Anda di halaman 1dari 5

Teknik penceritaan

DIALOG.
Dialog bermaksud pertuturan atau percakapan sekurang-kurangnya antara dua watak ataupun
lebih. Pengarang menggunakan teknik ini untuk menggerakkan atau mengembangkan cerita
selanjutnya. Melalui dialog, pengarang dapat memaparkan atau menggambarkan pendapat atau
pemikiran berkenaan dengan tema atau persoalan dalam novel tersebut. Sebagai contohnya, Fuad
berdialog dengan Borhan tentang rancangannya untuk membawa anak Borhan dan Masnah yang
demam panas ke klinik pada suatu malam.

MONOLOG LUARAN
Teknik ini merujuk kepada pengucapan atau tutur kata oleh sesuatu watak secara bersendirian.
Dengan perkataan lain, teknik monolog bermaksud sesuatu watak itu akan bercakap seorang diri.
Kadangkala, monolog itu juga mungkin berupa doa, rungutan, keluh-kesah ataupun ratapan.
Sebagai contohnya, Fuad berdoa dengan memohon kepada Allah agar hatinya menjadi tabah
untuk menghadapi dugaan.

MONOLOG DALAMAN
Teknik ini merujuk kepada percakapan, lintasan, atau rintihan dalam hati atau fikiran sesuatu
watak dan tidak diketahui oleh watak-watak yang lain, contohnya pengarang menggunakan
teknik ini semasa Fuad berkata dalam hatinya tentang nama ibu Farhana.

PEMERIAN
Teknik pemerian digunakan oleh pengarang untuk menerangkan peristiwa dalam plot secara
langsung. Hal ini bermaksud, pengarang menerangkan atau menggambarkan sesuatu perkara atau
peristiwa secara langsung. Dengan perkataan lain, pengarang seolah-olah menjadi tukang cerita
dan menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung, contohnya pengarang
menggambarkan keadaan di bandar Kuala Terengganu pada suatu pagi.

IMBAS KEMBALI
Teknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan oleh pengarang untuk menceritakan
sesuatu peristiwa yang sudah berlaku sebelum peristiwa itu. Pengarang menggambarkannya
melalui ingatan, kenangan, lintasan atau imbasan sesuatu watak terhadap sesatu peristiwa yang

telah berlaku sebelumnya. Sebagai contohnya, Swee Lan teringat akan kepulangan Fuad pada
suatu senja lebih setahun yang lalu.

IMBAS MUKA
Teknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan untuk memberikan bayangan awal tentang
sesuatu peristiwa atau perkara yang akan berlaku dan masih belum berlaku lagi. Bayangan
tersebut mungkin berpunca daripada sesuatu aksi watak atau aksi watak-watak lain atau perkaraperkara lain. Sebagai contohnya, pengarang menggambarkan kemungkinan Cikgu Abas akan
meluahkan perasaan marahnya kepada guru yang enggan melaksanakan tugas dalam mesyuarat
guru esok harinya.

SASPENS
Teknik ini merujuk kepada peristiwa yang menggambarkan perasaan tertanya-tanya dan ingin
tahu para pembaca untuk mengikuti cerita. Pembaca ingin tahu perkara yang akan berlaku
seterusnya. Sebagai contohnya, peristiwa Fuad mendapati akaun banknya mengandungi wang
lebih daripada dua ratus ribu ringgit telah menimbulkan perasaan ingin tahu para pembaca
tentang wang yang begitu banyak yang terdapat di dalam akaun bank Fuad. Pembaca ingin tahu
dari mana sumber wang tersebut diperolehnya.

KEJUTAN
Teknik ini merujuk kepada keadaan atau peristiwa yang berlaku tanpa disangka-sangka oleh
pembaca. Dengan kata lain, pembaca tidak dapat menjangkakan peristiwa itu akan berlaku dan
peristiwa tersebut berlaku secara mengejut. Pengarang menggambarkan teknik ini melalui
peristiwa Fuad yang terkejut apabila mendapati bahawa emak Farhana bernama Mariana binti
Osman. Peristiwa tersebut mengejutkan para pembaca kerana pembaca tidak menyangka bahawa
nama Mariana sama dengan nama ibu Fuad. Hal ini bermakna, mereka berdua ialah adik-beradik
kandung.

Sastera panji (Raden Puspa Kencana)


Pemerian
1)
Di negeri Cempaka Jajar ada diperbuat oleh baginda Sang Nata sebuah taman yang
indah. Di tengah kota batu itu ada sebuah kolam. Di sisi kolam itu dibina beberapa buah istana
dan dalam istana istana inilah Baginda Sang Nata menaruh segala puteri ratu ratu yang takluk
ke bawah perintah baginda. Puteri puteri tawanan ini disuruh oleh Permaisuri bertenun kain.
(ms 23)
2)
Baginda Sang Nata mempunyai seorang putera bernama Raden Inu Kertapati. Puteranda
ini terkenal juga sebagai Raden Inu, Inu Bangsawan dan Raden Menteri. Ia tidak mempunyai
adik beradik, baik lelaki mahupun perempuan. (ms 25)
3)
Wa bihi nastain billahi Taala. Ini pada menyatakan suatu hikayat cetera raja raja di
dalam Tanah Jawa yang dahulu kala. Ada sebuah negeri di Jenggala. Negeri itu bernama
Cempaka Jajar. Ratunya bernama Seri Inu tetapi ia digelari dengan Sang Nata sahaja. (hlm.23)

