Anda di halaman 1dari 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,


BATU PAHAT,
JOHOR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( PISMP )


AMBILAN JANUARI 2011
PENGURUSAN MAKANAN DAN TEKNOLOGI
(RBT 3111)

NAMA PELAJAR

NOMBOR K/P

MUHAMMAD AKMAL BIN ZAWI

911113-01-5557

SEMESTER / OPYSEN: PISMP - RBT/ BM/PJ KUMPULAN 1


NAMA PENSYARAH BIMBINGAN: PN ZURAIDAH BT TALIB

ISI KANDUNGAN
Bil

Tajuk

1.

Penghargaan

2.

Biodata

3.

1.0 Tema Makanan dan Minuman

4.

2.0 Resepi Asal

5.

3.0 Resepi Inovasi

6.

4.0 Pengiraan Kos

7.

5.0 Kandungan Nutrien

8.

6.0 Refleksi

9.

Bibliografi

10.

Lampiran

PENGHARGAAN


Assalamualaikum w.b.t.
Pertama sekali saya ingin memanjatkan ribuan kesyukuran yang tidak
terhingga kepada Allah s.w.t kerana memberi ilham dan mengizinkan saya
menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi matapelajaran RBT 3111
Pengurusan Makanan dan Teknologi ini dengan jayanya walaupun beberapa kali
berhadapan dengan sedikit masalah dalam tempoh menyiapkan ftugasan ini.
Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya,
Pn Zuraidah Bt Talib yang tidak putus-putus berusaha mendidik dan membimbing
saya supaya saya memahami akan tugasan yang diberikan kepada saya dengan
harapan saya dapat menghasilkan tugasan yang terbaik. Pn Zuraidah juga banyak
memberi nasihat yang berguna dan tunjuk ajar kepada saya dimana saya boleh
menggunakannya pada masa akan datang kelak.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkankan salam jutaan terima
kasih buat ibu dan bapa saya yang telah memberi sumbangan dari segi kewangan
dan kata-kata perangsang yang membuatkan saya menjadi lebih tekun untuk
berusaha dalam menjayakan tugasan yang diberikan.
Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih buat kawan-kawan yang banyak
menghulurkan idea-idea yang munasabah dan bernas, malah telah membantu saya
membincangkan sub-sub topik yang tidak saya ketahui di dalam tugasan ini.

BIODATA

Nama

Muhammad Akmal Bin Zawi

No K/P

911113-01-5557

Tarikh Lahir

13 November 1991

Jantina

Lelaki

Bangsa

Melayu

Semester

6 PISMP

Opsyen
Email

Reka Bentuk Dan Teknologi 1


muhammadakmalzawi2012@gmail.com

Telefon

013-7337567 / 011-19422591

Alamat

No 1, Jln Nilam, Tmn Tenang Jaya

Poskod

85030 Segamat

Negeri

Johor

Penjaga

Norlia Bt Hasbullah

Institut

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn

Jalan Kluang, 83009 Batu Pahat, Johor Darul


1.0 TemaAlamat
Makanan KM
dan7.75,
Minuman
Institut
Takzim
Saya telah memilih tema Majlis Marhaban bersempena di bulan Syawal ini.
Makanan yang telah saya sediakan adalah Puding Laici Berkuah Pandan yang telah
saya inovasikan dari resepi asal iaitu Puding Koktel Berkuah Coklat. Manakala bagi

minuman saya telah memilih minuman inovasi saya iaitu Jus Mangga Lemovilla yang
telah di inovasikan dari pada minuman jus mangga dengan menambah perisa lemon
dan vanilla. Makanan dan minuman yang telah saya sediakan bertepatan dengan
tema Majlis Marhaban yang tidak memerlukan makan yang terlalu berat kerana
merupakan rumah kunjungan terakhir bagi kumpulan marhaban.

3.0 Resepi Asal Makanan & Minuman


3.1 Puding Koktel Berkuah Coklat ( Dessert )

Bahan-bahan ( 18 biji )
1) Untuk puding :
i.

