Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN
Dalam profesion keguruan, guru perlu berkomunikasi dan hidup bermasyarakat
antara satu sama lain sama ada dalam institusi atau komuniti. Maka, suatu sistem
perlu diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling
menghormati dan mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta
berkebolehan menguruskan kehidupan dengan baik. Pedoman ini membantu untuk
menjaga kepentingan masing-masing yang terlibat tanpa merugikan kepentingannya
serta terjamin agar perbuatan yang dilakukan sesuai dengan adat kebiasaan yang
berlaku dan tidak bertentangan dengan hak-hak asasi umumnya.
Hal ini akan mewujudkan etika guru yang merupakan peraturan perilaku, adat
kebiasaan manusia dalam pergaulan dan penegasan tentang mana yang benar dan
mana yang buruk dalam masyarakat kita. Bagi menjaga imej profesion, setiap guru
perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan
etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007). Namun begitu, terdapat juga
beberapa isu etika guru yang wujud kerana faktor-faktor tertentu yang menyebabkan
seseorang guru itu melakukan perbuatan yang tidak beretika serta bercanggah
dengan prinsip-prinsip etika yang diamalkan sebagai seorang penjawat awam.
Kadangkala perbuatan ini dilakukan akibat daripada tekanan yang dihadapi
seperti kepentingan kekeluargaan, agama dan kaum. Isu etika guru merujuk kepada
suatu perkara mengenai perilaku guru yang difikirkan dan dibincangkan secara
terbuka dan isu ini boleh menjadi masalah atau perkara biasa.

2.0 ANALISIS MASALAH


Berdasarkan petikan berita dari akhbar Berita Harian online: 28 Oktober 2009,
kronologi mengenai isu guru adalah seperti berikut,

Anak perempuan Kavitah


Vathamalai mengadu
telinga kanannya sakit.

Mendapatkan rawatan di
Pusat Perubatan
Universiti Malaya.

Cedera akibat ditampar


oleh guru disiplin semasa
sesi perhimpunan kerana
lewat 10 minit tiba di
sekolah.

Anaknya disahkan
mengalami kecederaan
dalaman di telinga kanan.

Mendapatkan penjelasan
lanjut daripada sekolah
namun tidak dilayan dan
dihalang oleh guru besar
untuk berjumpa dengan
guru tersebut.

Membuat laporan di balai


polis setelah guru besar
tidak mengalah dan terus
mempertahankan
tindakan gurunya.

Rajah 1: Kronologi kejadian

Berdasarkan kronologi kes di atas, tindakan yang dilakukan oleh guru besar, guru
dan ibu murid tersebut adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak berlandaskan
kehendak

profesionalisme

keguruan

serta

tidak

mengikut

lunas-lunas

kepemimpinan pendidikan yang dikehendaki.

Analisis masalah meliputi ketiga-tiga aspek dalam isu tersebut iaitu ibu murid
tersebut, guru disiplin dan guru besar. Ketiga-tiganya memainkan peranan masingmasing dalam isu tersebut.
PERANAN
1. Murid

PERKARA
Ditampar oleh guru disiplin dan mengalami trauma serta
kecederaan telinga kanannya.

2. Ibu murid

Melaporkan hal tersebut kepada pihak polis kerana merasakan


pihak sekolah tidak mahu bertanggungjawab atas kecederaan
yang telah menimpa anaknya.

3. Guru disiplin

Bertindak menampar murid kerana tiba 10 minit lewat di


sekolah.

4. Guru besar

Tidak

mahu

mengalah

dengan

ibu

murid

dan

terus

mempertahankan tindakan guru disiplin tersebut serta tidak


membenarkan

ibu

murid

berjumpa

dengan

guru

yang

bertanggungjawab.

Setiap pihak telah jelas bersungguh-sungguh memainkan peranan mereka. Namun


persoalannya, adakah tindakan yang mereka lakukan itu wajar? Adakah tindakan
yang diambil sesuai dengan pemilikan kuasa autonomi seseorang pendidik guru
mengikut lunas-lunas kepemimpinan pendidikan yang dikehendaki? Jawapannya
akan dihuraikan pada bahagian yang berikutnya, iaitu Kewajaran Tindakan.

