Anda di halaman 1dari 41

1

PENGENALAN
Gimnastik ialah pergerakan, latihan fizikal dan senaman yang meningkatkan kekuatan
otot. Pergerakan gimnastik terdiri daripada yang senang contohnya berlari, berjalan, melompat
dan pergerakan yang kompleks seperti hambur tangan (handspring), putar roda (cartwheel), salto
hadapan dan belakang. Pergerakan gimnastik juga terdiri daripada posisi statik yang senang
seperti berdiri, menyokong dan yang kompleks seperti dirian tangan buka kaki serta dirian
kepala. Pergerakan gimnastik boleh dilakukan dengan menggunakan alatan, di atas peralatan dan
tanpa alatan. Pergerakan gimnastik juga perlulah menunjukkan ketepatan, kejituan dan
kesempurnaan.

SEJARAH GIMNASTIK
Sukan gimnastik telah bermula dan berkembang sejak 2000 tahun dahulu dan sangat
berhubung rapat dengan peradaban manusia. Sejak 2000 tahun dahulu orang-orang Cina telah
menggunakan senaman beramai-ramai bagi tujuan upacara keagamaan. Seratus tahun kemudian,
orang-orang India dan Persia telah mengikutinya. Orang-orang Greek pula telah menamakan
pergerakan ini sebagai gymnastics dan tempat melakukan senaman ini secara beramai-ramai
dikenali sebagai gymnasium.
Walaupun perkembangan sukan gimnastik ini tidak dapat dikesan, tetapi Aristotle,
seorang ahli falsafah berbangsa Greek telah menulis bahawa gimnastik tidak hanya sebagai seni,
malahan ia juga merupakan salah satu bidang ilmu sains iaitu sains kemasyarakatan. Seorang ahli
perubatan yang masyhur dan pengikut Hippocrates, Gelen, telah mencipta teori mengenai
gimnastik yang menunjukkan ia sesuatu gerak kerja yang berpengetahuan dan mempunyai nilai-
nilai yang tinggi dan masih digunakan sehingga sekarang.
Bermula tahun 2,300 S.M. Mesir kuno telah mengaplikasikan asas pergerakan gimnastik
seperti yang ditemui pada ukiran hieroglifik.

2


Asas pergerakan yang dilakukan pada Zaman Mesir Kuno

Olimpiad pada Zaman Greek
Orang Roman pula telah menggunakan fahaman kebudayaan latihan jasmani orang Greek dan
kemudian diperkembangkan sehingga menjadi salah satu peralatan dalam latihan ketenteraannya.
Tentera Roman menggunakan ketangkasan menggunakan lombol yang merupakan gerakan
gimnastik untuk tentera menaik dan menurun kuda. Kesannya sehingga sekarang lombo dikenali
kekuda lombol.

3


Latihan gimnastik menggunakan lombol
Empayar Roman di bawah pemerintahan Theodosius 1 dalam tahun 493 Masihi telah
menghapuskan Sukan Olimpik purba dan berikutan dengan itu, kegemilangan sukan gimnastik
juga turut merosot. Dengan runtuhnya Empayar Roman juga telah membawa kemerosotan minat
orang ramai terhadap sukan gimnastik ini.
Dalam abad ke-19, kebangkitan minat terhadap sukan purba ini kembali wujud. Dengan
terbitnya buku, Gymnastics for youth oleh Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 dan
terjemahannya di sebar ke seluruh Eropah, telah banyak mempengaruhi perkembangan peringkat
awal sukan gimnastik ini.
Pada akhir tahun 1700-an, Friedrich Ludwig Jahn seorang guru di Jerman telah mencipta
beberapa aparatus antaranya termasuklah palang sejajar, batang titian dan acara lompatan.
Beliau, seterusnya dianggap sebagai bapa gimnastik moden atas usaha beliau
memperkembangkan sukan gimnastik moden. Gimnastik berkembang di Jerman pada tahun
1800 dan pembukaan Sekolah Jahn di Berlin, pada tahun 1811 lebih menyemarakkan lagi
perkembangan sukan itu. Hasilnya wujud banyak kelab-kelab gimnastik di Eropah dan
kemudiannya di England. Sukan ini seterusnya diperkenalkan ke Amerika Syarikat oleh Dr
Dudley Allen Sargent, yang mengajar gimnastik di beberapa universiti di Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun, kebanyakan perkembangan gimnastik di Amerika Syarikat lebih tertumpu
kepada aktiviti pendatang Eropah, yang memperkenalkan sukan itu di bandar-bandar baru
mereka dalam tahun 1880-an. Gimnastik moden dikecualikan beberapa peristiwa tradisional,
4

seperti angkat berat dan gusti, dan menekankan bentuk dan bukannya persaingan peribadi. Pehr
Ling dan Ludwig Jahn merupakan penggerak utama sukan gimnastik, di mana Ling telah
menyediakan asas pergerakan dalam Pendidikan Jasmani dan telah menjadi ikutan banyak
Negara. Sementara itu, Jahn pula telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih digunakan
sekarang. Turnvereine atau kelab gimnastik merupakan idea beliau yang telah berkembang
keseluruh Eropah sehingga ke Amerika Syarikat, dan perkataan turners yang bermaksud gimnas
(peserta atau ahli gimnastik), masih digunakan di sana sehingga sekarang.

Pendedahan awal sukan gimnastik oleh Friedrich Ludwig Jahn dalam acara batang tititan.
Perdebatan tentang tafsiran gimnastik Jerman yang lebih kepada pergerakan di alatan
dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan dibandingkan dengan penberian relative
Swedish yang berdasarkan pergerakan berirama telah diperkatakan beberapa tahun kemudian.
Pergerakan ini telah merebak ke Negara Inggeris di mana Skim Latihan Jasmani Tentera
Bersekutu telah di tubuhkan dalam tahun 1860 yang lebih dikenali sebagai Staf Gimnastik
Tentera. Kemudian daripada itu, Persekutuan Amatur Ginmastik telah ditubuhkan dalam tahun
1888. Perkembangan sukan ini terus mendapat sambutan dan pada tahun 1908, Alberto Braglia
dari Itali telah memenangi johan keseluruhan acara gimnastik di Sukan Olimpik di London.

