Anda di halaman 1dari 19

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

DAFTAR ISI

1.0 Pengenalan .......... m/s 2


2.0 Definisi Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat
2.1 Definisi Pengurusan aset .......... m/s 3
2.2 Definisi aset Kerajaan .......... m/s 3
2.3 Klasifikasi Aset Kerajaan
2.3.1 Aset Alih .......... m/s 4
2.3.2 Aset Tak Alih (Tetap) .......... m/s 6
2.3.3 Aset Hidup .......... m/s 6
2.3.4 Harta Intelek .......... m/s 7

3.0 Langkah-Langkah Pengurusan Bagi Aset Kerajaan, Inventori


Dan Bekalan Pejabat .......... m/s 7

3.1 Bab A – Penerimaan Aset Kerajaan .......... m/s 9


3.2 Bab B – Pendaftaran aset Kerajaan .......... m/s 10
3.3 Bab C – Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan .......... m/s 11
3.4 Bab D – Penyelenggaraan .......... m/s 12
3.5 Bab E – Pelupusan .......... m/s 13
3.6 Bab F – Kehilangan Dan Hapus Kira .......... m/s 14

4.0 Carta Aliran Langkah-Langkah Pengurusan Aset, Inventori dan


Bekalan Pejabat Di Organisasi Saya ( Sekolah ) .......... m/s 15

5.0 Penutup .......... m/s 16

Rujukan
Lampiran

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 1


Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

1.0 PENGENALAN.

Kerajaan amat komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada


rakyat. Penyediaan aset yang mencukupi merupakan asas yang amat penting dalam
penyampaian perkhidmatan kerajaan dan pertumbuhan ekonomi negara. Aset kerajaan
merupakan pelaburan negara dan kiranya ia tidak diuruskan dengan baik dan
sempurna, akan membebankan kewangan dan menjejaskan reputasi kerajaan. Justeru,
kerajaan memberi fokus kepada pengurusan aset yang komprehensif dan bersepadu
supaya aset sentiasa berada di dalam keadaan sempurna, selamat digunakan dan
menjamin jangka hayat yang lebih lama.

“SAYA MELIHAT KEWUJUDAN DASAR


PENGURUSAN ASET KERAJAAN SEBAGAI BERTETAPAN
DENGAN KEPERLUAN SEMASA NEGARA. KITA HARUS
MEMASTIKAN AGAR SEGALA ASET YANG KITA MILIKI
TERUS MENJADI KEBANGGAAN NEGARA DAN MAMPU
MEMBERIKAN FAEDAH YANG BERTERUSAN SEHINGGA
KE GENERASI AKAN DATANG”.1

Y. A. B Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi


Perdana Menteri Malaysia
31 Mac 2009.

Pengurusan aset kerajaan wajar diberi keutamaan oleh Kementerian/Jabatan


kerana ia merupakan aspek penting dalam pengurusan sesebuah organisasi. Peraturan
mengenai Pengurusan Aset Alih Kerajaan pada masa ini terkandung dalam beberapa
dokumen yang berasingan antaranya Arahan Perbendaharaan (AP), Panduan
Perbendaharaan-Tatacara Pengurusan Stor (PP-TPS), Pekeliling Perbendaharaan (PP)
dan Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP). Oleh kerana terdapat berbagai-bagai
dokumen, ianya telah menimbulkan kekeliruan di kalangan pegawai awam terutamanya
pegawai-pegawai yang terlibat dan bertanggungjawab secara langsung ke atas
pengurusan aset Kerajaan.

1
Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, Majlis Perlancaran Dasar Pengurusan Aset Kerajaan :
“ASET NEGARA, AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 31 Mac
2009.

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 2


Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Di samping itu, isu kelemahan pengurusan aset Kerajaan sering dibangkitkan


dalam Laporan Ketua Audit Negara. Bagi menangani masalah tersebut dan mengambil
kira perkembangan semasa maka semua peraturan berkaitan pengurusan aset
Kerajaan telah dikaji semula, dikemaskini, diseragam dan digabungkan dalam satu
tatacara pengurusan aset Kerajaan yang menyeluruh.

2.0 Definisi Pengurusan Aset Kerajaan, Inventori Dan Bekalan


Pejabat.

