Anda di halaman 1dari 21

Topik

11

Inovasi dan
Perubahan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menghuraikan kepentingan inovasi dalam organisasi;

2.

Menerangkan cara-cara menguruskan inovasi dengan berkesan;

3.

Membincangkan empat faktor yang menyebabkan perubahan dan


cara-cara menguruskan perubahan dalam organisasi; dan

4.

Menerangkan halangan-halangan kepada


organisasi dan cara-cara mengatasinya.

perubahan

dalam

X PENGENALAN
Bahagian ini akan bermula dengan membincangkan isu-isu yang berkaitan
dengan inovasi dalam organisasi. Inovasi dalam organisasi bermaksud kejayaan
dalam pelaksanaan idea kreatif dalam organisasi. Dari manakah datangnya idea?
Idea yang kreatif datang daripada kreativiti yang kemudiannya membuahkan
hasil yang berguna kepada organisasi. Inovasi boleh membawa banyak
kelebihan dan faedah kepada organisasi tetapi faedah utamanya adalah ia
mampu untuk mewujudkan dan mengekalkan kelebihan bersaing kepada
organisasi itu.
Bahagian kedua topik ini akan menerangkan perubahan dalam organisasi.
Perubahan organisasi bermaksud pengubahsuaian atau perubahan organisasi
dari satu struktur kualiti atau keadaan dalam bentuk yang lain dari masa ke
semasa. Organisasi perlu berubah disebabkan beberapa faktor; yang paling
penting ialah perubahan persekitaran. Bahagian ini akan menerangkan faktorfaktor persekitaran yang mempengaruhi organisasi, sejauhmana perubahan
penting kepada sesebuah organisasi dan bagaimana untuk menguruskan
perubahan organisasi secara berkesan.

208

11.1

TOPIK 11

INOVASI DAN PERUBAHAN

MENGAPAKAH INOVASI PENTING?

Terdapat beberapa perkara yang kita perlu tahu semasa membincangkan


mengenai inovasi. Berikut diterangkan perkara yang berkaitan dengan inovasi
dan dari ini kita akan tahu mengapa inovasi sangat penting kepada organisasi
pada masa kini.

AKTIVITI 11.1
Pada pendapat anda, dengan perkembangan pesat dalam teknologi
maklumat masa kini, sejauhmanakah inovasi memainkan peranan yang
penting dalam sesebuah organisasi? Bincangkan perkara ini dengan
rakan-rakan anda.

11.1.1

Kitaran Teknologi

Menurut Williams (2000), teknologi merujuk kepada pengetahuan, alat dan


peralatan, serta teknik-teknik dan kaedah yang digunakan untuk menukar input
kepada output. Kitaran teknologi bermula dengan penemuan teknologi baru
yang tertentu dan berakhir apabila teknologi tersebut mencapai had tertentu,
menjadi ketinggalan zaman dan digantikan dengan teknologi baru yang lebih
canggih. Keluk inovasi bentuk-S merupakan satu keluk yang mewakili kitaran
hayat teknologi.

Rajah 11.1: Carta kitaran hayat teknologi


Sumber: Williams, C. (2000). Management. Ohio: SouthWestern-Thomson Learning

TOPIK 11

INOVASI DAN PERUBAHAN

209

Pada peringkat awal kewujudan teknologi (diwakili oleh titik A), masih terdapat
banyak lagi yang boleh dipelajari daripada teknologi dalam usaha untuk
membangunkannya, ini menyebabkan kemajuannya agak perlahan. Dari titik A
ke titik B, terdapat sedikit lengkuk yang menunjukkan peningkatan dalam usaha
(dalam bentuk kewangan, penyelidikan dan pembangunan) namun ia hanya
memberikan sedikit peningkatan dalam prestasi teknologi.
Apabila teknologi ini telah matang (ditunjukkan oleh titik B), para penyelidik
telah mengenal pasti cara-cara untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik
daripada teknologi tersebut. Keluk dari titik B ke titik C menunjukkan bahawa
dengan hanya sedikit suntikan usaha sudah cukup untuk meningkatkan prestasi
teknologi ke tahap yang memberangsangkan. Titik C menunjukkan bahawa
usaha tambahan dalam membangunkan teknologi itu hanya akan membuahkan
sedikit peningkatan sahaja dalam prestasi. Lebih penting lagi, titik C
menandakan bahawa teknologi telah mencapai tahap maksimum. Ini bermakna
bahawa usaha tambahan tidak lagi akan membawa sebarang manfaat atau
peningkatan prestasi teknologi tersebut.
Selepas teknologi telah mencapai had maksimum, iaitu pada akhir keluk S,
peningkatan dalam prestasi biasanya adalah dari teknologi baru atau terkini.
Keluk S yang kedua adalah keluk yang mewakili teknologi baru yang
menggantikan teknologi lama.

LATIHAN 11.1
Senaraikan fasa-fasa yang terlibat dalam kitaran hayat teknologi.