5

Selepas Perang Dunia Pertama, sambutan dan perkembangan gimnastik di England telah
merosot disebabkan tanggapan bahawa ia berasal dari Jerman. Kemudian pihak berkuasa
pendidikan pula telah mengharamkan pengajaran yang menggunakan alatan. Bagaimanapun
selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan Inggeris telah memberikan sokongan, dan pengaruh yang
dimainkan oleh televisyen telah mengembalikan kepopularan sukan gimnastik ini. Walau
bagaimanapun, di Negara-negara asal di mana gimnastik mula berkembang tetap terus maju dan
menjadi sukan yang popular dan membawa kemegahan di peringkat Olimpik.
Sukan gimnastik menjadi lebih popular selepas Sukan Olimpik di Tokyo pada tahun
1964. Media massa, khususnya televisyen telah memainkan peranan dalam memperkenalkan
sukan ini kepada orang ramai, termasuk di Negara kita. Media massa ini telah membuat siaran
terus-menerus yang dapat menarik minat para penonton dari seluruh Negara. Peserta Olga
Karbut telah menyinar bintangnya dalam acara gimnastik pada tahun 1972 di Sukan Olimpik,
Munich. Walaupun beliau tidak memenangi johan keseluruhan, namun beliau telah
mempamerkan satu persembahan yang cemerlang dan dapat memikat hati penonton sehingga
menjadi kesayangan mereka.
Sungguhpun acara gimnastik lelaki dipertandingkan pada Sukan Olimpik pertama tahun
1896, namun dalam abad ke-18 dan juga ke-19 sukan gimnastik telah mula berkembang dengan
pesat sehingga menjadi gimnastik moden sukan utama di Negara-negara Scandinavia dan
Jerman. Di Negara-negara lain, seperti Negara yang penduduknya bertutur bahasa inggeris, ia
hanya diajar melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Selepas tahun 1940 negara-negara
seperti Rusia, Czechoslolvakia dan Jerman Timur telah menguasai keseluruhan acara gimnastik
yang dipertandingkan.
Negara Rusia telah menyertai Sukan Olimpik kali pertama dalam acara gimnastik pada
tahun 1952 di Helsinki. Dalam kejohanan tersebut, peserta lelakinya telah mencapai kejayaan di
luar dugaan dengan memenangi lima daripada lapan pingat emas, sementara peserta wanitanya
pula memenangi empat daripada enam emas acara gimnastik yang dipertandingkan. Empat tahun
kemudian di Melbourne, peserta lelakinya telah menambah pungutan pingatnya kepada tujuh dan
wanitanya kepada lima. Boris Shakhlin dan Larissa Latynina merupakan ahli gimnastik lelaki
dan wanita yang paling handal ketika itu dan telah memenangi pingat emas Olimpik pertama
pada tahun 1956.
6

Ahli-ahli gimnastik dari Jepun mula menonjolkan diri dalam Sukan Olimpik pada tahun
1952, di mana mereka telah menduduki tempat keempat dalam bahagian lelaki berpasukan.
Empat tahun kemudian mereka telah memperbaiki kedudukan berpasukan lelakinya dengan
menduduki tempat kedua di belakang Rusia. Takashi Ono merupakan peserta lelaki Jepun yang
pertama memenangi pingat emas Olimpik, iaitu dalam acara palang tunggal di Melbourne tahun
1956. Tahun 1960 merupakan tahun kegemilangan bagi peserta-peserta gimnastik Jepun, di
mana mereka telah menumpaskan Rusia buat kali pertamanya, dalam perebutan keseluruhan
pingat dalam sukan tahun itu.
Dalam Sukan Olimpik di Tokyo, 1964, Jepun telah dapat mempertahankan kejuaraan
pasukan lelakinya, sementara Rusia hanya memenangi sebutir pingat emas melalui Boris
Shakhlin dalam acara palang tunggal. Sukan Olimpik di Mexico tahun 1968 pula menyaksikan
Jepun masih mengekalkan kejuaraan pasukan lelakinya dan memenangi lima daripada tujuh
pingat emas yang di pertandingkan. Rusia hanya memenangi dua pingat emas melalui Mikhail
Voroinin dalam acara palang tunggal dan kekuda berpelana. Sebagaimana kejayaan yang telah
dicipta oleh pasukan gimnastik lelaki Jepun, maka tidak kurang juga bagi peserta wanitanya.
Semasa sukan Olimpik di Tokyo tahun 1964, mereka telah menduduki tempat ketiga di belakang
Rusia dan Czechoslovakia. Walau bagaimanapun peserta dari Czechoslovakia yang diketuai oleh
Vera Caslavska telah mula menggugat kedudukan peserta wanita Rusia. Beliau telah
menumbangkan Larissa Latynina sehingga menjadi peserta paling berjaya dalam kejohanan
tersebut. Pasukan wanita Czechoslovakia hanya kalah satu mata kepada Rusia. Pada Sukan
Olimpik di mexico mereka telah merapatkan jurang ini dengan perbezaan yang kecil.
Sukan gimnastik telah menjadi begitu popular di Negara-negara yang mendahului
pungutan pingat dalam Sukan Olimpik. Negara-negara seperti Jerman, Sweden, Czechoslovakia,
dan Switzerland telah mengadakan perayaan besar-besaran bagi sukan gimnastik. Czech
Spartakiade dan Gymnaestrada merupakan dua contoh perayaan dan pertandingan yang
melibatkan pengelolaan yang besar. Spartakiade merupakan perhimpunan lebih kurang 30,000
paserta dan ahli gimnastik dari seluruh Czechoslovakia dengan melibatkan lebih dari 200,000
penonton menyaksiakn perayaan ini. Bagi Gymnaestrada pula, ia merupakan pertandingan
jemputan peringkat antarabangsa tanpa pemberian pingat. Jerman mengelolakannya pada setiap
7

