Anda di halaman 1dari 27

PENGENALAN KEPADA PRINSIP MEMBAKAR

Membakar merujuk kepada memasak dengan haba kering terutamanya dalam


ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan suhu adalah seragam kerana udara
panas beredar untuk memasak kek, pai, biskut atau roti. Suhu dan masa yang
diperlukan adalah bergantung kepada jenis, bahan dan bentuk makanan. Bahan yang
sesuai menggunakan kaedah membakar ialah adunan beryis, kek, pastri dan biskut.

KAEDAH
MEMASAK
HURAIAN
RINGKAS
PRINSIP ASAS
CONTOH
MASAKAN
Membakar
Haba di dalam
ketuhar
dialirkan
secara
perolakan dan
juga
pengaliran
Makanan
dimasak
melalui haba
perolakan di
dalam ketuhar
Zat masakan
tidak hilang
dan rasa
masakan
menyelerakan
Atur tetingkat mengikut
kesesuaian. Tetingkat paling
atas ialah bahagian yang paling
panas.
Pastikan makanan diletakkan di
tempat yang betul
Panaskan ketuhar ke suhu
yang dikehendaki sebelum
memasukkan makanan
Masa membakar mengikut
kesesuaian masakan.
Tutup pintu ketuhar perlahan
lahan terutama jika membakar
kek untuk mengelakkan udara
sejuk terperangkap dan
menyebabkan kek tenggelam
di tengah.
Semasa makanan sedang
dimasak, kurangkan membuka
pintu ketuhar kerana ia akan
menurunkan suhu
Kek
Biskut
Pastri
Roti
Pai
Puding
Kuih muih
seperti kuih
bakar
Lap makanan yang tertumpah
dengan segera untuk
mengelakkannya menjadi keras
dan berbau hangus.
Elakkan membakar makanan
terlalu banyak pada satu masa
bagi membolehkan udara
panas beredar di sekeliling
makanan dengan sempurna.
Gunakan sarung tangan untuk
memasukkan atau
mengeluarkan makanan

PERATURAN MEMBAKAR

1. Acuan kek perlu dialaskan dengan kertas minyak dan disapukan dengan
mentega keseluruhannya.
2. Acuan kek yang kecil tidak perlu dialas dengan kertas minyak.
3. Ketuhar perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum kek di bakar.
4. Masa untuk membakar tiada banyak perbezaannya tetapi bergantung pada jenis
ketuhar yang digunakan.
5. Ketuhar yang perlu digunakan :
Kek yang kecil dibakar di bahagian 2/3 dari bawah ketuhar (bahulu gulung,
bahulu lapis)
Kek buah yang besar dibakar di bahagian bawah ketuhar.
Kek yang sedang atau besar dibakar di bahagian tengah ketuhar.





KEBAIKAN KEBURUKAN

Nutrien makanan tidak banyak hilang
Makanan tidak berkecai tetapi masih
dalam bentuk yang asal
Makanan kelihatan cantik dan
berselera
Beberapa masakan yang memerlukan
suhu yang sama boleh dibakar sekali
gus
Tidak perlu banyak perhatian


Menggunakan bahan api yang banyak
melainkan ruang digunakan
sepenuhnya
Kehilangan kelembapan yang tinggi





JADUAL SUHU UNTUK MEMBAKAR

BAHAN SUHU
Kek buah / kek besar 150
o
C 160
o
C
Bahulu / kek kecil 180
o
C 190
o
C
Ban / pastri rapuh 200
o
C 210
o
C
Roti / pastri lapis 220
o
C 240
o
C








PERALATAN DAN PERKAKASAN

a) Peralatan besar

Penggunaan peralatan besar dalam industri pembuatan roti dan patisserie mampu
memperbaiki kualiti makanan, meningkatkan kualiti pengeluaran dan menjimatkan
masa dan tenaga. Harga alatan ini lebih mahal daripada alatan tradisional. Peralatan
ini agak canggih dan kompleks untuk dikendalikan.

