Anda di halaman 1dari 10

isu kepedulian guru

1.0 Pengenalan

Profesion perguruan merupakan profesion yang tidak ditelan zaman dan kini
kehebatannya telah diperakui ramai. Semenjak tahun 1960-an sehingga kini
profesion perguruan menjadi rebutan besar para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Menurut Kamus Dewan (1996), guru bermaksud orang yang mengajar,
pendidik,

pengajar,

dan

pengasuh.

Guru

bertanggungjawab

sebagai

kaunselor,pengadil, polis, hakim, pelakon, kerani, jururawat, pensyarah, penulis,


setiausaha, pekerja sosial dan lain-lain. Guru-guru perlu cekap memberikan
kebebasan kepada pelajar dalam menggunakan kebolehan mereka. Kecekapan guru
juga merangkumi kebolehan berkomunikasi dengan orang lain, membawa idea-idea
baru, membuat keputusan, sentiasa membuat kajian dan berupaya mewujudkan
iklim pembelajaran yang kondusif. Guru adalah model yang menjadi contoh kepada
para pelajar. Guru bertanggujawab membina hubungan dengan setiap pelajar dan
memandang mereka sebagai individu yang unik.
Seseorang guru itu haruslah mempunyai etika-etika yang harus dipatuhi supaya
profesion keguruan ini akan disanjung sehingga akhir zaman. Menurut Mustafa Haji
Daud dalam Pengrusan Islam 1994, menggunakan perkataan yang paling ringkas,
sarjana pengurusan mendefinisikan etika sebagai sains moral dan prinsip-prinsip
moral. Etika akan menentukan sesuatu tindakan seseorang itu baik atau sebaliknya.
Etika dalam erti kata lain ialah mematuhi nilai moral. Etika merupakan akauntabiliti
dan tingkah laku seseorang melalui profesionnya terhadap masyarakat. Sebenarnya,
guru berhadapan dengan cabaran yang sangat besar dan menghadapi cabaran ini
dengan profesional. Kegagalan guru untuk mengatasi masalah dengan sewajarnya
akan memberikan impak yang negative kepada profesion keguruan.
Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu
diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum,
kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik. Guru adalah selaku agen

perubahan perlu memainkan peranan berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan


tahap profesionalisme masing-masing. Ibu bapa, guru-guru dan masyarakat amat
bergantung harap sepenuhnya kepada guru supaya dapat membentuk dan mendidik
anak-anak mereka menjadi insan yang berguna. Kepercayaan teguh yang diberikan
oleh masyarakat kepada guru-guru haruslah dijadikan sebagai pembakar semangat
supaya guru-guru dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap dan efisyen.
Kita sering mendengar kini isu-isu dan masalah keguruan yang hangat diperkatakan
kini. Hal ini secara tidak langsung akan membawa kesan buruk terhadap profesion
keguruan. Kes-kes seperti guru menampar murid, murid didera guru sehingga
mati, guru mengambil rasuah, sikap guru yang kurang ajar, sering dibincangkan
melalui media massa. Oleh itu, guru sebagai insan terlatih perlulah bijak perlulah
bijak dalam menangani masalah dan isu yang dihadapi mereka sewaktu di sekolah
supaya kes-kes seperti tadi tidak akan berulang lagi dan menjatuhka nama profesion
keguruan.

2.0 Sinopsis isu

Guru belasah murid hingga mati jenayah serius: TPM

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama
persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU),
Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga
hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.

Mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan
sekelasnya. Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden
asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga
menyebabkan mangsa koma. Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya

untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian
memukulnya tanpa belas kasihan. Selepas memukul kepala, suspek dikatakan
menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang
dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan
komplikasi jantung.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa,
Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8
malam hari kejadian. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain,
ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia
dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh
yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas
mengikut

peruntukan

undang-undang

kerana

perbuatannya

yang

tidak

berperikemanusiaan itu.