2.1 Definisi Pengurusan Aset Kerajaan.

Pengurusan aset kerajaan boleh didefinisikan sebagai proses menjaga,

mengawal, memelihara, mengendali dan menyenggara harta berbentuk fizikal yang

mempunyai nilai dan diperolehi sama ada untuk digunakan terus atau bagi masa akan

datang dalam pengeluaran barang siap atau perkhidmatan. Proses pengendalian

tersebut bermula sejak harta diperolehi sehingga ianya dilupuskan atau dihapuskira.

2.2 Definisi Aset Kerajaan.

Aset bermaksud harta benda kepunyaan atau milikan atau di bawah kawalan

Kerajaan yang dibeli atau yang disewa beli dengan wang kerajaan, yang diterima

melalui sumbangan atau hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan samada

harta yang diampas atau dilucut hak.

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 3


Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009
2.3 Klasifikasi Aset Kerajaan.

Aset kerajaan boleh diklasifikasikan kepada 4 bahagian utama iaitu:2

1. Aset Alih
2. Aset Tak Alih ( Aset Tetap )
3. Aset Hidup
4. Harta Intelek

2.3.1 Aset Alih.

Aset alih bermaksud aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu
tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau dipasang bersekali dengan
bangunan. Aset alih terbahagi kepada :

1. Harta Modal.

 Aset Alih yang harga perolehan asalnya RM1,000 dan ke atas


setiap satu pada masa perolehan.

 Aset alih yang memerlukan penyelenggaraan secara berjadual


tanpa mengira harga perolehan asal. Penyelenggaraan secara
berjadual merujuk kepada aset yang memerlukan penyelenggaraan
seperti yang telah dinyatakan dalam manual/buku panduan
pengguna.

 Tiga (3) kategori Harta Modal iaitu:

1. Loji/Jentera Berat
2. Kenderaan
3. Peralatan/Kelengkapan ICT / Telekomunikasi / Penyiaran /
Perubatan / Pejabat / Makmal / Bengkel/ Dapur / Sukan.

2
Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, Dasar Pengurusan Aset Kerajaan, 27 Mac 2009.

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 4


Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009
2. Inventori

 Aset Alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM1,000


setiap satu dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual.

 Perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk tanpa


mengira harga perolehan asal.

 Empat (4) kategori Inventori iaitu:

1. Nilai perolehan asal kurang daripada RM1,000 dan tidak


memerlukan penyelenggaraan berjadual:-

i. Peralatan / Kelengkapan ICT / Telekomunikasi /


Penyiaran / Perubatan / Pejabat / Makmal / Bengkel
/ Dapur / Sukan

2. Tanpa mengira nilai perolehan asal:-

ii. Perabot
iii. Hamparan, hiasan dan langsir
iv. Pinggan mangkuk

3. Bekalan Pejabat.

 Harta benda/barang tak luak yang terlalu rendah nilainya serta tidak
ekonomik untuk dikesan satu persatu.

 Contoh : Stapler, puncher, gunting, pisau, tray, pensil / pen, alat


pengasah dll.

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 5


Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009
4. Stok Dalam Stor

 Item stok yang disimpan di dalam sesebuah stor jabatan untuk


diedarkan kepada pengguna dari semasa ke semasa mengikut
keperluannya.

 Contoh : Alat ganti kenderaan / mesin, alatulis, hardware, pakaian,


peralatan pelbagai dan lain-lain.

2.3.2 Aset Tak Alih ( Aset Tetap ).

 Aset tak alih bermaksud aset yang kekal dan tidak boleh dialih dari
tempatnya iaitu tanah, infrastruktur dan bangunan.

 Contoh tanah ilah tanah yang diwartakan dan diselia untuk


dibangunkan oleh sesuatu agensi.

 Contoh infrastruktur pula ialah jalan raya, jambatan, terowong,


lapangan terbang, jeti, pengairan, saliran, sistem agihan air, loji
kumbahan, pembentungan dan sebagainya.

 Contoh bangunan pula ialah kompleks bangunan pejabat, sekolah,


hospital, terminal lapangan terbang dan kem tentera.

