Anda di halaman 1dari 15

M.

NASIR
Menatap kejayaan dan kegemilangan yang dicapai oleh seniman M. Nasir
(Datuk) atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamad (lahir 4 Julai 1957)
hari ini sebagai pengkarya tersohor tanahair sepintas lalu, banyak perkara dan
persoalan yang bermain di benak saya walau saya percaya hidup ini hanyalah
sekadar musim yang datang dan pergi.
Jika penyanyi-penyanyi pop atau personaliti hiburan terkenal menjadi duta
untuk satu jenama produk coklat yang terkenal, saya agak memahami, cuma
kalau M. Nasir yang dipilih dan menerimanya demi ringgit , bagi saya ianya
agak janggal dan melucukan juga.
Jika dipilih menjadi duta untuk barangan yang melibatkan seni dan muzik, jadi
duta untuk mikrofon, gitar atau apa sahaja yang melibatkan kesenian dan
budaya contohnya, itu lebih bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang
seniman.
M. Nasir adalah seniman hebat kelahiran Singapura yang mencipta nama
sebagai komposer, produser dan penyanyi di Singapura dan Malaysia sejak
hujung tahun 70an lagi.
Jasanya dalam industri muzik tanahair juga telah mendapat pengiktirafan
negara dengan menganugerahkan gelaran Datuk baru-baru ini.
Saya adalah salah seorang pendengar dan membesar dengan kumpulan
Kembara dan lagu-lagu mereka sewaktu zaman sekolah di awal 80an dulu
sejak kumpulan trio yang dianggotai oleh M. Nasir, A. Ali juga Shahlan itu
muncul dengan album pertama mereka yang berjudul Kembara tahun 1982
dulu.
Jadi kalau M. Nasir dan Kembara ni saya bolehlah bandingkan beliau dengan
folk singer-songwriter favourite saya seperti John Lennon, Harrison, Al Stewart,
Cat Stevens, Iwan Fals, Ebiet, Harry Chapin, Sting, Chiharu Matsuyama
(Jepun), Mike Oldfield, Albert Hammond antaranya.
Singer-songwriter adalah penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu ciptaan
mereka sendiri dan juga menulis cerita di dalam lagu-lagu mereka tentang

cinta kepada alam, Tuhan, manusia dan sebagainya dalam bentuk yang
mereka selesa dan faham.
Ada antara mereka berjaya dengan konsep pop folk seperti Cat Stevens dan
Chiharu Matsuyama (folk singer songwriter terkenal Jepun yang muncul
dengan single pertamanya pada tahun 1977 dan seterusnya menjadi penyanyi
terkenal negaranya sehingga hari ini ).
Cita-cita saya juga sejak awal proses mencipta lagu tahun 1982 dulu memang
untuk menjadi folk singer seperti M. Nasir. Ianya tercapai pada tahun 1993
apabila saya diterima sebagai artis rakaman Luncai Emas pada tahun
berikutnya selepas sesi ujibakat bersama M. Nasir di studio rakamannya yang
terletak di Sungai Buloh.
Berbangga kerana sebagai seorang folk singer juga songwriter saya rasa saya
telah melepasi tahap kelayakan dan mendapat pengiktirafan dari seorang
produser dan komposer yang terkenal dan dihormati di negara kita waktu itu.
Ianya satu kepuasan yang maksimum bagi saya waktu itu.
Juga saya berbangga mengenalinya sewaktu beliau masih kekal dengan
attitudenya sebagai ikon yang punya ciri-ciri rebel dalam diri sehinggalah isu
kontroversinya Siapa Mahathir pada tahun 1996 yang telah mengakibatkan
lagu-lagunya digam RTM.
Selepas itu bermulalah era keseimbangan seorang seniman yang bernama M.
Nasir yang beransur-ansur diproseskan dari seorang ikon yang rebel
sehinggalah menjadi seperti beliau yang kita lihat hari ini.
Hari ini saya hanya melihat M. Nasir hanya sebagai seorang penghibur yang
telah hilang rootsnya tentang apa yang diperjuangkan melalui lagu-lagu juga
melalui filem yang dibintanginya seperti Kembara Seniman Jalanan yang
diarahkan oleh Nasir Jani. Apa yang beliau miliki hanyalah semalam.
Apabila ditanya tentang apa saja, jawapannya adalah jawapan yang semalam.
Beliau hanya menyanyikan lagu yang semalam. Segalanya tentang kenangan
dan nostalgia, tidak lebih dari itu.

