Anda di halaman 1dari 6

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Tajuk 8

Penilaian Pengajaran Makro

Sipnosis
Tajuk Kelapan adalah kesinambungan tajuk ketujuh tentang pengajaran mikro dan
makro. Tajuk terakhir ini adalah berkaitan dengan penilaian pengajaran makro
mengikut model pencerapan klinikal. Pelatih dikehendaki mengetahui unsur-unsur
penilaian, peringkat-peringkat penilaian dan fomat penilaian. Melalui penilaian
kendiri dan penilaian terhadap rakan sekursus dalam persembahan pengajaran
mikro dan makro, pelatih dapat membelajari dengan lebih mendalam tentang
teknik-teknik yang berkesan dalam setiap kemahiran P&P yang dibelajari.
Pembelajaran tersebut akan jadi lebih berkesan apabila pelatih dapat menulis
refleksi penilaian kendiri selepas pengajaran makro dalam journal reflesksi mereka.
Pelatih menjalankan penilaian rakan sekursus dan pensyarah terhadap kekuatan
dan kelemahan dalam pengajaran makro, ini merupa antara cara yang amat
bekesan dalam latihan parguruan.

Hasil Pembelajaran
1.

Mengetahui penilaian pengajaran makro mengikut model pencerapan


klinikal.

2.

Mengetahui unsur-unsur penilaian, peringkat-peringkat penilaian dan fomat


penilaian.

3.

Menulis refleksi penilaian kendiri selepas pengajaran makro dalam journal


reflesksi.

4.

Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri dalam latihan pengajaran


makro.

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Kerangka konsep tajuk

Penilaian
Pengajaran
Makro

Penilaian
pengajaran makro
mengikut model
pencerapan klinikal

8.0

Unsur-unsur
penilaian, peringkatperingkat penilaian
dan fomat penilaian

Menulis refleksi
penilaian kendiri
selepas pengajaran
makro

Penilaian Pengajaran Makro

Sebelum melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan
menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang
lengkap menghasilkan pengajaran yang berkesan. Seperti penilaian pengajaran
mikro, penilaian pengajaran makro adalah lebih menyeluruh, ia melibatkan
pencerapan klinikal, setiap kemahiran yang dipersembahkan akan diperhati,
direkodkan dan dianalisis sebelum komen atau refleksi dilakukan.

8.1

Penilaian mengikut Model Pencerapan Klinikal

Semasa pengajaran makro, penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan model


pencerapan klinikal, tujuannya ialah untuk
(a)

Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelatih dalam pengajaran

(b)

Memperbaiki kelemahan pengajaran pembelajaran

(c)

Memperkembangkan potensi dan kemahiran yang ada pada pelatih

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

8.1.1 Unsur-unsur Penilaian mengikut Model Pencerapan Klinikal


Dalam konteks sekolah, guru (terlatih atau dalam latihan) boleh diselia oleh
guru senior yang berpengalaman luas dalam P&P dengan model
pencerapan klinikal. Untuk latihan guru di pusat latihan perguruan, model ini
biasanya diguna untuk menyelia pelatih yang menjalani praktikum atau
semasa penilaian pengajaran makro.

Berikut adalah unsur-unsur dalam

Model Pencerapan Klinikal.


1.

Pencerapan klinikal merupakan suatu kaedah penyeliaan dan


penilaian bertujuan membantu pelatih atau guru di sekolah untuk
meningkatkan mutu pengajaran. Ia merangkumi pertimbangan
intervensi dalam proses pengajaran.

2.

Pencerapan klinikal berorientasikan matlamat dengan menyepadukan


keperluan sekolah dan keperluan perkembangan peribadi guru/pelatih
di sekolah.

3.

Pencerapan klinikal mempunyai hubungan kerja yang profesional


antara guru/pelatih dan penyelia.

4.

Ia memerlukan kepercayaan yang tinggi antara guru/pelatih dan


penyelia

seperti

mana

yang

boleh

diperlihatkan

melalui

persefahaman, sokongan dan komitmen untuk tujuan peningkatan


proses pengajaran dan pembelajaran.
5.

Ia merupakan suatu penilaian yang sistematik, walaupun memerlukan


kaedah yang fleksibel dan perubahan yang berterusan.

6.

Pencerapan klinikal membina satu hubungan yang produktif antara


sesuatu yang unggul dan yang sebenar.

7.

Ia mengandaikan bahawa seorang penyelia mempunyai pengetahuan


yang tinggi tentang penganalisisan pengajaran dan pembelajaran
serta hubungan kemanusiaan yang produktif.

8.

Ia memerlukan latihan praperkhidmatan (khususnya dalam teknikteknik

pemerhatian)

serta

pendekatan yang berkesan.

refleksi

yang

berterusan

terhadap

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral


8.1.2 Peringkat-peringkat Penilaian
Penilaian pencerapan klinikal perlu dilaksanakan dalam tiga peringkat:
1.

Konferens Pra-Pencerapan

Konferens pra-pemerhatian ialah peringkat permulaan bertujuan untuk


membina

persefahaman

antara

penyelia

dan

guru/pelatih

tentang

pengajaran yang bakal dijalankan. Semasa konferens pra-pemerhatian,


hubungan mesra antara penyelia dan guru/pelatih adalah penting supaya
sesi perbincangan dapat dijalankan dengan lancar.
2.