11.2

PENGURUSAN INOVASI

Inovasi perlu diuruskan dengan baik agar organisasi itu dapat menikmati
faedahnya. Jika tidak, ia tidak akan membawa sebarang manfaat, malah ia boleh
membawa kesan negatif kepada organisasi tersebut. Bahagian seterusnya akan
menerangkan kaedah-kaedah yang dilaksanakan dalam mengurus inovasi
sesebuah organisasi.

SEMAK KENDIRI 11.1


Mengapakah inovasi yang merupakan hasil daripada idea pekerja perlu
diurus dan ditadbirkan dengan betul?

210

TOPIK 11

11.2.1

INOVASI DAN PERUBAHAN

Mengurus Sumber-sumber Inovasi

Inovasi bermula dengan kreativiti. Oleh itu, sesebuah organisasi perlu


mewujudkan persekitaran kerja yang kreatif untuk menjana kreativiti.
Persekitaran kerja yang kreatif bermaksud budaya di tempat kerja di mana
pekerja percaya bahawa idea-idea baru dinilai, dihargai dan digalakkan.
Terdapat lima faktor yang menggalakkan kreativiti di tempat kerja: kerja
mencabar; galakan daripada organisasi; galakan daripada penyelia; galakan
daripada kumpulan kerja; dan kebebasan (Williams, 2000).
Kerja akan menjadi mencabar apabila ia memerlukan kerja keras, tumpuan dan
perhatian, dan dilihat sebagai penting oleh orang lain dalam organisasi. Kerja
yang mencabar akan menggalakkan kreativiti kerana ia mampu memberi
pengalaman yang berharga kepada psikologi pelaksana. Apabila menerima kerja
yang mencabar, seseorang pekerja akan cuba memikirkan kaedah atau idea
yang boleh membantu dalam melaksanakan kerja tersebut. Kejayaan dalam
melaksanakan tugas yang mencabar akan memberi kepuasan kepada pekerja.
Persekitaran kerja yang kreatif memerlukan tiga jenis galakan, iaitu galakan
daripada organisasi, penyelia dan kumpulan kerja (rujuk Rajah 11.2).

Rajah 11.2: Faktor-faktor yang menggalakkan kreativiti di tempat kerja

(a)

Galakan daripada Organisasi


Galakan daripada organisasi jelas kelihatan apabila pihak pengurusan
menggalakkan pengambilan risiko dan idea-idea baru, menyokong dan
membuat penilaian yang baik terhadap idea-idea tertentu, memberi
ganjaran dan pengiktirafan ke arah kreativiti dan menggalakkan
perkongsian idea-idea baru di antara jabatan dalam organisasi.

(b)

Galakan daripada Penyelia


Galakan daripada penyelia atau pengurus adalah galakan yang diberikan
oleh orang-orang yang berada dalam rantaian arahan kepada seseorang
pekerja. Galakan seperti ini diberikan oleh pengurus untuk menggalakkan

TOPIK 11

INOVASI DAN PERUBAHAN

211

interaksi terbuka dengan orang bawahan dan menunjukkan sokongan


secara langsung ke arah pembangunan idea-idea baru.
(c)

Galakan daripada Kumpulan Kerja


Galakan ini wujud apabila ahli-ahli kumpulan mempunyai kepelbagaian
dari segi pengalaman, pendidikan dan latar belakang dan ada sikap
terbuka dalam sumbangan dan perkongsian idea.
Sedikit kuasa diberikan kepada pekerja berkaitan dengan aktiviti-aktiviti
pekerjaan mereka. Penyerahan kuasa ini memberi ruang kepada mereka
untuk membuat keputusan. Dengan cara ini, pekerja dapat menghasilkan
idea yang berguna dalam membantu mereka melaksanakan kerja dengan
jayanya. Walau bagaimanapun, kawalan diperlukan untuk mengelakkan
isu yang tidak diingini. Sebagai contoh, pekerja mengambil peluang untuk
melakukan sesuatu yang negatif dengan kuasa yang diberikan.

LATIHAN 11.2
Daripada pemahaman anda, huraikan dengan ringkas perkara-perkara
berikut:
(a)

Inovasi

(b)

Teknologi

(c)

Persekitaran kerja yang kreatif

11.3

PERUBAHAN DALAM ORGANISASI

Organisasi biasanya menghadapi dua jenis persekitaran: stabil dan dinamik.


Dalam masa kini, adalah hampir sukar untuk mencari satu persekitaran
perniagaan yang benar-benar stabil. Organisasi masa kini berdepan dengan
persekitaran yang dinamik di mana faktor-faktor persekitaran, sama ada secara
khusus atau am sentiasa berubah dengan cepat. Jika sesebuah organisasi itu
tidak mampu mengendalikan perubahan persekitaran, ia mempunyai peluang
yang tipis untuk mengekalkan kedudukannya dalam bidang perniagaan. Oleh
itu, organisasi perlu sentiasa memantau dan melihat kesan setiap perubahan.
Sebarang perubahan boleh membawa peluang atau ancaman bagi organisasi.
Disebabkan inilah organisasi perlu membuat perubahan. Apakah yang
dimaksudkan dengan perubahan organisasi?

