Anda di halaman 1dari 3

INFORMATION of ELAKSAMANA

PERANG SALIB KETIGA


Perang Salib Ketiga

Pengepungan Acre merupakan konfrontasi pertama dalam Perang Salib Ketiga


Tarikh 1189 — 1192
Tempat Timur Dekat (Anatolia, Levant, Israel)
Perjanjian Ramla
Hasil Penziarah Kristian tidak bersenjata dibenarkan melawat
Baitulmuqaddis, yang kekal di bawah kawalan Muslim.
Perubahan
Kerajaan Cyprus ditubuhkan dari tanah Byzantine
wilayah
Pihak bersengketa
Tentera Salib
 Kerajaan Jerusalem
 Kerajaan England
 Kerajaan Perancis Muslim
o Blois  Dinasti Ayubiyyah
 Mujahidin
 Empayar Rom Holy  Zengid
o Swabia  Empayar Seljuk
o Austria
o Montferrat Empayar Byzantine
 Kesatria Templar Kerajaan Sicily
 Kesatria Teuton

 Kesatria Hospitaller
Komander
Tentera Salib Muslim

Guy dari Lusignan Salahuddin Al-Ayubbi


Henry II dari Champagne Izz ad-Din Mas'ud I
Balian dari Ibelin
Kilij Arslan II
Richard I dari England
Philip II dari Perancis

1 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Theobald V
Other
Frederick I
Isaac II Angelus
Fredrick VI Isaac Komnenos
Leopold V Tancred dari Sicily
Conrad dari Montferrat
Kekuatan
Inggeris: 8,000 orang
Perancis: 2,000 orang[1]
Jerman: 15,000 orang[2]

Perang Salib Ketiga (1189-1192) merupakan cubaan raja-raja Kristian Eropah


untuk merampas Jerusalem dari Salahuddin Al-Ayubbi.

Selepas kegagalan Perang Salib Kedua, dinasti Zengid menguasai Syria


sepenuhnya dan bersengketa dengan pemerintah Fatimiyyah Mesir, yang
akhirnya disatukan oleh Salahuddin. Tentera gabungan Mesir dan Syria ini
berjaya menawan negeri-negeri Kristian di Eropah hingga membolehkan
Salahuddin menawan semula Baitulmuqaddis pada tahun 1187. Didorong oleh
semangat keagamaan, Henry II dari England dan Philip II dari Perancis
menamatkan konflik sesama mereka untuk memimpin Perang Salib baru
(walaupun kematian Henry pada 1189 meletakkan tentera Inggeris di bawah
Richard I). Maharaja Rom Suci Frederick I Barbarossa yang telah berumur turut
menyahut panggilan ini dan memimpin seketumbukan tentera yang besar
menyeberangi Anatolia, namun mati akibat lemas sebelum sampai ke Tanah
Suci. Ramai tenteranya yang tawar hati berpatah balik ke tanah air.

Selepas beberapa kejayaan ketenteraan, kuasa Kristian ini bertengkar mengenai


rampasan perang; kecewa dengan Richard, waris Frederick Leopold V dari
Austria dan Philip berundur dari Tanah Suci pada Ogos 1191. Pada 2 September
1192, Richard dan Salahuddin memuktamadkan satu perjanjian yang
menyaksikan Baitulmuqaddis kekal di bawah penguasaan Islam, tetapi
membenarkan penziarah Kristian yang tidak bersenjata melawat bandar
tersebut. Richard kemudian berangkat kembali dari Tanah Suci pada 9 Oktober.
Kegagalan Perang Salib Ketiga ini membawa kepada Perang Salib Keempat
enam tahun kemudiannya.

Latar belakang

Apabila Jeneral Imad-ed-din Zangi wafat, tempatnya diganti oleh anaknya


Nuruddin. Nuruddin yang ketika itu menguasai Damsyik dan seluruh Syria turut
ingin menguasai Mesir yang diperintah Kerajaan Fatimiyyah. Nuruddin
menghantar panglimanya Asaduddin Shirkuh ke Mesir. Shirkuh ditemani oleh
anak saudaranya Salahuddin. Selepas kematian pakciknya pada 1169,
Salahuddin Al-Ayubbi menggantikan tempatnya sebagai panglima, dan

2 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

seterusnya menjadi sultan kedua-dua Mesir dan Syria selepas kewafatan


Nuruddin pada tahun 1174. Dengan penyatuan itu, Salahuddin menjadi cukup
kuat untuk berlawan dengan kerajaan Kristian di Palestin dan Lubnan. Pada
tahun 1187, Salahuddin menawan Jerusalem (Baitulmuqaddis).

Sekali lagi penduduk Eropah merasa terhina. Mereka mendesak raja-raja Eropah
untuk bersatu-padu menentang Salahuddin. Akhirnya Richard si Hati Singa, raja
England, Philippe Augustus, raja Perancis dan Friedrich Barbarossa, raja Jerman
dan Empayar Rom Suci, berpadu tenaga menuju ke Jerusalem. Cukai istimewa
dikenakan di kedua-dua negara, Perancis dan England, untuk membiayai Perang
Salib ini.

Masalah

Tetapi sebagaimana Perang Salib Kedua, perang ini juga menghadapi masalah.
Friedrich mati dalam perjalanan ke Jerusalem dan kebanyakan tentera beliau
pulang ke tanah air.

Sementara itu Richard dan Philippe menaiki kapal ke Jerusalem. Richard


menawan Cyprus dalam perjalanan ke Jerusalem tetapi beliau menawannya dari
saudara Maharaja Rom yang kemudiannya bermusuh dengan Richard. Tentera
Perancis dan Inggeris mengepung Acre, sebuah kota pelabuhan dan berjaya
menawannya setelah hampir dua tahun. Richard membunuh 2,700 orang
tahanan dari Acre kerana duit tebusan yang diminta beliau tidak dibayar.

3 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

Anda mungkin juga menyukai