Anda di halaman 1dari 27

http://www.ehoza.

com/v4/forum/religious-talk/41112-pertembungan-antara-fahaman-wahhabi-
dengan-ahlul-sunnah-wal-jamaah.html

PERTEMBUNGAN ANTARA FAHAMAN WAHHABI DENGAN AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH

Sebenarnya pertentangan antara Wahabbi dengan Ahlul Sunni bukanlah suatu perkara yang baru. Telah
bermula sejak tahun 1925 lagi apabila pehak Arab Badwi Saud yakni pengikut kepada fahaman
Muhammad bin Abdul Wahab yang berkiblat pada fahaman Ibn Tamiyah telah menumpaskan kerajaan
Syarif Hussein yang berfahaman Ahlul Sunni dalam Mazhab Hambali. Syarif Hussein ini dikatakan
berketurunan dari Rasululah s.a.w.

Pemimpinnya ketika penyerangan itu adalah Sultan Abdul Aziz bin Abdul Rahman El-Faisal Aali Saud,
yang selepas penawanan kedua-dua kota: suci itu memakai gelaran Al-Malik, dan gelaran itu kekal
sehingga ke hari ini. Sebab itu Gerakan Wahabi digelar sebagi gerakan tidak sampai usia seratus tahun
sempena dengan serangan pada tahun 1925. Dan bukannya bermula dengan tahun kelahiran Muhamad
Bin Abdul Wahab apatah lagi dengan kelahiran Ibn Tamiyah pada kurun ke 7 hijrah.

Yang mereka serang adalah Syarif Husain, pendiri Kerajaan Hasyimiah yang berpusat di kota Makkah.
Mereka merampas beberapa benda berharga di kedua-dua buah kota suci itu, yang antaranya adalah
milik peribadi Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda lalu dibawa ke Riyadh, ibu kota dan pusat
pemerintahan Bani Saud itu. Mereka juga memusnahkan makam-makam Sahabat RA termasuk yang
mati syahid, lalu meratakannya dengan tanah. Rumah keputeraan Rasulullah SAW juga turut
dimusnahkan, dijadikan kandang binatang. Hanya akhir-akhir ini sahaja tempat itu dijadikan sebuah
perpustakaan untuk bacaan umum. Pasukan ini juga berjaya menakluk seluruh Hijaz dan meletakkannya
di bawah kekuasaan mutiak raja baru di seluruh Hijaz iaitu Bani Saud.

Kejayaan pehak Saud ini adalah dengan bantuan pehak Inggeris dalam usaha untuk menghalang
kebangkitan Islam melalui fahaman Ahlul Sunni. Pehak Inggeris hanya menyokong sesiapa jua untuk
memerintah sesebuah negara jika dirasakan boleh menghalang kebangkitan umat Islam.

Seperti sokongan mereka kepada Mustapha Kamal Attaturk. Dengan lenyapnya empayar kerajaan
Uthmaniah di Turki, beliau menjadi boneka Inggeris di Turki. Dengan adanya boneka seperti Mustapha
kamal Attarturk ini memudahkan penguasaan Inggeris untuk menjajah Umat Islam di turki dan
seterusnya mendirikan kerajaan Israel di bumi Palestin.Pehak Inggeris hanya menyokong sesiapa jua
yang sudi menjadi tali barut mereka. Sesiapa yang menentang akan ditentang habis2an oleh pehak
penjajah seperti mana yang terjadi pada Saddam Husein.
Jadi kena kaji semula dari segi sejarah dan bukan menyokong mana-mana pehak secara melulu.
Persoalannya ialah mengapa pehak Inggeris memilih Bani Saud sebagai peneraju Kota Suci Mekah dan
mengapa tidak menyokong Syarif Hussin dalam serangan Bani Saud tersebut? Dengan kekuatan tentera
Inggeris yang ada pada ketika itu , merekalah sebenarnya yang menentukan siapa yang bakal
memerintah di Kota suci Mekah.

Tanpa sokongan Inggeris dari segi kekuatan tentera dan senjata, Bani Saud sudah tentu tidak mampu
untuk menumpaskan Syarif Hussin.Maknanya pehak Inggeris adalah dalang disebalik pemerintahan Bani
Saud di Negara Arab Saudi.

Tentu ada sebabnya mengapa berlakunya sokongan pehak Inggeris pada bani Saud. Yang utama sekali
ialah pegangan ugama pemerintah Bani saud tersebut yang berfahaman Wahhabi . Yang dipelopori oleh
Muhammad bin Abdul Wahab. Fahaman ini asalnya adalah serpihan dari Mazhab Hambali. Jadi
kebangkitan Wahabbi adalah seiring atau sinonim dengan penjajahan minda Barat keatas umat Islam.
Kalau sebelum tahun 1925, pergerakan Wahabbi hanya berkisar sekitar tanah Arab seperti Iraq, Mesir
dan Kota Suci Mekah, tetapi selepas tahun 1925 ia mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia termasuk
kepada Kepulauan Nusantara yang merangkumi Indonesia dan Malaysia yang sebelum ini majoritinya
mengamalkan fahaman Ahlul Sunnah termasuk Tokku Paloh, Tok Kenali, Habib Noh di Singapura dan
Wali Songo di Indonesia.

Fahaman Wahabi yang mengasingkan fahaman ilmu tasawuf dan ilmu usuludin yang bertentangan sekali
dengan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Untuk pengetahuan umum Fahaman Wahabi adalah
sealiran dengan fahaman Ibn Tamiyah dan Fahaman Musyabihah. Cuma terdapat sedikit perbezaan yang
diubah suaikan mengikut peredaran masa dan tempat. Walau pun dari segi fekah, kaum Wahabi di
Malaysia mengakui mereka bermazhab pada Imam Syafei, namun pada pokok ilmu ketauhidan amat
berbeza kerena kaum Wahabi mengamalkan konsep Rubuhiyah dan Uluhiyah yang bertentangan
dengan akidah ahlul sunnah. Dari segi usuludin, fahaman sunni berkiblatkan pada Imam Abu Hassan Al
Syaari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi yang kedua-duanya lahir pada tahun ke 3 hijrah. Fahaman ini
agak terkenal dengan sifat 20. Iaitu 20 sifat yang wajib bagi Allah dan 20 sifat yang mustahil serta satu
sifat yang harus iaitu harus membuat atau tidak. Tidak ada paksaan bagi Allah untuk membuat sebarang
pekerjaan. Melalui fahaman inilah Zat dan Sifat Allah samasekali tidak meyerupai makhluknya baik
manusia atau makhluknya yang lain.