212

TOPIK 11

INOVASI DAN PERUBAHAN

Perubahan dalam organisasi adalah keperluan bagi sesebuah organisasi


untuk berubah dari satu keadaan kepada yang lain untuk mengambil peluang
atau mengelakkan ancaman akibat perubahan persekitaran dalam
mengekalkan kesinambungan organisasi.

11.3.1

Faktor-faktor yang Membawa kepada


Perubahan

Seperti yang anda tahu, organisasi masa kini menghadapi persekitaran yang
dinamik dan sentiasa berubah. Apakah faktor-faktor yang mendorong organisasi
ke arah perubahan? Salah satu faktor ialah perubahan dalam keadaan tenaga
kerja. Keadaan tenaga kerja pada masa kini memerlukan organisasi yang dapat
menyesuaikan dengan persekitaran yang pelbagai budaya. Ini adalah kerana
persekitaran semasa menyediakan kepelbagaian tenaga kerja, sama ada
kepelbagaian dari sudut yang jelas sehingga sesuatu yang hampir tidak dapat
dikesan. Oleh itu, dasar-dasar dan amalan sumber manusia mesti berubah untuk
menarik minat dan mengekalkan tenaga kerja yang pelbagai di samping cuba
untuk mengelakkan sebarang tindakan mahkamah.
Teknologi boleh dilihat sebagai salah satu faktor yang boleh mengubah cara kerja
dan organisasi itu sendiri. Sebagai contoh, penggunaan komputer sebagai salah
satu alat dalam memantau dan mengawal pekerja menyebabkan kawalan
seorang pengurus menjadi lebih luas dan struktur organisasi menjadi lebih
terbuka. Kecanggihan teknologi maklumat menyebabkan organisasi menjadi
lebih peka. Akibatnya, beberapa organisasi kini boleh membangunkan,
mengeluarkan dan mengedarkan produk dengan lebih cepat berbanding
sebelumnya.

SEMAK KENDIRI 11.2


Pada pandangan anda, apakah cara-cara untuk membuat perubahan
dalam moral dan sikap pekerja dalam bidang kerja mereka?
Bermula dari awal tahun 1970-an, kebanyakan organisasi di dunia terjejas akibat
kenaikan harga petroleum dunia. Contoh paling jelas ialah apabila kegawatan
ekonomi berlaku di Malaysia di sekitar pertengahan tahun 1997. Nilai ringgit
jatuh, yang membawa kepada kejatuhan bursa saham dan paling ketara adalah
kejatuhan beberapa industri di negara ini. Ia adalah kesan kejatuhan dalam nilai
ringgit yang juga menyebabkan Malaysia kehilangan daya saing di pasaran

TOPIK 11

INOVASI DAN PERUBAHAN

213

antarabangsa dan kemudiannya memaksa kerajaan untuk menambat ringgit


kepada dolar Amerika Syarikat (USA). Selain itu, kadar faedah pinjaman yang
telah meningkat secara beransur-ansur memaksa banyak organisasi untuk
memberhentikan pekerja-pekerja mereka dan lebih teruk, sebahagian daripada
mereka terpaksa menutup perniagaan. Daripada contoh di atas, adalah jelas
ekonomi juga merupakan salah satu faktor mengapa sesebuah organisasi perlu
berubah.
Persaingan juga menyebabkan perubahan terutama dalam aspek kuantiti dan
kualiti. Akibat perdagangan global, persaingan bukan sahaja datang dari dalam
negara tetapi juga melibatkan organisasi luar negara. Persaingan bukan sahaja
melibatkan organisasi dalam industri yang sama tetapi juga dalam industri lain.
Disebabkan persaingan ini, organisasi perlu mengekalkan kewujudan mereka
daripada ancaman persaingan. Organisasi yang berjaya adalah organisasi yang
dapat menyesuaikan diri dengan arus persaingan. Mereka cepat dan mampu
membangunkan produk dan perkhidmatan baru dan menjualnya di pasaran.
Organisasi perlu menyesuaikan diri kepada aliran sosial. Perubahan dalam
aliran sosial boleh mengubah cita rasa dan kehendak pelanggan.

Perubahan ini pasti akan mengubah tahap permintaan terhadap produk dan
perkhidmatan organisasi. Bukan itu sahaja, produk dan perkhidmatan yang
pada awalnya mempunyai permintaan yang tinggi akan menjadi ketinggalan
zaman kerana perubahan ini. Oleh itu, organisasi perlu membuat perubahan
untuk menyesuaikan diri dengan aliran sosial yang terkini.
Sebuah organisasi boleh dipengaruhi oleh keadaan politik dalaman dan juga
luar negara. Jika terdapat sebarang perubahan dalam kerajaan di sesebuah
negara, ia akan menyebabkan perubahan dari segi peraturan perniagaan dan
juga undang-undang negara tersebut.