2.3.3 Aset Hidup.

Aset Hidup bermaksud aset yang bernyawa iaitu tumbuhan, haiwan dan ikan.
Contoh tumbuhan ialah pokok dan landskap. Contoh haiwan ialah binatang di bawah
jagaan zoo, haiwan ternakan dan haiwan keperluan penyelidikan dan operasi.

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 6


Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009
2.3.4 Harta Intelek.

Harta intelek bermaksud aset bukan fizikal yang merupakan hasil ciptaan
minda seperti reka cipta ( simbol, nama dan imej yang digunakan di dalam
perdagangan ) rupa bentuk ( corak atau hiasan ), petunjuk geografi, karya sastera dan
karya seni. Contohnya seperti perisian komputer, penemuan hasil kajian penyelidikan,
karya penulisan dan harta warisan kebudayaan.

3.0 Langkah-Langkah Pengurusan Bagi Inventori Dan Bekalan


Pejabat.

Pengurusan aset kerajaan, inventori dan bekalan pejabat perlu diuruskan


dengan sistematik dan berkesan agar ia sentiasa berada di dalam keadaan sempurna,
selamat digunakan, penggunaan yang ekonomik, dapat memberikan impak yang
semaksima mungkin. Bagi memastikan pengurusan aset alih Kerajaan dilaksanakan
secara teratur, cekap dan berkesan di sekolah, pihak pengurusan telah melaksanakan
perkara-perkara berikut :-

1. Mewujudkan Unit Pengurusan Aset.


2. Memberi taklimat secara mendalam Tatacara Pengurusan
Aset Alih Kerajaan (TPA).
3. Melantik:-
i. Penolong Kanan Pentadbiran sekolah sebagai
pegawai Aset di peringkat sekolah yang dikategorikan
sebagai sekolah PTJ.
ii. Guru Kanan-Guru Kanan menjalankan pemeriksaan
ke atas aset;
iii. Lembaga Pemeriksa bagi melaksanakan pelupusan
aset; dan
iv. Jawatankuasa Penyiasat bagi menyiasat kes
kehilangan aset.

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 7


Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009
4. Mengemukakan laporan tahunan kepada pengetua iaitu:-

i. Laporan Harta Modal dan Inventori;


ii. Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori;
iii. Laporan Pelupusan Aset Alih Kerajaan; dan

5. Memastikan semua aset alih Kerajaan diuruskan mengikut


tatacara yang telah ditetapkan.

Pihak pengurusan sekolah juga akan memastikan semua ahli jawatankuasa


Unit Pengurusan Aset memahami dengan jelas tatacara menguruskan semua harta
modal dan inventori di sekolah yang meliputi aspek-aspek berikut mengikut Pekeliling
Perbendaharaan (PP) Bil. 5 Tahun 2007 dan mematuhi prosedur-prosedur yang
telah ditetapkan. Aspek-aspek berikut ialah : 3

1. Bab A : Penerimaan
2. Bab B : Pendaftaran
3. Bab C : Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan
4. Bab D : Penyelenggaraan
5. Bab E : Pelupusan
6. Bab F : Kehilangan dan Hapus kira.

Dengan merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bil. 5 Tahun


2007 juga, pihak pengurusan sekolah hendaklah memindahkan semua maklumat
yang berkaitan Harta Modal dan Inventori di bawah kawalannya bagi tahun 2006 dari
borang lama KEW.312 dan KEW 313 kepada borang baru KEW.PA-2, KEW.PA-3,
KEW.PA-4 dan KEW.PA-5 dengan secepat mungkin tidak melebihi tempoh enam (6)
bulan mulai dari tarikh Pekeliling ini dikeluarkan. Semua aset yang dimiliki oleh pihak
sekolah sebelum tahu 2006, hendaklah disenaraikan di dalam Senarai Daftar Harta
Modal yang baru KEW.PA-4 dan Senarai Daftar Inventori yang baru KEW.PA-5.
Maklumat dalam Daftar Stok Bekalan Pejabat (KEW.314) hendaklah dipindahkan ke
Kad Kawalan Stok (KEW. 300 J3) dan Kad Petak (KEW. 300 J4) mengikut Panduan
Perbendaharaan – Tatacara Pengurusan Stor.

3
PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.5 TAHUN 2007, TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN.