Begitu juga dengan pengajian Tasawuf yang terdapat dalam fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Banyak
berkiblat pada Imam Ghazali, Imam syeikh Kadir Al Jalani, Imam Ahmad Sayuti serta mereka yang
mengamalkan ajaran bertarekat. Ajaran tasawuf sebenarnya terasing dari fahaman Wahabi.Sehingga
dikatakan sesiapa yang mengamalkan ajaran bertareqat adalah diangap sesat! Kalau begitu bagaimana
dengan kedudukan wali-wali Allah seperti Tiok Kenali dan Tokku Paloh yang juga mengamalkan ajaran
bertareqat? Sesatkah mereka? Kerana puak Wahabi berpandu pada Al-Quran dan hadis sahaja.Pehak
kerajaan Arab Saudi telah mengharamkan kitab Ehya Ulumudin dari diterbitkan di Negara Arab
Saudi.Pengajian Wahabi mula berkembang bukan sahaja di Arab Saudi tetapi dengan sokongan British ia
telah dijadikan kurikulum di semua sekolah termasuk Universiti. Hatta suatu ketika dahulu untuk
mendapatkan Phd dalam pengajian Islam terpaksa berguru pada bukan Islam samada di Universiti Barat
atau tempatan dengan berpandukan sukatan Wahabi!

Ajaran Ahlul Sunnah yang pada mulanya bermula dari peringkat remaja yang berteraskan pengajian
Imam Ghazali dalam Kitab Ehya Ulumudin dan Imam Abu Hassan Asyaari serta Imam Abu Mansur Al
Maturidi dalam bidang Usuludin tidak dikembangkan keperingkat Universiti. Pengajian Ahlul Sunnah
banyak dalam bentuk bertarekat sebagai satu cara kaedah menyucikan diri. Seperti Tarekat Nasybandi,
Qadiriyah,Ahmadiyah dan yang terbaru tarekat Muhamadiyah yang telah diharamkan oleh Pemerintah
Malaysia pada tahun 1994 atas nasihat Majlis fatwa Malaysia yang rata2nya berpandukan kepada ajaran
Wahabi.

Tetapi rata2 ajaran tarekat adalah berguru dari Imam Mursyid yang 100 % dari Al-Quran.Kecuali ajaran
tarekat yang menyeleweng. Tetapi jika 100% kandungan bertarekat berdasarkan dari Al-Quran ,
masakan boleh menyeleweng? Dimana perbezaannya antara amalan tasawuf Ahlul Sunni dengan
amalan tasawuf Wahabbi? Jawapannya ialah kesinambungan dari lidah guru yang bersambung dari satu
generasi dari zaman Rasululah sehingga kegenarasi yang ada sekarang. Ajaran Wahhabi sebenarnya
sudah terputus kesinambungan dari lidah guru mursyid kerana ajaran Ibn Tamiyah sudah terkeluar dari
Mazhab Hambali yang sebenar. Setakat berdasarkan pada fahaman dari Al-Quran dan hadis belum
cukup untuk mana-mana individu menemui pada jalan yang benar. Beliau memerlukan guru mursyid
untuk membimbingnya. Kalau tak berjumpa dengan guru mursyid, syaitanlah yang menjadi

gurunya.

Yang kedua ialah fahaman Usuludin atau ilmu ketuhanan puak wahabi tidak berteraskan pada Imam
yang diiktiraf oleh Ahlul Sunni seperti Imam Abu Hassan Al Syaari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi.
Memang benar pada zaman Rasullulah, mereka belum lahir lagi,tetapi pada ketika itu setiap
permasalahan agama jika timbul sebarang masalah boleh terus bertanya pada Rasululah atau sahabat
baginda. Tetapi selepas kewafatan Rasululah, banyak cabang dan aliran agama dalam bentuk ilmu
ketuhanan yang wujud. Sepeti fahaman muktazilah, khawarij, syiah dan banyak lagi.
Untuk mengatasi akan bahaya akan penyelewengan akidah umat Islam dari segi fahaman yang
menyeleweng ini, maka muncullah fahaman Imam Abu Hassan Al Syaari. Beliau pada mulanya adalah
berfahaman Muktazilah. Tetapi bila beliau mengkaji kembali akan ajaran tersebut, maka dengan taufik
dan hidayah yang Allah beri, maka beliau mengaku keluar dari fahaman Muktazillah dan menerbitkan
beberapa buah kitab mengenai sifat 20. Beliau dibantu oleh rakannya Imam Abu Mansur Al Maturidi.

Tetapi ajaran Wahabi menyuruh umat Islam bertaklid takat pada Al-Quran dan Hadis sahaja. Tak
mungkin orang awam pada akhir zaman dapat menghayati isi kandungan Al-Quran tanpa berguru
mursyid! Kalau dilakukan juga selama itulah umat Islam akan sesat sesesatnya . Seperti penolakan ziarah
kubur, bermarhabban, berzanji, bermaulid, beryaqazah, amalan bertawasul pada yang hidup atau mati
sebenarnya semua itu ada dalam ajaran Islam.

Cuma puak Wahabbi yang tidak menjumpai nas atau dalil tersebut! Suatu perkara yang mendukacitakan
pada akhir zaman ini ialah sukatan pengajian Islam terutama pada peringkat menengah dan universiti
telah diserang dengan fahaman Wahabbi ini. Jika suatu ketika dahulu umat Islam rata-rata menerima
pendidikan Ahlul Sunnah melalui sistem pendidikan pondok, tetapi bila mereka belajar di luar negeri
dengan menyambung pengajian peringkat master atau phd, sukatan pengajiannya hampir berkisar
kepada fahaman Wahabbi.Mengikut sukatan penjajah . Masakan pehak Inggeris dan Yahudi yang
menyediakan sukatan tersebut akan memberi roh Islam pada pelajarnya? Apa yang berlaku adalah
sebaliknya. Merekalah yang menentang kegiatan dakwah Islam di Malaysia seperti mana yang kita
saksikan pada tahun 1980an dan pada tahun 1990an. Sehingga membawa kepada pengharaman sebuah
pertubuhan agama yang berfahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah! Atas dakwaan membawa ajaran sesat!

