Anda di halaman 1dari 14

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

BAB 7
PENILAIAN PROGRAM LATIHAN

OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti babini, anda seharusnya dapat:
1. Memahami apa itu penilaian latihan
2. Memahami tujuan penilaian latihan dilakukan.
3. Memahami apakah perkara-perkara yang menentukan kejayaan
sesuatu program latihan
4. Melakukan penilaian terhadap sesuatu program latihan dalam
aspek-aspek reaksi peserta, tahap pembelajaran, perubahan
tingkahlaku dan kesan konkrit terhadap organisasi.

7.1

PENGENALAN

Penilaian merupakan langkah keempat atau yang terakhir dalam lingkaran


latihan. Walaupun penilaian merupakan satu perkara yang amat
diperlukan dalam proses latihan, namun ia sering diabaikan oleh
kebanyakan jurulatih dan juga pengurus latihan. Ramai orang
beranggapan bahawa sesuatu program latihan itu tamat pada hari terakhir
program latihan tersebut. Apa-apa yang berlaku selepas itu tidak lagi
menjadi bahan persoalan samada kepada jurulatih, pengurusan organisasi
dan juga peserta-peserta.
Amalan seumpama ini boleh menyebabkan timbulnya anggapan bahawa
latihan bukannya satu pelaburan. Latihan lebih dilihat sebagai
perbelanjaan yang tidak membawa banyak faedah kepada organisasi dan
juga pekerja-pekerjanya.

139

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

Oleh yang demikian, penilaian yang sistematik perlu dilakukan, bukan


sahaja untuk melengkapkan kitaran latihan, tetapi yang lebih penting
untuk melihat impak yang diberikan oleh latihan kepada peserta dan juga
organisasi. Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila nanti kita
mendengar berita tentang beberapa organisasi akhirnya mengurangkan
peruntukan belanjawan terhadap latihan lantaran merasakan bahawa
program-program latihan yang dijalankan selama ini merupakan
pembaziran semata-mata.
Bab ini akan menerangkan tentang tujuan-tujuan penilaian latihan
dilakukan. Seterusnya akan dibincangkan tentang teknik-teknik untuk
melakukan penilaian dengan berkesan bagi mengenalpasti reaksi peserta
latihan, tahap pembelajaran yang dicapai oleh peserta, perubahanperubahan tingkahlaku peserta setelah mengikuti program latihan dan
kesan latihan terhadap organisasi.
7.2

TUJUAN PENILAIAN

Harris (1997) menyatakan terdapat beberapa tujuan mengapa penilaian


latihan dilakukan. Antaranya ialah
7.2.1

Menjustifikasikan Perbelanjaan

Latihan merupakan salah satu aktiviti utama dalam mengurusan sumber


manusia aeaebuah organisasi. Setiap aktiviti pengurusan sumber manusia
memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Bermula dari proses
pengambilan perkerja-pekerja baru, memberi latihan dan pembangunan
kepada pekerja, membayar upah serta faedah-faedah, kebajikan dan
sebagainya, yang mana semuanya melibatkan perbelanjaan yang besar.
Oleh yang demikian penilaian terhadap keberkesanan sesuatu program
latihan perlu dijalankan bagi memberi justifikasi serta sebab-sebab yang
munasabah terhadap perbelanjaan yang telah dilaburkan. Sekiranya
faedah dan kesan latihan tidak setimpal dengan sumber masa, wang serta
tenaga yang telah dilaburkan, sesuatu tindakan atau keputusan akan
diambil untuk mengatasinya.
140

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

7.2.2

Merancang Program-Program Masa Depan

Penilaian juga dapat membantu organisasi untuk membuat keputusan


terhadap sesuatu program latihan itu samada perlu diulang semula
sekiranya didapati memberi kesan yang positif, ataupun dihentikan dan
digantikan dengan program-program lain sekiranya tidak membawa
sebarang kesan positif. Penilaian juga berperanan untuk mengenalpasti
apakah program-program lain selain dari program latihan yang akan
dijalankaan pada masa hadapan bagi mengatasi masalah-masalah yang
terdapat dalam organisasi (Suckett dan Mullen, 1993).
7.2.3

