Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH PENJARA

Pendahuluan
Penjara adalah berbeza dari institusi atau organisasi yang ada dalam masyarakat
moden. Perbezaan bukan sekadar dari penampilan fizikal, malahan ianya
merupakan satu tempat di mana satu kumpulan pekerja yang terlatih berkhidmat
untuk mengurus dan menjaga satu kumpulan manusia yang bergelar
"banduan/tahanan/juvana". Kumpulan kedua ini tidak datang secara rela, malah
mereka dipaksa masuk dan dihalang dari meninggalkan kawasan penjara oleh
pengawal, tembok dan pagar. Dalam erti kata lain, pihak pengurusan Jabatan
Penjara tidak boleh memilih pelanggan dan tidak mempunyai kuasa untuk
membebaskan mereka. Banduan/ tahanan/penghuni harus hidup mengikut
peraturan yang ditetapkan dan pergerakan mereka adalah amat terkawal.Dalam
konsep kepenjaraan masa kini, penjara merupakan tempat di mana banduan akan
ditahan, dikawal dan menjalani pelbaga aktiviti pemulihan sehinggalah tarikh
mereka dibebaskan. Masyarakat harus menyedari bahawa falsafah kepenjaraan itu
merupakan satu ukuran ketamadunan bagi kehidupan sesebuah masyarakat
sesebuah negara.Jabatan Penjara Malaysia adalah institusi terakhir dalam
perlaksanaan "Criminal Justice System", dan bertanggungjawab kepada
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Jabatan Penjara Malaysia berkhidmat
kepada masyarakat dengan menahan mereka yang dihukum oleh mahkamah.

Tugas Jabatan Penjara ialah mengawal mereka dengan penuh perasaan


perikemanusiaan dan membantu mereka menjalani kehidupan yang berfaedah
serta mematuhi undang-undang semasa dalam tahanan dan selepas dibebaskan.

Sejarah Penubuhan

Sewaktu pemerintahan British dan sehingga kedatangan Jepun, tempat-tempat


hukuman dijalankan adalah di bawah tanggungjawab pemerintahan negeri dengan
peraturan-peraturan masing-masing. Bagi Negeri-negeri Selat, seorang Penguasa
yang ditempatkan di Singapura bertindak sebagai penyelia dengan membuat
pemeriksaan ke negeri-negeri di bawah jajahannya. Negeri-negeri Selat
merupakan negeri-negeri yang awal sekali membangunkan penjara-penjaranya
manakala Negeri-Negeri Melayu hanya membangunkan penjara-penjara setelah
British menubuhkan pentadbiran yang bertanggungjawab. Penjara Taiping atau
lebih dikenali sebagai "Taiping Gaol", yang merupakan penjara terbesar di Tanah
Melayu pada ketika itu telah dibangunkan pada tahun 1879. Pentadbiran penjara
ditubuhkan dengan tujuan utama untuk menimbulkan kesengsaraan dalam hidup
banduan dengan harapan kesengsaraan ini dapat menghindarkan orang-orang
melakukan jenayah.Dalam tahun 1881, wadar Sikh dibawa masuk untuk
membantu wadar Melayu dan pengajar pertukangan dari Hong Kong digunakan
dalam usaha memperkenalkan perusahaan dalam penjara. Antara perusahaan
awal adalah seperti pecah batu dan pertukangan kayu. Pada tahun 1882, satu
percubaan pengkategorian banduan dilakukan dan pada tahun 1889 wadar
berbangsa Eropah telah dilantik di sesetengah penjara. Dengan penubuhan Negerinegeri Melayu Bersekutu, Penjara Taiping dijadikan pusat penahanan banduan
hukuman lama bagi negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor. Pada
tahun 1923, Sistem Hakim Pelawat telah diperkenalkan. Perusahaan penjara telah
diperkembangkan dan meliputi kerja-kerja percetakan, menenun kain, jahitan,
perusahaan rotan dan besi. Pada tahun 1924, pekerjaan pecah batu dihapuskan

Anda mungkin juga menyukai