Anda di halaman 1dari 17

(a)

Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam


Pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di
rujuk sebagai 3 R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf R
adalah satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin
tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau
tidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas
selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan
memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan
Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran
Seni Dalam Pendidikan ialah:

(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.


Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni
dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur
dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan
murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih
mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya, kaedah belajar
secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama
murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan
dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut
membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan
motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

(ii) Memupuk Nilai Kerjasama


Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat
mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur
kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan
berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksi

yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,
muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui
deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin
perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.

(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas


Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai
dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal
yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan
keinginan diterima sebagai anggota kelompok.

Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok


dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni
Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui
pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkan aktiviti
yang menarik.

Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan


suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan
rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa


dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan


sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum
diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun
begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman
meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan
dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai
idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan,
cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama


ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat
memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh
mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid
yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana
keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam
menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri
yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai
pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan
perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,


muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai
motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan
memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

(b) TIGA (3) contoh spesifik pengintegrasian tiga bidang seni dalam
pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang
dipilih.

(i)

Matapelajaran
Tajuk

:Bahasa Melayu (Tahun 2)


:Mari Bertani

Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:

1) Muzik

:Nyanyian lagu Pak Mamat Tukang Kebun

2) Pergerakan

:Membuat gaya membanting padi, merumput dan


menyemai.

3) Seni Visual

:Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan


difahami, guru telah menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan
yang merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam tajuk
mata pelajaran yang diajar.

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilih untuk menggunakan


cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran Bahasa
Melayu yang dipilih iaitu Mari Bertani. Dalam tajuk ini, guru memilih untuk
mengintegrasikan tajuk dengan Seni Visual dengan melakukan aktiviti melukis dan
mewarna. Guru akan menunjukkan gambar sayuran-sayuran dan meminta muridmurid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang ditunjukkan. Kemudian muridmurid diminta melukis gambar sayur-sayuran yang mereka tahu menggunakan
daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak langsung, integrasi dalam tajuk ini
dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan tajuk ini dalam
minda pelajar dengan melukis gambar yang berkaitan.

Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk Mari Bertani dengan
menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid

lebih mudah untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru boleh memilih
untuk menyanyikan lagu Pak Mamat Tukang Kebun beramai-ramai sambil
membuat gaya pergerakan berdasarkan dengan lagu yang dipilih.

Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni pergerakan


dalam tajuk dan sekaligus memberi kecekapan psikomotor di kalangan murid murid.
Kebosanan dapat dielakkan sebaliknya murid-murid berasa seronok untuk
mengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang diajar.

Lirik lagu : Pak Mamat Tukang Kebun


Gubahan : Mazwan Mohd

Pak Mamat ada kebun


Luasnya luasnya...
Kebun Pak Mamat banyak sayur
Segarnya segarnya... Setiap
pagi ia ke kebun Bersama
dengan anaknya... Pak Mamat
ada kebun Luasnya luasnya...

(ii)

Matapelajaran
Tajuk

:Sains (Tahun 4)
:Bahagian-bahagian Pokok

Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:

1) Muzik

:Bunyi yang kuat. . . . pokok tumbang


Bunyi yang lembut.daun augur, angin bertiup.

2) Pergerakan

:Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang


berbeza fungsi, rendah dan berterbangan.

3) Seni Visual

:Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti


gembira, marah dengan menggunakan sapuan berus
dengan pelbagai warna.

Integrasi Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk Bahagian-bahagian Pokok


bertujuan membantu mempertingkatkan kefahaman murid. Pengintegrasian dalam
pengajaran dan pembelajaran juga dapat mempertingkatkan daya kreativiti muridmurid.

Dalam

tajuk

Bahagian-bahagian

Pokok,

guru

memilih

untuk

mengintegrasikan tajuk dengan aktiviti Seni Visual iaitu melukis, mewarna dan
menamakan bahagian-bahagian pokok. Melalui aktiviti mewarna pula, murid dapat
mengekspresi perasaan seperti gembira, marah dan sebagainya melalui warna
yang digunakan.