kali diadakan. Semua Negara yang aktif dalam sukan gimnastik mengambil bahagian kecuali
China.
PERKEMBANGAN SUKAN GIMNASTIK DI MALAYSIA
Gimnastik merupakan salah satu sukan pilihan yang wajib dipelajari oleh semua pelajar
sekolah di Malaysia. Sejarah perkembangan awal sukan tersebut menunjukkan bahawa gimnastik
pada mulanya berfungsi sebagai alat kecergasan badan dan akhirnya berkembang sehingga
dipersembahkan pada masyarakat umum. Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi
pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan
(flexibility) dan kesedaran kinestatik seperti semasa melakukan hamburan dan lain-lain. Sukan
gimnastik telah mula diperkenalkan di sekolah-sekolah dan institut pendidikan guru melalui mata
pelajaran.
Gimnastik telah pun diajar di sekolah-sekolah dan maktab-maktab perguruan melalui
mata pelajar Pendidikan Jasmani sejak zaman penjajahan lagi, iaitu kira-kira dalam tahun 1900.
Murid-murid hanya diajar senaman lantai, imbangan dan melombol. Pertandingan gimnastik
antara sekolah-sekolah yang pertama telah diadakan pada 24 November 1962 bertempat di
Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi murid-murid lelaki sahaja. Pertandingan untuk
murid-murid perempuan bermula pada tahun 1980. Gimnastik telah mendapat sambutan ramai
melalui pertunjukan di perayaan Hari Kebangsaaan dan temasya sukan sekolah-sekolah setelah
Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kini sukan gimnastik telah berkembang
begitu baik sehingga kesemua Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri telah mengambil bahagian
dalam kejohanan gimnastik anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Negeri-negeri yang
aktif dan sering mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan gimnastik, khususnya
peringkat sekolah-sekolah terdiri daripada Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Perak
dan Negeri Sembilan.
Pada tahun 1989 Malaysia telah menang lima pingat emas dalam gimrama di Sukan SEA
melalui Faiznur Miskin. Pada tahun 1991 Malaysia telah memenangi pingat emas yang pertama
dalam Sukan Sea melalui Kau Git Kaur dalam acara melombol dan pada tahun 1993 Lim Wai
Chee pula telah menang pingat emas dalam acara melombol untuk menyumbang pingat emas
pertama dalam sejarah sukan gimnastik artistik wanita Malaysia. Malaysia telah menyertai
8

pertandingan gimnastik dalam Sukan Komanwel sejak 1998 hingga sekarang. Kemuncak
kecemerlangan sukan gimnastik adalah pada tahun 2004 apabila seorang gimnas lelaki iaitu Ng
Shu Wai telah mewakili Malaysia dalam Olimpik di Athens, Greece.

Ng Shu Wai yang telah bertanding di Sukan Olimpik Athen.
i. Gimnastik Pendidikan
Sukan gimnastik dirujuk sebagai the mother of all sports . Ini adalah kerana
penglibatan dalam sukan ini akan menghasilkan kekuatan fizikal, fleksibiliti, ketangkasan,
koordinasi, dan imbangan yang mana diperlukan oleh semua sukan. Oleh yang demikian, adalah
wajar untuk pelajar mempelajari gimnastik pendidikan yang merupakan asas kepada gimnastik.
Menerusi perkembangan sukan gimnastik yang semakin mendapat perhatian masyarakat dunia,
pengaplikasiannya dalam bilik darjah merupakan langkah yang baik bagi mengasah bakat setiap
individu pada peringkat awal khususnya pada kanak-kanak prasekolah. Gimnastik pendidikan
adalah merupakan salah satu daripada cabang pendidikan pergerakan yang bertujuan untuk
memberikan pendedahan kepada pelajar dan menjadi asas kepada gimnastik artistik. Melalui
gimnastik pendidikan, pelajar akan didedahkan kepada pelbagai bentuk pergerakan dan tugasan
yang akan mendorong kepada pembelajaran dan perkembangan pelajaran yang lebih baik. Ianya
akan memberikan tumpuan kepada pembelajaran individu yang unik dari segi gaya pergerakan
dan berdasarkan kepada tema-tema khusus yang akan dapat membantu pelajar menyedari tentang
nilai estetik dan kreativiti, kesedaran tubuh badan dan memahami konsep pergerakan dengan
lebih baik. (Ramakrishnan,1998)
9

ii. Tujuan Gimnastik Pendidikan
Gimnastik pendidikan adalah memfokuskan penguasaan kemahiran pergerakan yang
berkaitan dengan tubuh badan, ruang, beban, masa, ritma dan aliran. Secara lebih jelas berikut
adalah tujuan pembelajaran gimnastik pendidikan.
i. Meningkatkan kesedaran tubuh badan dalam kalangan pelajar.
ii. Meningkatkan kreativiti pelajar dalam mengolah pergerakan yang merangkumi ruang,
masa, beban dan aliran.
iii. Menerapkan nilai positif tentang yakin diri.
iv. Mendedahkan pelajar kepada proses penerokaan, penjelajahan, penemuan dan daya cipta.
v. Memberi kebebasan kepada pelajar dalam mengolah kreativiti bagi menghasilkan ciptaan
pergerakan yang mempunyai nilai estetik yang tersendiri. Menyediakan asas kepada
gimnastik artistik.
KAEDAH ATAU CARA PERMAINAN
Terdapat enam pola pergerakan dalam Gimnastik iaitu pola pendaratan, pola statik, pola
gerak edar, pola putaran, pola hamburan dan pola hayunan. Menurut Borhanunudin (2006),
Gimnastik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti, imbangan, kekuatan,
ketangkasan dan daya tahan otot yang baik. Gimnastik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan
kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan
kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik penekanan tertumpu kepada kekuatan dan
daya tahan otot, kuasa fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan
fikiran yang tinggi juga diperlukan.
Gimnastik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan
lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan
yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan
seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang
lebih sukar.


10


Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:

i. KONSEP ASAS PERGERAKAN MENDARAT
Rangkalan Elemen
Mendarat
Perlakuan Kaedah Mengajar
1. Berdiri tegak dengan
sokongan dua kaki.
2. Bengkokkan lutut dan
tangan dihayun ke atas.
3. Lompat mendarat
dengan kedua belah kaki.
4. Bengkokkan kaki
dengan tangan
ke hadapan semasa
mendarat.




Mendarat dengan kedua-dua kaki
Ketiga-tiga siri boleh
digabungkan untuk menjadi
satu rangkaian pergerakan.
Posisi estetik pergerakan
perlu dikekalkan bagi
mempersembahkan ciri-ciri
gimnastik:
1. Hujung kaki ditunjukkan
(point toes).
2. Kepala didongakkan.
3. Tangan dan kaki lurus
tegang.
4. Ketepatan pergerakan.
5. Kelancaran pergerakan.
Latihan mengikut:
i) tempo muzik
1. Berdiri tegak dengan
dua
kaki.
2. Tangan dibawa ke
hadapan.
3. Jatuhkan badan ke


11

hadapan.
4. Tangan digunakan
untuk
menyokong badan.
5. Tangan dibengkokkan.
6. Badan tegak dalam
keadaan meniarap.