3.0 KEWAJARAN TINDAKAN


3

Kewajaran tindakan adalah kayu ukur untuk menentukan sama ada tindakan yang
dilakukan rasional ataupun tidak dan adakah tindakan tersebut telah dilakukan
secara professional yang menepati kehendak profesionalisme keguruan dan sesuai
dengan kuasa autonomi yang dimiliki oleh guru.
Berdasarkan isu yang telah dibincangkan, saya telah menyatakan di bahagian
sebelum ini bahawa tindakan yang diambil oleh ibu murid, guru disiplin dan guru
besar adalah tidak wajar. Ini berdasarkan beberapa perkara yang telah diambil kira
bagi aspek profesionalisme keguruan dan pemilikan kuasa autonomi mengikut
lunas-lunas kepemimpinan seseorang pendidik.

3.1 TUGAS: GURU BESAR


Tindakan: Tidak mahu mengalah dengan ibu murid dan terus mempertahankan
tindakan guru disiplin tersebut serta tidak membenarkan ibu murid berjumpa dengan
guru yang bertanggungjawab.
Kewajaran: Tidak wajar kerana sebab-sebab berikut,
ASPEK
Profesionalisme

Akauntabiliti

keguruan:

guru

HURAIAN

Akauntabiliti terhadap ibu bapa

Sebagai

seorang

akauntabiliti

pendidik,

terhadap

guru

mempunyai

perkembangan

dan

kemajuan murid di sekolah. Pengajaran dan didikan


yang diberikan membentuk perwatakan murid di
samping pendidikan yang diperoleh. Maka, guru
perlu menanggung kwajipan yang berat dalam
mencorak peribadi dan sahsiah murid. Berkaitan
isu tersebut, guru besar tidak berusaha untuk
mewujudkan

perhubungan yang erat antara ibu

bapa. Apabila tiada perhubungan yang erat,


kepercayaan ibu bapa terhadap pihak sekolah tidak
dapat dibina. Dalam konteks masalah ini, ibu murid
tersebut merasakan bahawa guru besar bukan lagi
4

tempat yang boleh dirujuk dan hal ini mendorong


ibu murid tersebut melakukan laporan polis.

Akauntabiliti

terhadap

masyarakat

dan

negara
Guru mempunyai tanggungjawab memenuhi hasrat
negara sebagai rakyat Malaysia berlandaskan
prinsip-prinsip Rukun Negara. Berhubung dengan
tindakan guru besar, beliau didapati kurang peka
terhadap persekitaran komuniti dan terpengaruh
dengan unsur-unsur negatif yang mencemarkan
imej baik sekolah.

Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan


profesion keguruan

Selain bertanggungjawab terhadap murid, ibu bapa,


masyarakat dan negara, guru perlu menjalin
hubungan

baik

sesama

rakan

sejawat

serta

bertanggungjawab sesama sendiri dalam profesion


yang disandang. Berhubung isu ini, tindakan guru
besar

mempertahankan

guru

disiplin

sememangnya merupakan satu tindakan yang baik


kerana mereka bekerjasama membantu rakan
sejawat. Namun, tindakan guru disiplin tersebut
merupakan tindakan melampau dan guru besar
tidak sepatutnya mempertahankan tindakan guru
tersebut.
Isu etika
keguruan

Kesantunan guru

Dari segi kesantunan, guru besar tersebut tidak


mempamerkan sikap kesantunan yang sepatutnya
ditunjukkan oleh seorang guru. Menurut ibu murid
tersebut,

guru

besar

tidak

mahu

mengalah

langsung

dan

terus

mempertahankan

guru
5

disiplinnya. Ini merupakan satu sikap yang tidak


sepatutnya diamalkan oleh golongan professional
khususnya seorang pendidik.

Kepedulian guru

Menurut ibu murid tersebut, aduan mengenai


kecederaan telinga anaknya tidak dilayan. Ibu
murid juga dihalang bertemu dengan guru disiplin
tersebut. Guru besar jelas menunjukkan sikap
ketidakpedulian mengenai muridnya sendiri dan
juga

tidak

mengendahkan

aduan

ibu

murid

tersebut.
Pemilikan kuasa autonomi

Berdasarkan isu yang dibincangkan, guru besar


menggunakan kuasa autonomi secara autokratik.
Individu
keputusan

autokrat
mesti

percaya

kuasa

membuat

dipegang

oleh

pemimpin.

