Anda di halaman 1dari 11

NOTA KRITIKAN (Oleh : Cikgu Samsuddin)

Ciri-ciri Kritikan Sastera



Dalam melaksanakan kerja-kerja kritikan, seseorang
kritikawan atau pengkritik tidak terlepas daripada
terikat dengan ciri-ciri tertentu yang perlu
dilaksanakan, ianya bersesuaian atau selaras dengan
kritikan sastera itu sebagai satu disiplin ilmu yang
bersifat bersistematik, ciri-cirinya ialah:

i. Sanjungan (Sijil Tinggi Sekolah 3P )
ii. Teguran
iii. Saranan
iv. Pendekatan
v. Penganalisaan
vi. Penilaian

i. Sanjungan

Hasil daripada pembacaan terhadap sesebuah karya
kreatif, maka akan timbul reaksi atau tindakbalas
pembaca terhadap karya itu sendiri. Ianya mungkin
bersifat yang positif atau mungkin negatif, perasaan
tidak puashati atau merasakan karya yang
dibacanya mempunyai kelebihan atau menampakkan
kelainan. Hasilnya pengkritik atau pembaca akan
melahirkan sanjungan terhadap karya tersebut,
sama ada dari aspek isi, teknik persembahan
mahupun pengarang yang menulis karya tersebut.

ii. Teguran

Kebiasannya seseorang pengkritik juga akan
menegur hasil daripada penelitian yang dibuat
berdasarkan sesebuah karya yang dibacanya.
Teguran yang diberikan mestilah bersifat membina
bukannya bertujuan menghancur atau memperlekeh
sesebuah karya sastera.

iii. Saranan

Ianya melibatkan aspek-aspek pembinaan yang lebih
ke arah menghasilkan sesebuah karya yang lebih
bermutu dan mantap. Yang melibatkan cadangan
atau pandangan serta idea-idea berbentuk
perubahan. Pengkritik yang jujur, baik biasanya
mahu melihat perkembangan kesusasteraan yang
lebih mantap selaras dengan matlamat itu biasanya
pengkritik akan memberi saranan yang
bertanggungjawab, bernas, jitu serta matang dalam
memartabatkan dunia sastera.

iv. Pendekatan

Persediaan atau kaedah yang diguna pakai ia juga
membawa maksud cara bagaimana mendekati atau
menganalisa karya sastera. Kebiasaanya ia
melibatkan ilmu-ilmu tertentu sesuai dengan kritikan
sebagai satu disiplin ilmu, di antara pendekatan
yang diguna pakai dalam ukutara sesebuah kritikan
ialah Formalistik, sosiologi, moral Psikologi dan
Linguistik.

v. Penganalisaan

Cerakinan yang dibuat terutamanya dalam aspek
persolan yang diutarakan oleh sesebuah karya
sastera. Pengkritik biasanya akan
menggabungjalinkannya dengan aspek sosiobudaya.
Di samping itu juga pengkritik mungkin akan
membuat pemerincian tentang watak yang terlibat
berhubung dengan pelbagai perkara seperti aspek
psikologi, nasionalisme dan sebagainya.

vi. Penilaian

Justifikasi atau penghakiman yang dibuat terhadap
sesbuah karya sastera setelah dilakukan
pengamatan, pentafsiran, penganalisaan,
pertimbangan yang wajar serta rasional
berpandukan hujah, bukti serta pendapat.
Kesinambungannya pula ialah membolehkan
seseorang pengkritik meletakkan ukuran dalam
penentuan nilai bagi sesebuah karya sastera sama
ada hebat, bermutu,besar sederhana mahupun kecil.




