Anda di halaman 1dari 9

FATWA

AHLI KUMPULAN:

FATWA

IBRAHIM BIN WAHID


SHEH MUHAMMAD AFNAN BIN SEH
HANAFI
TUN KHAIRUL FIRDHAUS BIN TUN
HAMDZAH
MUHAMMAD QHAIKAL BIN MOHD
ESA

PENDAHULUAN
Setelah wafatnya Nabi s.a.w, maka yang mengambil alih kekuasaan
berikutnya (urusan dunia/politik) adalah para khalifah yang bertindak
sebagai eksekutif terutama yang berkaitan dengan urusan-urusan
duniawi.
Ini menunjukkan institusi fatwa secara tidak langsung telah dapat
dibangun. Para Khulafa Rasyidin adalah penguasa-penguasa yang
berhak mengeluarkan fatwa untuk memberikan jawapan atau suatu
alternatif kepada isu-isu terbaru demi memastikan kerelevanan syariat
Islam dalam memperjuangkan islam.
Sekilas sejarah mencatatkan bahwa khalifah Abu Bakar As-Siddiq
r.a. dengan berani dan tegas menfatwakan penyerangan dan
peperangan terhadap nabi palsu, golongan yang enggan membayar
zakat dan golongan murtad. Begitu pula yang dilakukan oleh Usman
dalam mengumpul ayat al-Quran dan lain sebagainya.

MAKSUD FATWA
BAHASA :
afta-ifta'anyang memberi maksud menjelas
dan

menghuraikan hukum permasalahan.

ISTILAH :
1.Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat
oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila
diajukan soalan kepadanya.
2. Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah
SWT sama ada pada yang mesti atau harus.

Fatwa juga dapat di identitikan denganrayu.


Rayudidefinisikan sebagai pendapat tetang suatu masalah
yang tidak diatur oleh al-Quran dan Sunnah.Rayuadalah
pendapat yang dipertimbangkan dengan matang, yang
dicapai sebagai hasil pemikiran yang dalam dan upaya keras
individu dengan tujuan menyingkapkan dan mencari
pengetahuan tentang suatu masalah.

Peruntukan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang


Peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu:

1. Maksud Fatwaiaitu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum


diselesaikan atau yang menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung
dengan Hukum Syarak.

2.Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan
oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat
yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri.

3.Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai
fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum
Syarak.

4. Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah


dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu,
kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum
Syarak.

5. Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada


undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah
Syariah bagi negeri itu.

PERBEZAAN MUFTI DAN HAKIM


-Fatwa

dikeluarkan oleh mufti sebagai jawapan atas pertanyaan.

-Fatwa adalah pendapat berdasarkan penafsiran atas syariat.


-Hakim bertugas memeriksa pengakuan dan bukti dari pihak-pihak yang
berselisih dan kemudian menetapkan suatu keputusan, sedangkan proses
penafsiran yang memunculkan suatu fatwa memiliki karakter yang
berbeza.
-Mufti hanya menjawab individu yang bertanya tidak seperti hakim
pengadilan yang menyelidiki fakta dengan disertai bukti-bukti .

-Mufti menerima fakta yang disampaikan dalam


pertanyaan .
-Hakim dan mufti adalah penafsir syariat, namun
penafsiran mereka memiliki titik tolak yang berlainan.
-Penafsiran hakim diarahkan untuk memahami bentukbentuk pembuktian seperti kesaksian, pengakuan dan
sumpah. Sedangkan penafsiran mufti merujuk pada
sumber-sumber tekstual hukum seperti al-Quran dan
Sunnah.

RUJUKAN
-http://www.e-fatwa.gov.my/apa-itu-fatwa
-Abdul Aziz Dahlan (Eds),Ensiklopedi Hukum IslamI (Van Hoeve,
1999)
-John L. Esposito.Ensiklopedi Oxford Dunia IslamModern jilid
2(2001)
-Mohammad Hasyim Kamali,Kebebasan Berpendapat Dalam
Islam(1996)
-Yusuf Qardhawi,Fatwa Antara Ketelitian dan Kecerobohan(Gema
Insani Press, 1997)

Anda mungkin juga menyukai