Mendarat dengan tangan

ii) tepukan.
iii) beat bunyi.
1. Berdiri tegak.
2. Lompat ke hadapan dan
tangan ke atas.
3. Kaki mendarat dan
dagu
didekatkan ke dada.
4. Pusingkan badan ke
sisi.
5. Guling menggunakan
bahu.
6. Pusingkan badan dan
berdiri tegak.
7. Tangan ke atas.






Mendarat dengan gulingan sisi.

ii. KONSEP PERGERAKAN STATIK
Rangkaian Elemen
Statik
Perlakuan Kaedah Mengajar
1. Berdiri dengan
sokongan dua kaki (3
saat).
2. Langkah ke hadapan
3. Ke sokongan satu kaki
Gabungkan ketiga-tiga siri
pergerakan menjadi satu
rangkaian.
12

dengan salah satu kaki
diangkat lurus ke belakang
(3 saat).



Posisi estetik pergerakan
perlulah dikekalkan bagi
mempersembahkan ciri-ciri
gimnastik:
1. Hujung kaki ditunjuk
(point
toes).
2. Kepala dongak.
3. Tangan dan kaki lurus
tegang.
4. Ketepatan pergerakan.
5. Kelancaran pergerakan.
Latih ikut:
i) tempo muzik
ii) tepukan.
iii) beat bunyi.
1. Duduk kaki lunjur ke
hadapan, tangan di sisi (3
saat).
2. Guling ke belakang
dengan kaki lurus
3. Ke sokongan bahu (3
saat).



1. Sokong hadapan (3
saat).
2. Putar ke sokong sisi
(3 saat).
3. Putar ke sokong
belakang (3 saat)
4. Kedudukan kaki lunjur
ke hadapan dan tangan
angkat ke atas.




iii. KONSEP PERGERAKAN GERAK EDAR
Rangkaian Elemen
Gerak Edar
Perlakuan Kaedah Mengajar
1. Lari congklang (gallop)
dengan hayunan tangan
Elemen gerak edar adalah
13

diikuti dengan larian
silang kaki sisi sambil
hayun tangan.

berjalan, berlari, dan
melompat dengan tangan
atau kaki yang
memindahkan badan dari
satu tempat ke satu
tempat.
Pastikan apabila kaki
bergerak, tangan turut
dihayunkan bagi
menunjukkan dinamik
pergerakan.
Nilai estatik seperti kaki
tunjuk (point toes) dan
badan tegang perlu
dikekalkan agar konsep
gimnastik dapat
ditunjukkan. Gabungkan
jenis-jenis gerak edar bagi
memaparkan keriangan
dan keseronokan.
1. Jalan ulat ke hadapan

1. Langkah dan tendang
tinggi ke hadapan.



iv. KONSEP PERGERAKAN PUTARAN
Rangkaian Elemen
Putaran
Perlakuan Kaedah Mengajar
1. Berdiri tegak dengan
dua kaki.
2. Bercangkung dan
sokongan tangan ke
depan.
3. Naikkan pinggul, dagu
Posisi estetik pergerakan
perlu dikekalkan bagi
mempersembahkan ciri-ciri
gimnastik:
1. Hujung kaki ditunjukkan
(point toes).
14

rapat ke dada.
4. Guling, mendakap, dan
berdiri tegak.

2. Kepala didongakkan.
3. Tangan dan kaki lurus
tegang.
4. Ketepatan pergerakan.
5. Kelancaran pergerakan.
Latihan mengikut:
i) tempo muzik
ii) tepukan.
iii) beat bunyi.


1. Berdiri tegak dengan
dua kaki.
2. Bengkokkan kaki dan
hayun tangan.
3. Lompat dan berputar
360.
4. Mendarat dan tangan
lurus ke atas.



Putar Roda
1. Bengkok lutut kiri
2. Letak tangan kiri ke
lantai.
3. Tendang kaki kanan.
4. Stradel (straddle) kaki
di atas.
5. Mendarat dengan kaki
kiri.





v. KONSEP PERGERAKAN MENGGUNAKAN PALANG
Rangkaian Elemen Berpalang Perlakuan
1. Tangan berpegang pada palang
15


vi. KONSEP PERGERAKAN MENGGUNAKAN KEKUDA BERPELANA
Rangkaian Elemen Menggunakan
Kekuda Berpelana
Perlakuan
1. Kedua-dua tangan dipegang pada
pelana dalam keadaan badan berdiri
tegak disebelah aparatus.
2. Lonjak ke atas dan kangkangkan
kaki ke kiri dan kanan.
3. Lakuan menghayun ini memerlukan
momentum dari pergerakan hayunan
kiri dan kanan.




vii. KONSEP PERGERAKAN MENGGUNAKAN LOMBOL
Rangkaian Elemen Menggunakan
Lombol
Perlakuan
1. Larian lajak dan pijak papan anjal
dengan badan lurus.
2. Dengan badan dalam keadaan lurus,
lentikkan badan ke belakang.
3. Tarik badan ke atas dengan kaki
lurus (berbentuk v) dirapatkan ke
palang.
4. Sangkutkan kaki ke palang dan
pusing badan ke kedudukan seperti
dalam rajah.
5. Kaki ditendang ke hadapan untuk
lajak dan di lantunkan kaki dan
badan ke belakang untuk mendarat.

16

serta mendarat di atas lombol dalam
kedudukan mencangkung.
2. Berdiri dan mendarat dengan kedua
belah kaki di atas tilam pendaratan.



SISTEM PERTANDINGAN YANG DIGUNAKAN
Peraturan asas gimnastik ini meliputi format-format pertandingan yang digunakan. Secara
umumnya, terdapat dua contoh format pertandingan yang boleh digunakan. Pertama, ia boleh
digunakan dalam pertandingan peringkat sekolah atau sekolah-sekolah yang menggunakan
contoh ini sebagai persembahan kebolehan asas. Ia berdasarkan kepada pendekatan pengajaran
gimnastik mengenai teras-teras kemahiran. Contoh kedua merupakan pertandingan sebenar yang
digunakan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa oleh persekutuan-persekutuan gimnastik.
i. FORMAT UTAMA
1) Kumpulan Umur

Lelaki dan wanita bawah 12 tahun (kejohanan kanak-kanak)
Lelaki dan wanita bawah 15 tahun (kejohanan remaja)
Lelaki dan wanita melebihi 15 tahun (kejohanan belia)

2) Keperluan Pertandingan
Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan dua persembahan, iaitu persembahan senaman
lantai dan persembahan di alatan.


