapat dengan
TUGASAN PROJEK KEBUDAYAAN MELAYU ( PISMP BM ) BMM 3114

21

mereka. Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dengan
menyelitkan unsur kebudayaan ini.
Tuntasnya, tugasan ini telah memberikan kesedaran kepada saya dalam menjadi
seorang guru yang penyayang dan perihatin terhadap latar belakang dan budaya murid- murid.
InsyaAlllah saya akan sentiasa mengingati apa yang telah saya pelajari dan akan sentisa
mengaplikasikannya dalam kehidupan saya. Setelah selesai melakukan tugasan ini akhirnya
saya berpuas hati dengan tugasan yang dilakukan dan berharap apa yang dipelajari oleh saya
ketika membuat tugasan ini dapat diteruskan. Saya juga berharap apa yang dipelajari dapat
membantu saya pada masa akan datang agar menjadi seorang guru yang mencintai dan
menghargai sesuatu budaya itu. Saya berharap tugasan ini dapat menambahkan keyakinan diri
saya untuk menjadi seorang guru yang terbaik untuk anak didik saya.Saya juga telah bersedia
untuk melakukan anjakan paradigma dalam membentuk sahsiah diri.

Anda mungkin juga menyukai