Anda di halaman 1dari 8

Tingkatan : Lima

Masa

: 40 minit

Tajuk

: Songket Berbenang Emas

Genre

: Novel

Fokus Utama

: 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan,


idea utama, isi penting, dan isi relevan tentang bahan yang
didengar, dibaca dan ditonton.

Fokus Sampingan : 7.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan sukar


berdasarkan konteks.
7.3 Mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan
lanjut.
Objektif

Pada akhir pelajaran, murid dapat:


i.

Menyatakan maksud frasa atau kata yang sukar


difahami berdasarkan petikan.

ii.

Menjelaskan isi-isi penting berdasarkan petikan

iii.

Menghuraikan peranan guru kaunseling.

iv.

Menghuraikan dua peribahasa yang


bersesuaian dengan konteks petikan.

Kemahiran Bahasa : Mendengar, Bertutur, Membaca, Menulis


Sistem Bahasa

: Kosa kata dan Peribahasa

Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir, Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (ICT), Belajar Cara Belajar (BCB)
BBM

: Gambar, Borang LPG (Jadual)

Langkah
Set Induksi

Isi Pelajaran
Tayangan Gambar

(5 minit)

Aktiviti Pembelajaran dan


Pengajaran
- Guru menayangkan gambar

Aktiviti

mengenai perbezaan dua sikap

Tayangan gambar

Catatan

guru terhadap murid.


Kemahiran ICT
- Guru meminta murid-murid

Kemahiran Berfikir

melihat
gambar itu dengan teliti.
Lampiran 1
- Guru bersoal jawab dengan

- Teknik

murid

Sumbang Saran /

tentang pandangan mereka

soal jawab

berkaitan dengan gambar


tersebut.
- Guru mengaitkan perbincangan
dengan tajuk pelajaran yang
akan
diajarkan.
Langkah 1

Persembahan

-Guru memilih dua orang murid

Teknik

(10 minit)

Murid

untuk melaksanakan aktiviti

Kerusi Panas/

kerusi panas berdasarkan kad

Soal jawab

arahan bermaklumat yang diberi


oleh guru.

Kemahiran Berfikir

- Murid tersebut akan diberi

Lampiran 2

watak

BBM : Kad Arahan

Dahlia dan Cikgu Salwani.

Bermaklumat

-Dahlia dan Cikgu Salwani akan


duduk di hadapan kelas dan akan
menjawab secara spontan
soalan2

soalan yang akan diajukan oleh


murid-murid.
-Murid-murid akan mengajukan
soalan berdasarkan ruang
lingkup
petikan yang dipilih oleh guru.
Langkah 2

Perbincangan

-Guru membahagikan murid-

Teknik

(10 minit)

Kumpulan

murid kepada beberapa

Sumbang saran

kumpulan kecil.
Kemahiran Berfikir
-Guru meminta ketua kumpulan

Kemahiran BCB

untuk mengedarkan lembaran


kerja (latihan pemahaman)

BBM : Borang LPG

kepada ahli kumpulan.

-Setiap murid diminta


membincangkan jawapan latihan
Langkah 3

Perbincangan

pemahaman tersebut.
-Guru meminta wakil daripada

Teknik

(10 minit)

jawapan

setiap kumpulan secara sukarela

Sumbang saran/

untuk menyatakan jawapan bagi

Soal jawab

latihan pemahaman.
-Guru meminta pandangan murid

Kemahiran Berfikir

lain terhadap jawapan yang


diberi.
-Guru membuat ulasan
berdasarkan jawapan yang
diberikan oleh wakil murid.
-Guru meminta murid membuat
3

pembetulan jawapan.
Penutup

Latihan Membina

(5 minit)

ayat

-Guru merumuskan isi pelajaran.

BBM : Borang LPG


2

-Guru merakamkan ucapan


penghargaan kepada semua
murid atas kerjasama yang
diberikan.
-Guru mengedarkan lembaran
kerja kepada murid sebagai
aktiviti pengukuhan di rumah.

Lampiran 1
Tayangan Gambar (situasi 1)

Tayangan Gambar (situasi 2)


Soalan Set Induksi:
1.

Apakah yang

kamu lihat dalam


gambar sebentar tadi?
(Berkenaan dua
sikap atau situasi guru yang berlainan)
2.

Nyatakan perbezaan antara kedua-dua gambar tersebut?


(Situasi 1 : guru garang, Situasi 2 : guru penyayang)

3.

Nyatakan ciri-ciri guru yang tidak disukai dan disukai murid-murid serta
Berikan sebabnya.

CIRI-CIRI GURU YANG TIDAK DISUKAI


i. Garang.
ii. Tidak mengambil berat.
iii.
Bersikap dingin dengan murid.
iv. Tidak membantu murid-murid.

CIR-CIRI GURU YANG DISUKAI


i. Suka tersenyum.
ii.
Penyayang.
iii.
Mengambil berat.
iv. Membantu murid-murid
5

Sebab : Merenggangkan hubungan antara


guru dan murid.
Lampiran 2

Sebab : Merapatkan/Memupuk hubungan


mesra antara guru dan murid.

Kad Arahan Bermaklumat


WATAK DAHLIA
- Pelajar perempuan Tingkatan 6.

