Anda di halaman 1dari 2

Isu Wahabi Di Malaysia : Suatu Pengenalan

Sejak kebelakangan ini, isu Salafi Wahhabi menjadi buah mulut masyarakat di Malaysia,
khususnya di kalangan ahli ilmu. Dikatakan bahawa, kefahaman Salafi Wahhabi telah tersebar
meluas dalam masyarakat IPTA khususnya di Malaysia. Jadi, apakah gerakan ini dan apakah
matlamat mereka dalam menyebarkan ajaran mereka di dalam masyarakat.
Kalau di Mesir khususnya, isu Salafi Wahhabi sememangnya tidak pernah padam
dibincangkan. Ini kerana, golongan Salafi Wahhabi di sini sememangnya berkembang secara
meluas. Jadi, kebanyakkan ulama-ulama muktabar di Al-Azhar berusaha untuk melawan
arus deras Wahhabisme di Mesir. Ulama-ulama seperti Dr. Ali Jumah (mufti Al-Azhar),
Dr. Omar abu Hasyim (bekas rektor Al-Azhar) dan kebanyakkan ulama-ulama hadis,
falsafah dan syariah di Al-Azhar menentang fahaman Wahhabi dalam penulisan mahupun
dalam pidato mereka.
Mengapa perlu melawan arus Wahhabisme? Siapakah Wahhabisme? Apakah matlamat
mereka?
Secara ringkasnya, kumpulan Salafi Wahhabi diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab.
Beliau menganggap umat Islam setelah zaman salaf (zaman Rasulullah s.a.w. sehingga 300
Hijrah) telah mengalami kepincangan khususnya dari sudut aqidah dan terlibat dengan amalan
bidah.
Beliau beranggapan begitu apabila beliau melihat fenomena umat Islam pada ketika itu yang
terlalu mengagungkan para wali, sering menziarahi kubur mereka, dan pelbagai lagi perkara
yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., yang dilakukan oleh umat Islam setelah
zaman salaf.
Golongan utama yang menjadi sasaran Muhammad ibn Abdul Wahab dan para pengikutnya
ialah golongan sufi yang giat mengembangkan ilmu akhlak dan adab dalam bermuamalah
kepada Allah dan makhluk. Mereka menuduh golongan sufi menyembah kubur para wali dan
meminta pertolongan dari para wali, dan seterusnya membuktikan golongan sufi ialah
golongan yang syirik.
Dari sudut aqidah pula, golongan Wahhabi terpengaruh dengan fahaman Shiekh Ibn Taimiyah
dan mereka menyerang mazhab-mazhab asas ahlul sunnah wal jamaah sejak berzaman, iaitu
mazhab Imam Al-Asyari (mazhab aqidah di Malaysia) dan mazhab Imam Al-Maturidiyah.
Bukan itu sahaja, malah mereka turut menyerang mazhab-mazhab fiqh termasuklah mazhab
As-Syafie dan mereka menganggap hanya merekalah yang benar dalam memahami Al-Quran
dan As-Sunnah, sedangkan perbezaan pendapat yang bercanggah dengan mazhab mereka
dianggap sesat dan salah, bahkan sampai ke tahap membidahkan pendapat mazhab yang
kontra dengan mereka.
Pelopor-pelopor mereka pada zaman ini termasuklah Sheikh al-Albani, Sheikh Ibn Baz,
Sheikh Al-Uthaimin, dan Sheikh Abu Bakar al-Jazairi. Benteng terbesar golongan tersebut
ialah di Arab Saudi, dan mereka bernaung di bawah naungan kerabat kerajaan Bani Saud,
kerana unsur-unsur sejarah di mana golongan Wahhabilah yang membantu Bani Saud
mendapatkan tahkta kerajaan di Tanah Hijjaz (Arab Saudi kini).

Kini, golongan tersebut terus menebarkan sayapnya ke serata alam dengan pelbagai cara
termasuklah dengan menggunakan wang, mengedarkan buku-buku percuma tentang fahaman
mereka kepada jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia, menanam fahaman Wahhabi
kepada para pelajar yang menuntut di Mekkah dan Madinah, khususnya para pelajar yang
datang dari negara-negara islam yang lain.
Persoalannya, apakah matlamat sebenar golongan Wahhabi dan benarkah apa yang mereka
perjuangkan?
Para ulama muktabar telah menyingkap persoalan tersebut secara mendalam, dan kesimpulan
yang dapat mereka buat ialah, golongan Wahhabi sebenarnya cuba memecahkan kesatuan
umat Islam khususnya dengan menutup pintu perselisihan pendapat dan menuduh golongan
yang bercanggah dengan mereka adalah sesat dan bidah.
Golongan Wahhabi cuba menegaskan bahawa, perbezaan pendapat tidak dibenarkan dalam
memahami Al-Quran dan As-Sunnah, dan hanya ada satu sahaja kefahaman yang benar dan
perlu diikut, sedangkan kefahaman yang lain adalah sesat atau bidah.
Contohnya, dalam isu doa qunut dalam solat Subuh.Golongan Wahhabi menegah daripada
membacanya sedangkan itu merupakan masalah khilafiyah (masalah yang para ulama
berselisihan pendapat mengenainya), dan Mazhab As-Syafie khsusnya, menyatakan bahawa
membaca qunut pada Solat Subuh adalah sunat.

Anda mungkin juga menyukai