Kepimpinan ini jelas menunjukkan guru besar


bersifat berkuasa. Orang lain tiada kebebasan
untuk memutuskan sesuatu perkara. Interaksi
sehala dan pasif antara pihak sekolah, guru, ibu
bapa dan murid. Hal ini jelas ditunjukkan apabila
guru besar bertindak menghalang ibu murid untuk
berjumpa dengan guru disiplin tersebut walaupun
beliau tahu masalah dapat diselesaikan dengan
cara tersebut.

3.2 TUGAS: GURU DISIPLIN


Tindakan: Bertindak menampar murid kerana tiba 10 minit lewat di sekolah.
Kewajaran: Tidak wajar kerana sebab-sebab berikut,
6

ASPEK
Profesionalisme

Akauntabiliti

keguruan:

guru

HURAIAN

Akauntabiliti terhadap murid

Sebagai seorang guru disiplin, tanggungjawabnya


adalah menjaga tahap disiplin murid di sekolah.
Ketegasan guru disiplin dalam menangani isu lewat
tiba di sekolah harus dipuji namun, tindakan beliau
menampar murid tahun tiga tersebut adalah satu
perbuatan yang kurang baik. Guru memainkan
peranan penting dalam mendidik murid ke tahap
moral yang tinggi agar menjadi insan yang
berguna.

Walaubagaimanapun,

tindakan

yang

melampau tersebut bukan sahaja mencederakan


murid bahkan turut memberi trauma kepada murid
itu. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa guru
disiplin tersebut telah menidakkan akauntabilitinya
terhadap murid.

Akauntabiliti terhadap diri sendiri

Akauntabiliti terhadap diri sendiri dalam aspek


komitmen

tugas

merupakan

perkara

yang

dipraktikkan oleh guru disiplin tersebut. namun,


guru disiplin tersebut gagal menampilkan diri
sebagai rol model yang mempunyai kesabaran
empati dan guru yang professional.

Akauntabiliti terhadap ibu bapa

Harapan ibu bapa terhadap guru sebagai model,


kaunselor dan pembimbing kepada anak-anak
mereka sangat tinggi. Dalam isu ini, ibu murid itu
telah hilang kepercayaannya terhadap guru disiplin
akibat perbuatan menampar tersebut. Guru disiplin
itu

secara

tidak

langsung

telah

menidakkan
7

akauntabilitinya terhadap ibu murid tersebut.

Akauntabiliti

terhadap

masyarakat

dan

negara
Berdasarkan situasi masalah yang dibincangkan,
pada pendapat saya guru disiplin tersebut mungkin
kurang peka terhadap komuniti dan unsur negatif
yang mencemarkan nama baik sekolah. Guru
disiplin tersebut gagal mempamerkan sikap positif
bagi mengangkat martabat profesion keguruan
dalam

khalayak

masyarakat.

Tindakannya

menampar murid tersebut menjatuhkan maruah


dan martabat kaum guru.
Isu etika
keguruan

Dalam

Kesantunan guru
konteks

isu

ini,

guru

disiplin

tidak

menyantuni murid tersebut dengan cara yang


sepatutnya. Malang sekali guru tersebut gagal
mempamerkan

keluhuran

budi

pekertinya

sehinggakan bukan murid-murid sahaja tidak dapat


mencontohinya

malah

masyarakat

seluruhnya

hilang kepercayaan dan hormat kepada guru.