Integrasi dalam tajuk ini juga dapat meningkatkan lagi

pemahaman dan pengekalan ingatan isi tajuk yang diajar ke dalam minda pelajar
dengan melukis, mewarna dan menamakan bahagian pokok-pokok yang dilukis.

Selain itu, guru dapat mengintegrasikan seni muzik dalam tajuk ini dengan
meminta pelajar membuat bunyi pokok tumbang, bunyi desiran angin yang bertiup
daun gugur dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, secara tidak langsung murid dapat
menggunakan pengalaman sedia ada mendengar bunyi-bunyi tersebut dan meniru
bunyi-bunyi tersebut.

Di dalam tajuk ini juga, guru menggunakan pendekatan eksplisit dengan


menerapkan nilai-nilai menghargai alam sekitar yang diselitkan dalam tajuk yang
diajar.

Guru

akan

memasukkan

contoh-contoh

keadaan

semasa

bagi

menggalakkan murid-murid berfikir tentang kesan-kesan yang akan berlaku jika


manusia tidak menjaga alam sekitar.
(iii)

Matapelajaran

:Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan


(Tahun 2)

Tajuk

:Koordinasi

Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:

1) Muzik

:Nyanyian lagu Jika Rasa Gembira

2) Pergerakan

:Murid bertepuk tangan, menepuk peha dan


menghentak kaki gabungan ketiga-tiga pergerakan.

3) Seni Visual
Dalam

tajuk

:Melukis koordinasi antara anggota tubuh badan.

Koordinasi,

guru

menggunakan

cara

integrasi

untuk

menekankan aspek psikologi. Ini bertujuan untuk memberi kesan dan impak positif
secara tidak langsung kepada minda dan tubuh murid-murid.

Seperti yang diketahui, matapelajaran PJK lebih memfokuskan kepada


aktiviti-aktiviti fizikal. Dalam tajuk Koordinasi ini, guru akan menyuruh murid murid
melakukan pergerakan fizikal seperti berlari, bertepuk tangan dan menghentak kaki
bersama-sama. Walaupun murid-murid melakukan pergerakan secara bebas
namun masih lagi di bawah pengawalan guru. Dengan melakukan pergerakanpergerakan tersebut, murid dapat belajar sambil bergerak.

Dalam tajuk ini, seni muzik dan seni pergerakan dapat diintegrasikan
bersama dengan menyanyikan lagu Jika Rasa Gembira. Selepas melakukan
aktiviti ini, murid dapat menyelaraskan pergerakan mengikut rentak muzik. Melalui
aktiviti ini juga, murid dapat bergerak, berfikir dan merasai sesuatu secara
langsung serta mempelajari pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Melalui pergerakan seperti ini, murid juga dapat mempelajari tentang diri sendiri.
Melalui aktiviti menyanyi lagu ini, murid dapat menyanyi beramai-ramai,
murid berpeluang mewujudkan suasana yang harmonis. Suasana sedemikian dapat
mencetuskan perhubungan mesra di antara guru dengan murid dan murid dengan
rakan-rakannya.

Lirik lagu: Jika Rasa Gembira


Jika rasa gembira tepuk tangan (2 kali)
Jika rasa gembira beginilah caranya Jika
rasa gembira tepuk tangan

Jika rasa gembira tepuk paha (2 kali)


Jika rasa gembira beginilah caranya
Jika rasa gembira tepuk paha

Jika rasa gembira hentak kaki (2 kali)


Jika rasa gembira beginilah caranya
Jika rasa gembira hentak kaki

Jika rasa gembira buat semua (2 kali)


Jika rasa gembira beginilah caranya
Jika rasa gembira buat semua.

(c) SATU (1) Tema Berkaitan Dengan Kehidupan Seharian Murid Sekolah
Rendah

Yang

Sesuai

Digunakan

Dalam

Proses

Pengajaran

Dan

Pembelajaran.