NAMA ALAT KEGUNAAN
Pengadun doh industri

Pengadun doh indutri digunakan untuk mengadun kek,
menguli doh dan memukul telur. Terdapat 2 jenis
pengadun iaitu :
a) Mixer Bench Model (4-20 liter)
b) Mixer Floor Model (20-100 liter)
Pengadun ini mempunyai mangkuk adunan dari keluli
kalis karat yang mudah ditanggalkan dan dibersihkan
serta diperbuat daripada keluli bermutu tinggi.
Pengadun ini juga disertakan dengan alat pengadun
yang berlainan bentuk dan fungsi iaitu :
Paddle atau K beater
Mengadun adunan yang mempunyai kepekatan
sederhana seperti mengadun lemak dan gula.
Wire whip
Mengadun adunan yang lembut dab berbentuk
cecair bertujuan memasukkan udara seperti
adunan kek span, krim putar dan telur.
Dough arm atau dough hook
Menguli adunan yang kental seperti doh adunan
beryis

PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Letakkan mangkuk adunan dengan
kemas.
Pilih pengadun yang sesuai.
Masukkan bahan ke dalam mangkuk
adunan.
Kelajuan pengadun mestilah sesuai
dengan adunan.
Perlahankan gerakan alat pengadun
sebelum mencampurkan bahan.
Berhentikan gerakan alat pengadun
sebelum mengaup adunan.
Tutup suis pelaras sebelum
menukarkan kelajuan.
Keluarkan alat pengadun serta mangkuk
adunan dan cuci dengan air panas
bersabun. Bilas dan keringkan.
Lap mesin pengadun dengan kain
lembap. Jika kekotoran sukar
ditanggalkan, duna air suam bersabun.
Bilas dan keringkannya.
Susun alat pengadun di tempatnya
dengan kemas



Ketuhar

a) Ketuhar industri


Ketuhar industri berfungsi membakar produk
dalam jumlah yang banyak pada satu masa.
Ketuhar ini memerlukan kuasa elektrik yang
tinggi. Lampu di bahagian dalam ketuhar
digunakan untuk kemudahan melihat bahan yang
dimasak. Ketuhar ini mempunyai tiga kedudukan
elemen pemanas iaitu di bahagian atas, bawah
dan tepi.

PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
Panaskan ketuhar sebelum
digunakan
Lap ketuhar dan makanan yang tumpah dalam
ketuhar dengan kain lembap.
Bersihkan cermin hadapan dengan
menggunakan penyembur khas dan kain lembut.
Elakkan cermin terkena percikan air sejuk atau
mencucinya ketika masih panas atau
mengelakkannya daripada retak atau pecah.
Servis sekurang kurangnya enam bulan sekali.


b) Ketuhar elektrik

Ianya berfungsi untuk membakar dan
memanggang dengan mudah dan bersih. Ianya
mempunyai elemen pemanas di bahagian
belakang ketuhar. Lampu di bahagian dalam
ketuhar memudahkan melihat makanan yang
dimasak. Ketuhar ini menggunakan kuasa
elektrik yang sesuai untuk kegunaan di rumah
dan di bengkel masakan.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Susun tetingkat ketuhar mengikut
keperluan sebelum memanaskannya.
Laraskan suhu mengikut kesesuaian
makanan.
Panaskan ketuhar sekurang
kurangnya 10 minit sebelum
digunakan.
Set suhu ketuhar convection kurang
15
o
C hingga 30
o
C daripada suhu
ketuhar conventional
Lap makanan yang tumpah dengan kain
lembap.
Bersihkan cermin hadapan dengan kain
lembap menggunakan penyembur khas.
Elakkan cermin terkena percikan air
sejuk atau mencucinya ketika masih
panas untuk mengelakkannya daripada
retak atau pecah.
Lap ketuhar dengan kain lembap.
Bersihkandulang tadahan yang kotor
dengan air sabun, bilas, keringkan dan
letakkan semula di dalam ketuhar.

c) Ketuhar gas


Ketuhar gas digunakan untuk membakar dan
memanggang dengan menggunakan api daripada
penunu yang terletak di bahagian bawah ketuhar.
Pilih penunu yang berbentuk memanjang dan
berlubang sekata kerana penunu jenis ini akan
memberikan kepanasan yang sekata kepada
ketuhar.

PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Pasangkan kepala gas dan buka alat
kawalan.
Nyalakan mancis/pemetik api terlebih
dahulu sebelum memusing tombol
kawalan api untuk mengelakkan
kemalangan dan pembaziran gas.
Jangan membakar terlalu banyak
makanan pada satu masa.
Tutup suis penunu dan tutup alat
kawalan pada bahagian kepala tong
gas selepas digunakan.
Servis sekurang kurangnya setahun
sekali.
Keluarkan redai dan dulang tadahan
Lap semua tumpahan makanan,
bahagian dalam dan luar ketuhar dengan
kain lembap.
Jika penununya kotor, berus dengan
berus keluli dan cungkil lubang lubang
yang tersumbat.
Jika bahagian dalam atau luar ketuhar
kotor, lap menggunakan air sabun
lembut, bilas dan keringkannya.
Bersihkan redai dan dulang tadahan,
bilas, keringkannya dan susun semula ke
tempat asal.









d) Ketuhar gelombang mikro

Ketuhar gelombang mikro digunakan untuk
membakar, memasak, memanggang, menggril,
mengukus dan sebagainya. Ketuhar ini
mempunyai sistem mencair, elemen
memanggang, pengawalan haba dan mempunyai
alat pemusing.

PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Sebaik baiknya tutup makanan dengan
plastik cling film supaya kandungan cecair
dalam makanan tidak tersejat.
Makanan seperti sosej perlu dicucuk dahulu
untuk mengelakkannya daripada pecah.
Gunakan bekas memasak daripada bahan
kaca, porselin atau plastik.
Elakkan penggunaan alatan enamel, logam,
kertas timah atau pinggan yang bersadur
emas kerana akan membalikkan pancaran
gelombang mikro.
Set suhu yang tepat untuk kegunaan
tertentu.
Jangan sekali kali menggunakan ketuhar
ini jika pintunya tidak dapat ditutup rapat
kerana gelombang mikronya akan terbocor
keluar
Bersihkan keseluruhan bahagian
luar, dalam dan bahagian
pintunya dengan air bercampur
dengan bahan pencuci khas,
menggunakan kain lembut/span.
Keringkannya dengan segera
Bersihkan redai dan dulang
tadahan, bilas dan keringkannya
dan susun semula ke tempat asal.
Servis sekurang kurangnya
setahun sekali.







Dapur
a) Dapur gas


Dapur gas digunakan untuk memasak makanan
dengan menggunakan gas. Dapur gas industri
mempunyai paip pembersihan untuk kemudahan
mencuci. Reka bentuk dapur mestilah
bersesuaian mengikut keperluan dan
kegunaannya. Ianya mestilah berkualiti, dan
diperbuat dari pada bahan yang tidak mudah
berkarat, kukuh, dan mudah dibersihkan.
Kebiasannya ia mempunyai tempat meletak
tungku / atau tempat meletak periuk panas.


PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Pasangkan kepala gas dan buka alat
kawalan.
Nyalakan mancis/pemetik api terlebih
dahulu sebelum memusing tombol
kawalan api untuk mengelakkan
kemalangan dan pembaziran gas.
Gunakan saiz penunu yang sesuai
mengikut saiz bekas dan jangka masa
memasak.
Laraskan api dengan memusingkan
tombol mengikut kawalan mengikut
kesesuaiaan.
Tutup suis penunu dan tutup alat
kawalan pada bahagian kepala tong
gas selepas digunakan
Tutup alat kawalan pada kepala tong
gas.
Bersihkan kesan tumpahan dengan
segera.
Tanggalkan penunu dan bersihkan
dengan air sabun suam. Bilas dan
keringkan.
Bersihkan bahagian luar dan atasnya
dengan air sabun suam. Bilas dan
keringkan.
Pasang semula penunu ke tempat asal.



b) Dapur elektrik





Ianya digunakan untuk memasak makanan dengan
menggunakan plat pemanas. Reka bentuk dan model
dapur berbeza mengikut keperluan dan kegunaan.
Dapur elektrik mestilah berkualiti dan diperbuat
daripada bahan yang tidak mudah berkarat, kukuh dan
mudah dibersihkan.


PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Laraskan suhunya.
Gunakan alatan memasak yang rata
di bahagian bawahnya untuk
mendapatkan kepanasan yang
seimbang dan mengelakkannya
daripada terjatuh.
Pastikan dulang penapis di bawah
terletak dalam kedudukan yang betul
ketika memasak.
Bersihkan kesan tumpahan dengan
segera.
Bersihkan bahagian luar dan atasnya
dengan air sabun suam. Bilas dan
keringkannya dengan segera.
Bersihkan dulang penapis, keringkannya
dan letak semula ke tempat asal.






Peti sejuk dan peti dingin beku


Peti sejuk digunakan untuk menyimpan bahan
atau makanan yang mudah rosak. Pilih peti sejuk
beku / peti dingin beku mengikut kesesuaian. Peti
sejuk beku mestilah berkeadaan teguh, diperbuat
daripada keluli berkualiti dan tidak mudah
terbakar.


PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
Bungkus atau tutup rapi makanan
sebelum disimpan untuk
mengelakkan daripada kering.
Bungkus makanan berasingan
untuk sekali masak sahaja sebelm
disimpan dalam peti dingin baku.
Elakkan membuka pintunya terlalu
kerap supaya suhunya dapat
dikekalkan.
Elakkan meletak makanan yang
telah dimasak bersama sama
dengan makanan mentah untuk
mencegah pencemaran silang.
Simpan makanan yang
mempunyai bau yang kuat dalam
bekas kedap udara.
Tutup punca elektrik dan nyahbeku jika
perlu.
Keluarkan semua bahan makanan.
Buang air dalam bekas takungan di
bahagian bawah peti sejuk.
Keluarkan tetingkat dan bersihkan bahagian
dalam dan luar peti sejuk dengan bahan
pencuci khas. Bilas dan keringkannya.
Bersihkan tetingkat dan susun semula ke
tempat asal.
Pasang semula punca elektrik dan tunggu
hingga mencapai suhu yang sesuai.
Lap bekas bekas makanan dan
letakkannya semula ke tempat yang sesuai.
Gantikan getah kedap pada pintunya jika
telah longgar atau pecah.
Servis sekurang kurangnya sekali
setahun.




Dough prover






Dough prover digunakan untuk membantu
mempercepatkan pengembangandoh adunan
beryis kerana suhu prover lebih tinggi.
Walaubagaimanapun, jika tidak menggunakan
prover, doh masih boleh mengembang. Pilh saiz
prover yang sesuai untuk kegunaan dan mengikut
panduan pemilihan alatan elektrik/gas. Alat ini
diperbuat daripada keluli berkualiti dan todak
mudah karat
PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Pasang punca air dan elektrik.
Laras suhu yang diperlukan sebelum
memasukkan doh.
Tutup bekas berisi doh dengan kain
muslin sebelum dimasukkan ke dalam
prover supaya doh tidak kering.
Lap bahagian dalam dan luar prover
dengan kain lembut dan air suam
bercampur bahan pencuci khas. Bilas
dan keringkannya.
Bersihkan dulang dan keringkannya
sebelum disusun semula ke tempat asal.





Alat penipis / dough sheeter


Alat ini digunakan untuk meleperkan doh supaya
ketebalannya sekata. Alat ini sesuai untuk pastri
lapis dan pastri danish. Pilih alat ini mengikut
panduan pemilihan alatan elektrik. Alat ini
memerlukan kuasa elektrik yang tinggi. Besi
penggeleknya diperbuat daripada keluli kalis
karat. Bahagian kanvasnya diperbuat daripada
kain bermutu tinggi dan tidak mudah koyak serta
mudah dibersihkan.

PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
Laraskan besi penggelek kepada
ketebalan yang diperlukan
sebelum meletakkan doh.
Doh dilipat dan dicanai beberapa
kali untuk mendapatkan ketebalan
yang sekata.
Bersihkan sisa adunan yang melekat pada
besi penggelek dengan kain lembap.
Lap keseluruhan bahagian badan dan
kakinya dengan air sabun suam. Bilas dan
keringkannya.
Sapukan gris pada bahagian sesiku, motor
dan skru apabila perlu untuk
mengelakkannya daripada berkarat dan
sukar dikendalikan.
Bersihkan sisa adunan pada kanvas dan besi
penggelek dengan kain lembap.
Keluarkan mangkuk tadahan. Basuh, bilas,
keringkan dan pasang semula ke tempatnya.





Pembentuk doh / dough moulder




Pembentuk doh digunakan untuk membahagikan
doh supaya saiznya sekata mengikut standard
yang dikehendaki. Alat ini diperbuat daripada
logam berkualiti dan tidak berkarat. Alat ini
merlukan kuasa elektrik yang tinggi.

PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Pasang punca eletrik dan laraskan
moulder kepada saiz yang diperlukan
sebelum memasukkan doh.
Elakkan daripada memasukkan
kuantiti doh yang melebihi kapasiti
yang dibenarkan.
Bersihkan sisa adunan yang melekap
pada moulder dengan kain lembap.
Lap keseluruhan bahagian badan dan
kakinya dengan air sabun suam. Bilas
dan keringkannya.
Sapukan gris pada bahagian yang
mempunyai skru apabila perlu untuk
mengelakkannya daripada berkarat dan
sukar dikendalikan.