Selain menjadi selebriti untuk program-progam hiburan yang melibatkan


glamour, materi dan tersengih sambil berposing di depan kamera, tidak ada
apa yang boleh dibanggakan tentang M. Nasir hari ini.
Album terbaru beliau, Sang Pencinta (2006) adalah pelengkap kegagalannya
sebagai seorang pengkarya yang telah hilang sentuhannya.
Karya beliau hari ini juga ternyata tidak dapat menandingi karya-karyanya yang
terdahulu walaupun beliau menang anugerah juara-lagu baru-baru ini.
Tidak ada lagi lagu-lagu tentang kehidupan dan perjuangan seperti Kawan,
Lindungilah Kami, Perjuangan, Hati Emas, Bas No. 13, Jalan Sehala,
Ekspres Rakyat dan banyak lagilah.
Sebagai seorang komposer dan penyanyi yang mendapat bayaran kutipan
royalti antara yang tertinggi dari MACP saban tahun, juga kejayaan demi
kejayaan dalam bentuk komersial dan materi, beliau rasanya tidak punya
masalah dalam bab kewangan malah boleh dianggap jutawan juga.
Tapi itulah, kita lebih tahu untuk apa kita hidup ini sebenarnya. Jika kita anggap
hidup ini hanya satu perjalanan, maknanya ianya perlulah ke arah yang lebih
bermakna berbanding materi dan kegemilangan dan jika itulah tujuan untuk
hidup kita di sini, untuk apa lagu Tanya Sama itu Hud-Hud dicipta?
Sekurang-kurangnya saya lebih menghormati ikon muzik folk Indonesia Iwan
Fals yang masih kekal dengan jati diri, konsep dan perjuangannya di dalam
lagu-lagu walau pun kehidupannya semakin redup dan penuh dengan elemen
keseimbangan hari ini.
Muzik sebenarnya berperanan dalam banyak hal dan perkara yang penting di
dunia ini selain hiburan. Ianya melangkaui garis politik sekalipun. Itu seperti
yang dilakukan oleh John Lennon, Cat Steven, Bono (U2) dan Iwan Fals
antaranya di atas pengaruh mereka sebagai Ikon yang di hormati.
Materi membentuk dan mampu mempermainkan minda kita untuk berlegar di
ruang nafsu yang berlebihan walau dalam elemen apa yang kita bawa
sekalipun. Nafsu ada di dalam ketuhanan, keagamaan, politik dan kehidupan.

Kita juga sering memanipulasi ilmu yang kita miliki untuk kepentingan dunia
dan materi.
Saya masih lagi mengharapkan karya-karya M. Nasir yang merakyat seperti
dulu waktu beliau masih berbaju western kotak dan berkasut jenama Fung
Keong yang itu bagi saya musim-musim terbaiknya sebagai seorang seniman
berjiwa Marhaen, juga mampu mewakili golongan tersebut.
Seperti nyanyinya di dalam lagu:
Manakah teman-temanku?
Yang sama berjuang dahulu?
Hilang sudah, hilang sudah...
Kebendaan menggelapkan .
Lupa dengan perjuangan, lupa sudah ..
Siapa orang Kita M. Nasir dari album Lagu-lagu dari filem Kembara
Seniman Jalanan (1986).