WATAK CIKGU SALWANI


- Seorang guru perempuan berumur 30-an.

- Mempunyai ibu yang sakit bernama

- Warden asrama Dahlia.

Saleha.
- Merupakan anak sulung dan memiliki
lima orang adik iaitu Abu Bakar, Mawar,
Kiambang, Melati dan Anggerik.
- Tinggal di asrama.
- Ingin keluar dari asrama kerana
inginmenjaga adik-adiknya disebabkan
ibunya sakit.
- Mempunyai konflik dengan cikgunya
(Cikgu Salwani) disebabkan masalah
yang ditanggungnya.
- Awalnya menyayangi Cikgu Salwani
namun bertukar kepada rasa benci
apabila Cikgu Salwani memperlekehkan
masalah dan tindakannya.

- Guru yang tidak memahami masalah


Dahlia.
- Berkonflik dengan Dahlia gara-gara
masalah yang dicetuskan oleh Dahlia.
- Mendapat tekanan daripada guru disiplin
akibat sikap Dahlia yang selalu lewat ke
sekolah.
- Cuba menasihati Dahlia tetapi
pendekatannya tidak sesuai.
- Usaha untuk mengatasi masalah Dahlia
semakin rumit apabila Dahlia rasa benci
kepadanya gara-gara sikap yang acuh tak
acuh terhadap masalah Dahlia.
- Memandang masalah Dahlia sebagai
masalah biasa dan kecil.

- Seorang pelajar yang bijak dalam


akademik dan ilmu agama.
- Seorang yang perahsia dan memendam
perasaan.
- Seorang yang tabah mengharungi
kehidupan.

Borang LPG 1 (Soalan Pemahaman)


Berdasarkan petikan di bawah, jawab soalan-soalan berikutnya.
Saya ada masalah, cikgu.
Setiap manusia, sejak dilahirkan sentiasa berhadapan dengan masalah. Saya
juga tidak terlepas daripada masalah.
Masalah keluarga, cikgu. Berat.
Berapa kilogram? Apakah saya tidak ada masalah keluarga?
Dahlia mengetap bibir. Hati, sabarlah. Manusia memang mudah berkata, tetapi
untuk berkongsi derita, apalagi takungan air mata, tiada yang sudi.
Emak saya sakit. Tak ada siapa nak jaga adik.
Dengan menepikan pelajaran, awak mahu sakit seperti emak awak?
Bibit-bibit kebencian mula bersarang di dada Dahlia. Mengapa orang lain tidak
mahu mengerti? Dia tidak pernah berkelakuan seperti ini; adalah mustahil tanpa
sebab perangainya berubah. Benci!
Cikgu tak faham, kata-kata Dahlia terputus-putus. Air mata, keluarlah untuk
mencairkan ketulan derita. Tetapi tidak mampu keluar lagi.
Susah macam ini, luah Cikgu Salwani, bosan.
Cakap sahaja masalah awak, biar saya senang ambil keputusan dan awak
bolehlah berfikir, sama ada hendak terus tinggal di asrama atau tidak.
Biarlah saya keluar sahaja, cikgu.
(Dipetik daripada Novel Songket Berbenang Emas,
Khairuddin Ayip, DBP)
1. Nyatakan maksud bagi setiap frasa di bawah :
i.
ii.
iii.
iv.

Frasa
takungan air mata
Bibit-bibit kebencian
bersarang di dada
mencairkan ketulan derita

:
:
:
:

Maksud
menangis/menanggung kesedihan
menimbulkan rasa kurang senang/tidak suka
memenuhi/melekat di hati/sanubari/jiwa/kalbu
menyejukkan/mengurangkan rasa sakit hati/kecewa

2. Apakah masalah yang ditanggung oleh Dahlia?


7

i.
ii.
iii.

Emaknya sakit.
Adiknya tiada siapa yang menjaga.
Cikgu Salwani tidak memahami masalah yang ditanggung olehnya.

3. Pada pendapat anda, nyatakan tindakan yang perlu dimainkan oleh seorang guru
apabila menghadapi pelajar yang bermasalah seperti Dahlia.
i.
ii.
iii.
iv.

Cuba mengetahui isu yang sebenar terlebih dahulu sebelum bertindak.


Tidak terlalu emosi dalam usaha membantu.
Menggunakan pendekatan mesra pelajar dengan bahasa yang lemah lembut.
Membantu dengan penuh keikhlasan.

4. Senaraikan dua peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi dalam petikan.


Peribahasa
i. Berat mata memandang, berat lagi bahu
memikul.
ii. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan/
Laut mana yang tidak bergelora.

Situasi dalam petikan


Manusia memang mudah berkata, tetapi
untuk berkongsi derita, apalagi takungan
air mata, tiada yang sudi.
Setiap manusia, sejak dilahirkan
sentiasa berhadapan dengan masalah.
Saya juga tidak terlepas daripada
masalah.

Borang LPG 2 (Lembaran kerja rumah)


Bina satu ayat bagi tiap-tiap frasa di bawah.
i.
ii.
iii.
iv.

takungan air mata


Bibit-bibit kebencian
bersarang di dada
mencairkan ketulan derita

Anda mungkin juga menyukai