Sumber: Berita Harian (4/4/2011)


3.0 Analisis isu
3.1 Pandangan orang lain
Seseorang guru tidak boleh lari daripada menghadapi masalah dalam kehidupannya.
Bagaimanapun guru seboleh-bolehnya perlu mengelakkan diri daripada membawa
masalah peribadi semasa mengajar di dalam kelas. Emosi guru perlu sentiasa dalam
keadaan tenang, stabil, bersyukur dan sederhana semasa mengajar. Guru yang
sentiasa berkeadaan tenang pasti mudah didekati pelajar. Pendekatan yang
digunakan oleh guru semasa mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah
berdisiplin mestilah tegas tetapi tanpa emosi. Guru perlu bersifat sabar, bertimbang
rasa, tidak menghukum pelajar dengan hukuman terlalu berat, menghukum mereka
tanpa usul periksa dan lebih banyak memberi ganjaran daripada mengenakan
hukuman.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kes murid sekolah agama dibelasah guru
sehingga mati adalah jenayah serius dan perbuatan yang tidak boleh dimaafkan. Kes
mendera sehingga maut pelajar kecil adalah satu tindakan jenayah dan pihak
berkuasa perlu menyiasatnya. Kekecewaan beliau telah diutarakan dalam akhbar
Berita Harian bertarikh 6 April 2011.
"Sebagai Menteri Pelajaran saya memandang berat sama ada sekolah itu dalam
sistem pendidikan atau di luar. Kes mendera sehingga maut pelajar kecil satu
tindakan jenayah dan pihak berkuasa harus menyiasat kenapa hal seperti ini berlaku
sehingga membawa ajal. Bila ibu bapa menyerahkan anak mereka kepada pihak
sekolah, ia menjadi tanggungjawab guru dan sekolah kena memberi perhatian
tentang keselamatan mereka, (bukannya mendera mereka) apalagi dilakukan oleh
guru yang sepatutnya bertanggungjawab mendidik anak-anak, kata Tun Sri
Muhyiddin Yassin kepada Utusan Malaysia.
Kebanyakan daripada pandangan yang diterima daripada orang ramai menyatakan
bahawa mereka marah, kesal dan kecewa dengan tindakan seorang insan yang
bergelar guru. Sehinggakan ada di antara sesetengah blogger menyifatkan bahawa
guru ini sebagai syaitan.
Tambahan pula, menurut Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) tindakan seorang
guru yang membelasah mangsa sehingga mati tidak boleh diterima atau dimaafkan
oleh segenap lapisan masyarakat kerana tugas guru adalah mendidik, bukannya
mendera anak murid sendiri. Baginya lagi walau apa pun kesalahan murid tersebut,
tindakan guru berkenaan adalah tidak berperikemanusiaan kerana mangsa hanya
berumur tujuh tahun, apatah lagi sekolah tersebut adalah sekolah agama. Menurut
Datuk Ismail lagi kejadian ini semakin menghakis kepercayaan ibu bapa terhadap
guru, apatah lagi mangsa anak yatim yang sepatutnya dibela dan dididik dengan
penuh kasih sayang bukannya didera sehingga membawa maut

3.2 Pandangan penulis

Saya mengakui hakikatnya bahawa kejadian di Perlis itu juga berpunca daripada
sikap guru atau warden yang gagal mengawal perasaan marahnya. Ia juga dapat
menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua pihak termasuk guru dan ibu
bapa agar tidak menggunakan kuasa mereka selaku orang dewasa dengan mudah
melakukan kekerasan ke atas kanak-kanak mengikut nafsu kemarahan dalam
menangani sesuatu perkara. Anak kecil adalah fitrah dan tanggungjawab
memberikan kasih sayang dan dilindungi bukannya dianiaya atau didera. Adalah
menjadi harapan kita agar kejadian yang menimpa kanak-kanak tidak berdosa ini
tidak berulang.

Murid adalah amanah ibu bapa kepada guru untuk diasuh dan dididik menjadi insan
yang seimbang dari segala aspek kehidupan. Melalui kes guru membelasah murid
sampai mati adalah salah satu kesalahan disiplin yang dilakukan oleh seorang
pendidik yang secara tidak langsung telah mencemarkan imej profesion keguruan di
mata masyarakat. Etika perguruan adalah sangat penting dan perlu diamalkan oleh
setiap guru yang mahu mendidik anak-anak murid. Secara umumnya terdapat
beberapa prinsip yang perlu dipatuhi untuk menjayakan Etika Perguruan. Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan
prinsip-prinsip berikut:
i.

Niat yang betul

ii.

Perlakuan yang baik

iii.

Penggerak kearah kebaikan

iv.

Memperkotakan apa yang dikatakan

v.

Bedisiplin dan beradab

vi.

Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi.

Berpandukan kod etika profesion pergururan, guru akan dapat menjalankan tugas
yang diamanahkan mengikut panduan yang menjadi pegangan setiap warga KPM
berdasarkan nilai-nilai dan akhlak yang mulia. Saya berpendapat bahawa guru yang
membelasah murid sehingga mati ini tidak mengalamalkan kod etika yang telah

digariskan ini. Hasilnya,murid yang tidak bersalah menjadi mangsa kepada sikap
guru yang tidak dapat dikawal.