214

TOPIK 11

INOVASI DAN PERUBAHAN

Jadual 11.1: Faktor-faktor Perubahan dan Kesannya


Faktor Perubahan
Keadaan tenaga kerja

Teknologi

Ekonomi

Persaingan

Carta aliran sosial

Politik

Contoh-contoh

Peningkatan bilangan pekerja profesional

Penambahan kos tenaga kerja

Penggunaan komputer dan automasi

Program TQM

Peningkatan kadar faedah

Krisis nilai mata wang

Saingan global

Penggabungan dan pengambilalihan

Peningkatan kumpulan yang berpendidikan

Perubahan dalam cita rasa

Kejatuhan negara-negara komunis

Pertukaran kerajaan

AKTIVITI 11.2
Peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Malaysia kepada timbalannya
menyebabkan pelabur asing di Malaysia terkejut dan bimbang. Adakah
ini baik untuk negara? Bincangkan.

LATIHAN 11.3
Selain daripada contoh yang diberikan di dalam Jadual 11.1, beri satu
contoh bagi setiap jenis faktor perubahan.

TOPIK 11

11.4

INOVASI DAN PERUBAHAN

215

MENGURUS PERUBAHAN

Memulakan perubahan merujuk kepada melaksanakan sesuatu dengan


menggunakan cara dan kaedah baru berbanding sebelumnya. Membuat
perubahan dalam organisasi tanpa sebarang perancangan boleh membawa
kepada kemusnahan organisasi tersebut. Oleh itu, organisasi perlu membuat
perubahan yang dirancang. Perubahan yang dirancang bermaksud mengubah
aktiviti-aktiviti yang perlu dan yang dikehendaki dan perubahan ini perlu
berorientasikan matlamat.

SEMAK KENDIRI 11.3


Apakah pandangan anda mengenai perbezaan di antara perubahan
yang dirancang dengan perubahan yang dilaksanakan tanpa
perancangan yang betul?

Menurut Robbin (1998), terdapat dua matlamat perubahan, iaitu:


(a)

Untuk meningkatkan keupayaan organisasi dalam menerima cabaran dan


perubahan dalam persekitaran; dan

(b)

Untuk mengubah tingkah laku individu dalam organisasi.

Jika sesebuah organisasi ingin kekal dalam perniagaan, ia mesti bertindak balas
kepada perubahan dalam persekitaran. Apabila pesaing mengeluarkan produk
dan perkhidmatan baru, kerajaan akan mula melaksanakan undang-undang
baru, bekalan sumber menjadi terhad dan sebarang perubahan lain yang berlaku,
organisasi mesti berupaya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.
Menjana inovasi, memberi kuasa kepada pekerja dan memperkenalkan kerja
berpasukan merupakan antara contoh aktiviti perubahan yang dirancang sebagai
respons terhadap perubahan dalam persekitaran.
Memandangkan kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada kecekapan
dan keberkesanan pekerja, perubahan yang dirancang juga melibatkan
perubahan tingkah laku individu atau kumpulan dalam sesebuah organisasi.

216

TOPIK 11

INOVASI DAN PERUBAHAN

Dalam melaksanakan perubahan dalam organisasi, terdapat dua jenis perubahan,


iaitu:
(a)

Perubahan peringkat pertama; dan

(b)

Perubahan peringkat kedua.

Perubahan peringkat pertama adalah perubahan linear, bersifat beransur-ansur


dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Perubahan ini dibuat tanpa
sebarang perubahan ketara dalam struktur asas organisasi. Ia juga dilakukan
sedemikian sekiranya tiada tekanan yang kuat daripada persekitaran. Selain itu,
jika organisasi mempunyai budaya yang kuat, perubahan perlu dilaksanakan
secara perlahan dan secara berperingkat-peringkat.
Perubahan peringkat kedua adalah perubahan yang bersifat radikal,
multidimensi dan bertingkat. Perubahan jenis ini memerlukan tahap kepimpinan
yang tinggi dalam usaha merealisasikan perubahan. Ia berlaku apabila terdapat
tekanan yang kuat daripada persekitaran yang mengganggu kewujudan
organisasi. Ia memaksa organisasi untuk membuat perubahan yang mendadak.

AKTIVITI 11.3
Adakah anda bersetuju bahawa perubahan peringkat kedua
memerlukan seseorang yang berkarisma dan mempunyai visi yang jelas
untuk memastikan kesinambungan sesebuah organisasi? Nyatakan
alasan anda.

Kita telah bincangkan apakah yang dimaksudkan dengan perubahan yang


dirancang, objektif dan jenis perubahan yang boleh berlaku dalam sesebuah
organisasi. Kini apa yang menjadi persoalan adalah siapakah yang akan
bertanggungjawab untuk menguruskan aktiviti-aktiviti perubahan dalam
organisasi. Jawapannya adalah ejen perubahan. Sesiapa sahaja boleh menjadi
ejen perubahan  pengurus, bukan pengurus, pekerja atau perunding luar.
Dalam usaha untuk membuat perubahan yang ketara dalam organisasi, pihak
pengurusan lebih cenderung menggunakan perunding luar yang mempunyai
lebih pengetahuan mengenai teori dan kaedah perubahan.

LATIHAN 11.4
Cuba terangkan dengan ringkas dua jenis perubahan dalam sesebuah
organisasi.