Sebab itu bila para pelajar ini pulang ke Malaysia ,dengan kelulusan yang mereka ada pada peringkat
phd, mereka memegang berbagai-bagai jawatan penting dalam kerajaan seperti pensyarah,Ketua
Pertubuhan Dakwah, Ahli Mufti, panel jawatankuasa Fatwa dan sebagainya. Dengan fahaman yang
dibajai dan dipupuk oleh penjajah Inggeris dan Yahudi, mereka telah menyesatkan banyak amalan-
amalan yang diwarisi dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Namun syukur , Alhamdulilah kebanyakkan bekas pelajar dan anak didik penjajah Inggeris ini sedar
kembali akan pokok pangkalnya akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan bahaya fahaman Wahabbi ini.
semoga kesedaran ini akan mengiatkan lagi kegiatan agama dan berkembang syiar Islam dari
penindasan fahaman Wahabi. Sama-samalah kita nantikan perkembangan seterusnya.

Petikan akhbar - Utusan Malaysia


Utusan Malaysia 27/11/2005

Fahaman Wahhabi menular -- Dikatakan semakin berkembang di kalangan cerdik pandai muda

Nazeri Nong Samah

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan sunah umat Islam negara ini
sejak turun-temurun, kini dikatakan semakin berkembang terutama di kalangan cerdik pandai muda.

Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin,
qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang
menjadi amalan Ahli Sunah Waljamaah.

Mingguan Malaysia difahamkan, beberapa buah universiti menjadi pangkalan dan pusat bagi aliran yang
disifatkan sebagai ultrakonservatif ini.

Difahamkan juga, aliran ini menjadi ikutan golongan muda yang mahu melakukan ibadah dengan mudah
dan cepat, selain menganggap amalan yang sering dilakukan oleh umat Islam di negara ini sebagai
bidaah dan khurafat.

Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady
yang banyak mengkaji mengenai fahaman ini bimbang ia mungkin menyebabkan berlaku pergeseran
serius di kalangan ummah berhubung adat dan ibadat yang diamalkan di negara ini.

"Ahli Sunah Waljamaah mengikut Imam Al-Shafie yang kita amalkan sekarang jelas telah diterima
dengan baik dalam kerajaan dan rakyat, tetapi sudah diresapi pula fahaman lain.

"Fahaman Wahhabi mengambil pendekatan keras, semata-mata memberi penekanan kepada Allah
dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul, syafaat dan lain-lain,'' katanya kepada Mingguan Malaysia
di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, adalah lebih wajar fahaman ini ditolak kerana ia bertentangan dengan Sunah
Waljamaah yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara ini.
Muhammad Uthman berkata, fahaman ini diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab yang berketurunan
Arab, bermula di Hijaz pada abad ke-18 Masihi iaitu sekitar 1204 Hijrah.

"Fahaman Wahhabi itu sendiri ditentang oleh keluarga Muhammad Abdul Wahab, tetapi ia menjadi
amat berpengaruh dengan pendekatan ekstremnya itu.

"Malah fahaman Wahhabi itu sendiri berkembang luas sehingga menjatuhkan kerajaan Uthmaniah serta
melenyapkan khalifah Islam di Turki,'' katanya.

Menurutnya, dalam kitab Kashf Al-Shubuhat Fiqh Tauhid dan Risalatul Al-Tauhid, fahaman puak
Wahhabi turut memuatkan huraian al-Quran yang pada asalnya ditujukan kepada orang kafir tetapi
fahaman ekstrem itu ditujukan pula kepada orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka.

Sehubungan itu, Muhammad Uthman berkata, keupayaan pengaruh fahaman ekstrem Wahhabi
sehingga berjaya menggulingkan kerajaan Uthmaniah itu wajar menjadi peringatan kepada kerajaan
negara ini.

"Fahaman Wahhabi begitu mudah mempengaruhi kerana ia mengambil pendekatan bahawa Islam tiada
hubungan dengan kelebihan yang ada pada sunah Rasulullah, hadis mahupun sesama manusia.

"Mengikut fahaman ini, apa-apa yang menjadi adat dan ibadat selain daripada fahamannya adalah
bidaah semata-mata,'' ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof.
Madya Datuk Dr. Mohammad Yusof Hussain berkata, umat Islam di negara ini tidak boleh terikut-ikut
dengan fahaman Wahhabi kerana ia tidak mengikut kehendak ahli sunah wal jamaah.

"Pada asalnya, motif fahaman Wahhabi itu bertujuan membanteras khurafat di Arab tetapi
pendekatannya yang keras itu juga menumbangkan kuasa pemerintah zaman tersebut.
"Tetapi untuk motif apa pula Wahhabi berkembang di negara kita,'' katanya.

Prof. Datuk Mahmood Zuhdi Abd. Majid dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya pula berkata, pertentangan ahli sunah wal jamaah dan fahaman Wahhabi perlu ditangani
dengan bijaksana demi kebaikan agama.

"Kita tidak mahu pertembungan kedua-dua ikutan itu akan menjadikan kita dilaga-lagakan seperti puak
sunni dan syiah di Iran dan Iraq sehingga mengakibatkan perpecahan Islam,'' katanya.

Utusan Malaysia 28/11/2005

Berpegang pada Sunnah Wal-Jamaah

Lidah Pengarang

Kita prihatin terhadap sebarang usaha atau kecenderungan di kalangan sebahagian kecil umat Islam di
negara ini, khususnya anak muda untuk mengamalkan fahaman selain daripada mazhab Sunah
waljamaah mengikut Imam Syafie.