Tema

:Menghormati Ibu Bapa

Matapelajaran

:Pendidikan Agama Islam Tahun 2

Taju k

:Kasih Ibu Bapa

1) Perkara penting yang dipilih : Menghormati Ibu Bapa


2) Aktiviti seni yang boleh dijalankan :
Muzik

: Murid-murid menyanyikan lagu Ayah Ibu

Pergerakan

: Murid melakonkan watak sebagai ibu, ayah


dan anak

Seni Visual

: Murid melukiskan gambar ibu bapa mereka

Tema terbahagi kepada tiga kategori iaitu tema persekitaran, tema


masyarakat dan tema komunikasi. Tema yang telah dipilih ialah tema masyarakat
yang berkaitan dengan amalan seharian murid-murid iaitu menghormati ibu dan
ayah. Tema ini dipilih kerana sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Tambahan pula amalan menghormati ibu dan ayah merupakan
kewajipan yang sangat dituntut dalam Islam.

(i) Nyatakan perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih.

Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya.


Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat
membantu seseorang itu untuk lebih mendalami tentang masyarakat bersama.
Walau bagaimanapun, tema masyarkat yang dipilih ini lebih berfokus kepada
menghormati ibu bapa.

Tema ini dipilih kerana berkait rapat dengan kehidupan seharian murid dan
dapat memudahkan pemahaman murid secara menyeluruh mengenai tajuk yang
diajar. Tema ini menonjolkan hubungan kekeluargaan antara murid dengan ibu
bapa mereka. Melalui penghayatan dalam tema ini, murid mendapat pendedahan
tentang tanggungjawab anak kepada ibu bapa dan seterusnya membina
kehidupan yang bahagia. Kepentingan pemilihan tema ini termasuklah untuk
menyemai nilai-nilai murni kekeluargaan dalam diri murid. Melalui tema ini, murid
berpeluang untuk meluahkan perasaan mereka terhadap ibu bapa berdasarkan
pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual
dan muzik berdasarkan tema tersebut. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti juga perlu
dititikberatkan dan dilihat dari pelbagai aspek agar murid peluang untuk menilai
kefahaman konsep. Pemilihan tema ini juga adalah bersesuaian dengan situasi,
masa dan peristiwa, kerana ibu bapa merupakan kelompok terdekat dengan diri
murid dan mereka akan mudah mengaitkan perkara yang diajar dengan situasi
yang sebenar.

Memandangkan tema ini berkait rapat dengan kehidupan seharian murid,


maka pemilihan dan proses mendapatkan bahan dan sumber juga mudah
didapati. Dengan itu, guru dapat mengajar dengan lebih efektif dan tidak sekadar
menyampaikan

maklumat

dengan

pengalaman langsung kepada pelajar.

cara

bercerita

sahaja

tanpa

memberi

(ii) Nyatakan aktiviti muzik, pergerakan dan seni visual yang boleh
dijalankan dalam P&P.

a) Aktiviti Muzik
Tajuk Lagu : Ayah Dan Ibu
Pencipta

: Othman Ali

Ayah Ibu Banyak Memberi


Baju Buku Itu Ku Dapati
Dengan Apa Aku Berterima Kasih
Dengan Doa Kepada Allah Hu Robbi ( Ulang 4 kali)

Di awal pengajaran, guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk pengajaran
iaitu

Menghormati Ayah

dan Ibu sebagi

set

induksi.

Kemudian guru

mengedarkan lirik lagu yang bertajuk Ayah Ibu kepada setiap murid dan
memasang kaset lagu Ayah Ibu untuk diperdengarkan kepada murid-murid. Guru
dan

murid

menyanyikan

lagu

tersebut

bersama-sama.

Aktiviti

ini

boleh

menimbulkan minat pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru


kerana murid berasa seronok. Fitrah kanak-kanak yang cenderung kepada
pembelajaran lebih menarik. Aktiviti ini boleh menimbulkan minat bagi pelajar
yang mempunyai jenis kecerdasan pelbagai muzik. Kemudian, pelajar boleh diberi
peluang untuk bermain alat muzik yang mudah dan memainkan lagu-lagu mudah
yang bertemakan keluarga. Penggubahan lirik lagu yang masih mengekalkan
lagu-lagu pendidikan yang sama juga boleh membantu pelajar menjadi semakin
berminat terhadap pelajaran.