Konsert bermula dengan tayangan video pendek memaparkan S


Amin Shahab. Apa yang aku dapat tangkap, S Amin Shahab
menyatakan kembara itu umpama lukisan, dari satu titik ke satu titik
membentuk garis yang merupakan satu perjalanan dan disitu adanya
pelbagai rupa dan warna. Kalau tak silap, S Amin Shahab
menerangkan yang kumpulan Kembara mendapat namanya dari
puisi "Kembara Malam" karya pelukis terkenal Latif Mohidin.
Video itu diikuti dengan temubual ringkas dengan A Ali dan S Sahlan
yang menceritakan sejarah penubuhan Kembara. Pada masa yang
sama ahli Kembara yang terdiri dari Zoul, Shahrum Basiron, Rahman
Suri, Md Shah Othman dan Rahman Akib bersama dua orang
pemuzik undangan mengambil posisi masing masing. Penonton
sudah mula bersorak.
01) Ekspres Rakyat
Paling memeranjatkan adalah kehadiran A Ali dan S Shahlan yang
berada bersama diatas pentas untuk konsert selama 2 jam setengah
itu. Sorakan penonton terus menerus dan memuncak apabila sifu M
Nasir turut serta di atas pentas mendendangkan lagu Ekspress
rakyat bersama A Ali & S Shahlan.
02) Balada Osman Tikus
"Kau nak halang aku, halang mereka dulu, tiada undang-undang
dalam hutan batu... ha..ha Haru!" Lagu yang sinonim dengan watak
Osman Tikus dari filem Kembara Seniman Jalanan. Ia dinyanyikan
oleh sifu dengan bertenaga sekali. Audien pula macam malu-malu
kucing nak jerit "haru!" kuat-kuat. Malu tapi mahu agaknya.
03) Kafilah
Apa lagi boleh dikatakan pasal lagu berentak padang pasir ini.
Sememangnya muzik Kembara bervariasi. Dari keroncong ke irama
Cina semua ada.
04) Rupa Tanpa Wajah
Satu lagi lagu yang sinonim dengan filem Kembara Seniman Jalanan.
Pada masa ini baru perasan bunyi drum abang Shahrum Basiron dan
pemain percussion undangan agak kuat dan kadang kala
menenggelamkan gitar solo yang dibawa oleh Zoul & a Ali.
05) Sekuntum Bunga Plastik
Lagu yang dicipta oleh A Ali ini dinyanyikan oleh M Nasir. Sempat M
Nasir bertanya pada A Ali, siapa yang nak nyanyi lagu ini ,... dan M
Nasir membawakan lagu ini dengan baik sekali.
06) Impian Seorang Nelayan
Lagu ini semestinya dinyanyikan oleh S Shahlan. Setiap kali abang S
Shahlan tarik, penonton akan menjerit sebagai tanda sokongan.
Abang S Shahlan masih boleh tarik suara tau, tak de nak acah-acah

mikropon suruh penonton sambung lagu macam sesetengah rock


star.
07) Di Perhentian Puduraya
Sebelum lagu ini mula M Nasir sempat usik A Ali, katanya A Ali dulu
selalu naik bas di Puduraya. Lagu ini dinyanyikan sendiri oleh A Ali.
08) Duit
Kalau banyak duit nak buat apa? .. Khawin.. Itu antara jokes Rahman
Suri (pemain bes) yang aku ingat sebelum lagu ni mula. Apa pun jerit
Duit-Duit kuat kuat masa lagu ini memang puas hati. Ironinya duit
dalam poket aku semakin nipis....
09) Di Manakah Dikau
10) Bunga Bakawali
Sebagaimana lagu asalnya, lagu ni dinyanyikan oleh Zoul (gitar
utama) dengan bertenaga sekali. Beliau juga memainkan solo dalam
lagu ini, disamping dibantu jeritan oooo .. yang berulang-ulang dari
penonton yang "duduk".
Selepas Bunga Bakawali, penonton ditayangkan dengan video S
Amin Shahab yang menerangkan pentingnya seni halus dalam
Kembara, Menurutnya Kembara adalah gabungan tiga unsur seni
iaitu Seni Halus/Seni Lukis, Seni Kata (sastera) dan Seni Muzik. Video
diteruskan dengan bual bicara ringkas dengan Eric Yeo, Penerbit
Urusan Polygram, Zoul, Rahmat, Shahrom & Md Shah.
Set Akustik
A Ali & Zoul duduk disebelah kanan pentas memainkan gitar akustik
untuk dua lagu
11) Lagu Untuk Seorang Ibu (Akustik)
Lagu mengenai anak yatim yang kehilangan bapa tempat
bergantung. Sekuat semangat anak dalam lagu itu, sekuat itulah
kehebatan lagu ini.
12) Keroncong Untuk Ana I (Akustik)
Ni lagu cinta mengenai orang lain, seloroh sifu sebelum memulakan
lagu ini.
13) Bus No. 13
Lagu ni memang aku jangkakan dimain di Singapura sebab ia lebih
dekat dengan penonton yang rata-ratanya warga Singapura. Lagu
Sesat di Kuala Lumpur tidak dimainkan pada konsert ini.
14) Tarian Hidup
Sifu mula mula macam tertinggal nak masuk lagu ni tapi bila dah
mula, jangan cakap apa apa lagi. Gerek seh!