17

ii. SENAMAN LANTAI
Mestilah mempunyai sepuluh kemahiran teras yang dikenali atau variasinya. Kemahiran
itu hendaklah dicantumkan dengan pergerakan-pergerakan yang sesuai untuk menghasilkan
persembahan yang lancar dan mestilah selesai dalam masa 40 saat. Persembahan juga hendaklah
menunjukkan unsur-unsur melompat, berguling, imbangan dan putaran serta memperlihatkan
kegunaan datar yang berlainan, kelajuan dan dinamik.
Peserta diberikan (10.00) markah sebelum memulakan persembahan. Potongan markah
dibuat mengikut perkara berikut.
a) Pada setiap kemahiran yang tidak dilakukan daripada sepuluh kemahiran yang
dikehendaki ditolak 0.5 markah setiap kemahiran yang ditinggalkan.
b) Kegagalan menunjukkan lompatan, gulingan, imbangan dan putaran ditolak 0.3 markah
bagi setiap yang ditinggalkan.
c) Kelemahan menggunakan datar yang berlainan, kelajuan, dan dinamik yakni pembinaan
persembahan akan ditolak 1.00 markah.
d) Kelemahan bentuk dan teknik atau perlaksanaan ditolak sehingga 4.00 markah.
e) Pada setiap saat yang lebih masa dari masa yang dihadkan iaitu 40 saat akan ditolak 0.1
setiap saat.
f) Markah penilaian yang penuh adalah seperti berikut:
Unsur-unsur kemahiran (10 unsur / 0.5) 5.00 markah
Pelaksanaan 4.00 markah
Pembinaan 1.00 markah
Jumlah 10.00 markah

iii. Persembahan di lantai
Persembahan mestilah mempunyai lapan kemahiran teras dan atau variasinya, di mana
sekurang-kurangnya satu unsur ditunjukkan pada tiap-tiap alatan. Masa yang diperlukan ialah
tidak melebihi 40 saat dan peserta hendaklah memperlihatkan bermacam-macam jenis kemahiran
dalam persembahan yang lancar.
18

Peserta diberikan 10.00 markah sebelum memulakan persembahannya. Potongan markah akan
dibuat mengikut perkara-perkara berikut:
a) Kegagalan menggunakan kelapan-lapan kemahirandan atau variasinya dipotong 0.5
setiap kemahiran yang tertinggal.
b) Gagal menggunakan tiap-tiap alatan, iaitu lombo, palang dan bangku panjang dipotong
1.00 markah.
c) Kelemahan bentuk dan teknik juga datar tidak diperlihatkan dipotong sehingga 1.00
markah.
d) Kelemahan bentuk dan teknik atau perlaksanaan dipotong sehingga 5.00 markah.
e) Pada setiap saat yang lebih markah dari 40 saat peruntukan dipotong 0.1 markah setiap
saat.
f) Markah penilaian yang penuh adalah seperti berikut:
Unsur-unsur 4.00 markah
Perlaksanaan 5.00 markah
Pembinaan 1.00 markah
Jumlah 10.00 markah

iv. Perlaksanaan
Jika kelemahan teknik atau dibentuk diperlihatkan, potongan antara 1.0 hingga 0.3
markah dibuat.
Di akhir persembahan kesemua potongan dari bahagian ini dicampurkan dan jumlahnya
ditolak daripada markah yang diperuntukkan kepada bahagian ini (5.00 markah)

v. Lombol
Setiap peserta dihadkan melakukan dua kali percubaan pada satu pergerakan lombol.
Markah yang paling tinggi di antaranya akan diambil kira.
Pergerakan lombol ini dilakukan di atas peti lombol yang tingginya kira-kira tiga kaki
empat inci (1 meter) dengan menggunakan papan anjal atau papan Reuther.
Tempat pendaratan yang selamat hendaklah digunakan. Peti lombol ini boleh diletakkan
secara memanjang atau melintang. (peringatan: kebiasaannya peti lombol diletakkan
19

memanjang supaya dapat memberikan ketinggian yang lebih daripada melintang semasa
melakukan pergerakan lombol.)
Persembahan lombol dihakimi mengikut ketetapan nilai yang diberi seperti berikut:
Lombol lalu (lombol dekam dengan kaki bengkok) 8.50 markah
Lombol kangkang 8.50 markah
Lombol lalu (lombol dekam dengan kaki lurus) 9.50 markah
Lombol hambur tangan 10.00 markah
Pecahan-pecahan markah potongan untuk pengadilan:
Potongan maksimum
Penerbangan pertama ke atas 2.00 markah
Tolakan dan penerbangan turun 2.00 markah
Bentuk dan rupa lombol 3.00 markah
Pendaratan 1.00 markah

Kategori Pertandingan di Peringkat Antarabangsa (Olimpik)
Empat belas pingat emas untuk dimenangi bagi pertandingan peringkat antarabangsa atau
di Sukan Olimpik. Atlet boleh memenangi pingat dengan skor (i) pasukan mereka, (ii) acara
individu atau (iii) individu keseluruhan (yang menggabungkan skor kesemua acara). Pada
peringkat awal pertandingan, kebiasaannya terdapat hampir 200 orang gimnas yang menyertai
pertandingan. Oleh kerana terlalu ramai, pertandingan dibahagikan kepada 4 fasa iaitu:
i. Peringkat Kelayakan
ii. Pasukan akhir
iii. Individu keseluruhan akhir
iv. Acara individu akhir
20

Oleh yang demikian setiap gimnas akan berpeluang untuk bertanding setiap fasa bagi merebut
peluang untuk menjadi johan.