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 8


Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009
3.1 Bab A - Proses Penerimaan Aset Kerajaan Di Sekolah.

Pegawai Aset atau penerima (jawatan KPT ke atas) mesti memastikan langkah-langkah
berikut diambil :

1. Pemeriksaan teliti bagi memastikan aset diterima menepati spesifikasi


2. Pemeriksaan teknikal pegawai yang bertauliah bila perlu.
3. Langkah-langkah yang perlu dipatuhi semasa sekolah menerima aset :

 Semak butiran dalam dokumen


 Periksa, kira, ukur, timbang atau uji serta merta sebelum
sahkan penerimaan.
 ** Sekiranya pengesahan tidak dapat dilakukan serta merta
maka dokumen itu dicatat “ Diterima dengan syarat ianya
diperiksa, dikira, diukur, ditimbang dan diuji”.

4. Pegawai Aset atau penerima akan menyediakan Borang Laporan


Penerimaan Kew. PA-1 jika terdapat kerosakan/ perselisihan.
5. Borang Kew.PA-1 yang ditandatangani oleh pengurus sekolah atau pegawai
aset dihantar kepada agen penghantaran atau syarikat pembekal oleh pihak
sekolah.
6. Pegawai penerima yang terdiri daripada Ketua Pembantu Tadbir ke atas akan
memastikan aset diterima beserta Surat Jaminan daripada pembekal.
7. Pegawai penerima yang terdiri daripada Ketua Pembantu Tadbir ke atas akan
memastikan aset diterima bersama manual penggunaan dan
penyelenggaraan.

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 9


Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009
3.2 Bab B – Proses Pendaftaran Aset Kerajaan di Sekolah.

 Tempoh pendaftaran:
- Dua (2) minggu dari tarikh pengesahan penerimaan

 Punca Maklumat
- Bagi mendaftar aset, dokumen berikut boleh dirujuk
 Pesanan Rasmi Kerajaan
 Nota Serahan (Delivery Order)
 Invois
 Dokumen Kontrak
 Kad Jaminan
 Manual Pengguna
 Dokumen-dokumen lain yang berkaitan
 Aset yang disewa beli:
- Surat Ikatan Perjanjian
- Dokumen lain yang berkaitan
 Aset Yang Diterima Daripada Sumber Lain
- Salinan Daftar jika diterima secara pindahan
- Salinan surat kelulusan menerima hadiah
- Salinan Sijil Lucuthak oleh Mahkamah
 Aset Yang Belum Berdaftar
- Sekiranya tiada punca maklumat,
pendaftaran berasaskan maklumat di fizikal
aset atau sumber-sumber lain yang berkaitan

 Urusan Pendaftaran

 Didaftarkan oleh Pegawai Aset (Penolong Kanan Pentadbiran


Sekolah) menggunakan KEW.PA-2 dan KEW.PA-3
 Satu senarai Daftar Harta Modal KEW.PA-4 dan Senarai
Daftar Inventori KEW.PA-5 disediakan

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 10


Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009
 Salinan Daftar Harta Modal KEW.PA-4 dan Senarai Daftar
Inventori KEW.PA-5 (untuk sekolah yang bertaraf PTJ) akan
dikemukakan kepada Jabatan

 Kemaskini Daftar Aset


Daftar aset dikemaskini bila berlaku
 Penambahan/ penggantian/ penaiktarafan
 Pemeriksaan aset
 Pelupusan
 Hapus kira

3.3 Bab C – Penggunaan, Penympanan Dan Pemeriksaan

Pihak sekolah melantik dua orang guru atau Pembantu Tadbir sebagai
Pegawai Pemeriksa yang tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan aset untuk
membuat pemeriksaan ke atas harta modal dan inventori. Pegawai Pemeriksa akan
mengisikan Borang KEW.PA-10 (Laporan Pemeriksaan Harta Modal) dan Borang
KEW.PA-11 (Laporan Pemeriksaan Inventori)

 Tujuan pemeriksaan
o Mengetahui keadaan dan prestasinya.
o Memastikan setiap aset mempunyai daftar/rekod yang lengkap, tepat
dan kemaskini.
o Memastikan setiap aset berada di lokasi sama seperti yang tercatat
dalam daftar.