TOPIK 11

11.4.1

INOVASI DAN PERUBAHAN

217

Aspek-aspek yang Boleh Diubah oleh Ejen


Perubahan

Terdapat beberapa aspek dalam organisasi yang boleh diubah oleh ejen
perubahan, iaitu strukur, teknologi, susun atur fizikal dan pekerja (rujuk
Rajah 11.3).

Rajah 11.3: Aspek-aspek yang boleh diubah oleh ejen perubahan

(a)

Perubahan Struktur
Struktur bagi sesebuah organisasi bukan sesuatu yang mutlak. Struktur
mesti berubah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.
Oleh itu, ejen perubahan mungkin perlu untuk mengubah struktur
organisasi itu sekiranya perlu.
Struktur organisasi menjelaskan kaedah pembahagian kerja, digabungkan
dan diselaraskan. Ejen perubahan boleh mengubah satu atau lebih elemen
penting dalam mereka bentuk organisasi. Sebagai contoh, meluaskan
jangka kawalan, menggabungkan tanggungjawab jabatan dan lain-lain.
Peraturan dan prosedur boleh dilaksanakan untuk meningkatkan standard
atau tahap pengagihan boleh ditingkatkan agar mempercepatkan proses
membuat keputusan.
Ejen perubahan boleh memperkenalkan pengubahsuaian ketara dalam reka
bentuk sebenar organisasi. Ini termasuk perubahan bentuk daripada
struktur yang mudah kepada struktur berasaskan pasukan atau dalam erti
kata lain, mengubah bentuk penjabatanan. Ejen perubahan juga boleh
mereka bentuk semula kerja dan jadual kerja. Satu lagi contoh adalah
pengubahsuaian sistem ganjaran untuk pekerja. Motivasi boleh
ditingkatkan dengan membuat penambahbaikan dalam sistem ganjaran
pekerja. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan sistem bonus
berdasarkan prestasi dan perkongsian keuntungan antara organisasi dan
pekerja.

218

TOPIK 11

INOVASI DAN PERUBAHAN

AKTIVITI 11.4
Perubahan dalam struktur organisasi boleh menaikkan moral staf.
Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini? Berikan alasan-alasan
anda.
(b)

Perubahan Teknologi
Teknologi adalah satu lagi aspek dalam organisasi yang boleh ditukar atau
diubah suai oleh ejen perubahan. Kini, perubahan dalam persekitaran
teknologi melibatkan pengenalan kepada alat, peralatan atau kaedah yang
boleh menjadi automasi atau pengkomputeran baru. Faktor persaingan
atau inovasi dalam industri memerlukan ejen perubahan untuk
memperkenalkan alat, peralatan dan kaedah operasi yang baru.
Untuk mengekalkan kesinambungan organisasi, pengenalan teknologi baru
akan dapat membantu organisasi dalam mempercepatkan pembangunan
dan pengedaran produk kepada pelanggan. Ia juga boleh membantu
membina
daya
saing
organisasi.
Penggunaan
teknologi
ini
juga boleh memastikan kemampuan dan keberkesanan organisasi dalam
industri.

AKTIVITI 11.5
Perubahan dalam teknologi yang tertentu dalam sebuah organisasi akan
membawa kepada risiko yang sangat tinggi. Apakah faktor-faktor yang
mesti dipertimbangkan untuk meminimakan risiko tersebut?
(c)

Perubahan Susun Atur Fizikal


Susun atur fizikal terdiri daripada ruang dan susunan alat, peralatan dan
perkara lain di tempat kerja. Susun atur fizikal ini boleh mempengaruhi
produktiviti kerja, kecekapan dan keberkesanan pekerja. Sebagai contoh,
menghapuskan dinding atau sekatan atau mewujudkan kawasan ruang
kerja yang terbuka di tempat kerja akan memudahkan komunikasi di
kalangan pekerja. Sebagai contoh, pihak pengurusan juga boleh menukar
kuantiti atau jenis pencahayaan, tahap haba dan sejuk, tahap bunyi,
kebersihan tempat kerja dan juga dimensi reka bentuk dalaman seperti
perabot, hiasan dan warna.

TOPIK 11

(d)

INOVASI DAN PERUBAHAN

219

Perubahan Pekerja
Aspek terakhir yang boleh diubah oleh ejen perubahan adalah pekerja. Ejen
perubahan boleh membantu individu atau kumpulan dalam sesebuah
organisasi untuk bekerja dengan lebih cekap. Ini melibatkan perubahan
sikap dan tingkah laku ahli-ahli organisasi melalui komunikasi, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah.

AKTIVITI 11.6
Adakah anda bersetuju jika beberapa siri latihan pembangunan bagi
golongan pekerja diadakan membantu mereka memperoleh kemahiran
dan pendedahan baru dalam teknologi baru? Bincangkan dengan rakanrakan.

LATIHAN 11.5
Senaraikan aspek-aspek organisasi yang boleh diubah oleh ejen perubahan.

11.5

HALANGAN KEPADA PERUBAHAN

Apabila perubahan diperlukan, ia akan melibatkan organisasi dan ahli-ahlinya.