Membuat Keputusan Tentang Individu Peserta

Terdapat juga program-program latihan yang bertujuan menilai pesertapesertanya. Para peserta dikehendaki mengambil ujian atau peperiksaan
yang akan menentukan samada beliau berjaya atau sebaliknya. Kelulusan
dalam ujian atau peperiksaan ini mungkin bagi menentukan kenaikan
pangkat, perubahan tangga gaji dan sebagainya. Oleh yang demikian
penilaian yang dilakukan dapat membantu pihak pengurusan organisasi
memutuskan sesuatu tentang pekerjanya (Suckett dan Mullen, 1993).
.
SOALAN DALAM TEKS 7.1

1. Bagaimanakah penilaian terhadap program-program


latihan dapat membantu organisasi membuat
keputusan terhadap individu serta dasar latihannya?
Semak jawapan anda di akhir bab ini.

141

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

7.3

PROSES PENILAIAN
LATIHAN

KEJAYAAN

PROGRAM

Kejayaan sesuatu program latihan dinilai dari empat aspek iaitu (1) reaksi
atau tindak balas peserta, (2) tahap atau kadar pembelajaran yang telah
dicapai oleh peserta, (3) perubahan yang berlaku dalam tingkahlaku atau
gelagat pekerja, dan (4) kesan jangkapanjang terhadap organisasi.
7.3.1

Reaksi atau Tindak Balas Peserta

Reaksi atau tindak balas bermaksudkan dengan sejauhmanakah pesertapeserta yang mengikuti sesuatu program latihan itu berpuas hati terhadap
program tersebut. Penilaian reaksi ialah mengukur dan menilai perasaan
peserta-peserta. Ia merupakan cara yang paling mudah dan cepat dalam
membuat penilaian. Adalah amat penting untuk mengetahui apakah
perasaan peserta-peserta yang mengikuti sesuatu program latihan.
Terdapat beberapa tujuan menilai reaksi atau tindak balas peserta
program latihan. Pertama, untuk membuktikan populariti sesuatu
program latihan sekiranya nanti ada pihak yang cuba mempertikaikannya.
Kedua, reaksi peserta boleh dijadikan asas untuk mengubah suai atau
menokok tambah mana-mana bahagian yang perlu dalam latihan
tersebut. Ketiga, dengan cara meminta peserta memberi reaksi mereka
terhadap sesuatu program latihan, peserta akan merasakan yang mereka
juga terlibat memberi input terhadap program berkenaan.
Untuk menilai reaksi peserta program latihan, Kirkpatrick (1987) telah
menggariskan lima langkah iaitu
(i)
Tentukan apakah perkara-perkara yang ingin dinilai.
(ii)
Senaraikan semua perkara di item i di atas.
(iii)
Sediakan borang soal selidik dengan memasukkan semua
perkara di atas.
(iv)
Dapatkan reaksi dari peserta secara jujur.
(v)
Galakkan peserta memberi komen tambahan selain dari
yang disentuh di dalam borang.

142

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

Contoh borang seperti di bawah boleh digunakan untuk mendapatkan


reaksi dari peserta-peserta program latihan. Borang ini direka khusus
untuk mendapatkan reaksi peserta terhadap subjek, teknik atau kaedah
(syarahan lawan perbincangan), dan prestasi fasilitator. Peserta diminta
untuk menanda pada mana-mana jawapan yang difikirkan sesuai.

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


Leader ___________________________ Subject _________________
Date _____________________________
1. Was the subject pertinent to your needs and interests?
No

To some extent

Very much so

2. How was the ratio of lecture to discussion:


Too much lecture O.K.

Too much discussion

3. Rate the leader on the following


Excellent
A. Clarifying objectives
B. Keeping the session
alive and
interesting
C. Using audiovisual
aids

143

Very
good

Good

Fair

Poor

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

D.

Maintaining a
friendly and helpful
manner
E.
Illustrating and
clarifying points
F. Summarizing
What is your overall rating of the leader?
Excellent Very good
Poor

Good

Fair

4. What would have made the session more effective?


_____________________________________________________
_______________
_____________________________________________________
_______________
_____________________________________________________
_______________
_____________________________________________________
_______________
_____________________________

Signature

(optional)

Selain dari reaksi peserta, penyelaras latihan juga boleh berperanan untuk
menilai fasilitator. Penyelaras ialah seorang yang bertanggungjawab
terhadap program tersebut dan beliau akan berada sepanjang latihan
berlangsung bersama-sama peserta. Borang di bawah merupakan contoh
yang baik boleh digunakan bagi tujuan tersebut.