Dalam isu dan etika guru juga, kes yang dihadapi ini termasuk dalam isu kepedulian
guru di sekolah. Secara ringkasnya, Pendekatan Kepedulian adalah salah satu
pendekatan yang dapat digunakan di sekolah. Pendekatan ini dipelopori oleh
Noddings (1984). Kepedulian atau dalam istilah lainnya ialah ambil peduli,
mengambil berat dan menyayangi. Apabila kita melihat kepada kes yang berlaku
ini, boleh dikatakan bahawa guru ini tidak mempunyai sifat peduli kepada anak
muridnya. Guru seharusnya menyiasat terlebih dahulu dan mengambil tahu sebab
anak muridnya bersikap demikian. Mungkin juga murid tersebut mengalami masalah
kewangan, ataupun kekurangan kasih sayang memandangkan murid tersebut
merupakan seorang anak yatim yang telah kehilangan kasih sayang seorang ibu.
Namun, tindakan guru agama tersebut yang membelasah murid tersebut sehingga
mati membuatkan saya lebih yakin bahawa guru tersebut tidak peka terhadap isu
kepedulian yang perlu diamalkan terhadap murid-murid.

Selain itu, guru juga seharusnya mengamalkan pendekatan modeling dalam


mendidik murid-murid. Kompenen ini adalah sangat penting dalam menunjukkan
bagaimana kita mengambil berat terhadap orang tersayang, iaitu murid kita. Oleh itu,
guru perlulah menunjukkan kepada murid bagaimana untuk mengambil berat dan
menyayangi mereka dengan cara yang betul dan bukanlah dengan mengasari
mereka. Sekalipun mereka melakukan kesalahan, kita perlulah mengambil langkah
yang sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut seperti berbincang dan
mengadakan sesi kaunseling bersama murid tersebut. Oleh yang demikian, murid
akan berasa lebih disayangi kerana sikap guru yang prihatin.

Tambahan pula, walaupun murid Tahun 1 tersebut melakukan kesalahan yang besar
iaitu mencuri, seharusnya guru tersebut boleh menunjukkan sikap kepedulian
dengan menggunakan cara yang berkesan. Antaranya ialah budaya patience iaitu
sabar iaitu salah satu elemen yang terdapat dalam Budaya Cut Apple A. Kepedulian

guru juga boleh dilakukan dengan meningkatkan tahap kesabaran ketika meghadapi
tingkah laku murid yang bermasalah. Pada ketika menghadapi situasi yang
sedemikian, guru harus berupaya mendengar dengan tekun, dapat mengawal
perasaan marah, belajar menghormati dan menghargai murid mereka. Sikap guru
yang memberikan hukuman yang berat kepada murid tersebut juga bukanlah
langkah yang bijak supaya murid tersebut berubah sikap menjadi seorang murid
yang berdisiplin. Mungkin juga murid tersebut akan menjadi lebih teruk lagi jika
ditakdirkan umurnya masih panjang kerana tidak mustahil murid tersebut ingin
membalas dendam terhadap kekasaran yang dilakukan oleh guru tersebut terhadap
dirinya. Oleh itu, perhatian yang diberikan kepada setiap tingkah laku murid
berkenaan, akan menjadikan murid sedar bahawa guru sedang mengambil berat dan
memberikan kasih sayang supaya mereka tidak lagi mewujudkan masalah yang tidak
diingini.

Melalui

akhbar

Berita

Harian

yang

bertarikh

pada

25

mei

2009

menyatakan guru yang baik perlu mempunyai jati diri supaya boleh mendidik
dan menangani masalah pelajar dengan berhemah. Itulah prinsip dipegang penerima
anugerah Tokoh Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2009, Rashedah Md
Yassin. Minat yang mendalam itulah menyebabkan dia tidak pernah berasa penat
atau jemu mendidik anak bangsa walaupun pelbagai masalah dan dugaan datang
kerana baginya guruadalah satu kerjaya yang mulia. Dewasa ini kita melihat di
samping kerjaya guru ini merupakan salah satu pilihan kebanyakan masyarakat
Malaysia, namun masih ada segelintir golongan yang memilih kerjaya ini sebagai
jalan pintas untuk mereka mendapatkan pekerjaan sedangkan mereka tiada
langsung minat untuk menceburi bidang perguruan ini. Antara faktor yang
menyebabkan mereka memasuki bidang ini ialah kerana mempunyai gaji tetap,
mempunyai cuti yang panjang, dan elaun yang banyak, (Straker 1988; Musak
Matrak 1993 &1995; dan Subramaniam 1995). Golongan ini hanya menginginkan
faktor-faktor yang saya nyatakan di atas dan mereka seharusnya mempunyai jati diri
dan sanggup berkorban untuk murid mereka bagi mendidik murid menjadi
masyarakat berguna. Misalnya di Malaysia, didapati kerjaya perguruan lebih diminati