Selain dari Perlis yang mempunyai tradisi Islam tersendiri, semua negeri di seluruh Malaysia telah
menetapkan untuk menerima pakai amalan Sunnah waljamaah mengikut Imam Syafie turun-temurun
sejak orang Melayu memeluk agama Islam.

Ternyata bahawa setelah generasi bergenerasi berlalu, sama ada semasa pemerintahan mutlak raja-raja
Melayu atau ketika dijajah kuasa asing, hinggalah negara mencapai kemerdekaan, pegangan dan amalan
umat Islam di negara ini telah mendatangkan perpaduan dan keharmonian yang dinikmati turun-
temurun.

Raja-raja Melayu melalui ulama-ulama yang menjadi penasihatnya telah menerima pakai amalan dan
pegangan Sunah waljamaah mengikut Imam Syafie yang didapati praktikal, menepati keperluan
masyarakat setempat dan menjadi sebahagian daripada tonggak kestabilan negara.
Selepas mencapai kemerdekaan, negara meningkatkan kecekapan birokrasi agama melalui Jabatan-
jabatan Agama Islam negeri-negeri, Majlis Fatwa Kebangsaan, Mahkamah Syariah dan lain-lain institusi
Islam negara ini yang kesemuanya berlandaskan kepada Sunah waljamaah mengikut Imam Syafie.

Bukanlah kita hendak mempersoalkan kesahihan fahaman dan amalan lain kerana ia merupakan bidang
para ilmuwan untuk mengkaji dan membahas menurut kaedah akademik mereka.

Sememangnya pengaruh dari luar berhubung kefahaman tentang Islam, khususnya dari Asia Barat akan
sentiasa datang kerana sifat manusia untuk berfikir dan berhujah mengenai kepercayaan.

Namun begitu, bagi kita demi perpaduan umat Islam dan kestabilan negara, adalah lebih bermanfaat
untuk menumpukan perhatian kepada masalah dan isu-isu yang jauh lebih penting berhubung survival
dan kemajuan negara dan ummah.

Kita tidak mahu wujudnya pertikaian atas perkara-perkara cabang dan kecil memaling perhatian anak-
anak muda hingga lupa kepada isu-isu besar yang akhirnya hanya mencetuskan perpecahan serta
perbalahan tidak berkesudahan. Ini kerana ada kecenderungan di kalangan umat Islam sepanjang zaman
untuk berbalah atas perkara remeh tetapi gagal menghadapi ancaman lebih besar.

Justeru, lebih bermanfaat untuk kita terima pakai fahaman dan amalan yang telah dibakukan dan
bersesuaian bagi umat Islam negara ini, iaitu Sunah waljamaah mengikut Imam Syafie yang diajar oleh
semua institusi rasmi agama negara ini dan didukung oleh pentadbiran kerajaan.

Tambahan pula, apa lebih membimbangkan kita kalau-kalau fahaman lain daripada Sunah wal Jamaah
mengikut Imam Syafie membawa unsur-unsur fanatisme, radikalisme dan ultrakonservati dan ada
kalanya boleh mengheret pengikutnya kepada ciri-ciri militan dan keganasan.

Jika perkara ini berlaku, ia sudah menjadi ancaman keselamatan pada negara. Perlu diingat insiden-
insiden keganasan bunuh diri mempunyai asal usul yang bersifat fahaman dan amalan yang menolak
kaedah Imam Syafie.
Utusan Malaysia 28/11/2005

Wahhabi jejaskan perpaduan umat Islam

Jakim

PUTRAJAYA 27 Nov. - Fahaman wahhabi jika tidak disekat amalannya boleh menjejaskan perpaduan
umat Islam di negara ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa
Abdul Rahman.

Beliau berkata, Jakim berpandangan serius mengenai penyebaran fahaman ini yang boleh menyebabkan
umat Islam bertelingkah dan tidak sealiran pendapat mengenai sesuatu amalan sunat yang sudah
diketahui ia biasa diamalkan di negara ini.

Katanya Jakim berpandangan fahaman itu tidak wajar diikuti kerana boleh membawa kepada situasi
umat Islam mempunyai pendapat yang berbeza dan terdorong menjadi ekstrimis agama.

Fahaman itu yang dikenalpasti diamal dan disebar di kalangan orang Islam oleh segelintir pensyarah
tidak wajar diikuti kerana ia boleh membantutkan semangat kesederhanaan dan ukhwah dalam Islam
yang dibawa dan diamalkan sejak Islam bertapak di Malaysia, menurutnya.

Katanya Jakim sedang mengawasi golongan pangamal Wahhabi ini dan sedang memantau kegiatan dan
cara fahaman ini disebarkan oleh pengamalnya, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mustafa berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar Mingguan Malaysia hari ini mengenai
fahaman wahhabi yang dikatakan sedang tersebar meluas di negara ini terutamanya di kalangan
golongan intelek Islam.

Menurut laporan itu, universiti tempatan difahamkan telah dijadikan pangkalan dan pusat bagi aliran
yang disifatkan sebagai ultrakoservatif itu.

Beliau berkata fahaman Wahhabi pada mulanya diikuti secara `sendiri-sendiri' oleh pengamalnya tetapi
bagaimanapun ia telah disebar kepada orang lain kerana memikirkan ia `wajar' dikongsi bersama.
Secara ringkasnya fahaman wahhabi ditakrifkan sebagai amalan yang menyifatkan kebanyakkan amalan
sunat golongan ahli sunnah wal jamaah yang diamalkan orang Islam di negara ini tidak perlu, katanya.

Amalan-amalan sunat ahli sunnah wal-jamaah adalah di`pantang'kan daripada dilakukan oleh pengikut
fahaman wahhabi.

"Tapi bagi kita (Jakim) dan orang Islam yang lain amalan-amalan seperti tahlil arwah, membaca surah
Yasin pada malam Jumaat, membaca qunut dan talqin misalnya) tiada apa salahnya daripada segi Islam.''

"Daripada segi Islam, amalan yang diamalkan orang Islam adalah sama ada termasuk di dalam `bid'ah
Hassanah' atau `bida'ah Sayyi'ah` maknanya (amalan) baik dan juga tidak baik."

"Yang kita buat hari ini (amalan sunat) baik-baik belaka, tiada apa salahnya,'' kata Mustafa.