15) Nusantara
"kulit warna sawo matang..
adat resam pegangannya..
gotong royong satu amalan..
indah budi bicara...
marilah bersatu padu..
dengan semangat nusantara..
hidup generasi baru..
kekal selamanya..."
Di akhir lagu M Nasir meminta penonton menyanyi beramai ramai
part ni, tapi penonton tak terikut sangat. Agaknya berbelit belit atau
tak hafal lirik kot.
16) Kiambang
Lagi lagu pasal bunga yang kesepian. Ada sesiapa kesepian? tanya
sifu sebelum membawakan lagu ini.
17) Empat Penjuru
Lagu mengenai Penjara. Ya la, dulu masa muda - Jahat.. selorohnya
diikuti ketawa penonton.
18) Senandung Buruh Kasar
Lagu ini dibawakan secara harmoni oleh Kembara.
19) Impian Anak Jalanan
Bagi aku ini lagu semangat! Best dengar lagu ni secara "live".
20) Hati Emas
Sebelum memulakan lagu ni, sifu berjenaka lagu ni boleh
meruntuhkan dewan. Jadi penonton boleh pilih untuk bangun, menari
atau tidur. Satu dewan bantai gelak.
21) Perjuangan
Lagu terakhir sebelum "encore", Penonton ramai yang tidak lagi
hanya duduk dan menyanyi larilalarila....bersama Kembara!
Mengujakan!
Semua ahli Kembara meninggalkan dewan dan penonton sudah mula
bising dan menjerit meminta lagu lain. ada juga yang mula menjerit
"We Want More!" bersama-sama.
Encore:
Pentas digelapkan dan Kembara kembali ke pentas mendendangkan
dua lagu lagi.
22) Kepada Mu Kekasih (Akustik)

Terus terang aku katakan ini adalah persembahan terbaik Kembara


pada malam konsert itu. Lagu Kepada Mu Kekasih ini diberi nafas
baru yang lebih dramatik dan dibawakan dengan penuh syahdu.
Meremang bulu roma! kata isteri SM. Di akhir lagu M Nasir
menyatakan lagu awet muda itu ditulis olehnya dan lirik oleh
Eunosasah. Persembahan itu adalah satu "homage" (penghormatan)
buat penulis lirik Eunosasah.
23) Gerhana
Lagu terakhir paling dahsyat. Masing masing dah berdiri dan
menyanyikan "gerhana ooooh gerhana...ooo gerhana dalam jiwaku!
Ketika menjenguk ke Studio SBC (Perbadanan Penyiaran Singapura) barubaru ini, BAM secara kebetulan bertemu dan berbual sekejab dengan pencipta
muda M.Nasir yang meletupkan kumpulan Alleycats dengan lagu-lagu
ciptaannya "Hingga Akhir Nanti" "Andainya Ku Pergi Dulu" dan beberapa lagu
lagi.
Beberapa orang teman di studio itu memberitahu BAM bahawa Nasir ini agak
aneh sedikit orangnya, bahkan banyak yang aneh, hinggakan sewaktu tampil
menyanyi untuk rancangan hiburan di TV, dia berpakaian seperti dia
selalu...selekeh

dan

geloboh

sana sini.