b) Aktiviti Pergerakan
Murid diminta melakonkan watak-watak dalam keluarga di hadapan bilik
darjah. Aktiviti ini mudah untuk dijalankan kerana menggunakan pengalaman
sedia ada murid-murid. Bagi mempelbagaikan situasi, guru boleh memberi

arahan kepada murid untuk memilih watak yang mereka mahu dan melakonkan
pelbagai gaya. Contohnya, melakonkan watak seorang ibu dalam pelbagai situasi
yang berbeza seperti sedang memasak di dapur, melakukan kerja-kerja rumah,
menggosok
sebagainya.

pakaian

sambil

Murid-murid

melayan

tentunya

karenah

akan

lebih

anak-anak
seronok

di

rumah

apabila

dan

berjaya

melakonkan watak dengan baik dan mendapat peneguhan positif daripada guru.
Semasa berlakon, murid dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi
di mana secara tidak langsung, ini akan dapat menjadikan mereka lebih kreatif,
inovatif, bertanggungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik.

c) Aktiviti Seni Visual

Setelah menjalankan aktiviti muzik dan pergerakan, satu lagi elemen yang
tidak kurang pentingnya ialah seni visual. Semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, guru boleh mengambil inisiatif dengan memberi
sekeping kertas kepada murid-murid dan meminta mereka melukis ahli keluarga
mereka. Lukisan mereka tidak perlu pengamatan yang sempurna, cukup sekadar
menunjukkan keprihatinan mereka terhadap bilangan ahli keluarga mereka. Ini
sudah cukup untuk menunjukkan hubungan interaksi sosial mereka bersama
keluarga. Lukisan yang kelihatan mesra menunjukkan perhubungan kekeluargaan
mereka yang memang erat dan terjalin kukuh. Penggunaan warna dalam lukisan
mereka juga menonjolkan keadaan keluarga mereka melalui pandangan mereka
sendiri.

iii) Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?

Melalui aktiviti yang dijalankan berdasarkan pendekatan bertema yang


dipilih dapat memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan daya
kognitif, afektif dan psikomotor dalam pengajaran dan pembelajaran muzik, seni
visual dan pergerakan. Contohnya daripada tajuk Kasih Ibu Bapa, murid-murid
dapat menghubungkaitkan tajuk dengan persekitaran dan kehidupan seharian
mereka melalui aktiviti seni muzik, seni pergerakan dan seni visual.

Selain itu, pendekatan bertemakan masyarakat yang dipilih ini akan dapat
membantu murid-murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan
penghargaan melalui aktiviti lakonan yang dijalankan bersama rakan-rakan. Bukan
itu sahaja, murid-murid juga dapat memperolehi pendekatan yang mendalam
terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain. Contohnya
aktiviti lakonan yang dijalankan dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti nilai
kemanusiaan, kerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain.

Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui aktiviti


muzik, pergerakan dan seni visual serta pendekatan bertema yang dipilih dapat
membantu murid-murid memainkan peranan dalam menyesuaikan diri secara
berkesan.

iv) Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid
meneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan
penggunaan alat/bahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran?

Guru perlu menyediakan alat dan bahan yang sesuai dengan tajuk dan tema
pelajaran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
dengan lancar. Moldstat (1974) berpendapat media (alat dan bahan) jika digunakan
bersama pengajaran ala tradisional (guru, kapur dan tutur) akan meningkatkan
proses pembelajaran. Dalam tajuk Kasih Ibu Bapa ini, guru menggunakan
beberapa alat dan bahan bagi menyesuaikan penggunaannya dengan tajuk
tersebut.

Asas bahan yang digunakan bagi menyampaikan tajuk ini ialah Buku Teks
Pendidikan Islam Tahun 2. Guru meminta dua orang murid membaca teks dalam
tajuk Kasih Ibu Bapa dan kemudian meminta murid-murid membaca teks tersebut
beramai-ramai. Guru boleh menanamkan konsep pemahaman daripada teks yang
dibaca melalui seni pergerakan iaitu dengan melakukan aktiviti lakonan. Melalui
aktiviti lakonan, murid cuba memahami sesuatu watak dengan lebih jelas. Secara
tidak langsung, aktiviti lakonan ini dapat menjadikan murid tersebut seorang yang
lebih kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan

lebih baik. Selain itu, penglibatan murid dalam aktiviti ini juga dapat melatih murid
lebih berkeyakinan diri.

