Anda di halaman 1dari 3

SOALAN LAZIM

< Previous Top Next >

Soalan
SOALAN LAZIM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Jawapan
1.

Mengapakah KSSR diperkenalkan?


Jawapan :
KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan
murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta
menghadapi cabaran abad ke-21.

2.

Apakah maksud Kurikulum Standard?


Jawapan :
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard
pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:
- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang
boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

3.

Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?


Jawapan :

KSSR

Reka bentuk kurikulum berasaskan 6


Tunjang:
Komunikasi
Kerohanian, Sikap & Nilai
Kemanusiaan
Perkembangan Fizikal & Estetika
Sains dan Teknologi
Keterampilan Diri

KBSR

Reka bentuk kurikulum berasaskan 3


Bidang:
Komunikasi
Manusia dan Alam Kelilingnya
Perkembangan Diri Individu

4.

Bahan Kurikulum:
Dokumen Standard Kurikulum

Bahan Kurikulum:
Sukatan Pelajaran

Reka bentuk kurikulum:


Modular

Reka bentuk kurikulum:


Linear

Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3)
Modul Teras Asas, Modul Teras Tema &
Modul Elektif

Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan
Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)


Mata pelajaran Teras & Elektif

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)


Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan


dan Teknologi Maklumat & Komunikasi
(TMK) secara eksplisit

Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan


Kreatif

Fokus:
4M (Membaca, Menulis, Mengira dan
Menaakul)

Fokus:
3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?


Jawapan :
Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam
bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.

5.

Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan?


Jawapan :
Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu. Modul Teras Tema
mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua
mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

6.

Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?

Anda mungkin juga menyukai