Pembahagi bun / bun divider


Pembahagi bun digunakan untuk membahagikan
doh bun dan membulatkannya secara automatik
supaya saiznya sekata. Alat ini diperbuat
daripada keluli yang berkualiti dan tidak berkarat
dan memerlukan kuasa elektrik yang tinggi.

PENGEDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
Pasang punca elektrik dan
laraskan kepada saiz yang
diperlukan sebelum
memasukkan doh.
Elakkan daripada
memasukkan kuantiti doh
yang melebihi kapasiti
divider
Keluarkan piring pembahagi, basuh dan
keringkannya.
Bersihkan sisa adunan yang melekat dengan kain
lembap.
Lap keseluruhannya bahagian dengan air sabun
suam. Bilas dan keringkannya.
Sapukan gris pada bahagian motor dan skru
apabila perlu untuk mengelakannya daripada
berkarat dan sukar dikendalikan.
Elakkan daripada membasuh bun divider kerana
motornya akan berkarat dan rosak.
Letakkan piring pembahagi semula ke tempat asal.
Servis sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.



Pemotong roti / bread slicer



Pemotong roti digunakan untuk memotong roti
sandwic dan roti buku supaya ketebalannya
sekata. Alat ini diperbuat daripada keluli yang
berkualiti.

PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Bersihkan pemotong roti sebelum
digunakan.
Pastikan bilah pemotong tajam dan
tidak berkarat.
Laraskan saiz dan jarak mata
pemotong sebelum memotong roti.
Gunakan alat penolak untuk enolak
roti ketika memotongnya.
Bersihkan sisa roti yang melekat dan
terjatuh di sekelilingnya dengan kain
pengelap.
Lap keseluruhan bahagian badan dan
matanya dengan kain pengelap lembut.
Sapukan gris pada bahagian motor dan
skru apabila berkarat dan sukar
dikendalikan.
Elakkan daripada membasuhnya kerana
matanya akan berkaat dan motornya
rosak.





Penggoreng jeluk/deep fat fryer

Penggoreng jeluk digunakan untuk menggoreng
makanan dalam jumlah yang banyak bagi
mendapatkan hasil gorengan yang sekata. Alat
ini sesuai digunakan untuk menggoreng donut
atau makanan yang bersadur, bawang goreng,
kentang goreng atau pau goreng. Alat ini
diperbuat daripada keluli bermutu tinggi bagi
menjamin kualiti hasil gorengan dan memerlukan
kuasa elektrik yang tinggi.

PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Laraskan suhunya seperti yang
dikehendaki.
Sejukkan minyak, tapis dan simpan
dalam bekas lain.
Semasa menggoreng, pastikan jarak
berdiri sesuai bagi mengelakkan
kemalangan.
Bersihkan keseluruhan alat dengan
mengelapnya menggunakan air sabun
suam dan keringkan dengan segera.
Isi minyak secukupnya ketika hendak
menggunakannya. Elakkan minyak
bercampur dengan air.


Kabinet pamer / display cases

Kabinet dapur digunakan untuk mempamerkan
makanan yang hendak dijual. Ianya boleh
didapati dalam bentuk Hot Cabinet dan Cold
Cabinet.

PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Suhu yang terlalu panas atau sejuk
akan memberikan kesan yang tidak
elok kepada makanan.
Pastikan makanan yang dipamerkan
merupakan makanan yang sedia
untuk disaji.
Lap semua tetingkat dan basuh dengan
air sabun suam. Bilas dan keringkan.
Bersihkan bahagian dalam dan luarnya
dengan air suam bersabun. Bilas dan
lap hingga kering.