144

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

COORDINATORS RATING OF LEADER


Name of leader ___________________________

Subject __________________
Date ____________________

Very much
so

To some
extent

No

A. PREPARATION
1. How well prepared?
2. Preparation geared to group?
B. CONDUCTING
1. Held interest of group?
2. Was enthusiastic?
3. Used audiovisual aids?
4. Presented material clearly?
5. Helped the group apply the material?
6. Adequately covered subject?
7. Involved the group?
8. Summarized during and at end?
C. CONSCRUCTIVE COMMENTS
What would you suggest to improve future sessions? ______________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
D. ADDITIONAL COMMENTS
________________________________________________________________
________________________________________________________________

145

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

Bagaimanapun, reaksi peserta semata-mata tidak boleh dijadikan ukuran


dalam menilai kejayaan sesuatu program latihan. Ini adalah
berkemungkinan peserta mememberi reaksi positif terhadap sesutu
program latihan tersebut bukan kerana mereka telah berjaya mempelajari
sesuatu, sebaliknya kerana ada faktor-faktor lain yang tidak berkaitan.
7.3.2

Pencapaian Pembelajaran

Aspek kedua dalam penilaian latihan ialah untuk mengetahui apakah ilmu
pengetahuan, prinsip-prinsip, fakta-fakta, kemahiran-kemahiran dan juga
teknik-teknik tentang sesuatu perkara yang telah dipelajari oleh pesertapeserta dari program latihan yang diikuti. Penilaian juga untuk
mengenalpasti apakah sikap yang telah berubah melalui program latihan
tersebut. Ini dikaitkan dengan KSA sewaktu membuat analisis keperluan
latihan sebelum ini. Perlu diambil perhatian bahawa sesuatu program
latihan yang mana peserta-pesertanya memberi reaksi yang positif tidak
semestinya berjaya mempelajari pengajaran yang berkesan.
Kirkpatrick (1987) menggariskan empat cara bagaimana tahap
pembelajaran yang telah dicapai oleh peserta-peserta melalui sesuatu
program latihan itu dinilai.
(i)
Tahap pembelajaran peserta dinilai secara kuantitatif.
(ii)
Melakukan penilaian sebelum dan selepas latihan.
(iii)
Menggunakan
kumpulan
kawalan
(sekumpulan
kakitangan yang tidak mengikuti latihan) dan
membandingkan pencapaian mereka dengan kakitangan
yang mengikuti program latihan.
(iv)
Hasil penilaian dianalisis menggunakan kaedah saintifik.
Terdapat empat cara yang boleh dilakukan untuk menilai tahap
pembelajaran seseorang peserta latihan.
a.

Prestasi sewaktu latihan

Cara pertama untuk menilai keberkesanan program latihan ialah dengan


mengukur prestasi peserta sepanjang program latihan berlangsung.
Pengukuran boleh dilakukan terhadap aspek-aspek seperti tumpuan yang
146

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

diberikan oleh peserta terhadap subjek yang disampaikan sepanjang


latihan, penglibatan peserta dalam aktiviti-aktiviti latihan seperti role play,
kajian kes, perbincangan dan sebagainya yang mana menunjukkan
bahawa peserta berminat serta faham terhadap kandungan latihan.
Jurulatih juga boleh mengemukakan soalan-soalan secara lisan dan
bertulis setiap sesi untuk menguji kefahaman serta pencapaian peserta.
Di samping itu maklum balas peserta seperti soalan-soalan yang mereka
kemukakan kepada jurulatih juga boleh menjadi kayu ukur terhadap
pencapaian mereka.
b.

Ujian atau peperiksaan

Melakukan ujian atau peperiksaan juga merupakan cara yang sesuai untuk
menilai pencapaian peserta dalam sesuatu program latihan. Soalan-soalan
yang ditanya adalah berdasarkan kepada isi kandungan latihan yang
diberikan. Ujian atau peperiksaan boleh dilaksanakan pada penghujung
setiap sesi, atau setiap hari ataupun sekali dipenghujung program
tersebut. Ujian atau peperiksaan sepatutnya dilakukan secara bertulis bagi
membolehkan ukuran bersifat kuantitatif dibuat.
c.