21

Contoh pemarkahan bagi Sukan Olimpik
PERATURAN SUKAN GIMNASTIK
Code of Point
Code of point merupakan sistem penghakiman yang digunakan dalam sukan gimnastik
artistik. Ia menggariskan nilai kesukaran kemahiran, dan bagaimana setiap kemahiran yang harus
dilakukan. Ia juga menjelaskan tentang peraturan pertandingan dan bagaimana markah setiap
persembahan dalam pertandingan dikira. Buku ini dikawal oleh Persekutuan Gimnastik
Antarabangsa dan diterima pakai diseluruh dunia sebagai rujukan utama dalam setiap
pelaksanaan kemahiran dan pertandingan.
22


Contoh kulit depan code of point.
Etika Berpakaian
Atlet yang bertanding dalam sukan gimnastik artistik haruslah mematuhi kod etika
berpakaian yang telah ditetapkan oleh FIG. Berikut adalah etika yang telah ditetapkan di dalam
code of point.
Pakaian
a) Gimnas Lelaki
Gimnas lelaki dimestikan memakai dua lapisan pakaian leotard (pakaian gimnas semasa
latihan atau pertandingan gimnastik). Lapisan pertama, adalah singlet leotard tanpa lengan.
Manakala lapisan kedua adalah seluar samada pendek atau panjang mengikut acara yang
disertai. Untuk acara senaman lantai dan melombol, gimnas mestilah memakai leotard tanpa
lengan beserta seluar pendek. Bagi acara yang lain, mereka diwajibkan memakai leotard
tanpa lengan bersama sepasang seluar panjang yang melekat kepada bahagian bawah kaki
beserta stoking. Pakaian seragam gimnas lelaki biasanya kurang hiasan daripada gimnas
perempuan. Singlet biasanya menggunakan satu atau lebih warna pasukan kebangsaan, tetapi
tidak ada sekatan ke atas reka bentuk. Seluar pendek dan seluar panjang umumnya warna
23

pepejal, biasanya putih, biru, merah atau hitam. Bagi acara kumpulan, keseragaman dalam
berpakaian adalah diwajibkan.

Pakaian gimnas lelaki.
b) Gimnas Wanita
Bagi gimnas wanita, pakaian yang ditetapkan di dalam code of point versi
terdahulu adalah leotard berlengan panjang. Walau bagaimanapun, FIG melalui code of
point baru telah membenarkan gimnas wanita untuk memakai leotard berlengan separa
panjang, dan tanpa lengan Leotards Amalan dan mereka yang dipakai dalam sesi latihan
podium secara amnya tanpa lengan. Leotards tidak boleh naik terlalu tinggi pada pinggul
atau dipotong terlalu rendah, dalam keadaan yang jarang berlaku. Sekiranya peraturan ini
tidak dipatuhi, gimnas dan pasukannya boleh dihukum dengan potongan markah untuk
pakaian mereka. Dalam tahun 1970-an leotards biasanya diperbuat daripada poliester dan
kain berkaitan. Sejak tahun 1980-an, bahan likra atau spandeks telah digunakan dalam
pembuatan leotard. Manakala bermula tahun 1990-an, pelbagai bahan telah digunakan
untuk membuat leotard termasuk baldu, velor, jaringan, fabrik logam, foils dan kain
hologram berwarna-warni. Secara asasnya, leotards tidak boleh dibuat potongan
berbentuk lubang atau apa-apa reka bentuk dengan tujuan kelihatan seksi samada pada
24

bahagian belakang atau depan. Mana-mana bahan leotard yang agak jarang, juga
melanggar peraturan dan tidak dibenarkan.


Kepelbagaian rekabentuk leotard wanita.


Kepelbagaian rekaan corak leotard wanita.

25

Gaya Rambut
a) Gimnas Lelaki
Gimnas lelaki tidak diperlukan untuk menerima pakai apa-apa gaya rambut tertentu
semasa pertandingan. Bagaimanapun, hampir semua atlet lelaki memilih untuk mempunyai
rambut pendek. Walaupun beberapa gimnas lelaki memilih untuk mempunyai bulu muka, ini
secara umumnya terhad kepada misai dan janggut yang dipotong kemas dan rapi.

Kepelbagaian gaya rambut gimnas lelaki.
b) Gimnas Wanita
Gimnas wanita tidak diwajibkan untuk mengamalkan apa-apa gaya rambut tertentu atau
panjang rambut. Walau bagaimanapun, kebiasaannya mereka mesti menyimpan rambut panjang
serta diikat dalam pelbagai fesyen, samada seperti ekor kuda, atau tocang.

Kepelbagaian gaya dandanan rambut gimnas wanita.
26

SISTEM PEMARKAHAN
Gimnastik artistik adalah merupakan sebuah sukan yang mengamalkan sistem pemarahan
yang berbentuk subjektif. Selama lebih 80 tahun, sukan ini mengamalkan penilaian markah
persembahan gimnas berdasarkan skala 1 hingga 10. Walau bagaimanapun, pada tahun 1990-an
peraturan telah diselaraskan dan setiap rutin diberi nilai permulaan berdasarkan tahap kesukaran,
menjadikannya "sempurna sepuluh" lebih sukar untuk dicapai. Kemudian pada tahun 2005,
peraturan berubah sekali lagi disebabkan kontroversi pemarkahan di Sukan Olimpik 2004. Sejak
itu Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah menggubal sistem pemarkahan yang baru yang
mana penilaian adalah berasaskan kesukaran rutin dan pelaksanaan.

Kedudukan juri semasa acara kekuda berpelana.
Melalui sistem pemarkahan baru ini, tahap kesukaran diputuskan oleh kemahiran yang
dilakukan oleh gimnas. Setiap rutin bermula pada kesukaran sifar. Titik ini kemudiannya
ditambah bagi setiap kemahiran, yang boleh terdiri daripada A (mudah) kepada F (yang sangat
sukar). Elemen yang diperlukan menambah maksimum sebanyak 2.5 mata kepada skor dengan
mata bonus yang diberikan jika elemen sukar digantung bersama-sama dalam rutin. Dua panel
hakim yang hadir semasa pertandingan: Dua panel hakim "A" yang menentukan kesukaran
teknikal dan enam panel hakim "B" yang menilai pelaksanaan dan kesenian rutin. Markah
pelaksanaan bermula pada 10 dan mata ditolak dengan kesilapan masing-masing. (Sebagai
contoh jatuh semasa mendarat dari batang titian dipotong sebanyak 1.0 markah.) Mata kesukaran
dan pelaksanaan ditambah bersama-sama untuk memberikan nilai gabungan.
27

UKURAN GELANGGANG DAN APARATUS
Sukan gimnastik yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa dikategorikan kepada dua
kategori iaitu lelaki dan wanita. Bagi acara lelaki terdapat enam acara yang dipertandingkan
sebagaimana berikut:
i. Senaman lantai (floor exercise)
ii. Palang sejajar (parallel bar)
iii. Melombol (vaulting)
iv. Gelang (ring)
v. Kekuda berpelana (pommell horse)
vi. Palang tunggal (high bar)
Manakala bagi wanita pula, acara yang dipertandingkan adalah sebagaimana berikut:
i. Senaman lantai (floor exercise)
ii. Palang bertingkat (uneven bar)
iii. Batang titian (balance beam)
iv. Melombol (vaulting)
Hanya dua acara yang sama bagi lelaki dan wanita iaitu acara senaman lantai dan
melombol. Berikut adalah lakaran susun atur peralatan apabila pertandingan peringkat
antarabangsa dijalankan.
28


Lakaran susun atur peralatan gimnastik bagi acara lelaki.
29


Lakaran susun atur peralatan gimnastik bagi acara wanita.