Katanya Jakim akan bertegas untuk menyekat daripada tersebarnya fahaman ini bagi mengelakkan
daripada perpaduan Islam terancam.

Beliau berkata Jakim telah mengadakan kajian mengenai fahaman ini dan boleh mengambil tindakan
mengikut undang-undang kepada sesiapa terbukti menyebarkan fahaman ini. - Bernama

Utusan Malaysia 28/11/2005

Nordin Mat Top dipercayai semai fahaman Wahhabi

oleh Azian Aziz

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Orang paling dikehendaki, Nordin Mat Top dipercayai antara pihak
bertanggungjawab menyemai fahaman Wahhabi radikal yang membentuk rangkaian Jemaah Islamiah
(JI) di Malaysia, melalui ajaran guru agama Indonesia, Abdullah Sungkar dan Abu Bakar Bashir.
Abdullah merupakan pengasas JI Indonesia dan Abu Bakar pula penggantinya selepas Abdullah
meninggal dunia.

Nordin pula yang merupakan anak murid Abu Bakar bertindak sebagai Operatif Kanan JI.

Nordin yang mengenali Abdullah dan Abu Bakar semasa menuntut dengan Abu Bakar di Serting, Negeri
Sembilan dipercayai telah membantu kedua-duanya melarikan diri ke Malaysia dari tahanan pihak
berkuasa Indonesia yang ketika itu diperintah oleh Presiden Suharto.

Sumber-sumber perisikan memberitahu Utusan Malaysia, pada awalnya, Abdullah dan Abu Bakar
dikesan menyampaikan fahaman tersebut secara sembunyi-sembunyi kepada masyarakat di sebuah
surau di Banting, Selangor semasa mengajar kelas agama.

Kata sumber itu, mereka juga mengajar di beberapa tempat di Pantai Barat Semenanjung dan pada
masa sama mengumpul keahlian JI Malaysia.

"Abdullah dan Abu Bakar kemudian membuka sebuah madrasah agama rendah di Ulu Tiram, Johor pada
awal 90-an dan membawa guru-guru agama dari Indonesia sebagai tenaga pengajar.

"Murid-murid di madrasah tersebut pula dikesan merupakan anak-anak kepada ahli JI Malaysia yang
datang dari serata Semenanjung,'' kata sumber itu kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Akhbar Mingguan Malaysia hari ini mendedahkan perkembangan fahaman Wahhabi yang mengetepikan
amalan sunah waljamaah yang diamalkan di negara ini sejak turun-temurun. Aliran itu, menurut laporan
itu kini semakin berkembang terutama di kalangan cerdik pandai muda.

Kumpulan itu menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin,
qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang
menjadi amalan Ahli Sunnah Waljamaah.
Difahamkan, beberapa buah universiti menjadi pangkalan dan pusat bagi aliran yang disifatkan sebagai
ultrakonservatif ini.

Sumber itu menambah, selepas beberapa ketika, Nordin yang juga anggota JI dilantik menjadi pengetua
di madrasah tersebut.

Ujar sumber itu, Abdullah dan Abu Bakar kemudian pulang ke Indonesia selepas kejatuhan Suharto dan
madrasah berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh Nordin.

"Polis yang membuat siasatan setelah mendapat maklumat mendapati ajaran disampaikan di madrasah
tersebut menyimpang dari silibus ditetapkan.

"Siasatan seterusnya memberi maklumat lebih mendalam kepada polis mengenai kegiatan JI di Malaysia
sehingga membawa kepada beberapa tangkapan anggota JI.

"Susulan siasatan itu menyebabkan Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengambil tindakan menutup
madrasah tersebut pada tahun 2001,'' jelasnya.

Katanya, Nordin pula berjaya melarikan diri ke Indonesia dan gagal dikesan sehingga sekarang.

Nordin kini sedang diburu oleh pihak berkuasa Indonesia setelah berjaya meloloskan diri daripada satu
serangan yang membunuh rakannya Azahari Hussein di Batu, Malang, Indonesia baru-baru ini.

Utusan Malaysia 02/12/2005

Berbeza-beza pendapat mendatangkan rahmat

oleh Khairul Effendi Hashim

Perbezaan pendapat ulama memang sudah wujud sejak sekian lama. Percanggahan pendapat untuk
terbitnya hukum fikah di kalangan para mujtahid memang tidak dapat dipisahkan. Perbezaan atau khilaf
di kalangan para fuqaha dan ahli ijtihad ini hendaklah sedia diterima.
Di dalam sebuah kitab yang dikarang oleh Al-'Allamah Abi Abdillah Muhammad Bin Abd Rahman Ad-
Dimasyqi As-Syafie (meninggal dunia pada tahun 780H) terbitan Muassasah Ar-Risalah, Beirut yang
bertajuk Rahmatul Ummah Fi Ikhtilaf Al-Aimmah, ada menyatakan di dalam mukadimahnya: Ijmak
adalah satu kaedah atau asas dalam penetapan hukum Islam, sesiapa yang mengingkari ijmak adalah
dianggap mengingkari Islam, jika hukum tersebut telah disepakati dengan hujah yang sempurna.
Manakala percanggahan dan perbezaan yang timbul di kalangan para ulama (untuk penetapan hukum
berdasarkan hujah dan dalil yang dibawa) merupakan rahmat untuk ummah.

Setiap ahli ijtihad disebut mujtahid. Mereka layak mengutarakan dan melontarkan pandangan masing-
masing berdasarkan hujah dan dalil-dalil yang dibawa berlandaskan syarat-syarat yang ketat untuk
menjadi seorang mujtahid. Ini ditambah lagi dengan kaedah-kaedah penetapan hukum dan semua yang
terkandung dalam cabang-cabangnya.

Perbezaan hukum akan timbul apabila mujtahid membawa hujah-hujah melalui dalil-dalil untuk
menguatkan dan menyokong hukum tersebut. Maka dalil-dalil yang dibawa inilah yang akan
membezakan pandangan mereka.