Berdasarkan pengalaman lalu, jika perubahan berlaku, kita tidak dapat mengelak
daripada pelbagai jenis halangan kepada perubahan. Dalam kes ini, organisasi
akan berhadapan dengan halangan perubahan daripada dua pihak: individu
(pekerja) dan organisasi itu sendiri. Berikut adalah penjelasan mengenai sumber
halangan daripada kedua belah pihak.

AKTIVITI 11.7
Perubahan kerap memberi implikasi yang baik dan buruk kepada
sesebuah organisasi. Pada pendapat anda, apakah halangan yang paling
sukar untuk diubah? Bincangkan dengan rakan-rakan anda.

220

11.5.1

TOPIK 11

INOVASI DAN PERUBAHAN

Halangan Secara Individu

Sumber yang menghalang perubahan individu datangnya daripada ciri-ciri asas


manusia sendiri, seperti tanggapan, personaliti dan keperluan. Berikut adalah
lima sebab mengapa individu menentang perubahan.
Salah satu sebab adalah tabiat manusia. Tabiat adalah tingkah laku individu dari
masa ke semasa. Ketidakupayaan individu untuk melakukan tabiat (misalnya,
meminum kopi sebelum menjalankan tugas) akan mengakibatkan individu itu
berasa tidak selesa atau bimbang. Individu tersebut merasakan bahawa jika
perubahan dibuat, maka dia tidak lagi boleh memenuhi tabiatnya. Selain itu,
individu berasa bimbang terhadap perubahan kerana takut ia akan menjejaskan
keselamatan pekerjaannya. Sebagai contoh, jika sesebuah organisasi
memperkenalkan penggunaan peralatan robotik dalam proses pengeluaran,
individu akan merasakan kerjanya tidak lagi selamat.
Ekonomi merupakan salah satu faktor yang menyebabkan individu menentang
perubahan. Individu mempunyai andaian bahawa perubahan akan menjejaskan
pendapatannya. Perubahan dalam aktiviti kerja atau pembangunan rutin kerja
baru boleh menimbulkan perasaan takut dalam individu. Individu menjadi
bimbang jika ia tidak mampu melaksanakan kerja mengikut standard yang baru,
terutamanya jika bayaran gaji dibuat berdasarkan produktiviti.
Selain itu, kebimbangan terhadap sesuatu yang tidak diketahui boleh
menyebabkan individu menolak perubahan. Mereka tidak pasti sama ada boleh
melakukannya dengan pendekatan baru. Ini menyebabkan individu banyak
memikirkan aspek-aspek negatif mengenai perubahan.
Selain daripada itu, sebab yang menyumbang kepada halangan perubahan
adalah sifat memilih dalam memproses maklumat. Individu hanya mahu
mendengar dan memproses maklumat yang ia kehendaki atau maklumat yang
sama dengan andaiannya. Apabila keadaan ini berlaku, individu biasanya
cenderung untuk mempunyai fikiran negatif.

11.5.2

Halangan Organisasi

Terdapat beberapa sumber yang telah dikenal pasti sebagai halangan organisasi.
Organisasi biasanya mempunyai mekanisme dalaman yang mampu
menyediakan kestabilan. Apabila sesebuah organisasi memerlukan perubahan,
ia bimbang kestabilan yang dirasai selama ini akan terjejas. Keadaan ini
dipanggil inersia struktur.

TOPIK 11

INOVASI DAN PERUBAHAN

221

Sekatan fokus perubahan merujuk kepada keadaan di mana sesebuah organisasi


membuat perubahan pada sub-sistem tertentu sahaja. Sebuah organisasi
terbentuk daripada gabungan sub-sistem yang saling bergantung. Oleh itu,
pengubahsuaian tidak boleh dibuat ke atas satu sub-sistem tanpa melibatkan
sub-sistem yang lain. Jika perubahan dibuat ke atas satu sub-sistem sahaja,
perubahan ini mungkin tidak boleh diterima dan tidak berjaya.
Kumpulan inersia merupakan salah satu sumber halangan organisasi. Ia adalah
inersia dalam bentuk kumpulan yang mewujudkan halangan ke arah perubahan.
Sebagai contoh, individu bersetuju untuk menerima perubahan yang akan dibuat
tetapi kesatuan pekerja tidak mahu sebarang perubahan. Akibatnya, individu
tersebut terpaksa menentang perubahan. Ini disebut sebagai inersia kumpulan.
Perubahan organisasi boleh menjadi ancaman kepada kepakaran kumpulan
tertentu. Kumpulan ini bimbang jika perubahan berlaku, kepakarannya mungkin
tidak lagi diperlukan dan ini akan menjejaskan keselamatan pekerjaannya. Selain
itu, perubahan juga dilihat sebagai satu ancaman kepada sesetengah kumpulan
yang berkuasa. Sebagai contoh, pengenalan penglibatan dalam membuat
keputusan dan pembentukan kerja berpasukan yang diurus sendiri adalah jenis
perubahan yang boleh mengancam kuasa pengurus.
Selain daripada itu, perubahan juga dianggap sebagai ancaman kepada
peruntukan sumber yang sedia ada. Sesetengah kumpulan dalam organisasi
yang mempunyai kawalan ke atas sumber biasanya melihat perubahan sebagai
ancaman kepada kedudukan mereka. Ini kerana mereka bimbang perubahan
akan mengakibatkan kekurangan atau kerugian sumber yang telah dinikmati
selama ini.