30

Senaman Lantai
Dimensi untuk lantai adalah sama bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita. Lantai
adalah berukuran seluas 12 meter x 12 meter persegi dengan permukaan mendatar, sedikit tinggi
dari permukaan dewan pada maksimum sebanyak 3.5 sentimeter. Sempadan di sekeliling tikar
mungkin tidak mempunyai kecerunan melebihi 25 peratus. Terdapat juga sebuah zon yang 2
meter sekitar kawasan persembahan yang mesti kekal jelas tanpa halangan.

Ukuran lantai gimnastik untuk acara lelaki dan wanita.

Aparatus senaman lantai.


31

Palang Sejajar
Acara ini dilakukan pada dua palang sejajar yang fleksibel dengan ketinggian ditetapkan
2m di atas lantai dewan. Kedua-dua palang adalah sejajar dan jarak antara keduanya adalah
antara 42 dan 52cm daripada satu sama lain. Tilam pendaratan adalah 11 meter panjang dan 4.5
meter lebar.

Aparatus palang sejajar.
Lombol
Dimensi ukuran bagi aparatus lombol sedikit berbeza antara lelaki dan wanita.
Ketinggian minimum bagi wanita adalah 125 cm dan bagi lelaki pula adalah 135 cm. Panjang
dan lebar lombol adalah 120 cm panjang dan 95 cm lebar. Atas meja mesti diimbangi dengan
permukaan yang tidak licin atau kasar. Permukaan kawasan atas meja mesti menyerap kejutan
supaya bahu dan pergelangan tangan gimnas dilindungi. Landasan untuk larian tidak boleh
melebihi 25m panjang. Ia adalah 100cm luas dan tidak lebih daripada 2.5 cm tinggi. Permulaan
landasan mesti ditandakan jadi gimnas tahu di mana untuk memulakan larian mereka. Pada akhir
landasan terdapat spring board yang membantu melonjakkan gimnastik ke atas lombol. Spring
board yang digunakan mestilah berukuran 120 cm panjang, 60 cm lebar dan 20 cm tinggi. Tilam
pendaratan di belakang lombol adalah berukuran 6 m panjang dan 2.5 m lebar.
32


Aparatus lombol.
Gelang
Alatan atau aparatus ini terdiri daripada dua gelang berbentuk bulat yang digantung dari
atas dan selari antara satu sama lain. Kedua-dua gelang tersebut berukuran 2.8 m di atas lantai
dipasang pada tali penggantungan berukuran 70 cm. Jarak di antara kedua-dua gelang tersebut
adalah 50 cm serta setiap satunya berdiameter dalaman 18cm. Saiz tilam pendaratan adalah 5 x 2
meter.

Aparatus gelang.
33

Kekuda Berpelana
Kekuda berpelana adalah merupakan sebuah aparatus berbentuk bujur dengan dua
pemegang (pommels) di atasnya. Tepi dan penjuru kekuda adalah berbentuk bulat. Bahagian atas
kekuda adalah berukuran 160 cm panjang dan lebar 35 cm. Bahagian bawahnya pula adalah 155
cm panjang dan 30cm lebar. Apabila diukur dari lantai, Ketinggiannya adalah 115 cm tinggi dari
aras lantai. Pemegangnya (pommell) adalah setinggi 12 cm dari atas kekuda dan diletakkan di
antara kedua-duanya adalah 40cm hingga 45 cm. Tilam pendaratan di bahagian bawahnya adalah
berukuran 4 meter panjang dengan 4 meter lebar.

Aparatus kekuda berpelana.
Palang Tunggal
Aparatus palang tunggal adalah merupakan sebuah palang tunggal dengan ketinggian 2.8
meter dari atas permukaan lantai. Saiz palang adalah 2.8 cm diameter dan 240 cm panjang.
Manakala tilam pendaratan di bahagian bawah palang adalah berukuran 12 meter x12 meter.
34


Aparatus palang tunggal.
Palang Bertingkat
Aparatus palang bertingkat khusus untuk acara wanita ini adalah merupakan alat yang
terdiri daripada dua palang fleksibel yang jarak maksimumnya adalah 1.435 meter. Manakala
palang atas adalah berukuran 2.5 m di atas lantai dan bar yang lebih rendah adalah berukuran 1.7
m di atas lantai. Tiilam pendaratan adalah berukuran 14 m panjang dan 2 m lebar.

Aparatus palang bertingkat.
35

Batang Titian
Batang titian adalah aparatus bagi wanita yang berukuran kira-kira 10 cm lebar, 5 meter
panjang dengan ketinggian 1.2 meter dari lantai. Keseluruhan batang titian mestilah bersalut
dengan kusyen lembut beserta tepi bulat di hujung. Tahap ketebalan kusyen adalah antara 15 mm
sehingga 30 mm tebal. Saiz tilam untuk tujuan pendaratan di kedua-dua hujung rasuk ialah 17 x
4 meter.

Aparatus batang titian.
CADANGAN UNTUK DILAKSANAKAN DI PERINGKAT SEKOLAH
Gimnastik terdapat banyak kepentingan dalam pendidikan di dalam bilik darjah.
Kepentingan gimnastik adalah kerana aktiviti-aktiviti yang dijalankan mudah dilakukan oleh
kanak-kanak dan aktiviti ini melibatkan ketangkasan serta lompatan yang dilakukan kanak-
kanak. Hal ini demikian akan menambahkan lagi pengalaman latihan jasmani secara menyeluruh
untuk seseorang kanak-kanak di dalam bilik darjah.
Terdapat banyak aktiviti yang melibatkan sukan gimnastik yang boleh dilakukan di
peringkat sekolah. Antara aktiviti yang dapat diaplikasikan dalam bilik darjah ialah pergerakan
dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan stesen. Contohnya, stesen 1, kanak-
kanak hendaklah berjalan, stesen 2, pula kanak-kanak hendaklah berguling dan stesen 3, kanak-
kanak akan melompat. Dalam sedar mahupun tidak, kanak-kanak cenderung untuk bermain.
36