Wujudnya mazhab yang empat juga adalah hasil daripada perbezaan pemahaman sesuatu dalil yang
dibawa oleh pelopor setiap mazhab dan ditambah lagi dengan pandangan setiap pengikut dan
penyokong mereka. Mazhab yang empat iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali tidak akan berbeza
terhadap perkara asas dan tunjang terutama sekali dalam perkara akidah dan tauhid kepada Allah s.w.t.
Tetapi mereka hanya berselisih pandangan dan pendapat dalam perkara fikah dan furu' atau cabang-
cabangnya.

Perbezaan pandangan fikah ini tidak lari dan terpesong daripada dalil-dalil yang telah disepakati iaitu al-
Quran, as-sunah, al-ijmak dan al-qiyas. Adapun terdapat dalil-dalil yang diguna pakai daripada kaedah
seperti istihsan, uruf, masalih al-mursalah dan lain-lain untuk menyampaikan maksud sesuatu hukum.

Di dalam sebuah kitab yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Ali Sayes, salah seorang profesor di
Universiti Al-Azhar, Mesir, yang bertajuk Tarikh Fiqh Al-Islami cetakan Darul Kutub Ilmiah, Beirut
menyatakan dengan tepat dan padat sejarah atau kronologi tertib dan peringkat perkembangan hukum
fikah serta sebab-sebab timbulnya mazhab yang empat yang diterima pakai dari dulu hinggalah ke hari
kiamat.
Beliau membahagikan sebanyak enam peringkat perkembangan ilmu fikah bermula dari zaman
Rasulullah sehinggalah zaman kejatuhan empayar Baghdad sehingga ke hari ini. Pada setiap satunya
mempunyai kelebihan dan kesyumulannya yang tersendiri.

Perlu ditegaskan bahawa tidak akan ada mazhab yang kelima seperti mana tidak akan ada Khulafa ar-
Rasyidin selepas Saidina Ali bin Abi Talib. Semasa hayat baginda s.a.w., segala permasalahan terus
diajukan kepada baginda tanpa ada halangan. Baginda akan menjawab terus atau menunggu wahyu
daripada Allah s.w.t. kerana baginda merupakan sumber hukum ketika itu.

Kemudian selepas kewafatan Rasulullah, para sahabat mula berijtihad untuk menyelesaikan beberapa
hukum baru yang timbul dan seterusnya berterusan kepada golongan selepasnya. Tetapi semua
perbahasan hukum ini tidak lari daripada saranan Rasulullah berdasarkan sebuah hadis sahih yang
masyhur menyatakan terus kepada mereka supaya tidak perpaling daripada al-Quran dan as-sunah.

Terdapat sebuah hadis yang juga sering dijadikan bahan rujukan seperti hadis Rasulullah mengutuskan
Muaz bin Jabal ke Yemen untuk berdakwah dan boleh berijtihad jika timbul masalah tetapi mestilah
kembali kepada asas utama hukum itu sendiri iaitu al-Quran, as-sunah dan seterusnya berijtihad.

Begitu juga tentang perbezaan para sahabat dalam memahami ayat-ayat al-Quran yang diturunkan
menunjukkan bahawa perbezaan pemberian Allah s.w.t. kepada setiap hamba-Nya dalam pelbagai
aspek. Sebagai contoh perbezaan para sahabat memahami kandungan tujuan penurunan ayat 3, Surah
al-Maidah.

Sebahagian mereka memahami bahawa ayat ini adalah satu berita gembira sesungguhnya agama Islam
itu telah sempurna dan sudah cukup lengkap tetapi Saidina Umar r.a menangis kerana beliau memahami
bahawa ayat tersebut membawa maksud baginda s.a.w. akan pergi meninggalkan mereka buat selama-
lamanya.

Perbezaan dan percanggahan pemahaman dalil-dalil dan nas-nas ini berterusan hinggalah ke zaman
pertengahan kurun keempat sehingga kejatuhan empayar Baghdad pada tahun 656 Hijrah apabila di
kalangan ulama dan ahli ijtihad mula membuat analisis tentang dalil-dalil serta pendapat dan pandangan
yang berbeza daripada mazhab-mazhab yang empat untuk diambil kekuatan hujah masing-masing bagi
diguna pakai dan seterusnya membawa tersebarnya takliq kepada mazhab-mazhab tersebut. Kemudian
dikembangkan melalui pengikut atau ulama masing-masing bermula pada pertengahan kurun ketujuh.

Jadi tidaklah menjadi satu halangan sebaliknya ia menjadi satu titik perpaduan yang utuh bagi menjalin
semangat berfikiran bernas dan terbuka terhadap sesuatu perkara dan rasa semangat kesyumulan Islam
itu sendiri.

- KHAIRUL EFFENDI HASHIM ialah pendakwah bebas.

Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai
ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesunggunya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu
tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina)
Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' empat mazhab terdahulu yang
mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???

Monday, June 30, 2008

http://al-ashairah.blogspot.com/2008/06/menilai-kedudukan-rasulullah-saw.html

Menilai Kedudukan Rasulullah SAW Di Dalam Ajaran/Fahaman Wahabi

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan nama Allah SWT, Selawat dan salam ke atas Penghulu Kita yang tercinta, Nabi Muhammad SAW
serta ahli keluarga dan para sahabat baginda r.anhum,
Pada kali ini, pihak al-Asha'irah bercadang untuk mengemukakan satu aspek yang jarang disebut di
Malaysia apabila perbincangan mengenai fahaman Wahhabi dibuat. Namun perkara ini telah pun
diketengahkan oleh para ulama' Ahli Sunnah dan Jama'ah dalam sanggahan dan penolakan mereka
terhadap fahaman Wahhabi.