Bagi melaksanakan aktiviti seni muzik, guru memilih untuk menggunakan


pemain CD Audio untuk memainkan lagu Ayah Ibu. Media audio adalah suatu
strategi pengajaran dan pembelajaran secara mendengar dimana bunyi suara dan
muzik direkod, disimpan, dan boleh dimainkan semula dengan menggunakan alat
perakam atau emain audio (Yusup Hashim, 1996). Dengan memasukkan seni
muzik dalam pembelajaran dapat memperkembangkan nilai estetika, kreativiti dan
ekspresi diri. Contohnya, murid-murid boleh menyanyi sambil membuat gaya
mengikut lirik lagu tersebut. Secara tidak langsung, guru telah memasukkan seni
pergerakan dalam pengajarannya. Selain itu, muridmurid juga dapat menikmati
pengalaman muzik yang berbeza jika belum pernah mendengar lagu tersebut
sebelum ini.

Bagi melaksanakan aktiviti melukis bilangan ahli keluarga pelajar, sebaiknya


guru menyediakan kertas lukisan yang sesuai untuk murid. Guru juga boleh
meminta murid menyediakan alat tulis untuk melukis dan mewarna. Dalam aktiviti
seni visual ini, murid perlu menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk
melukis gambar keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik mereka
mengikut ekspresinya sendiri. Ini membantu perkembangan murid dari aspek
psikomotor dan emosi dan penting dari segi fisiologi dan psikologi murid. Victor
Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut
peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagai mana bahan,
kandungan, subjek dan persekitaran murid dapat disesuaikan mengikut peringkat
perkembangan untu k merangsang peng utaraan tampak kanak-kanak,
perkembangan kreatif dan mental seterusnya perkembangan menyeluruh kanak kanak.

Oleh itu, sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan, seseorang guru
atau pengajar itu mestilah memikirkan topik yang diajar, objektif pembelajaran,
sifat murid, kebolehan penuntut dan menilai isi kandungan secara terperinci. Alat
dan bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat

merangsang minat pelajar. Dengan menggunakan alat bantu mengajar, guru akan
mempelbagaikan pengajaran. Pelajar tidak akan rasa bosan dengan adanya
pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru.

KESIMPULAN

Konsep integrasi pada Seni Dalam Pendidikan ke arah pembangunan insan


yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam
KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan,
kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilaimurni dilakukan secara bersepadu
dan

menyeluruh.

Ini

membolehkan

pelajar

memperolehi

kemahiran,

mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki.


Ia juga memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhan serta hubung kait
antara satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka ilmu.

BIBLIOGRAFI
Abdul Hafidz bin Haji Omar. (2004). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan, Dewan Bahasa Dan Pustaka,


Kuala Lumpur.

Haji Hishamuddin Haji Suhaimi (2000), KBSR: Pendidikan Islam Tahun 2, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Juriah Long. (2000). Bahasa Malaysia Tahun 2, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), KBSR: Buku Panduan Khas Tahap 2,


Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Modul HBEF 1403 : Seni Dalam Pendidikan, Universiti Terbuka Malaysia, Kuala
Lumpur.

Rujukan Peperiksaan, Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK ), Aspek Kompetensi

Teras.
Prof. Madya Dr. Zurida Ismail (2003), Pendidikan Sains Prasekolah, PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd, Pahang Darul Makmur.

Ustaz Baharuddin Kulup Harun (1997), Pendidikan Islam Tahun 2, Sasbadi SDN
BHD, Selangor Darul Ehsan.

Yusup Hashim (1996), Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan,


Penerbit Fajar Bakti, Selangor Darul Ehsan.
Raja Sabaruddin Abdullah dan Suliman Miskon (1988), Panduan Teknologi

Pendidikan, Kuala Lumpur, Progressive Products Supply.


Jason Ohler (2000) Art.becomes the 4t h R didapati pada 15 September 2006 dari

www.jasonohler.com/fourthr

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), KBSM: Huraian Pendidikan Seni


Visual, didapati pada 15 September 2006 dari
(http://myschool net. ppk. kpm . my/sp_hsp/seni/kbsm/hsp_pseni_f_infro . pdf#search =
%22seni%20dalam%20pendidikan%22

Anda mungkin juga menyukai