Pemerhatian Semasa P&P

Dalam peringkat ini penyelia memerhati pengajaran yang disampaikan oleh


guru/pelatih dan membuat catatan (data).

Penyelia akan menyediakan

huraian data bagi membantunya semasa sesi bimbingan. Pemerhatian


dilakukan sepanjang waktu pengajaran bagi mata pelajaran berkenaan.
3.

Konferens Pos pemerhatian (Konferens Maklum Balas)

Konferens

pos-pemerhatian

merupakan

sesi

perbincangan

selepas

pengajaran dijalankan. Ia bertujuan untuk memberi maklum balas kepada


guru/pelatih supaya dapat meningkatkan mutu pengajaran, mencapai
kemajuan profesionalisme diri, dan membuat penilaian kendiri.
8.1.3 Format/Pendekatan Penilaian
1.

Pendekatan preskriptif (prescription approach)

Penyelia merupakan sumber kepakaran dalam konteks dialog antara


penyelia dan guru/pelatih. Penyelia menentukan bagaimana sesuatu
pengajaran patut diajar.
2.

Pendekatan kolaboratif (collaborative approach)

Penyelia dan guru/pelatih berkongsi kepakaran. Penyelia akan membantu


guru/pelatih membina autonomi melalui refleksi dan penilaian kendiri.
3.

Pendekatan arah kendiri (self-directed approach)

Penyelia

berperanan

guru/pelatih,

sebagai

membolehkan

fasilitatorterhadap

guru/pelatih

membuat

perkembangan
refleksi,

idea

membuat

keputusan dan membina alternatif sendiri terhadap penyelesaian masalah


yang dihadapi.

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Rujuk pada nota tentang penilaian pengajaran makro mengikut Model


Pencerapan Klinikal, bincang dengan pensyarah anda bagaimana anda
boleh melakukan sesi penilaian persembahan pengajaran makro oleh
kelas anda, aturkan masa untuk konferens pra dan pos pemerhatian
sebelum dan selepas pengajaran.
(1 jam)

8.2

Journal Refleksi

Pelatih dikehendaki membuat refleksi untuk setiap P&P semasa praktikum. Dalam
sesi latihan pengajaran makro, refleksi kendiri selepas pengajaran adalah penting
kerana refleksi dapat membantu seseorang pelatih:
(a)

Berfikir secara sistematik dan memahami perkara yang berlaku dalam


bilik darjah secara wajar dan rasional.

(b)

Membentuk matlamat dan inkuiri secara profesional.

(c)

Melaksanakan model pembelajaran yang menunjukkan pengajaran


sebagai satu proses pengetahuan yang berterusan.

(d)
8.3

Melaksanakan perbincangan dan kolaborasi dengan penyelia.

Menulis Refleksi Penilaian Kendiri selepas Pengajaran Makro

Objektif menulis refleksi penilaian kendiri selepas pengajaran mikro ialah:


(a)

Menyimpan rekod penilaian proses pengajaran makro yang dilakukan


oleh anda atau rakan sekumpulan anda.

(b)

Menilai secara bertulis prestasi pengajaran makro anda.

(c)

Menjadikannya penulisan reflesksi anda sebagai asas atau panduan


kepada tindakan susulan.

(d)

Meningkatkan ingatan dan kepekaan terhadap mutu pengajaran.

(e)

Menjadikan refleksi kendiri anda sebagai bahan perbincangan


semasa konferens pos pemerhatian dengan penyelia anda.

(f)

Meningkatkan kemahiran profesionalisme dalam aspek P&P anda.

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Selepas persembahan pengajaran makro, sama ada anda terlibat


sebagai guru atau penilai rakan sekursus, anda dikehendaki menulis
refleksi kendiri atau refleksi penilaian terhadap keseluruhan pengajaran
jika anda bukan guru yang mengajar.
(1 jam)

8.3

Menjalankan

Penilaian

Rakan

Sebaya

dan

Pensyarah

terhadap

Kekuatan dan Kelemahan dalam Pengajaran Makro


Tujuan penilaian oleh rakan sebaya dan penyelia dijalankan ialah untuk:
(a)

Menambahbaik proses dan aktiviti pengajaran anda.

(b)

Memberi maklum balas kepada anda mengenai pengajaran.

(c)

Memberi peluang yang sistematik untuk anda memperkembangkan


kemahiran pengajarannya.

(d)

Menentukan nilai pengajaran anda.

Selepas melakukan penilaian terhadap pengajaran makro yang


dipersembahkan oleh rakan sekursus anda, cuba berikan cadangancadangan bagi menambahbaiki pengajaran makro rakan anda.
Cadangan penambahbaikan boleh meliputi aspek suara, bahan dan
alat bantu mengajar, teknik-teknik dalam kemahiran-kemahiran P&P
yang digunakan, pengurusan masa, pengurusan bilik darjah, hasil
pembelajaran dan lain-lain.
(1 jam)

Anda mungkin juga menyukai