Malah, kata mereka isterinya sendiri mengelarkannya "Twilight Zone" kerana


dia suka berkhayal....lain yang ditanya, lain yang dijawabnya, masa bujang
dulu kata emaknya Nasir selalu tak pulang ke rumah, dia suka tidur di masjid.
Tapi dengan BAM hari tu, Nasir nampaknya serius, tak macam selalu, kalau
datang ke pejabat BAM, tingkah lakunya memang pelik sikit, sampai
kadangkala BAM malas menegurnya, kerana lain yang ditanya lain yang
dijawabnya.
Tapi waktu di studio dia dah pandai bergurau. "Eh, orang KL ada disini, bila
sampai?" tanyanya dengan ramah, Kemudian sungguh sungguh Nasir
menceritakan perihal dia sekarang sedang serius menulis skrip filem. "Kisah
Seniman Jalanan" Bagus ceritanya, mengenai penghidupan penyanyi rakyat
yang menyeluruh segala aspek kehidupan termasuk seks," ujarnya dengan

wajah selamba.

"Hai, nak jadi penulis skrip filem pulak?" tanya BAM.

"Begitulah." jawabnya sungguh-sungguh, dan mengharap ceritanya ini akan


mendapat perhatian dari produser filem.

KEMBARA...Seniman Jalanan
berkisarkan perjalanan hidup seorang anak muda yang menghadapi lima
persoalan hidup dalam usaha menempatkan dirinya sebaris dengan popular
setempat.
M. NASIR selaku BUJANG.
Kini menapak di Kuala Lumpur. Berbagai-bagai peristiwa lucu, aneh, terasing,
tekanan jiwa dan sedih berbaur geram dialaminya hasil dari kejutan budaya
kota-desa.
Tapi anak desa ini yang berbekalkan semangat Melayu yang tidak mengenal
erti jemu dan kekecewaan mampu berhadapan dalam semua kemungkinan,
walaupun pada keadaan tertentu tindaklakunya tidak ubah seperti Hang Jebat
berada di zaman Raja berjulang dan Bujang di zaman biadap!
Bob Dylan - semangat muzik rakyatnya meresap ke jiwa Bujang. Penerimaan
negatif nasyarakat terhadap lagu-lagu rakyat benar-benar membingungkan.
Keanehan mula berputik, Dengan memperjuangkan lagu-lagu rakyat inilah
menyebabkan dia gagal dalam uji suara pertamanya. Tapi aneh! Perjuangan
ini jugalah membawa BUJANG berdepan dengan kancah cetak rompak.
Tuhan Maha Kaya - perjuangannya ini mendapat simpati dari seorang
produser muda yang unik, Biarpun dia dipungut dari barisan-barisan seniman
jalanan, namun konsep dan imej tetap terpelihara. Kejayaan mula terserlah.
Bujang berdepan pula dengan persoalan cinta dan persahabatan.

Cinta-cinta ertinya kebenaran. Kembara dalam seni ertinya satu perjuangan


mencari kebenaran. Tidak sesiapa dapat berbicara tentang kebenaran dan
tidak sesiaa dapat memberikan cinta kepada seorang pejuang seni...kerana
apa itu cinta,,.inilah yang dilalui oleh Bujang.
Persahabatan - Bujang juga tidak terlepas dari mencari dan mengenal erti
persahabatan. Peristiwa-peristiwa yang dilaluinya menyedarkan tentang
berbagai-bagai darjah perhubungan yang wujud sesama manusia.
Osman walaupun seorang kutu dari kaca mata manusia lain, dia juga seorang
pejuang. Falsafahnya kita mesti terus hidup dalam apajua keadaan, kejayaan
boleh dimiliki di atas hak milik orang lain. Dengan falsafah inilah dia mengenali
Bujang

hingga

kejayaan...tapi

secara
dengan

tidak langsung
falsafah

ini

membantu
juga

Bujang

mambawa

ke

mercu

kerenggangan

persahabatan mereka yang berakhir dengan suasana yang tragik. Berjayakah


Bujang menukar imej Osman?

Seni itu indah. Politik itu kotor Demikian kata Seniman Agung P.Ramlee.
Memang seni itu indah. Tidak dapat hendak dihuraikan keindahan itu kerana
setiap insan menafsirkannya dari sudut berlainan. Namun, keindahan itu
menimbulkan kesan sama pada setiap jiwa; tersentuh,kagum, tertawan, hiba
atau

ria.