Saspens
1)
Pada suatu malam, Ken Tambohan bermimpi bulan jatuh ke pangkuannya dan tubuh
badannya terang benderang kerana disinari oleh cahaya bulan itu. Tetapi di pinggangnya berbelit
seekor naga. (ms 23 24)

Dialog
Perbualan antara Ken tadahan, Ken Penglipur dan Ken Tambohan.
1)
Tuanku, ada seekor burung serindit terbang masuk ke dalam istana kita. Cubalah
tangkap perlahan lahan burung itu. Ada pun burung itu seperti menyerahkan diri kepada
tuanku.
Baiklah, kakang kedua. (ms 26)
2) Pada suatu hari bertanya Sang Nata kepada isterinya, Wahai adinda, ke manakah perginya
anakanda kia Raden Menteri? Sudah lama ia tiada menghadap kakang.
Wahai kakang, tiadalah adinda ketahui! Adinda pun sudah lama tidak melihatnya.

Jikalau begitu, adinda titahkan Wira Wani datang ke mari. Kakang hendak bertanya
kepadanya.

Monolog dalaman
1) Baiklah, tuanku. Wira Wani pun berjalanlah mencari burung serindit itu. Sambil berjalan itu
ia berkata di dalam hatinya. Kemanakah gerangan perginya burung tadi? Jika ia terbang masuk
ke kubah itu, bagaimanakah tipu dayaku supaya aku dibenarkan masuk ke situ? (ms 28)
2) :Terkejut ia melihat Raden Menteri. Ia berfikir, Siapakah gerangan orang muda ini?
Barangkali ia inilah putera Sang Nata. Elok Benar rupanya. (ms 30)

Monolog
1)
Aduh angsana emas juita! Tuanlah idaman dalam cita kakanda. Wajahmu manis. Buah
hati kakanda. Mendengar kata Raden Inu itu, Wira Wani pun tahulah bahawa Raden Inu telah
terpikat kepada Ken Tambohan. (ms 28 - 29)
2)
Sambil menangis itu ia bersabda, Siapakah yang menganiaya adinda ini? Sampai
hati orang yang berbuat demikian kepada tuan. Adapun pada fikiran kakang tidaklah tuan
sampai jadi demikian. Wahai, Kakang! ketika itu ia terlihat akan luka di dada Ken
Tambohan.
(hlm.43)

Imbas kembali
1) Di sepanjang jalan, tiadalah berhenti henti Ken Tambohan menangis kerana
terkenangkan perbuatan Permaisuri kepadanya itu. (ms 38)

Kejutan
1) Telah genap tiga kali Betara Kala melakukan perbuatan itu, maka Raden Menteri dan
Ken Tambohan pun membuka mata serta menggerakkan tubuh. Seketika kemudian
bangunlah mereka sihat seperti sediakala. (ms 48)

Sastera epik (Hang Tuah Diutus ke Siam)


Dialog
1) Berapa lamanya maka sampailah antara Hujung Sawang.Maka kata Laksamana, Hai
mualim, apa nama negeri ini?Maka kata mualim itu, Inilah negeri patani namanya.
(m/s 50)
2) Maka Phra Cau pun bertitah, Hai Oya Bagelang, mana dia pendekar Jepun yang
bernama Cin cu itu?Maka sembah Oya Bagelang, Ada, tuanku, pendekar itu, dari
Kemboja datang, terlalu masyhur. Jika sepuluh dua puluh, bukan lawannya.(m/s 52)
Imbas kembali
1) Maka kata Maharaja Setia, Apa bicara orang kaya, kerana jepun itu hendak membalas
kematian temannya yang dibunuh itu rupanya? (m/s 56)
2) Maka sebermula Jepun yang lepas dua orang itu lalu mudik ke hulu Siam, lalu ke
Kemboja. Setelah sampai maka ia memberitahu segala tempat di Kemboja itu, segala hal
ehwalnya diberinya tahu. Maka segala Jepun yang di Kemboja itu pun terlalu amarah lalu
berlengkap akan mengadang Laksamana itu.
Pemerian
Setelah segenap bulannya, maka Raden Emas Ayu pun berputeralah seorang perempuan,
terlalu elok paras; maka dipelihara akan sepertinya. Berapa lamanya maka Tun Teja pun
berputera pula seorang laki-laki, terlalu elok rupanya, hampir-hampir ayahanda baginda.
Maka oleh baginda dinamai anakanda baginda ketiga itu. Adapun perempuan dinamai Puteri
Gunung Ledang, lelaki yang tengah dinamai Sultan Mahmud, yang bongsu dinamai Sultan
Muhammad. (m/s 58)

Anda mungkin juga menyukai