Fungsi Kritikan Sastera

Sebagai satu cabang disiplin ilmu yang bersistematik
serta bersifat saintifik, kritikan juga mempunyai
tujuan serta fungsi yang tertentu:

i. Proses Berkarya

a. Menentukan status sesebuah karya kreatif sama
ada berkualiti atau tidak
b. Memudahkan pengarang melihat ciri-ciri karya
kreatif yang bermutu, bagi membantu pengarang
menghasilkan karya yang lebih baik
c. Membantu pengarang menepati kehendak
pembaca / kelompok pembaca karya kreatif
(Memberi keterangan kepada pengarang bagaimana
menyesuaikan diri sendiri dengan pembaca)
d. Menepati kiteria-kiteria karya kreatif
e. Menolong pengarang mendidik orang ramai


ii. Penghayatan Karya

a. Memudahkan pembaca menikmati / menghayati
sesebuah karya kreatif (kupasan / analisa)
b. Membantu pembaca memilih karya yang berkualiti
(menolong membezakan karya yang baik dan yang
tidak baik)
c. Membudayakan budaya membaca. (Memberi
perangsang dan mendidik orang ramai supaya lebih
giat membaca)
d. Memperkenalkan buku-buku baru kepada orang
yang tidak sempat membacanya


iii. Dunia Kritikan

a. Memperkembang serta menyebarluaskan ilmu
pengetahuan
b. Mempromosi / mempopularkan ilmu kritikan
sebagai satu disiplin ilmu yang boleh membantu
percambahan pengetahuan
c. Menyedarkan masyarakat tentang realiti sebenar
kesusasteraan (Menolong menghapuskan sebarang
prasangka yang buruk terhadap sastera)
d. Membantu menjadi jalan tengah di antara
pembaca dengan penulis (Membaiki salah faham di
antara pengarang dengan pembaca)




Sejarah Ringkas Kritikan Sejarah

Sebelum Perang Dunia 1935 1941

Kritikan sastera dalam tahap ini lahir untuk
membentuk tradisinya bersama-sama dengan
perkembangan penulisan cerpen yang pesat berlaku
dalam akhbar dan majalah. Ktirikan yang muncul
berlaku secara kecil-kecilan, tidak memiliki nilai yang
tinggi serta penilaiannya agak dangkal. Penilaian
yang dibuat lebih tertumpu kepada aspek persoalan
atau tema karya-karya seperti Sejarah melayu,
Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.

Wong Seng Tong dalam kajian ilmiahnya (Ijazah
Sarjana Sastera Universiti Malaya) mengatakan
bahawa kritikan sastera Melayu bermula dengan
tulisan Keris Melayu atau nama sebenarnya
Muhammad Yassin Makmur pada tahun 1935. Walau
bagaimanapun beliau tidak mengiktirafnya sebagai
kritikan yang sebenar.
Definisi Kritikan Sastera Wong Seng Tong ialah:
berbagai-bagai makalah ringan yang
menggambarkan bermacam-macam fikiran dan
perasaan terhadap seni sastera daripada para
pembaca peminat sastera.

Kritikan yang lahir kemudiannya , bersifat emosional
dan subjektif. kritikan tanpa penggunaan satu-satu
dasar atau pendekatan khusus yang bersifat saintifik
dan objektif.





Antara tahun 1940 hingga 1941 kritikan yang lahir
kebanyakkannya membuat penilaian dalam dua hal
yang utama iaitu
i. penilaian menyeluruh dan mendatar terhadap
cerpen
ii. penyaranan beberapa sifat cerpen yang baik dan
perlu dihasilkan

Penulis-penulis yang terlibat dalam kritikan pada
ketika ini terhad bilangannya, mereka bukanlah
tokoh pengkritik dalam erti kata yang sebenar.
Kebanyakkan yang terlibat terdiri dari kalangan
mereka yang bekerja sebagai guru dan juga
wartawan.

Di antara tokoh-tokoh pengkritik yang lahir pada era
ini ialah Muhammad Yusof Ahmad, Perawan Muar,
Ahmad Alkaf, Mahanum Hj. Ahmad dan beberapa
orang tokoh yang lain.

Kebanyakkan hasil penulisan mereka ini disiarkan
dalam penerbitan sama ada surat khabar ataupun
majalah, di antaranya ialah Majalah Guru dan
Suratkhabar Majlis.


Ciri-Ciri Kritikan Era 1935-1941

i. Kebanyakan kritikan yang ditulis lebih
menekankan aspek pemujaan / memuji tokoh atau
penulis s
seperti hasil penulisan Keris Melayu 1935 Tun Seri
Lanang dan Abdullah Munsyi

ii. Kebanyakkan kritikan yang dibuat tidak
memperkatakan tentang isi sesebuah karya

iii. Dalam melaksanakan kerja-kerja kritikan,
kebanyakkan pengkritik tidak menggunakan dasar
atau pendekatan yang khusus.

iv. Penilaian yang dibuat kebanyakannya bersifat
dangkal







Era Aminuddin Baki 1949 / ASAS 50

Aminuddin Baki dianggap pelopor atau perintis
kritikan era baru yang menjurus ke arah huraian dan
penilaian terhadap 2 aspek penting karya sastera
iaitu isi dan teknik (bentuk). Walaupun tidak
mendalam sudah ada daya kritis dan analisis.