Pemeriksaan Aset Alih akan dijalankan sekurang-kurangnya satu kali setahun.

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 11


Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009
3.4 Bab D – Proses Penyelenggaraan aset Di sekolah.

Pegawai Aset serta Guru Kanan-Guru Kanan dalam jawatankuasa


pengurusan aset akan ditugaskan untuk membuat pemeriksaan ke atas aset alih di
bawah bidang mereka secara berjadual. Pemeriksaan ini termasuk juga mengsyorkan
proses penyelenggaraan yang perlu dijalankan jika ada. Pegawai Aset dan Guru Kanan
akan mengisi borang KEW.PA-13 (Senarai Aset Alih Kerajaan Yang Memerlukan
Penyelenggaraan).

 Jenis penyelenggaraan
o Penyelenggaraan Pencegahan
- Tindakan penyelenggaraan berjadual untuk memeriksa,
menservis, membaiki atau mengganti komponen atau sumber
fizikal secara teratur supaya dapat berfungsi dengan lancar.

o Penyelenggaraan Pemulihan
- Tindakan membaiki atau mengganti komponen atau sumber
fizikal supaya dapat berfungsi mengikut standard yang
ditetapkan.

 Penolong Kanan Pentadbiran yang berperanan sebagai Pegawai Aset adalah


bertanggungjawab untuk melaksanakan langkah-langkah berikut:-

o Menyediakan Senarai Aset Yang Memerlukan Penyelenggaraan.


Aset yang memerlukan penyelenggaraan perlu dikenal pasti dan
disenaraikan mengikut KEW.PA-13.
o Merancang Penyelenggaraan
Setelah aset yang memerlukan penyelenggaraan disenaraikan, satu
program penyelenggaraan hendaklah dirancang dan disediakan.
o Melaksanakan Program Penyelenggaraan

Penyelenggaraan hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang telah


ditetapkan melainkan sesuatu aset itu memerlukan penyelenggaraan
segera.

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 12


Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

o Merekodkan Penyelenggaraan
Setiap penyelenggaraan yang dilaksanakan hendaklah direkodkan
dalam Daftar Penyelenggaraan Harta Modal KEW.PA-14.
o Menyelia dan memantau penyelenggaraan oleh pihak swastaKerja-
kerja penyelenggaraan yang dibuat oleh pihak swasta hendaklah
diselia dan dipantau bagi memastikan syarat-syarat yang ditetapkan
dalam perjanjian dipatuhi.

3.5 Bab E – Proses Pelupusan aset Kerajaan Di Sekolah.

Unit Pengurusan Aset sekolah akan bertindak dan bertanggungjawab


sebagai Urus Setia Pelupusan:

 Tujuan Pelupusan Aset Kerajaan


o Memastikan sekolah saya tidak menyimpan aset yang tidak boleh
diguna atau tidak diperlukan
o Untuk menjimatkan ruang simpanan di stor atau pejabat.

 Tugas-tugas yang akan dijalankan oleh Urus setia Pelupusan ialah seperti
berikut :
o Menyemak dan memastikan permohonan pelupusan lengkap dan
teratur
o Mengemukakan permohonan pelupusan kepada Kuasa Melulus
o Memaklumkan kelulusan kepada Jabatan untuk tindakan
o Memohon pelanjutan tempoh pelupusan
o Memohon kelulusan meminda kaedah pelupusan

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 13


Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

3.6 Bab F – Kehilangan Dan Hapus Kira.

Unit Pengurusan Aset Alih di sekolah akan bertanggungjawab sebagai Urus Setia
Kehilangan dan Hapus Kira.

 “Kehilangan” bermaksud aset yang tiada lagi dalam simpanan disebabkan oleh
kecurian, kemalangan, kebakaran, bencana alam, kesusutan, penipuan atau
kecuaian pegawai awam.
 “Hapus kira” ialah satu proses untuk membatalkan rekod aset yang hilang.

o Tugas-Tugas Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira Sekolah.


 Mendapatkan maklumat mengenai aset yang hilang melalui Daftar
Harta Modal/ Inventori.
 Mengemukakan Laporan Awal dan salinan Laporan polis kepada
Pegawai Pengawal.
 Mendapatkan hasil siasatan polis.
 Mengemukakan Laporan Akhir KEW.PA-30 bagi mendapatkan
ulasan dan syor daripada Pegawai Pengawal.