Kepedulian guru

Guru disiplin tersebut kurang memahami bahawa


tugas beliau membentuk murid secara holistik yakni
murid dapat berkembang secara intelek dengan
menguasai pengetahuan spesifik sehingga mereka
berkembang

menjadi

keperibadian

unggul.

modal
Beliau

insan
juga

dengan
gagal

mewujudkan hubungan yang erat antara murid dan


langsung tidak mempedulikan sebab murid tersebut
tiba lewat di sekolah dan akibat jangka masa
panjang dan jangka masa penddek daripada
8

perbuatannya

menampar

murid

pada

sesi

perhimpunan pagi.
Pemilikan kuasa autonomi

Guru disiplin bersifat autokratik dalam mengambil


tindakan terhadap muridnya. Beliau berkuasa
penuh

terhadap

tersebut.

masalah

disiplin

Walaubagaimanapun,

di

sekolah

tindakannya

membuatkan iklim persekolahan menjadi tegang


dan menimbulkan rasa negatif murid terhadap guru.

3.3 TUGAS: IBU MURID


Tindakan: Melaporkan hal tersebut kepada pihak polis kerana merasakan pihak
sekolah tidak mahu bertanggungjawab atas kecederaan yang telah menimpa
anaknya.
Kewajaran: Tidak wajar kerana sebab berikut,
9

Tidak dinafikan sememangnya kasih ibu terhadap anaknya tidak berbelah bagi dan
tidak bersyarat. Tambahan pula, anaknya cedera akibat ditampar oleh guru disiplin
atas alasan yang agak remeh. Dari sudut pandangan ibu murid tersebut, guru besar
dan guru disiplin sememangnya bersalah kerana mempertahankan tindakan kurang
wajar tersebut. Namun begitu, ibu murid juga secara tidak sedar telah bertindak
secara tidak wajar apabila melaporkan perkara tersebut kepada polis. Hal itu
boleh diselesaikan bersama pihak sekolah dengan memanjangkan perkara
tersebut kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Dengan cara ini, isu
tersebut tidak akan melibatkan pihak yang bukan dari sektor pendidikan.
Tindakan ibu murid tersebut bukan sahaja mendapat perhatian media bahkan
turut memalukan nama baik sekolah dan sektor pendidikan. Ini memberi pandangan
negatif kepada masyarakat bahawa pihak dalam sektor pendidikan tidak mampu
menangani masalah sehingga memerlukan campur tangan pihak berkuasa.

4.0 ANALISIS CADANGAN PENYELESAIAN


Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Bagi bahagian ini, beberapa cadangan
penyelesaian dikemukakan dengan memberi fokus kepada teori-teori kepemimpinan
guru.
4.1 CADANGAN PENYELESAIAN: GURU BESAR
10

Tindakan: Tidak mahu mengalah dengan ibu murid dan terus mempertahankan
tindakan guru disiplin tersebut serta tidak membenarkan ibu murid berjumpa dengan
guru yang bertanggungjawab.
TEORI

CADANGAN PENYELESAIAN

Teori

Teori ini membawa ideologi bahawa keadaan yang berbeza

Kepemimpinan

memerlukan pimpinan yang berbeza, sekiranya ingin situasi

Mengikut

tersebut diselesaikan. Rasionalnya adalah kepimpinan yang

Situasi

berkesan bukanlah sesuatu yang nyata dan boleh wujud dengan


sendirinya

tetapi

bergantung

kepada

faktor

manusia

dan

persekitaran. Teori ini juga menyatakan bahawa cara memimpin


yang berbeza sesuai dalam keadaan yang berbeza. Cara yang
terbaik adalah mengambil kira aspek-aspek penting sebelum
sesuatu keputusan dibuat.
Berhubung isu tersebut, guru besar seharusnya mengubah gaya
kepemimpinannya yang bersifat autokratik. Beliau sepatutnya
menjemput guru disiplin dan ibu murid untuk berbincang secara
baik mengenai tindakan guru disiplin dan kecederaan yang
dialami oleh anak muridnya. Sekiranya perbincangan secara
terbuka dilakukan antara guru besar, guru disiplin dan ibu murid
tersebut, sudah pasti hal ibu murid itu tidak bertindak melulu
melaporkan hal kepada pihak polis.
Teori Perlakuan