Jiwa siapakah tidak bergetar membaca puisi indah dan syahdu? Apakah
menyebabkan sesuatu lagu berjaya menitiskan air mata atau menghidupkan
suasana riang ria? Mengapa sesuatu lukisan amat tinggi nilainya dan menjadi
rebutan terutama selepas pelukisnya tiada lagi di dunia? Bagaimanakah
seseorang pelakon mampu membuat penonton menangis dan ketawa
bersamanya atau benci dan meludahinya di luar dunia lakonan? Apa pula
menyebabkan seseorang penulis, penyanyi, pelukis atau pemuzik begitu
diminati

dan

disanjung

tinggi?

Kalaulah ilham itu boleh diibaratkan sebagai satu benda, maka bagi saya,
benda itu adalah diri saya sendiri. Ilham adalah diri saya dan diri saya adalah
ilham. Susah hendak dimengertikan? Tetapi itulah tanggapan saya mengenai
ilham.
Ilham itu datang dua cara. Pertama, melalui pemerhatian dan pengalaman.
Kedua berada dalam diri sendiri. Maksud saya, untuk buat lagu misalnya mesti
ada sesuatu merangsang ilham itu tiba, ada peristiwa menyebabkan
terbitannya ilham itu. Tetapi rangsangan dan peristiwa itu tidak akan menjadi
ilham kalau kepekaan menjadikannya ilham tiada dalam diri.
Seniman harus punya daya khayalan yang lebih kuat daripada orang lain

(bukan saya menganggap diri saya seniman.). Dia mesti dapat


membayangkan perkara yang tidak dilakukan atau dialaminya sendiri dan
dapat pula menggunakan khayalan itu kepada satu bentuk seni. Mungkin dia
tidak pernah bercinta tetapi dia mampu merasai bagaimana perasaan orang
bercinta, ; debar, kecewa, hampa, hiba. Dan perasaan itu digubah menjadi
lagu.
Pada pendapat saya, pengalaman dan pelajaran lampau menentukan corak
berkarya, tak kiralah muzik, penulisan, lukisan. Karya A Samad Said misalnya
tercorak hasil pengalaman lampaunya melalui beberapa perubahan zaman.
Kerana pengalamannya begitu, maka hasil karyanya bercorak begini.
Dan begitulah juga dengan muzik.
Saya menggubah lagu mengikut siapa bakal menyanyikannya. Setiap kali,
saya bayangkan lagu itu untuk siapa, penyanyinya, bagaimana wataknya dan
segala-gala berkaitan penyanyi itu. Mungkin penyanyi (atau kumpulan) itu lebih
sesuai lagu bercorak hiburan semata mata dan penyanyi itu pula membawa
mesej tertentu. Meneliti kesesuaian ini juga adalah sumber ilham bagi saya.
Tiada kelainan antara seniman dan manusia lain. Jadi saya tak percaya kalau
orang mengatakan manusia seni itu ganjil atau berkelakuan lain daripada
orang lain. Itu semua itu tak betul bagi saya.
Saya tidak percaya mencari ilham di tepi sungai, laut, gunung, tasik macam
sesetengah orang (ketawa). Itu bagi saya tanggapan salah mengenai ilham.
Atau orang menyangka begitu kerana media selalu menggambarkan demikian.
Bagi saya, cara itu hanya pada zaman Tok Kadok . Kalau sekarang, cara
begitu tak boleh pakai. Kalau menunggu termenung di tepi sungai, baru ilham
muncul rasanya tiada kerja menjadi.
Apakah wanita (lebih-lebih lagi yang cantik) banyak mendatangkan ilham?
Tak adalah, jawapannya perlahan tetapi tegas. Melihat wanita bukan
mendatangkan ilham, tetapi menaikkan nafsu...!
Jawapan disusuli ketawa besar.

Waktu dan suasana bagaimana mendatangkan ilham mencipta lagu?


Seni ada masa tak? dia bertanya kembali. Saya hanya menggeleng dan dia
menyambung semula. Seni tidak ada masa. Jadi tidak ada waktu atau
suasana tertentu mendatangkan lebih mood untuk berkarya. Bila-bila masa
sahaja boleh berkerja.
Juga kita tidak boleh terlalu mengikut mood. Kalau begitu mungkin hanya satu
dapat disiapkan dalam sebulan. Sebagai penerbit saya tidak boleh begitu.
Sekarang saya terpaksa terbitkan sebuah album sebulan.
Tidakkah penerbitan yang seolah-olah terburu-buru dan mengejar masa itu
menjejaskan mutu lagu dicipta?
Adakala kita terpaksa mengalah kepada kehendak komersil, mengatasi
kehendak seni kita sendiri. Tetapi memang kita tidak pernah puas dengan apa
yang ada. Walaupun katakan kita puas hati dengan sesuatu lagu itu, berapa
lama rasa puas itu berkekalan? Tentu sampai masanya kita kembali merasa
tidak puas hati dan ingin mencipta yang lebih baik lagi.
Tinggi atau tidaknya nilai sesebuah lagu dan sama ada ia diminati atau tidak,
bukan hak kita. Itu hak pendengar. Kadang kala lagu-lagu yang kita rasakan
cukup baik dan bermutu tidak mendapat sambutan. Sebaliknya lagu-lagu
'penyendal' (diselitkan untuk memenuhi album) pula yang diminati.
Mendapatkan ilham melalui penelitian ciptaan orang lain tidak salah asalkan
bukan peniruan bulat-bulat. Persamaan yang sedikit tidak mengapa tetapi
sentuhan peribadi kita mesti ada. Jelasnya, penentuan siapa yang lebih
dikenali bergantung pada siapakah antara pencipta itu mempunyai daya
kepekaan lebih kuat.

PADA sekitar 1992, komposer dan penyanyi terkenal, M Nasir membuat


kejutan apabila menuduh hampir keseluruhan artis di Malaysia tidak berdisiplin
dan kurang serius dalam bidang yang diceburi menyebabkan mereka tidak
mampu bertahan lama dalam persaingan dunia muzik.
Beliau dipetik sebagai berkata, lebih 80 peratus artis Malaysia terutama dalam
lapangan seni suara dan industri muzik tidak berdisiplin dalam kerjaya mereka.
Walaupun saiz industri kelihatan kecil tetapi cabarannya sengit dan hanya
mereka yang berdisiplin serta mempunyai kegigihan boleh berjaya.
Masalah artis kurang disiplin sangat rumit diselesaikan kerana ia menyentuh
hak serta kepentingan individu. Penyanyi sekarang mahu menyanyi kerana
mereka mahu merasai dunia ini dan glamor tetapi tidak komited serta tiada
pegangan

atau

prinsip.

"Ini menyebabkan kedudukan mereka di dunia hiburan tidak menentu dan


seterusnya bertindak mengikut cara sendiri tanpa memikirkan kesan buruk
baiknya," katanya.
Kenyataan itu dibuat ketika pelancaran album Bunyi Yang Dilihat di sebuah
hotel di ibu negara pada 23 September 1992, sekali gus menarik perhatian
pihak media yang membuat liputan majlis berkenaan.
Nasir berkata, penyakit kurang disiplin bukan saja dihadapi masyarakat artis
tanah air tetapi membabitkan penyanyi luar negara yang ada kedudukan serta
nama yang teguh dalam dunia hiburan.

Bagi mengatasinya, Nasir berkata seseorang artis perlu mempunyai rasa


komited, bertanggungjawab dan kesedaran mengenai peranan mereka serta
memiliki wawasan dalam bidang yang diceburi.
"Ia hanya masalah sikap. Tiada orang boleh mengubah melainkan diri sendiri.
Penyanyi perlu berlatih membuat persembahan dan bijak berkomunikasi
dengan penonton ketika beraksi. Disebabkan disiplin adalah subjektif yang
sukar diterangkan, saya fikir cara tadi secara tidak langsung dapat
menyedarkan penyanyi betapa pentingnya disiplin," katanya.

Anda mungkin juga menyukai