Ujian sebelum dan selepas

Selain dari cara-cara di atas, penilaian boleh juga dilakukan dengan


menjalankan ujian kepada peserta-peserta tentang kandungan kursus
sebelum mereka mengikuti program latihan berkenaan. Kemudiannya,
sekali lagi ujian dilakukan setelah mereka selesai mengikuti program
latihan dengan menggunakan soalan-soalan yang sama seperti sebelum
latihan. Perbezaan pencapaian antara kedua-dua ujian sebelum dan
selepas latihan itu akan menerangkan tentang keberkesanan program
latihan berkenaan.
d.

Kumpulan kawalan

Cara yang berikutnya dalam membuat penilaian ialah dengan melakukan


ujian ke atas dua kumpulan kakitangan yang berbeza. Kumpulan pertama
ialah kakitangan yang tidak mengikuti program latihan. Manakala
147

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

kumpulan kedua ialah kakitangan yang mengikuti program latihan.


Perbezaan pencapaian antara kedua-dua kumpulan akan menjelaskan
tentang sejauhmana keberkesanan program latihan berkenaan.
SOALAN DALAM TEKS 7.2

1. Bagaimanakah cara melakukan penilaian terhadap


tahap pembelajaran peserta-peserta sesebuah
program latihan?
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
7.3.3

Perubahan Tingkahlaku

Reaksi yang ditunjukkan oleh peserta terhadap sesuatu program latihan


dan juga prestasi yang dicapai oleh peserta masih tidak mancukupi untuk
menilai sesuatu program latihan. Seseorang peserta yang menunjukkan
minat yang tinggi terhadap program latihan yang diikutinya dan juga
menunjukkan pencapaian yang baik dalam ujian-ujian yang dijalankan
masih belum dikira berjaya sekiranya beliau tidak menunjukkan
perubahan-perubahan dalam tingkahlakunya.
Sebagai contoh, program latihan yang bertujuan untuk memberi
kemahiran kepada pesertanya untuk berkomunkasi dengan berkesan
masih dikira tidak berjaya sekiranya peserta tidak mampu untuk
berkomunikasi dengan berkesan apabila mereka kembali ke tempat kerja
masing-masing. Program latihan tersebut dianggap gagal sekiranya
peserta masih mengulangi tingkahlaku yang serupa seperti sebelum
mengikuti latihan walaupun sepanjang latihan mereka menunjukkan
minat yang tinggi serta membuktikan bahawa mereka mempelajari segala
teori, prinsip serta teknik untuk berkomunikasi dengan baik melalui
ujian-ujian yang dijalankan.
148

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

Kirikpatrick (1987) menggariskan lima syarat untuk membolehkan


tingkahlaku seseorang diubah.
(i)
Terdapat keinginan yang kuat untuk berubah.
(ii)
Mengetahui apa yang hendak dilakukan dan juga
bagaimana melakukannya.
(iii)
Berada dalam persekitaran yang sesuai.
(iv)
Terdapat bantuan dalam melaksanakan apa-apa yang
dipelajari sepanjang latihan.
(v)
Terdapat ganjaran terhadap perubahan tingkahlaku.
Untuk menilai perubahan tingkahlaku seseorang peserta, pertama sekali
perlu dilakukan penilaian secara sistematik terhadap prestasi kerja beliau
pada masa sebelum dan selepas mengikuti program latihan. Penilaian
sistematik tersebut perlu dilakukan oleh beberapa pihak termasuk
kakitangan yang mengikuti latihan, penyelia-penyelia beliau, rakan sekerja
beliau, kakitangan di bawah seliaan beliau dan pelanggan beliau. Semakin
ramai terlibat dalam membuat penilaian maka hasilnya semakin baik.
Setelah itu, hasil kajian itu dianalisis secara saintifik untuk melihat
perbezaan prestasi sewaktu sebelum latihan dan selepas latihan. Ujian
selepas latihan sepatutnya dijalankan selepas tiga bulan beliau mengikuti
program latihan bagi memberi peluang kepadanya mempraktikkan apaapa yang dipelajari dalam tempoh latihan.
7.3.4

Kesan yang Konkrit

Aspek penilaian yang keempat ialah menilai kesan-kesan yang dapat


dilihat dan diukur yang berlaku terhadap organisasi seperti peningkatan
kualiti, kadar untung, pengurangan kos, pengurangan kadar kemalangan,
pengurangan konflik, peningkatan moral pekerja, peningkatan semangat
kerja berpasukan dan sebagainya.
Penilaian aspek ini juga bertujuan untuk melihat sejauh manakah dasardasar serta falsafah organisasi terhadap latihan memberi kesan yang
positif atau sebaliknya.