SEMAK KENDIRI 11.4


Senaraikan perbezaan antara halangan secara individu dengan halangan
daripada organisasi.

222

11.6

TOPIK 11

INOVASI DAN PERUBAHAN

MENGATASI HALANGAN KEPADA


PERUBAHAN

Terdapat enam taktik yang boleh dilaksanakan oleh ejen perubahan untuk
mengatasi halangan kepada perubahan.
(a)

Komunikasi dan Pembelajaran


Halangan boleh dikurangkan melalui komunikasi dengan pekerja bagi
membantu mereka melihat perubahan tertentu secara logik Taktik ini
berdasarkan andaian bahawa sumber halangan adalah disebabkan
mendapat maklumat yang salah atau mentafsir maklumat dengan cara
yang salah atau melalui keadaan komunikasi yang teruk. Taktik ini
digunakan untuk memberi penjelasan dan maklumat yang tepat mengenai
perubahan dimana ia boleh membantu dalam mengurangkan halangan.
Komunikasi boleh dilaksanakan melalui perbincangan bersemuka, memo,
pembentangan kumpulan atau laporan.

(b)

Penglibatan
Taktik ini menganggap adalah sukar bagi seseorang untuk menentang
perubahan jika dia sendiri terlibat dalam usaha dan aktiviti perubahan.
Penglibatan akan menyebabkan pihak yang terlibat menyumbang
kepakaran mereka dan ini akan mengurangkan halangan. Bukan itu sahaja,
komitmen juga boleh diperoleh dan ini akan membolehkan peningkatan
kualiti dalam perubahan.

(c)

Kemudahan dan Sokongan


Ejen perubahan juga boleh menawarkan kemudahan dan sokongan untuk
mengurangkan halangan. Apabila pekerja berada dalam keadaan bimbang
dan risau, maka perkhidmatan kaunseling dan terapi, latihan kemahiran
baru atau cuti berbayar adalah antara kemudahan dan sokongan yang
boleh diberikan kepada pekerja.

(d)

Rundingan
Ejen perubahan juga boleh mengatasi halangan perubahan dengan
membuat pertukaran bernilai untuk mengurangkan halangan. Sebagai
contoh, jika halangan datang dari beberapa individu yang mempunyai
kuasa, pakej ganjaran boleh digunakan sebagai bahan rundingan. Selain
itu, pakej ganjaran dan tawaran akan dapat memenuhi kehendak individu.
Taktik perundingan adalah yang paling sesuai apabila halangan perubahan
disebabkan oleh individu yang berkuasa dalam organisasi.

TOPIK 11

INOVASI DAN PERUBAHAN

223

(e)

Manipulasi dan Ko-optasi


Manipulasi merujuk kepada usaha mengubah pendirian seseorang.
Meminda atau mengubah fakta untuk membuatkannya menarik, menyekat
maklumat yang tidak baik dan mewujudkan khabar angin merupakan
beberapa cara untuk mendapat persetujuan pekerja. Ko-optasi adalah
gabungan manipulasi dan penglibatan. Ko-optasi merupakan percubaan
untuk membeli pemimpin kumpulan yang menyebabkan halangan
dengan memberi pemimpin-pemimpin ini peranan penting dalam
membuat keputusan perubahan. Nasihat daripada pemimpin-pemimpin
ini diperlukan, bukan untuk mencari penyelesaian terbaik tetapi sebagai
pengesahan. Dengan membeli pemimpin-pemimpin ini dan mengubah
pendirian mereka, secara tidak langsung ia juga akan mengubah persepsi
dan pendirian pengikut-pengikut mereka.

(f)

Kuasa
Ini adalah taktik terakhir yang boleh dilaksanakan oleh ejen perubahan.
Ini adalah satu aplikasi yang menggunakan ancaman terhadap orang
yang menjadi penghalang. Sebagai contoh, pemindahan ke jabatan lain,
kehilangan peluang naik pangkat dan penilaian prestasi yang buruk
adalah antara ancaman yang dikenakan terhadap orang yang tidak mahu
mematuhi perubahan yang akan dibuat.

SEMAK KENDIRI 11.5


Jika anda adalah seorang pengurus besar dalam sebuah organisasi,
apakah faktor-faktor yang diperlukan untuk mengatasi halangan
terhadap perubahan?

LATIHAN 11.6
Apakah perbezaan antara perundingan, ko-optasi dengan kuasa?

11.7

CARA-CARA MENGURUS PERUBAHAN

Perubahan yang dibuat oleh organisasi tertentu harus diuruskan dengan


sempurna supaya tiada sebarang perkara negatif berlaku terutamanya daripada
kumpulan yang menghalang perubahan. Perubahan boleh diuruskan dengan
menggunakan beberapa cara:

224

TOPIK 11

INOVASI DAN PERUBAHAN

(a)

Pembubaran: Merujuk kepada, memastikan individu yang terlibat dengan


perubahan mempercayai akan perlunya perubahan ini.