Teori

ini

menekankan

bahawa

hubungan

kemanusiaan

& Teori

dipengaruhi oleh kelakuan dan perlakuan. Perlakuan pemimpin

Perhubungan

contohnya boleh memberi kesan kepada perlakuan pengikut

Manusia

dalam melaksanakan tugas. Seorang pemimpin sekolah perlu


bijak menganalisa dan menunjukkan keprihatinannya terhadap
kedua-dua aspek iaitu tugas dan hubungan manusia.
Berdasarkan isu yang dibincangkan, guru besar sememangnya
berjaya dari aspek tugasnya yang terus mempertahankan
tindakan

guru

menyeimbangkan

disiplin.
aspek

Namun,
tugas

beliau
di

seharusnya

samping

bijak

mengekalkan

perhubungan mesra guru-murid dan menggalakkan budaya nilai


11

murni secara positif. Selain itu, hubungan antara guru besar dan
ibu murid serta masyarakat juga dapat diperbaiki. Hubungan yang
baik akan menghasilkan persepsi baik masyarakat dan komuniti
terhadap kerjaya guru.
Teori

Kepemimpinan moral memberi perhatian kepada nilai dan etika

Kepemimpinan

pemimpin di mana penguasaan kuasa dan pengaruh adalah atas

Moral

pertimbangan

yang

baik

dan

benar.

Sergiovanni

(1992)

mendefinisikan kepemimpinan moral sebagai suatu bentuk


bimbingan yang memotivasikan orang lain melalui prinsip-prinsip
dan pegangan nilai yang terpuji.
Guru besar harus mempamerkan nilai etika yang boleh dicontohi
oleh murid, guru dan komuniti. Hal ini kerana guru besar
diharapkan untuk melindungi hak, nilai sosial dan budaya semua
murid serta membawa transformasi positif melalui proses
pendidikan.

4.2 CADANGAN PENYELESAIAN: GURU DISIPLIN


Tindakan: Bertindak menampar murid kerana tiba 10 minit lewat di sekolah.
TEORI
Teori X dan Y

CADANGAN PENYELESAIAN
Perkembangan semasa dalam kajian psikologi menunjukkan Teori
X adalah kurang tepat untuk menjelaskan tingkah laku manusia
dalam konteks kepemimpinan hari ini. Teori X mengandaikan
12

bahawa orang bawahannya malas dan hanya akan bekerja


sekiranya dipaksa. Teori Y lebih mencirikan motivasi dan
pengiiktirafan.
Guru tidak seharusnya menganggap murid tersebut sengaja tiba
lewat ke sekolah dan tidak sepatutnya menampar murid atas
alasan 10 minit lewat. Murid mempunyai alasan kerana lewat.
Guru disiplin seharusnya menyiasat punca lewat murid itu dan
mempertimbangkan alasannya pada hari tersebut. Sekiranya
murid

tersebut

hanya

diberikan

amaran

awal

mengenai

kelewatannya sudah pasti murid tidak mengalami trauma dan


kecederaan akibat ditampar.
Teori

Berdasarkan isu yang dibincangkan, guru disiplin sememangnya

Perhubungan

berjaya dari aspek tugasnya yang mengambil tindakan tegas

Manusia

terhadap murid yang tiba lewat di sekolah. Namun, beliau


seharusnya bijak menyeimbangkan aspek tugas di samping
mengekalkan perhubungan mesra guru-murid dan menggalakkan
budaya nilai murni secara positif. Guru disiplin yang bagus
bukanlah guru disiplin yang terlampau garang tetapi guru yang
mengambil berat tentang tugas dan menjaga perhubungan baik
dengan muridnya. Selain itu, hubungan antara guru disiplin dan
murid serta masyarakat juga dapat diperbaiki. Hubungan yang
baik akan menghasilkan persepsi baik masyarakat dan komuniti
terhadap kerjaya guru.

Teori

Guru sebagai pemimpin transformasi merupakan guru yang dapat

Transformasi

menggerakkan tahap motivasi, meningkatkan kesedaran diri serta


mempengaruhi murid atau rakan setugas untuk melaksanakan
tugasan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Berhubung masalah yang berlaku, guru disiplin perlu bertindak
sebagai agen transformasi dalam menonjolkan imej pemimpin
yang dapat menjadi sumber inspirasi kepada murid. Berkait
dengan situasi tersebut, guru disiplin seharusnya tidak bertindak
13

menampar murid tersebut. Beliau boleh mendekati murid dengan


baik dan memberikan amaran awal mengenai kelewatannya. Ini
bukan sahaja dapat menjana tahap motivasi murid untuk ke
sekolah bahkan dapat memupuk nilai moral yang terpuji.
Perhubungan antara guru dengan murid juga akan berada pada
tahap yang mesra, jitu dan akrab.