di kalangan mereka yang tidak berijazah (Abd. Rahim 1995). Mereka memilih kerjaya
perguruan kerana status, dipandang mulia oleh masyarakat, gaji dan masa depan
serta menyumbang kepada bangsa. Selanjutnya, kajian Mohd. Sahandri (1996) pula
mendapati ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara merupakan faktor yang
mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan. Dapatan yang hampir sama juga
didapati dalam kajian Muhamad Sani et al. (2002) di mana dorongan ibu bapa adalah
faktor utama pemilihan calon memilih kerjaya perguruan.Jika kita lihat di sini, tidak
ramai di antara kita yang memilih profesion ini kerana minat yang mendalam dan hal
ini secara tidak langsung telah menyumbangkan kepada masalah-masalah yang
sering ditimbulkan oleh guru-guru.

Kemahiran understanding akan membantu guru lebih mengambil sikap kepedulian


terhadap murid sekiranya guru telah berjaya mengusai kemahiran caring. Dengan
memahami maksud apa yang diucapkan atau dialami murid, sudah pasti guru akan
dapat merasai perasaan dan pengalaman murid tersebut. Kepedulian guru terhadap
murid akan membolehkan guru mengelak dari membebel, menilai dan menghukum
murid sesuka hati mereka.

4.0 Kesimpulan

Berdasarkan kepada huraian yang telah diberikan tadi, dapatlah dirumuskan bahawa
tugas guru adalah satu tugasan yang mencabar dan setiap daripada cabaran itu
haruslah diatasi dengan sebaiknya. Guru sentiasa menjadi sasaran perhatian
segenap kelompok masyarakat kerana peranan dalam pembentukan masyarakat.
Ketidakupayaan guru menunjuk model dan teladan yang baik akan menjadi batu
penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Bahkan ia merupakan titik
cemar dalam keperibadian guru berkenaan.

Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan
meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi moden

walau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor
manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah
murid. Sebab itu banyak kajian dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada
seorang guru yang baik dan berkesan dalam diri mereka.

Oleh

itu,

sembilan

cabaran

yang

dikemukakan

dalam

Wawasan

2020,

kebanyakannya mempunyai persamaan dari segi tindakan, orientasi dan matlamat


dengan idea-idea yang diutarakan dalam cabaran ketujuh iaitu mencapai matlamat
wawasan negara bagi menghasilkan modal insan yang dihasratkan oleh Y.A.B
Mantan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Bagi
mencapainya, negara memerlukan generasi guru yang benar-benar berwibawa
kerana keberkesanan peranan guru pada masa ini akan mempengaruhi kualiti
manusia yang akan mewarisi negara ini pada tahun 2020 dan sekali gus
menentukan wajah acuan sendiri generasi Malaysia. diharapkan guru berusaha
dengan cemerlang dalam mendidik anak-anak yang bakal menyambung sejarah
tamadun bangsa pada masa akan datang. Merekalah anak-anak harapan yang akan
mengukuhkan kedudukan bangsa dalam arena pertembungan kebudayaan dan
pemikiran dengan bangsa-bangsa lain.

1.
2.

3.

4.

5.

BIBLIOGRAFI
Guru Dedikasi Tidak Mendera Murid. (19 Okt. 1996). MASSA
Kamarrudin Jusoh (5 April 1997). Keluhan Bekas Guru Disiplin.
MASSA.
Mohd. Yusman Awang, Kharunnisa Sulaiman (19 Okt.
1996). Deraan Guru Makin Mengancam. MASSA.
Mok Soon Sang (1988). Pendidikan Di Malaysia. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
Nur Aishah Ismail (18 Mei 1996). Kerjaya Perguruan Harus
Seiring Dengan Minat. MASSA.

6.

Rusil (Jan 1997). Dilema Guru: Disiplin Atau Dera. Dewan


Masyarakat.

7.

Berita Harian (4/4/2011) Guru belasah murid hingga mati jenayah serius: TPM

8.

Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon (2010) Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

9.

www.ohtidak.com/.../saiful-syazani-saiful-sopfidee

10. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Muridagamadibelasahgurumenin

ggal/Article/index_html

Anda mungkin juga menyukai