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 14


Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

4.0 Carta Aliran Langkah-Langkah Pengurusan aset Kerajaan,


Inventori Dan Bekalan Pejabat Di Sekolah Saya.

Penerimaan Aset Alih Bersama Punca Maklumat

Pegawai Aset atau penerima (KPT ke atas) akan mengisi borang KEW.P.A.-1
berkaitan Laporan Penerimaan Aset Alih Kerajaan

Pendaftaran Aset Alih Oleh Pegawai Aset

Pegawai Aset akan mengisikan salah satu dokumen berikut


 Daftar Harta Modal KEW.PA-2
 Daftar Inventori KEW.PA-3

Pegawai Aset akan kemaskini Senarai Daftar Harta Modal KEW.PA-4 dan
Senarai Daftar Inventori KEW.PA-5

Cop pengesahan pendaftaran pada punca maklumat

Semua aset alih akan dilabelkan oleh Pembantu Am Rendah yang


dipertanggungjawabkan dengan menggunakan dakwat kekal dengan
nombor siri pendaftaran pada aset dan mudah dilihat

Tempatkan aset di lokasi Pegawai Aset akan


mengisikan Buku Daftar Pergerakan Harta Modal/Inventori KEW.PA-6
jika berlaku pergerakan aset bagi tujuan pinjaman atau penempatan sementara

Kemaskini senarai aset dengan mengisis KEW.PA-7

Simpan Daftar Aset

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 15


Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

5.0 Penutup.

Pengurusan Aset Alih, inventori dan bekalan pejabat di peringkat organisasi


( sekolah ) akan dipertingkatkan dan diperbaiki mengikut tatacara yang telah dihuraikan
dalam kertas kerja ini. Kefahaman yang mendalam tentang tatacara yang betul serta
tindakan-tindakan yang perlu diambil adalah amat penting.

Adalah diharapkan pihakterbabit di Kementerian Pelajaran dapat


menambahkan perjawatan khusus untuk pengurusan aset alih dan pengurusan stor
sekolah seperti yang terdapat di Institut-institut Perguruan dan Institut Aminuddin Baki.
Sekolah merupakan sebuah organisasi yang banyak menguruskan aset alih kerajaan
sejak-sejak akhir ini dan tatacara pengurusan aset alih oleh pihak pengurusan sekolah
perlu diberi perhatian berat kerana ia melibatkan peruntukan wang rakyat. Diharapkan
agar kertas kerja ini akan memberi panduan dan manfaat kepada Jawatankuasa
Pengurusan aset Sekolah, guru-guru dan staf sokongan sekolah.

Sumber Rujukan.
Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 16
Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

1. Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bil. 5 Tahun 2007, Tatacara Pengurusan Aset


Alih Kerajaan (TPA). Fail PDF.

2. Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, Majlis
Perlancaran Dasar Pengurusan Aset Kerajaan : “ASET NEGARA, AMANAH DAN
TANGGUNGJAWAB BERSAMA”, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya,
31 Mac 2009.

3. Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, Dasar
Pengurusan Aset Kerajaan, 27 Mac 2009.

4. Bahagian Kawalan Dan Pemantauan, Perbendaharaan Malaysia, Kursus


Pengurusan Aset Dan Stor Kerajaan. Fail PDF.

5. Kementerian Pelajaran Malaysia, Tatacara Pengurusan Inventori, Fail PDF.

6. Kerajaan Malaysia, Manual Pengurusan Aset Menyeluruh, Lampiran Kepada


Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2009. Fail PDF.

7. Jabatan Perdana Menteri, Pengurusan Penyelenggaraan – Pewujudan Sistem


Penyelenggaraan Yang Dirancang, Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 1995 Fail
PDF.

8. Kementerian Kewangan Malaysia, Taklimat Pekeliling Perbendaharaan


Bilangan 5 Tahun 2007, Fail PDF.

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 17


Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Lampiran 2

CONTOH BORANG KEW. PA - 1

Lampiran 3

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 18


Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

CONTOH BORANG KEW. PA - 2

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 19

Anda mungkin juga menyukai