1 cawan tepung jagung

ii.

2 camb (penuh) tepung kastard

iii.

2 camb gula pasir

2) Untuk kuah coklat :


i.

3 biji kuning telur

ii.

1 sk esen vanilla

iii.

1 camb (penuh) tepung kastard

iv.

15 gm serbuk koko

v.

120 gm gula pasir

vi.

1 tin susu cair

vii.

1 tin koktel buah-buahan

Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan untuk puding dengan 3 cawan air dan gaul sebati.
2. Kacau perlahan-lahan atas api sederhana hingga pekat dan likat.

3. Masukkan ke dalam bekas puding atau loyang, apabila sejuk, masukkan ke


dalam peti ais.
4. Untuk kuah coklat pula, tuang semua bahan ke dalam periuk bersama 1
cawan air.
5. Kacau perlahan-lahan atas api sederhana, padamkan api sebaik sahaja
campuran mendidih.
6. Sejukkan dalam peti ais.
7. Untuk hidangkan, masukkan puding dan koktel buah-buahan ke dalam
mangkuk, kemudian curahkan kuah coklat ke atasnya.

3.2 Jus Mangga ( Minuman Sejuk )

Bahan-Bahan : ( 9 gelas )
i.

1 biji mangga muda

ii.

3 biji mangga masak

iii.

Beberapa ketul ais

iv.

Gula pasir secukup rasa

v.

Tambah air masak jika perlu

Cara cara :
1. Kupas buah mangga dan potong kecil-kecil bersaiz dadu.
2. Masukkan beberapa sudu gula dan ais.
3. Masukkan mangga yang telah dipotong dan air secukupnya ke dalam
pengisar dan kisar kesemuanya sekali.
4. Hidangkan dan hias gelas dengan hiasan buah mangga

4.0 Resepi Inovasi

4.1 Puding Laici Berkuah Pandan ( Dessert )

Bahan-bahan ( 18 biji )
1) Untuk puding :
i.

1 cawan tepung jagung ( 50g )

ii.

2 camb (penuh) tepung kastard

iii.

2 camb gula pasir

2) Untuk kuah pandan :


i.

Perasa pandan

ii.

120 gm gula pasir

iii.

1 tin susu pekat/cair

iv.

1 tin buah laici

Cara - cara :

1.

Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.

Tepung Jagung
Tepung Kastart
Gula Pasir
Buah Laici Tin
Susu Cair
Air
Tepung Jagung

2.

Bancuh semua bahan untuk puding dengan 3 cawan air dan gaul sebati.

3.

Kacau perlahan-lahan atas api sederhana hingga pekat dan likat.

4.

Masukkan ke dalam bekas puding atau loyang, apabila puding laici mengeras
dan menyejuk,balut mangkuk puding dan masukkan ke dalam peti ais.

5.

Untuk kuah pandan pula, tuang semua bahan ke dalam periuk bersama 1
cawan air.

6.

Kacau perlahan atas api sederhana, padamkan api sebaik sahaja campuran
mendidih.

7.

Sejukkan dalam peti ais.

8.

Untuk hidangkan, potong dadu puding laici dan masukkan ke dalam mangkuk,
kemudian curahkan kuah pandan ke atasnya. Puding laici boleh juga diletakkan
pewarna hijau agar lebih menarik.

4.2 Jus Mangga Lemovilla ( Minuman Sejuk )

Bahan - bahan :
i.

1 biji mangga muda

ii.

3 biji mangga masak

iii.

Beberapa ketul ais

iv.

Gula pasir secukup rasa

v.

2 biji lemon

vi.

Tambah air masak jika perlu

vii.

Sedikit daun pudina.

Cara cara :
1.

Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.

Mangga
Lemon
Gula Pasir
Ais
Air
Daun Pudina

2.

Kupas buah mangga dan potong dadu.

3.

Masukkan beberapa sudu gula dan ais.