Aspek tersebut ialah "FAHAMAN WAHHABIAH" juga membawa satu fahaman yang boleh merapuhkan
hubungan umat Islam dengan Nabi Muhammad SAW. Inilah yang telah ditekankan oleh beberapa orang
ulama' seperti al-Sayyid Abu al-Hasanayn Abdullah al-Hashimi, al-Sheikh Dr. Subayh Soleh, al-Sheikh
Prof. Dr. al-Sayyid Muhammad Ibn al-Sayyid Alawi al-Maliki (Abuya al-Maliki) dan beberapa ulama' lain
di dalam kitab-kitab mereka. Apabila hubungan ini telah rapuh, maka umat Islam tidak lagi sensitif
apabila Rasulullah SAW disebut sebagai budak kampung atau apabila hari kelahirannya di namakan
sebagai sambutan Abu Jahal atau dikatakan bahawa hari kelahirannya itu tidak perlu dibesar2kan. Umat
Islam juga tidak menyedari bahawa Rasulullah SAW adalah sebaik-baik wasilah bagi mereka untuk
berdoa kepada Allah SWT. Maka, mereka tidak lagi ambil peduli apabila ada pihak yang mengharamkan
tawassul, tabarruk dan istighthah dengan Rasulullah SAW sedangkan ia adalah perkara yang telah ijma'
dikalangan ulama' Islam terdahulu.

Sikap tidak sensitif dan tidak ambil peduli terhadap kemuliaan Rasulullah SAW hakikatnya lahir dari
kejahilan dan sedikitnya rasa hormat dan cinta. Mengapa tidak? Sekiranya umat Islam terdahulu
sentiasa meletakkan Rasulullah SAW dalam doa mereka, puji-pujian mereka, syair mereka, qasidah
mereka....kini ada pihak yang melihat semua itu adalah bid'ah. Menurut Dr. Subayh Soleh, fitnah yang
cuba meruntun rasa hormat dan agung terhadap Nabi Muhammad SAW dari hati umat baginda SAW
adalah fitnah Iblis. [Semoga Allah melindungi kita dengan rahmat-Nya].

Di sini adalah beberapa bukti fahaman Wahhabi yang dapat kami ketengahkan setelah menganalisa
kedudukan Nabi Muhammad SAW dalam ajaran Wahhabi. Dan kami mencapai kesimpulan bahawa
fahaman-fahaman Wahhabi akan menghakis rasa hormat dan kecintaan serta keagungan kepada
Rasulullah SAW di dalam hatinya umat baginda SAW. Fahaman-fahaman tersebut ialah:
Maqam baginda SAW tidak boleh diziarahi. Kalau sesuatu perjalanan itu dilakukan semata-mata untuk
menziarah maqam Nabi SAW maka itu adalah safar maksiat yang tidak boleh diqasarkan solat
kerananya.

Tempat lahir baginda SAW tidak perlu dipelihara. Dahulu dijadikan kandang unta, kemudian dijadikan
maktabah setelah dibantah oleh para ulama'. Dengarnya sekarang ini, nak jadi tapak Hotel Hilton, tak
tahulah.

Telaga Aris dan Ghars yang mempunyai hubungan yang rapat dengan baginda SAW dikambus dengan
hujah menghindari Syirik.

Tidak boleh mengagungkan Rasulullah SAW dengan alasan takut jatuh syirik.

Tidak boleh diraikan hari kelahiran baginda SAW. Semua orang dah maklum mengenai hakikat ini.

Tidak boleh memuji baginda SAW berlebihan. Mereka mengharamkan segala pujian-pujian termasuk
qasidah serta syair para ulama' terhadap baginda dengan alasan melampau dalam memuji baginda SAW.

Tidak boleh berdiri apabila pujian-pujian dan selawat dibacakan untuk beliau.
Tidak membenarkan berselawat bagi Rasulullah SAW melainkan dengan selawat yang ma'thur. Pada
hakikatnya, umat Islam amat digalakkan mencipta atau menyusun puji-pujian yang indah dan cantik
kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.

Hadis-hadis beliau yang sampai kepada kita dengan sanad yang dhai'f diketepikan. Maka banyaklah
amalan umat Islam yang tercabut dan tertanggal disebabkan kaedah yang mereka pegang ini.

Tidak boleh mentaswid baginda SAW atau meletakkan lafaz Sayyidina bagi baginda SAW. Tapi kalau
untuk tokoh-tokoh mereka, gelaran Sheikh al-Islam, Mujaddid, Qami' al-Bid;ah, dan lain-lain digunakan.

Ibu bapa baginda SAW dikatakan sebagai tidak berjaya dari azab neraka [Penulis: Daku berlindung
dengan Allah dan Rasul-Nya daripada kata-kata sebegini yang sering bermain di mulut golongan
Wahhabi]. Bahkan lebih teruk lagi, datuk baginda SAW, Abdul Mutallib juga dikatakan dengan tuduhan
yang sama.

Tidak boleh menghadiahkan al-Fatihah kepada baginda SAW.

Selalu mewar-warkan bahawa baginda hanyalah manusia biasa yang mendapat wahyu. Tidak lebih dari
itu.

Menolak banyak hadis yang berkaitan kemuliaan Rasulullah SAW seperti hadis tawassul Nabi Adam a.s.
dengan Nabi Muhammad SAW. Golongan Wahhabi berjuang mati-matian untu menolak perkara ini.
Tidak boleh bertawassul, bertabarruk atau beristighthah dengan Rasulullah SAW selepas kewafatan
baginda. Dengan ini, mereka melihat kedudukan Rasulullah SAW telah menurun dengan kewafatan
baginda SAW.

Menolak hadis tentang kenabian Nabi Muhammad SAW sebelum penciptaan Nabi Adam a.s.

Mengharamkan Nama Nabi Muhammad SAW dijadikan hiasan di rumah mahupun di masjid.

Memadam syair-syair pujian kepada Rasulullah SAW yang banyak terdapat di dalam Masjid Nabawi
sebelum Masjid Nabawi diambil alih oleh mereka. Maka selepas itu, syair-syair tersebut ditutup dan
dipadamkan.

Istighathah yang berbunyi: Ya Allah Ya Muhammad telah diubah menjadi Ya Allah Ya Majid [Istighathah
ini pada asalnya terdapat di Mihrab Rasulullah SAW, namun diubah setelah dikuasai Wahhabi]

Mereka ingin mengeluarkan maqam Nabi SAW daripada menjadi sebahagian daripada Masjid nabawi.
Maka sebahagian ulama' mereka tidak mahu bersembahyang di Masjid Nabawi selagi maqam Rasulullah
SAW tidak dikeluarkan.