Melalui bermain, mereka dapat meneroka kemampuan tubuh badan mereka sendiri. Dengan ini,
dengan melakukan aktiviti pergerakan dalam berkumpulan, iaitu dengan menggunakan stesen
khususnya dapat meningkatkan kemahiran asas lokomotor mereka iaitu kanak-kanak dapat
mengembangkan motor kasar dan motor halus mereka.
Contoh aktiviti yang tedapat dalam stesen iaitu, aktiviti berguling merupakan salah satu
elemen penting dalam konsep asas gimnastik iaitu kelenturan. Manakala aktiviti berjalan di atas
titian, juga merupakan elemen penting yang cuba diterapkan dalam diri kanak-kanak agar
berupaya mengimbangkan posisi badannya dalam keadaan tetap atau semasa melakukan aktiviti.
Selain itu, kanak-kanak dapat meningkatkan kesedaran tubuh badan iaitu bergerak untuk
menghasilkan kelajuan. Melalui aktiviti pergerakan dengan menggunakan stesen, kanak-kanak
dapat bergerak mengikut kelajuan yang dipilih bersesuaian dengan situasi dan alat yang
digunakan.Antara nilai berdasarkan aktiviti tersebut dapat memupuk sikap rajin dan berusaha
disamping dapat mengeratkan silaturrahim di antara mereka.
Objektif aktiviti tersebut pula dapat melakukan aktiviti dengan koordinasi bahagian-
bahagian anggota badan dengan selamat menggunakan ruang dan alat dengan bijak dan
berkesan. Konsep bermain sambil belajar tersebut dapat menarik lagi minat setiap individu untuk
terlibat dalam melakukan aktiviti bersama rakan-rakan.







37

RUJUKAN
1. Hoe, Wee Eng. (2009). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan (3rd ed.). Shah
Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.
2. Carroll, Maggie. (1991). Movement education leading to gymnastics 4-7: A session-by-
session approach to key stage 1. Kuala Lumpur: Routledge.
3. Ritma dan Pergerakan (2013) Diambil Ogos, 15, 2014, daripada
http://myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/20130227160218modul
%20ritma%20dan%20pergerakan%202013%20final%20edit.pdf
4. Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (2012) Diambil Ogos,
17, 2014, daripada http://web.moe.gov.my/bsukan/v2/images/stories/pdf/gimnastik.pdf
5. Ramakrishnan, P.Y. (1998). Pendidikan pergerakan mudah. Shah Alam, Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.











38

KESIMPULAN
Sukan gimnastik adalah merupakan sukan yang memerlukan kekuatan fizikal, fleksibiliti,
kuasa, ketangkasan, koordinasi, imbangan dan koordinasi tubuh badan yang baik. Kesemua
komponen yang disebutkan di atas adalah amat penting bagi seorang gimnas untuk berjaya
dalam sukan gimnastik artistik. Sebagai antara sebuah sukan yang tertua di dunia, gimnastik
artistik masih mengutamakan ciri-ciri kesempurnaan dalam pelaksanaan persembahan setiap
aparatus dan mengekalkan nilai estetika dalam setiap kemahiran yang telah dikelaskan dalam
code of point.
Keunggulan aktiviti gimnastik ini ialah kebanyakkan acaranya bersifat perseorangan dan
kanak-kanak itu akan terpaksa menghadapi cabarannya tersendiri. Apabila kanak-kanak itu dapat
menghadapi cabaran yang dilaluinya, mereka akan dapat meningkatkan daya fikiran,
menambahkan keyakinan pada diri sendiri dan juga keberanian dalam menempuh pelbagai
pergerakan dalam gimnastik. Selain itu seorang kanak-kanak itu akan dapat mengembangkan
perkembangan motor kasar dan juga motor halus mereka. Hal ini demikian kerana, pergerakan
dalam gimnastik berkaitan dengan pergerakan lokomotor dan juga pergerakan bukan lokomotor.
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang melibatkan motor kasar. Pergerakan ini dilakukan
oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan di tempat asal. Manakala pergerakan
bukan lokomotor atau pergerakan motor halus melibatkan keupayaan untuk menggerakkan
bahagian tubuh badan tanpa beralih kedudukan. Berdasarkan kepada jenis-jenis gimnastik,
dapatlah kita aplikasikan dalam bilik darjah khususnya pada kanak-kanak prasekolah iaitu
kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun.Pada peringkat ini mereka telah pun
mempunyai kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan juga kemahiran manipulatif yang telah
matang. Kepentingan gimnastik lain ialah mencabar daya fikiran kanak-kanak. Apabila kanak-
kanak melakukan pelbagai pergerakan, mereka akan berfikir secara lebih meluas untuk
menambahkan lagi aksi atau pergerakan yang baru. Dalam erti kata lain, kanak-kanak berpeluang
untuk meneroka kecergasan tubuh badan mereka sendiri. Di samping itu juga, pergerakan
gimnastik dapat bertindak atau menyelesaikan masalah secara kreatif dalam keadaan yang
mereka mampu untuk melakukannya. Apabila kanak-kanak melakukan latihan mereka akan
sanggup berkongsi peralatan dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini akan mengeratkan hubungan
persahabatan di antara kanak-kanak itu. Pergerakan gimnastik juga menjadikan kanak-kanak
39

sebagai pemimpin yang cekap serta menjadikan alat kepada individu atau kelompok untuk
bertindak dalam pelbagai situasi secara konstruktif dari segi fizikal, mental, dan juga sosial.
Akhirullkalam, saya sebagai penulis ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi atas
limpah kurniaNya, tugasan ini dapat dilaksanakan pada waktu yang ditetapkan.Kami juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya atas sokongan dan dorongan
yang telah diberikan.Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Cik Muhammad Syakir bin
Leman serta Fakulti Pendidikan atas bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan. Tidak lupa juga
ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberikan bantuan dan kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.














40

LAMPIRAN

Kumpulan juara acara gimnastik pada Sukan Olimpik 2012 yang diadakan di London

Wan Siti Haniza Wan Izahar, Chrystal Lim, Foong Seow Ting dan Jamie Lee dari Malaysia
meraikan kejayaan memenangi pingat emas gimnastik berpasukan.
41


Latihan harian sukan gimnastik artistik

Seorang pelatih mengajar seorang murid melenturkan badan

Anda mungkin juga menyukai