Sinki

Sinki digunakan untuk meletakkan alatan atau
bahan yang hendak dibersihkan. Pilih saiz yang
sesuai untuk kegunaan bagi mengelakkan
pembaziran wang dan ruang. Sinki daripada keluli
kalis karat sesuai untuk kegunaan industri
makanan.
PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Gunakan sinki untuk membasuh
makanan dan alatan memasak yang
berasingan.
Jangan meludah atau berkumur di
sinki dapur bagi mengelakkan
pencemaran.
Elakkan memotong sayuran atau
mengupas kulit buah-buahan atau
bawang dalam sinki kerana mungkin
menyebabkannya tersumbat.
Curahkan bahan berbentuk cecair
sahaja ke sinki dalam saluran sinki.
Elakkan menuangkan minyak atau
lemak cair ke dalam saluran sinki.
Letakkan penapis untuk mengelakkan
sinki tersumbat.
Bersihkan dengan menggunakan air
sabun suam dengan span lembut.
Bilas dengan air bersih dan lap sehingga
kering.
Jika terdapat kekotoran degil pada bod
sinki, cuci dengan pencuci khas untuk
membersihkannya.
Bersihkan bahagian lain seperti penapis,
penyumbat getah dan pengadang
percikan dengan cara yang sama.
Jirus air panas dalam saluran sinki setiap
kali selepas menggunakannya.
Untuk pembersihan mingguan, letakkan
ubat pembasmi kuman, besihkan
perangkap ktoran di bawah saluran sinki
dan tuangkan bahan pencegah
tersumbat.




Pemanas air/water heater

Alat pemanas air digunakan untuk memanas air
dari tangki untuk kegunaan restoran, hotel atau
dapur masakan. Alat ini diperbuat daripada keluli
kalis karat dan mempunyai termometer pengawal
arus elektrik. Saluran paip air masuk dan keluar
diperbuat daripada bahan tahan panas. Alat ini
udah digunakan.

PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Setkan masa yang diperlukan Dapatkan khidmat pakar untuk
membersihkannya.
Tutup punca elektrik jika bekalan air
terputus bagi mengelakkan kebakaran
akibat pemanasan berlebihan.


b) Peralatan kecil

Kebanyakan perlatan kecil terutamanya alatan tangan sangat ringkas dan tidak
memerlukan penjagaan yang rapi.

PERALATAN KEGUNAAN
Sudu/garfu

Sudu atau garfu digunakan sebagai alat
penyukat, penggaul, pengaup dan sebagainya.
Alat ini mesti kukuh, tidak mudah bengkok, patah
dan berkarat.
PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Gunakan dengen cermat kerana
mudah bercalar.
Elakkan mengacau makanan di dalam
periuk menggunakan saudu/garpu
Bersihkan sudu dan garpu berasingan.
Gunakan air sabun suam dan span
lembut.
Elakkan penggunaan bahan pencuci
yang kasar.
Bilas dengan air bersih dan keringkan
sebelum disimpan.


Pisau

Terdapat pelbagai jenis dan saiz pisau seperti
pisau pengupas, pisau sayur, pisau roti,
pemotong pastri dan pisau pencincang. Pisau
digunakan untuk memotong, mengupas,
mencincang pelbagai bahan makanan. Pilih
pisau yang berkualiti daripada keluli kalis karat.

PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Gunakan pisau mengikut jenis dan
kegunaan yang sesuai.
Elakkan mengetuk atau memotong
benda keras dengan pisau biasa.
Elakkan menggunakan pisau untuk
membuka botol atau menebuk lubang
pada botol atau tin.
Cuci pisau dengan segera setelah
digunakan.
Basuh dengan air sabun menggunakan
span lembut.
Bilas dan lapkannya sehingga kering
sebelum disimpan.










Papan pemotong

Ianya digunakan untuk melapik bahan makanan
yang hendak dipotong. Pemilihan papan
pemeotong yang berlainan bergantung pada
kegunaannya. Papan pemotong daripada plastik
berlamina lebih mudah dikendalikan, tetapi cepat
meninggalkan kesan kotor jika tidak dijaga
dengan cermat.

PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Gunakan papan pemotong yang
berlainan untuk memotong kuih-muih
atau memotong sayur dan daging.
Elakkan mencincang benda-benda
keras di atas papan pemotong plastik.
Simpan papan pemotong berasingan
daripda latan lain untuk kemudahan
menggunakannya.
Rendam dalam air sabun suam jika
keotorannya degil.
Gosok dengan span kasar untuk
mengeluarkan kekotoran.
Untuk cucian biasa, cuci dalam air
sabun suam menggunakan span
lembut.
Bilas bersih dan keringknnya sebelum
disimpan dan diletakkan dalam keadaan
tegak.



Pengaut


Pengaut plastik digunakan untuk mengaut makanan
yang melekat di tepi mangkuk adunan dan meratakan
krim atau mentega pada roti. Pengaut keluli kalis karat
pula digunakan untuk memotong doh. Pilih pengaut
yang kukuh, tahan lasak, tidak mudah patah atau
berkarat, tahan kepanasan, plastik tidak mengelupas
dan tangkainya tidak berukir.

PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Untuk mengaut makanan yang melekat di
tepi mangkuk adunan.
Digunakan untuk meratakan krim/mentega
pada sandwic.
Elakkan menggunakan pengaut plastik
Cuci menggunakan air sabun
suam dengan span lembut.
Bilas dengan air bersih, kering
dan simpankannya erasingan
daripada alatan tajam.
untuk mengikis sisa makanan dalam
dulang pembakar.
Elakkan menggunakan pengaut untuk
mengacau makanan panas dalam periuk.



Pengayak tepung

Pengayak tepung digunakan untukmengasingkan
kekotoran daripada bahan berserbuk seperti tepung,
gula aising dan lain lain. Terdapat pelbagai saiz dan
jaringnya kukuh serta tahan lasak. Pengayak diperbuat
daripada plastik atau keluli kalis karat.

PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
Elak menggunakan pengayak
sebagai penapis cecair.
Nersihkan pengayak selepas
digunakan.
Pastikan tepung sentiasa berada
dalam keadaan kering
Cuci dengan segera selepas digunakan
terutama jika digunakan untuk mengayak
gula aising.
Berus dengan berus lembut jika kekotoran
melekat. Cuci menggunakan air sabun
suam dengan span lembut.
Bilas bersih dan keringkan.
Simpan dalam almari bertutup untuk
mengelakkannya daripada memerangkap
habuk.
Elak merendamkannya bersama-sama
alatan lain kerana ini akan memerangkap
sisa makanan dan sukar dibersihkan.




Penimbang

Penimbang digunakan untuk menimbang bahan masakan
supoaya mendapat sukatan yang tepat. Garis
penunjuknya mestilah jelas dan jarumnya tidak bengkok.
Pilih penimbang yang mempunyai sukatan metrik
standard. Pilihan saiznya bergantung kepada
kegunannya. Penimbang digital paling tepat sukatannya
tetapi agak mahal.
PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Letakkan ceper/mangkuk penimbang
pada kedudukan yang betul.
Laraskan jarum penunjuk kepada
angka 0 sebelum menimbang bahan.
Letakkan bekas kosong untuk
menimbang bahan dan catatkan
beratnya.
Timbang bahan dan pastikan berat
bahan ditambah dengan berat bekas
Cuci cepr/mangkuk penimbang
menggunakan air sabun suam, bilas
bersih dan keringkan.
Lap badan penimbang dengan kain
lembap dan keringkan.
Letakkan ceper/mangkuk penimbang
semula ke tempat asal.
Kunci spring penimbang (jika ada)
sebeum disimpan.



Mangkuk adunan

Mangkuk adunan digunakan sebagai tempat
mengisi bahan adunan untuk membuat kek,
kuih dan roti. Mangkuk diperbuaat daripada
tembikar, keluli kalis karat, kaca atau plastik
tebal. Pelbagai saiz mangkuk bergantung
kepada kegunaannya. Mangkuk juga
digunakan untuk mengadun, mencampur,
menyebatikan dan memerap makanan.

PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Elak menggunakan mangkuk keluli
kalis karat untuk memerapkan
makanan yang berasid/beralkali.
Elakkan penggunaan pisau untuk
memotong makanan di dalam
mangkuk adunan.
Lapik meja kerja dengan kain lembap
untuk mengelakkan meja tercalar dan
mangkuk bergerak ketika digunakan.
Basuh denga air sabun suam
menggunakan span lembut.
Bilas dan keringkan sebelum disimpan.
Simpan dalam mangkuk adunan yang
berlainan secara jenis berasingan untuk
kemudahan mengambilnya.








Acuan


Acuan terdiri daripada loyang, tin pembakar, tin
loaf, tin pastri serta acuan kecil. Alat ini dugunakan
untuk meletakkan adunan yang hendak dimasak
dengan menggunakan kaedah mengukus atau
membakar.
Gunakan saiz acuan yang sesuai dengan kuantiti
makanan yang hendak dimasak. Pilih acuan yang
diperbuat daripada plastik, aluminium, tembaga
atau keluli kalis karat mengikut kesesuaian. Pilih
acuan yang berkualiti dan saiz yang pelbagai untuk
kegunaan tertentu.
Acuan untuk masakan yang dikukus mestilah
sesuai dengan periuk pengukus supaya wap dapat
tersebar rata.

PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Acuan perlu dibersihkan dengan sempurna
kerana mudah mengumpulkan kekotoran atau
sisa makanan di bahagian dasar dan
celahannya.
Acuan yang diperbuat daripada tembaga,
misalnya acuan kuih cara perlu digunakan
dengan cermat kerana berat dan mudah
meninggalkan selaput kusam berwarna hijau
yang beracun (kesan verdigis)
Bersihkan dengan air sabun suam
menggunakan span lembut.
Bilas dan keringkan sebelum
disimpan.
Simpan acuan yang berlainan jenis
secara berasingan untuk
kemudahan mengambilnya



penerap Penerap digunakan untuk menerap
adunan seperti biskut, pastri dan donut.
Pilih penerap yang sesuai dan berkualiti.

PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Gunakan saiz penerap yang
bersesuaian untuk saiz makanan yang
ibgin dihasilkan
Bersihkan dengan air sabun suam
menggunakan span lembut.
Bilas dan keringkannya sebelum
disimpan.
Simpan terap yang berlainan jenis
secara berasingan untuk kemudahan
mengambilnya.







Set aising

Set aising digunakan untuk membuat
corak aising pada kek dan biskut. Di
samping itu, set aising ialah alat untuk
menghias kentang putar dan pastri choux.
Set aising diperbuat daripada plastik,
tembaga atau keluli kalis karat mengikut
kegunaannya. Pilih set aising yang
berkualiti dan saiz yang pelagai untuk
kegunaan membuat corak asing yang
menarik.

PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Gunakan saiz dan bentuk nozzle yang
bersesuaian untuk saiz makanan yang
hendak dihias.
Sediakan beg aising atau kertas surih
bagi nozzle yang tidak mempunyai
badan dan pam penekannya
Bersihkan dengan air sabun suam
menggunakan span lembut.
Bilas dan keringkan sebelum disimpan
Simpan set aising yang berlainan jenis
secara berasingan untuk kemudahan
mengambilnya.



Dulang pembakar/kerja/menghidang

Dulang biasanya diperbuat daripada
plastik, aluminium, tembaga atau keluli
kalis karat mengikut kesesuaian. Pilih
dulang yang berkualiti dan saiz yang
pelbagai untuk kegunaan tertentu. Dulang
pembakar hendaklah diperbuat daripada
aluminium yang tebal. Dulang pembakar
kalis melekat (non stick) lebih elok dan
berkualiti tetapi harganya mahal. Dulang
kerja mestilah cukup besar untuk mengisi
makanan. Pilih dulang menghidang yang
mempunyai corajk menarik sama dada
ripada plastik atau keluli kalis karat.

PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Gunakan dulang yang berlainan
mengikut fungsinya.
Elakkan menggunakan dulang kerja
untuk membakar makanan.
Gunakan dengan cermat dan jangan
diketuk dengan benda keras kerana
akan menjadi kemik.
Bersihkan dengan air sabun suam
menggunakan span lembut.
Bilas dan keringkan sebelum disimpan.
Simpan dulang yang berlainan jenis
secara berasingan untuk kemudahan
mengambilnya.




Periuk

Periuk terdiri daripada pelbagi saiz mengikut
kegunaan tertentu. Pilih periuk yang berkualiti.
Periuk keluli kalis karat lebih sesuai untuk
kegunaan industri. Manakal periuk kalis melekat
(non stick) lebih tahan lama tetapi harganya mahal.
Pilih periuk yang tebal dan bahagiannya dasarnya
rata untuk kemudahan pengendalian. Tangkai
periuk mestilah diperbuat daripada bahan yang
berkualiti dan tahan haba panas.



PENGENDALIAN
PERMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
Gunakan periuk yang berlainan untuk
kegunaan yang tertentu.
Elakkan mengetuk mulut periuk
dengan kuat.
Gunakan hanya senduk atau sudip
kayu untuk periuk kalis melekat (non-
stick) bagi mengelakkan periuk
daripada tercalar.
Bersihkan dengan air sabun suam
menggunakan span lembut.
Bilas dan keringkan sebelum disimpan.
Simpan periuk yang berlainan jenis
secara berasingan untuk kemudahan
mengambilnya.
Rendam periuk dengan air sejuk jika
kesan hangitnya sukar ditanggalkan.

Anda mungkin juga menyukai