149

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

Terdapat dua cara untuk menilai kesan latihan terhadap sesebuah


organisasi.
1.

Temuduga dengan peserta

Menemuduga peserta untuk mengetahui samada mereka berjaya


melakukan sesuatu yang positif atau negatif kesan dari latihan yang
mereka ikuti sebelum ini. Sebagai contoh, menemuduga peserta untuk
mengetahui samada mereka berjaya mengurangkan kos, meningkatkan
kualiti dan produktiviti dan sebagainya. Bagaimana mereka
melakukannya? Berapakah anggaran penjimatan dan pertambahan
tersebut?
2.

Temuduga dengan pengurusan

Selain itu, temuduga juga perlu dilakukan terhadap pihak pengurusan


untuk mendapatkan gambaran serta fakta sebenar yang dicapai oleh
organisasi kesan dari program latihan yang diikuti oleh kakitangannya.
7.4

RUMUSAN

Menilai program latihan merupakan suatu perkara yang rumit tetapi ia


amat diperlukan bagi melihat keberkesanan program-program latihan
yang dijalankan selama ini. Latihan merupakan pelaburan. Setiap aktiviti
pelaburan perlu dinilai bagi melihat kesan jangka pendek serta kesan
jangka panjang. Penilaian bertujuan untuk mengetahui apakah pandangan
serta perasaan peserta terhadap latihan yang telah diikutinya. Penilaian
juga penting bagi membuat keputusan serta perancangan selanjutnya
terhadap program-program latihan di masa-masa depan. Penilaian juga
akan menentukan tentang kedudukan serta keadaan kakitangan yang
telah mengikuti program tersebut.

150

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.
2.

Nyatakan sebab-sebab serta tujuan penilaian program latihan


dilakukan dalam sesebuah organisasi.
Bincangkan cara melakukan penilaian untuk mengetahui reaksi
peserta terhadap sebarang program latihan yang mereka ikuti.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS


SDT 7.1
1.

Ada juga program-program latihan yang dirancang dengan tujuan


untuk menilai kakitangan sesebuah organisasi bagi membolehkan
keputusan-keputusan terhadap kakitangan berkenaan diambil,
seperti menentukan kenaikan pangkat, perubahan tangga gaji dan
sebagainya. Peserta-peserta yang lulus ujian atau peperiksaan
setelah mengikuti program latihan berkenaan akan menerima
sesuatu faedah yang ditetapkan. Manakala yang sebaliknya tidak
akan menerima faedah-faedah tersebut. Berkemungkinan juga
mereka akan menerima sebarang hukuman.
Selain itu, penilaian juga dapat membantu organisasi untuk
menentukan dasar-dasar latihannya. Sekiranya setelah dinilai,
didapati program-program latihan yang dijalankan selama ini
tidak memberi sebarang faedah kepada organisasi, kemungkinan
besar organisasi akan mengubah dasar latihannya. Begitu juga
151

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

sebaliknya, apabila program-program latihan memberi faedah


kepada organisasi, maka organisasi akan mengekalkan ataupun
memantapkan dasar latihannya dimasa-masa depan.
SDT 7.2
1.

Penilaian terhadap tahap pembelajaran peserta-peserta sesebuah


program latihan dilakukan dengan cara;
(i)
Menilai tahap pembelajaran peserta secara kuantitatif.
(ii)
Melakukan penilaian sebelum dan selepas latihan.
(iii)
Menggunakan kumpulan kawalan dan membandingkan
pencapaian mereka dengan kakitangan yang mengikuti
program latihan.
(iv)
Hasil penilaian dianalisis secara saintifik.

152

Anda mungkin juga menyukai