4.

Masukkan mangga yang telah dipotong dan air secukupnya ke dalam pengisar
dan kisar kesemuanya sekali. Masukkan sedikit esen vanilla untuk haruman.

5.

Perah lemon atas jus mangga yang telah siap di kisar.

6.

Air jus mangga yang telah siap boleh di hidang dengan hiasan potongan
lemon dan sedikit daun pudina.

5.0 Pengiraan Kos


5.1 Pengiraan Kos Puding Laici Berkuah Pandan
Kos Bahan
BAHAN
Tepung Jagung
Tepung Kastard
Perasa Pandan
Gula Pasir
Susu Cair
Buah Laici Tin

KUANTITI
50 gram
15 gram
1 botol
120 gram
1 tin
1 tin

KOS SEUNIT
1.50
1.50
2.50
1.80
2.50
2.50
Jumlah

JUMLAH(RM)
0.70
0.20
2.50
0.50
2.50
2.50
8.90

Kos Upah
Masa yang diperlukan untuk menyediakan desert ialah 1/2 jam. Kos upah untuk kerja
yang dilakikan sendiri ialah RM2.00 Sejam.
Kos upah = 1 orang x 1 jam x RM2.00
= RM 1.00

Kos Overhead
BIL
1
2

PERKARA
Elektrik
Air
JUMLAH

Kos Projek
= kos bahan + kos upah + kos overhead
= 8.90 + 1.00 + 0.40
= RM 10.30 ( 18 mangkuk )

JUMLAH
0.20
0.20
0.40

5.2 Pengiraan Kos Jus Mangga Lemovilla


Kos Bahan
BAHAN
Mangga Muda
Mangga Masak
Lemon
Gula Pasir
Ais
Daun Pudina

KUANTITI
1 biji
3 biji
2 biji
2 camb
8 ketul
10 helai

KOS SEUNIT(RM)
0.50
0.80
0.70
1.45
3.00
0.05
JUMLAH

JUMLAH(RM)
0.50
2.40
1.40
0.30
0.10
0.50
5.20

Kos Upah
Masa yang diperlukan untuk menyediakan minuman ini ialah 1/2 jam. Kos upah
untuk kerja yang dilakukan sendiri ialah RM2.00 sejam.
Kos upah = 1 orang x 1/2 jam x RM 2.00
= RM 1.00

Kos Overhead
BIL
1
2

PERKARA
Elektrik
Air
JUMLAH

JUMLAH(RM)
0.20
0.20
0.40

Kos Projek
= kos bahan + kos upah + kos overhead
= RM 5.20 + RM 1.00 + RM 0.40
= RM 6.60

6.0 Kandungan Nutrien


6.1 Kandungan Nutrien Puding Laici Berkuah Pandan
Bahan

Nutrien Utama

Nutrien Sampingan

Tepung Jagung

Karbohidrat

Protein

Tepung Kastard

Karbohidrat

Protein

Perasa Pandan

Karbohidrat

Protein

Gula Pasir

Karbohidrat

Mineral

Susu Cair

Mineral

Vitamin

Buah Laici Tin

Karbohidrat

Protein

6.2 Kandungan Nutrien P Jus Mangga Lemovilla


Bahan

Nutrien Utama

Nutrien Sampingan

Mangga Muda

Vitamin

Karbohidrat

Mangga Masak

Vitamin

Karbohidrat

Lemon

Vitamin

Karbohidrat

Gula Pasir

Karbohidrat

Mineral

Ais

Air

Mineral

Perasa Vanilla

Karbohidrat

Mineral

Daun Pudina

Vitamin

Mineral

7.0 Refleksi
Masalah
Saya menghadapi masalah penggurusan masa dimana saya mengambil masa yang
lama ketika penyediaan bahan dan proses membuat masakan. Masalah kekurangan
masa ini menyebabkan timbul masalah sampingan seperti tempat memasak kurang
kemas kerana tergesa-gesa mengejar masa, penggunaan alatan yang salah akibat
menggunakan alatan yang berhampiran sahaja walaupun alatan tersebut tidak
sesuai dan menyebabkan masakan kurang menarik dan lambat dihidang.

