Anda di halaman 1dari 2

POHON TAJWID SUATU PENGENALAN RINGKAS

Tajwid bermakna 'memahirkan sesuatu' dan apabila dikaitkan dengan Al-Qur’an memberi maksud memahirkan diri
dalam penyebutan huruf Al-Qur’an dan kaedah pembacaannya.

Dua asas Ilmu Tajwid :

1.Tajwid Kaedah Bacaan yang merangkumi hukum hakam seperti hukum Mad.
2.Tajwid Makrajiah yang membincang kaedah menyebut huruf dengan tepat dan segala sifatnya.

Kedua bahagian ini turut dibincang dalam modul Pohon Tajwid; malah, turut sertakan lebih dari 4000 contoh hukum
tajwid dalam Juz Amma, animasi kaedah sebutan Huruf dan juga kuiz bagi pengguna menganalisa kefahaman diri.
Walau bagaimanapun, ingin kami tegaskan bahawa aplikasi ini hanyalah satu tambahan dan pelengkap kepada
pengajian dengan guru yang bersanad, kerana sunnatulullah belajar bermusyafahah (bersemuka) dengan Jibrail dan
diajar secara musyafahah dengan para sahabat dan seterusnya berlanjutan sehingga zaman tabe'in.

    KATEGORI PEMBACA AL-QUR’AN


1

4 Seorang yang mempelajari ilmu Tajwid dengan ijazah sanad serta mengamalkannya dalam pembacaan dan
mengajarkannya kepada orang ramai.

Seorang yang belajar ilmu tajwid dan mengamalkannya (kekurangannya tidak menerima ijazah bersanad sehingga ke
Rasulullah S.A.W.)

Seorang yang belajar tetapi masih lemah dalam mengamalkan ilmu tajwid dalam pembacaannya akan menerima 2
pahala (seperti disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayyiditina Aisyah R.A)

Seorang yang membaca Al-Qur’an tanpa bertajwid kerana tiada inisiatif untuk mempelajarinya. Ulama bersepakat
bahawa perbuatan ini berdosa jika sengaja dan wajib segera bertaubat. Perbuatan ini umpama bersolat tanpa
berwudhu.     HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID

Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah tetapi beramal dengannya (membaca al-Qur’an dengan
bertajwid) hukumnya adalah fardu ‘ain bagi setiap Muslimin dan Muslimat yang mukallaf.

  PENGERTIAN TAJWID  

Dari Segi Bahasa: Memperelokkan atau mempercantikkan sesuatu.

Dari Segi Istilah: Mengeluarkan sebutan huruf-huruf Hijaiyyah dari makhrajnya dan dipenuhi serta dipelihara segala
sifat asal huruf-huruf tersebut.

  DALIL-DALIL SOKONGAN

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "Dan bacalah al-Qur’an dengan Tartil(perlahan-lahan)" [al-Muzammil: 4]

Firman-Nya pada ayat yang lain maksudnya: "Dan Al-Qur’an itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau
membacakannya kepada manusia dengan perlahan-lahan dan Kami menurunkannya beransur-ansur" [al-Isra’: 106]

  KELEBIHAN DAN FADHILAT ILMU TAJWID


Ilmu Tajwid wajar dipelajari kerana ia merupakan semulia-mulia ilmu; ia berkaitan terus dengan Kalam Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai