Anda di halaman 1dari 5

NAMA PERNIAGAAN

Ramly Food Services Sdn Bhd


RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD adalah industri Bumiputra yang terkenal
dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan
hasilan laut berjenama RAMLY.
Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato' Haji Ramly B. Mokni
dan Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk
mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai
kilang pemerosesan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan
menawarkan peluang pekerjaan daripada pengurusan, pengeluaran hinggalah ke
pemasaran produk. Produk berjenama RAMLY kini begitu unggul di pasaran Malaysia
dan di persada antarabangsa.

ALAMAT
Lot 35, Persiaran Mewah,
Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak,
Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-9172 6617
Fax: 603-9172 1222

Objektif syarikat
menyediakan pilihan makanan segera halal kepada umat Islam
dan masyarakat secara umumnya

JENIS PRODUK
Burger Ayam dan Burger Lembu

Burger Ayam Ramly yang pertama dikeluarkan ialah dalam tahun 1979 dan ia adalah salah
satu produk pertama yang dikeluarkan oleh Ramly.
Ramuan Burger Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam.
Mengandungi Bahan Perisa dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Ramuan Burger Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam.
Mengandungi Bahan Perisa, Pewarna dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18C
Saiz Pek: 420g, 360g & 300g
Frankfurter Ayam dan Frankfurter Lembu

Ramuan Frankfurter Ayam:


Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi
Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang
dibenarkan.
Ramuan Frankfurter Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung
Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452),

Pewarna dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.


Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18C
Saiz Pek: 340g, 1kg
Koktel Ayam dan Koktel Lembu
Ramuan Koktel Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan
Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452) dan Pengawet
Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Ramuan Koktel Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai
dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452), Pewarna dan
Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18C
Saiz Pek: 340g, 1kg
Nuget

"Nuget Ayam Salutan Tempura" telah mendapat Anugerah Khas - Anugerah Produk
Cemerlang anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar di MAHA 2008.Nuget Daging Ramly
merupakan perintis kepada nuget daging di Malaysia dan hanya Ramly yang menjual nuget
lembu di Malaysia.
Ramuan Nuget Lembu: Daging Lembu, Protein Soya, Minyak Sayuran, Tepung Gandum,
Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan
Penambah Perisa yang dibenarkan.

Ayam Goreng

Ramuan Kepak Ayam: Bahagian Kepak Ayam, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung
Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah
Perisa yang dibenarkan.
Ramuan Ayam Goreng: Bahagian Ayam, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung
Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah
Perisa yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18C
Saiz Pek: 1kg
Alaskan Pollock

Fakta tentang Alaskan Pollock:


Berasal dari air jernih Alaska, ikan putih ini memberi rasa tekstur dan kandungan nutrisi
yang tiada tandingan. Rasanya yang lembut telah terbukti sesuai untuk menghasilkan filet
yang berkualiti tinggi. Rendah dalam lemak dan kalori, menjadikan ikan Alaska Pollock
adalah sumber terbaik bagi Omega 3, protein dan mineral yang penting untuk kesihatan
yang optimum.
Ramuan Koktel Ikan Tempura: Isi Ikan Alaskan Pollock, Tepung Gandum, Tepung Jagung,
Kanji Kentang, Minyak Sayuran, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan
dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan. Saiz Pek: 500g

Ramuan Filet Ikan Tempura: Filet Ikan Alaskan Pollock, Tepung Gandum, Tepung Jagung,
Kanji Kentang, Minyak Sayuran, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan
dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan. Saiz Pek: 450g
Daging Kisar

Daging Ayam Kisar dan Daging Lembu Kisar Ramly sangat sesuai digunakan untuk
membuat kuah Spegetti, Pai Ayam, Sheppeard Pie, Kuih Cara Berlauk, Murtabak, Roti John
dan Pizza.
Ramuan Daging Ayam Kisar: Daging Ayam
Ramuan Daging Lembu Kisar: Daging Lembu
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18C
Saiz Pek: 400g, 800g
Roti Burger dan Roti Frankfurter

Ramuan Roti Burger: Tepung Gandum, Ragi Garam, Gula, Minyak Sayuran dan
Mengandungi Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Saiz Pek: 1 pek x 10 biji, 1 pek x 40 biji
Ramuan Roti Frankfurter: Tepung Gandum, Ragi Garam, Gula, Minyak Sayuran dan
Mengandungi Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Saiz Pek: 1 pek x 10 biji

Anda mungkin juga menyukai