Punca Masalah
Jika dilihat punca permasalah ini adalah daripada penggurusan masa yang tidak
lancar dan mengganggu proses penyediaan masakan. Hai ini berpunca dari dua
faktor iaitu diri sendiri dan keadaan sekeliling. Keadaan sekeliling yang berebut-rebut
dengan peserta lain menyebabkan berlaku pembaziran seperti terpaksa menunggu
giliran mengambil bahan setelah masa bermula. Masalah kekurangan bahan juga
menyebabkan proses perlaksanaan tertangguh. Punca masalah ini adalah dari diri
sendiri kerana tidak melakukan persediaan awal sebelum masa masakan bermula.

Kesedaran Terhadap Masalah dan Kesannya


Saya menyedari permasalah ini apabila masalah ini sudah pun berlaku dan agak
terlambat untuk mengundur kembali masa yang sudah terbazir. Akibat daripada
penggurusan masa yang tidak terancang menyebabkan pelaksanaan amali masakan
saya terganggu dengan pelbagai masalah seperti kelewatan memasak makanan,
makanan yang di masak tergesa-gesa menyebabkan di angkat terlalu awal dari yang
sepatutnya menyebabkan masakan saya masih mentah dan kurang sedap. Hal ini
juga menyebabkan saya tidak dapat melakukan hiasan pada makanan kerana hanya
masa amali telah tamat. Kebersihan dapur juga terjejas teruk akibat kekurangan
masa menyebabkan dapur bersepah dan tidak bersih.

Cadangan Memperbaiki Diri Sendiri


Saya mencadangkan agar diri saya lebih bersikap proaktif dengan bergerak pantas
dalam menyediakan bahan-bahan yang hendak digunakan dalam masakan. Saya
juga perlu cepat melaporkan kepada pensyarah penyelia apabila terdapat
kekurangan bahan masakan agar pensyarah dapat membuat tindakan dengan kadar
segera. Masa yang diberi perlulah saya guna dengan sebaiknya dan tidak melambatlambatkan proses masakan.
Selain itu, saya perlu meningkatkan lagi komunikasi saya dengan pasangan
kumpulan masakan dan antara rakan-rakan yang lain. Hasil komunikasi ini dapat
membantu saya menjimatkan masa dan juga tenaga serta dapat mengetahui
penggunaan alatan yang betul dan mudah. Saya boleh berkerjasama dengan
pasangan sekumpulan dengan bersama-sama dalam membersihkan dapur dan
alatan, menghias masakan dan minuman, dan membahagi-bahagikan tugas dengan
jelas.

Tindakan Segera
Anatara tindakan segera yang saya ambil bagi mengatasi masalah kekurangan masa
dalam masakan ialah dengan meminta pertolongan dalam meminjam alatan mereka
kerana lebih dekat dengan tempat dapur saya. Ini seterusnya dapat menjimatkan
masa saya dalam menjalankan proses masakan kerana tidak perlu berjalan jauh
untuk mengambil alatan di stor. Saya juga bertanyakan jika mereka terdapat lebihan
dalam bahan-bahan masakan seperti santan yang dapat saya gunakan untuk
masakan saya.

BIBLIOGRAFI
Buku
1)

Fuziah ishak.Resepi 2013.(2013).Batu Pahat: IPTHO

2)

Susan Manikam.Resepi Khusus KBSM (2002).Selangor:Oxford Fajar Sdn


Bhd Bureau of circulations

3)

Tiada nama pengarang.Rasa.(2012).Kuala Lumpur: Audit

Internet
1)

http://www.myfitnesspal.com

2)

http://nutritiondata.self.com/facts

3)

http://www.myresipi.com/top/detail/6075

Anda mungkin juga menyukai