4.3 CADANGAN PENYELESAIAN: IBU MURID


Tindakan: Melaporkan hal tersebut kepada pihak polis kerana merasakan pihak
sekolah tidak mahu bertanggungjawab atas kecederaan yang telah menimpa
anaknya.
Tindakan ibu murid tersebut bukan sahaja mendapat perhatian media bahkan
turut memalukan nama baik sekolah dan sektor pendidikan. Ini memberi pandangan

14

negatif kepada masyarakat bahawa pihak dalam sektor pendidikan tidak mampu
menangani masalah sehingga memerlukan campur tangan pihak berkuasa.
Sebelum melaporkan kepada pihak polis, ibu murid itu seharusnya membawa
hal tersebut ke dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi
memohon pandangan dan tindakan sewajarnya daripada kalangan ibu bapa dan
warga sekolah. Sekiranya hal tersebut tidak dapat diselesaikan di peringkat PIBG,
ibu murid tersebut boleh memanjangkan hal kepada Pejabat Pendidikan Daerah.
Sekiranya aduan masih tidak dilayan di bahagian pejabat pendidikan, ibu murid
boleh memaklumkan hal tersebut kepada Jabatan Pendidikan Negeri tanpa
membuka hal tersebut kepada pihak di luar bidang pendidikan.
Ibu murid tersebut sepatutnya peka dengan proses birokrasi negara ini.
Setiap masalah mempunyai penyelesaiannya. Dengan cara sedemikian, hal tersebut
tidak akan terlepas ke pengetahuan pihak luar bidang pendidikan. Ini demi menjaga
nama baik profesion keguruan dalam kalangan masyarakat dan juga negara.
Selain itu, ibu murid tersebut juga perlu mengenal pasti sama ada adakah
anaknya ditampar kerana kelewatan yang hanya terjadi pada satu hari tersebut
ataupun kelewatan yang terjadi pada setiap hari. Sekiranya kelewatan murid
tersebut hanya berlaku pada hari tersebut, tindakan guru disiplin sememangnya
tidak wajar. Namun, sekiranya murid tersebut hampir setiap hari tiba lewat di
sekolah, kesalahan bukan lagi terletak pada guru disiplin dan guru besar tetapi pada
ibu dan murid itu sendiri.

5.0 RUMUSAN
Teori-teori dan kajian-kajian yang berkaitan dengan kepemimpinan cuba mencari
jawapan kepada cara yang paling berkesan untuk mengurus sesebuah organisasi
supaya produktiviti dapat dimaksimumkan dan kos dapat diminimumkan. Terdapat
pengkaji yang cuba mencari korelasi antara kepemimpinan sekolah dengan
kemenjadian murid, ada pula yang mengaitkan gaya kepemimpinan organisasi
15

dengan kepuasan kerja. Metaanalisis kajian yang dijalankan oleh Marzano (2005)
terhadap kepemimpinan sekolah dan kemenjadian murid terbukti tidak terdapat satu
model yang menjadi dominan dalam menentukan keberkesanan kepemimpinan.
Setiap pemimpin guru harus bersifat dinamik serta mampu menyesuaikan diri
dengan kemahiran untuk mengurus perubahan dan inovasi yang berlaku dari
semasa ke semasa. Keterbukaan kepada idea baharu, kesediaan mengubahsuai
corak dan gaya kepemimpinan dan kerelaan mempelajari semula ilmu pengetahuan
untuk bekerja dalam persekitaran teknologi merupakan antara cabaran yang perlu
ditangani.
Guru pada masa kini harus bersikap responsif kepada arus perubahan yang
dibawa oleh ledakan maklumat dan teknologi agar dapat mengurus perubahan dan
inovasi yang berlaku setanding dengan era abad ke-21.

16

Anda mungkin juga menyukai