(b)

Campur tangan perubahan: Proses yang digunakan terhadap pekerja dan


pengurus untuk mengubah tingkah laku dan amalan kerja mereka.

(c)

Pembekuan: Merujuk kepada, menyokong dan mengukuhkan perubahanperubahan yang telah berjaya dijalankan untuk meneruskan perubahan
tersebut.

Jadual 11.2 menerangkan beberapa cadangan oleh Kurt Lewin yang boleh
digunakan oleh pengurus apabila terdapat kumpulan yang menghalang
perubahan.
Jadual 11.2: Perkara yang Perlu Dibuat Apabila Pekerja Menjadi Halangan kepada
Perubahan
Pembubaran
x

Berkongsi pendapat
dengan pekerja
tentang mengapa
perubahan diperlukan.

Menunjukkan simpati
kepada pengurus dan
pekerja atas kesukaran
yang dihadapi akibat
perubahan.

Berkomunikasi tentang
perubahan dalam
konteks yang mudah,
jelas, dalam bentuk
lisan dan penulisan
secara meluas.

Perubahan
x

Menerangkan manfaat
yang boleh diperoleh
daripada perubahan.

Mengenal pasti golongan


individu yang dihormati
dalam organisasi untuk
menguruskan usahausaha perubahan.

Membenarkan individu
menerima kesan yang
sesuai daripada
perubahan, misalnya
semasa pekerja sibuk
menjalankan tugas.

Sekiranya boleh, pastikan


tiada pekerja
diberhentikan demi
mengurangkan
kegelisahan yang timbul
akibat perubahan.

Menawarkan latihan
untuk memastikan
pekerja yakin dan
berkeupayaan untuk
melaksanakan keperluan
tugas baru.

Sumber: Williams, C. (2000)

Pembekuan
x Pengurusan pihak
atasan perlu memberi
sokongan dengan
menyediakan mesej
dan sumber secara
konsisten.
x Maklumkan kepada
semua pekerja tentang
di mana dan bila
perubahan itu berjaya
dilaksanakan.

x Menawarkan
kaunseling atau
perkhidmatan lain
yang boleh membantu
pekerja mengatasi
tekanan akibat
perubahan.

TOPIK 11

INOVASI DAN PERUBAHAN

225

AKTIVITI 11.8
Apakah kepentingan dalam menguruskan perubahan tertentu yang
ingin dilakukan oleh sebuah organisasi? Bincangkan dengan rakan-rakan
anda.

LATIHAN 11.7
Berikan huraian ringkas tentang teori yang dicadangkan oleh Kurt Lewin.

LATIHAN 11.8
Soalan-soalan Aneka Pilihan
1. Manakah antara berikut BUKAN kaedah yang dicadangkan untuk
mengurus halangan kepada perubahan?
A.
B.
C.
D.
2.

Pada peringkat mana dalam keluk inovasi bentuk-S menunjukkan


usaha yang sedikit akan membawa kemajuan yang jelas dalam
prestasi teknologi?
A.
B.
C.
D.

3.

Pendidikan dan komunikasi


Penyertaan
Ujian
Perundingan

Peringkat awal kitaran


Peringkat pertengahan kitaran
Peringkat akhir kitaran
Peringkat awal dan akhir kitaran

Antara berikut, taktik manakah yang menggunakan ancaman


terhadap pekerja yang menjadi penghalang kepada perubahan?
A.
B.
C.
D.

Perundingan
Manipulasi
Ko-optasi
Kuasa

226

4.

INOVASI DAN PERUBAHAN

Kaedah membeli pemimpin kumpulan yang menyebabkan halangan


merujuk kepada?
A.
B.
C.
D.

5.

TOPIK 11

Perundingan
Kuasa
Ko-optasi
Penglibatan

Perubahan secara semula jadinya adalah radikal, pelbagai dimensi


dan peringkat merujuk kepada peringkat perubahan yang mana?
A.
B.
C.
D.

Keempat
Ketiga
Kedua
Pertama

Soalan Kes: Inovasi

1.

Apakah maksud inovasi?

2.

Apakah faktor-faktor yang menggalakkan inovasi dalam organisasi?

3.

Apakah halangan-halangan kepada perubahan?

TOPIK 11

INOVASI DAN PERUBAHAN

227

Inovasi membantu organisasi membangunkan kelebihan saingannya yang


tersendiri.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap organisasi untuk mewujudkan


persekitaran kerja yang kreatif untuk menggalakkan kemunculan idea-idea
yang kreatif daripada sumber manusianya.

Idea-idea kreatif menolong organisasi menemui teknologi baru.

Demi menjamin kesinambungan sebuah organisasi, perubahan perlu dibuat


dari masa ke semasa agar ia boleh selari dengan perubahan dalam
persekitaran perniagaan.

Perubahan organisasi mestilah dirancang sebaik mungkin agar ia memberi


manfaat dan bukan kemudaratan kepada organisasi.

Campurtangan perubahan

Kreativiti

Galakan

Manipulasi

Inovasi bentuk-S

Pembekuan

Ko-optasi

Pembubaran

Anda mungkin juga menyukai