Kritikan yang dibuat oleh beliau turut menimbulkan
beberapa pesoalan tentang isi atau tema, tetapi juga
permasalahan bagaimana isi itu wajar disampaikan
dalam bentuk yang lebih berkesan. Kritikan yang
dibuat oleh beliau telah memperlihatkan suatu dasar
atau pendekatan yang tertetu iaitu pendekatan
bercorak formalistik.

Aminuddin Baki mengkritik novel Korban Kesucian
karya Keris Mas . Kritikan beliau telah disiarkan
dalam akhbar Utusan Zaman keluaran 12 Jun 1949
yang bertajuk Pandangan Seorang Penuntut Tinggi
Kita Tentang Sebuah Buku Melayu. Beliau
menyatakan bahawa temanya adalah soal
masyarakat, plotnya seperti sungai mengalir dan dia
mempertikai bahasa Keris Mas yang teradun dengan
bahasa Inggeris sambil menjelaskan cara-cara
sebaiknya memperkenalkan perwatakan.



Perkembangan kritikan lebih ketara apabila
tertubuhnya ASAS 50. Wujudnya polemik di antara
penulis yang membawa idea serta aliran yang
berbeza pada konsep atau fungsi seni itu sendiri
telah menyebabkan kritikan semakin berkembang.
Tokoh seperti Asraf dengan idea Seni Untuk
Masyarakat manakala Hamzah pula dengan idea
Seni UNtuk Seni.

Bagi Asraf karya sastera harus bertunjangkan seni
untuk masyarakat, iaitu yang boleh membantu dan
membina rakyat. Seperti beliau menyanjung penulis
Dewa Asmara melalui cerita Peristiwa Dinihari yang
memperkatakan tentang kehidupan nelayan.

Bagi Hamzah pula, baginya karya sastera harus
memberi kepuasan pada pencipta dan juga pada
pembaca.

Mereka berdua adalah merupakan di antara tokoh
pengkritik yang ikatakan paling aktif, namun begitu
dalam masa yang sama juga terdapat tokoh-tokoh
lain seperti Usman Awang, Keris Mas, Abu Zaki
Fadhil, A.Samad Said dan Masuri S.N

Kebanyakkan kritikan yang dibuat disampaikan
dalam bentuk esei, di samping itu juga terdapat
kritikan yang disiarkan di radio dalam bentuk
ceramah mahupun diskusi sastera. Kebanyakkannya
berkisar kepada permasalahan keunggulan karya
sastera. Pengkritik-pengkritik yang lahir pada era
ASAS 50 memperlihatkan satu bentuk kritikan yang
cenderung kepada suatu ideologi atau pegangan
tertentu.


Pada tahun 1952 tertubuhnya Jabatan Pengajian
Melayu di Universiti Malaya , Singapura telah
melahirkan lebih ramai pengkritik yang mempunyai
kelulusan serta memiliki ilmu kritikan yang jitu. Di
antara tokoh-tokoh pengkritik tersebut ialah Baha
Zain, Ismail Hussein, Kassim Ahmad, Ali Hj. Ahmad
dan sebagainya

Ciri-ciri Kritikan:
i. Mulai memperlihatkan kemajuan serta pengkritik
mulai menggunakan pendekatan-pendekatan yang
tertentu
ii. Aspek penilaian telah menjadi salah satu ciri
penting dalam kritikan
iii. Wujudnya polemik yang berpanjangan di antara
tokoh-tokoh pengkritik yang masing-masing cuba
mempertahankan ideologi tersendiri
iv. Kritikan yang dihasilkan lebih mendapat tempat
dan mula tersebarluas menerusi pelbagai media
antaranya akhbar, majalah , radio serta majlis-majlis
diskusi dan ceramah.

Anda mungkin juga menyukai