Menolak konsep Nur Muhammad SAW yang diterima oleh banyak ulama' sufi.
Mengharamkan umat Islam menziarahi tempat-tempat bersejarah yang ada hubungan rapat dengan
Rasulullah SAW seperti Gua Thur dan Gua Hira'. Maka tidak ramai yang dapat menghayati sirah
Rasulullah SAW dengan sebaik-baik penghayatan.

Sebenarnya banyak lagi kesimpulan yang boleh dibuat mengenai kedudukan Nabi Muhammad SAW dari
kaca mata Wahhabi. Semua kaedah yang diasaskan oleh mereka ini akan menyebabkan hilang rasa cinta
dan hormat kepada Rasulullah SAW. Yang hanya ditekankan oleh mereka ialah ittiba' (mengikut). Itu pun
dalam makna yang salah dan berpenyakit. Jarang kita melihat golongan Wahhabi mampu menghuraikan
tentang cinta dan rasa hormat serta adab yang perlu ada dalam diri umat Islam terhadap Rasulullah
SAW.

Kami teringat sebuah kisah di mana seorang tokoh GERAKAN WAHHABI yang membandingkan
Rasulullah SAW dengan sebatang tongkat. Pada satu hari, apabila dia berada di hadapan pengikutnya,
dia memerintahkan agar untanya bangun dengan berkata: "Dengan Nama Muhammad! Bangunlah."
Tetapi unta tersebut tidak mahu bangun. Dia mengulangkan kata-kata yang sama di hadapan
pengikutnya, dan unta tersebut tetap tidak mahu bangun. Lalu dia memukul unta itu dengan
tongkatnya, lantas unta itu pun bangun. Dia pun berkata kepada pengikutnya: "Lihatlah! Tongkat aku ini
lebih mampu memberi manfaat berbanding [Nabi] Muhammad [SAW di dalam maqam/kubur baginda]".
Tujuannya ialah untuk menyatakan bahawa Rasulullah SAW itu tidak mampu berbuat apa-apa selepas
wafat. [Astaghfirullah].

Dengan kaedah-kaedah dan fahaman di atas, FAHAMAN WAHHABI secara sedar atau tidak sebenarnya
merobohkan rasa cinta dan hormat dalam diri umat Islam kepada Rasulullah SAW.

Soalan yang perlu ditanya oleh setiap daripada kita:

Di manakah kedudukan Rasulullah SAW di dalam hati kita?


Apakah yang telah kita lakukan apabila Rasulullah SAW direndah-rendahkan oleh orang Islam yang
berfahaman berpenyakit atau orang bukan Islam yang sememangnya nyata sikap permusuhan mereka
dengan Islam?

Adakah kita tidak takut dihalau daripada hawd (telaga) baginda SAW di akhirat nanti kerana terpengaruh
dengan fahaman yang cuba menjatuhkan martabat baginda SAW di mata umat baginda SAW?

Fikir-fikirkanlah.

Posted by Al-Ashairah at 12:38 AM

Labels: Mempertahankan Rasulullah SAW

Thursday, November 5, 2009

Bahaya Wahabi

Oleh Roslan Ibrahim dan Mohd Fadly Samsudin

rencana@hmetro.com.my

GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul
ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran
akidah seperti khurafat dan bidaah.

Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu
agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu.

Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu
Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan
berzikir selepas solat.
Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam
bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.

Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi
mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka
pengikut ajaran Wahabi.

Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan
menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam
mudah sehingga masyarakat keliru.

Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam sendiri,
malah seluruh masyarakat.

Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di
kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.

Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran)
Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut
jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan
(kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka
jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).

Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada
sumber perundangan Islam.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais),
Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal tahun 1900 apabila Sheikh
Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka.
"Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang. Melalui
sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari.

"Selepas menamatkan pengajian di sekolah terbabit pada tahun 1925 beliau menyambung pengajiannya
di Mesir dan pulang ke negara ini pada tahun 1932.

"Beliau menyebar fahaman Wahabi di Pulau Pinang, tetapi mendapat tentangan hebat ramai tokoh
ulama ahlu Sunnah, antaranya Sheikh Abdullah Fahim.

"Beliau lari ke Kedah dan kemudian menetap di Perlis bagi menyebarkan fahaman Wahabi," katanya.

Mahfuz berkata, ketika itu ia dinamakan fahaman muda atau mudah kerana mereka selalu bermudah-
mudahan.

Ini dicatatkan di dalam Kitab Senjata Syariat yang diterbitkan pada tahun 1953 khas bagi menjawab
gerakan Wahabi oleh tiga tokoh ulama besar ketika itu: Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Tun Hussein
Pokok Sena dan Sheikh Abdul Rahman Abdullah Merbok.

Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang menimbulkan
keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular, labi-labi dan penyu.

"Di dalam buku itu, Abu Bakar as-Ashaari mencaci amalan bermazhab yang dikatakan haram dan bidaah
dalal.

"Ulama ketika itu sudah memberi amaran bahawa gerakan Wahabi sudah menyusup dalam masyarakat
dan perlu membendung segera," katanya.

Hasil ketegasan ulama sebelum ini, fahaman Wahabi kian menyepi, tetapi kini muncul kembali berikutan
banyak kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja atas 'tiket' menyebarkan Islam.
"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-
Quran dan hadis.

"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali,
Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.

Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam
di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan
umat keliru.

Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-
Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, Bekas
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia,
Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan
tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.

Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat"
adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.

Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya bid'ah
sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. Mereka meninggalkan perkara itu mungkin kerana
keuzuran."

Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas
sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.

Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu
mempunyai asas dalam syarak.
Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku
pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia
melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.

Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan
mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka
diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk
yang di sisiNya."

Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid
adalah disyariatkan.

Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi
s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad
berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim.
Kitab Salah al-Musafirin (231/791).

Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang
ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan
yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.

INFO
Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

# Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu
Taimiyyah

# Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang
antara satu sama lain (Talfiq)

# Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias

# Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)

# Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w

# Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik

# Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya

# Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj
dan lain-lain

# Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya

# Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh

# Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah


# Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w

# Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja

# Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang

# Amalan tariqah dilarang sama sekali

# Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras

Anda mungkin juga menyukai