UKM 2005 4
ASPEK FONOLOGI DIALEK KELANTAN:
SATU ANALISIS TEORI OPTIMALITI
Saya akui karya ini adalah h a d kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiaptiap satunya telah saya jelaskan sumbemya.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinan dan limpah
kurnianya saya dapat menyrapkan tesis ini.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga tujukan kepada Prof Madya Dr.
Ahmad Mahmood Musanif dan Tn. Hj. Mohamad Kasim dari FBMK, UPM yang
sanggup mengarnbil risiko untuk menjadi penjamin bagi memenuhi syarat cuti belajar
saya. Tidak lupa juga kepada pihak pentadbiran UPM dan FBMK yang banyak
membantu dan memahami segala pennasalahan yang saya hadapi dan semua yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Akhir sekali saya juga ingin merakarnkan ucapan terima kasih yang tak
terhingga kepada ibu bapa, isteri dan anak-anak saya yang telah memberi sokongan
moral kepada saya sehngga berjaya menyiapkan tesis ini.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan dan memberi penjelasan tentang beberapa
aspek fonologi yang berlaku dalam dialek Kelantan. Aspek-aspek tersebut
termasuklah inventori segmen, struktur suku kata dasar, koda, rima, nukleus, gugusan
nasal-obstruen, dan pengguguran suku kata awal. Kajian lampau terhadap aspek-aspek
tersebut kebanyakannya belum mencapai kepadaan penjelasan. Dalam kajian hi,
aspek-aspek berkenaan dianalisis dengan menggunakan pendekatan kekangan
danpada kerangka teori Optimaliti. Data kajian terdiri daripada surnber sekunder yang
diperolehi daripada kajian kepustakaan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
inventori segmen yang digunakan sebelum ini perlu diubah sesuai dengan kehendak
kajian fonologi terkini. Struktur suku kata dasar dialek Kelantan ialah (Onset)-
Nukleus-(KO&). Segmen di posisi koda dikawal oleh syarat koda yang hanya
membenarkan segmen glotis bukan daerah [h, ?, N] mendudukinya. Rima yang terdiri
daripada konstituen nukleus dan koda, menunjuMcan fenomena lebih-guna dan gagal-
guna yang dianalisis dengan bantuan teori Simpati. Pada posisi nukleus, berlaku
pembelakangan vokal rendah dalam kata akar, dan kata terbitan yang dianalisis
dengan bantuan teori Koresponden Output-output. Hasil analisis ini menunjukkan
bahawa pembelakangan vokal rendah biasanya berlaku pada suku kata terbuka tanpa
tekanan. Pada posisi onset awal kata, berlaku onset kompleks dan geminat akibat
pengguguran suku kata yang dikawal oleh Prinsip Urutan Sonoriti. Analisis ini
mendapati bahawa rnora bukan sahaja boleh dihubungkan dengan nukleus dan koda,
tetapi juga dihubungkan dengan onset di awal suku kata yang berlaku akibat
pengguguran suku kata awal.
PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
UIVERSITI PUTRA MWAYSlA
The aim of this study is to describe and explain the phonological aspects of the
Kelantan dialect. These include segmental inventory, basic syllable structure, coda,
rime, nucleus, nasal-obstruent sequences, and initial syllable deletion. The analysis of
these aspects in the previous studies fail to achieve explanatory adequacy. The current
analysis is couched in the fixmework of a constraint-based approach of Optimality
Theory. The data for this study are secondary data, collected from the library research.
This study shows that the previous segment inventory needs to be revised in
accordance with current phonological perspective. The basic syllable structure of
Kelantan dialect comprises of (Onset)-Nucleus<Coda). Segment in the coda position
is govemed by the Coda Condition which only allows placeless glottal segment @,. 1,
N]. The rime, which made up of nucleus and coda constituents, undergo the processes
of underapplication and overapplication, which can be explained by the CO-theory of
Sympathy. In the nucleus position, there is a process of a backing low vowel in the
root and derived word which is analysed in the CO-theoryof Output-output
Correspondence. The analysis observes that the backing of low vowel normally occurs
in the unstressed open syllable. The occurrence of complex onset and geminate in the
initial onset position when the first syllable is deleted, is govemed by the Sonority
Sequence Principle. This study shows that in addition to the nucleus and coda, the
mom can also be link to the onset of the initial syllable of a word.
KANDUNGAN
Halaman
..
PENGAKUAN 11
PENGHARGAAN ...
111
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
SENARAI KANDUNGAN vi
SENARAI SIMBOL X
SENARAI SINGKATAN xi
BAB I PENGENALAN
1.1
1.2 Latarbelakang Dialek Kelantan
1.2.1 Sejaxah dialek Kelantan
1.2.2 Geografi: dialek Kelantan
1.2.3 Penutur dialek Kelantan
Pernasalahan Kajian
Tujuan Kajian
Jangkaan Dapatan
Bidang dan Batasan Kajian
Kepentingan Kajian
Konsep Operasional
1.8.1 Konsepkonsep asas fonologi
1.8.2 Konsepkonsep asas fonologi prosodik
1.8.3 Konsepkonsep asas fonologi segmental
Kesimpulan
Pendekatan Non-linguistik
2.2.1 Konsonan
2.2.1.1 Konsonan oral akhir kata
2.2.1.2 Konsonan nasal akhir kata
2.2.1.3 Urutan konsonan
2.2.2 Vokal
Vokal suku kata akhir
urutan vokal
Pendekatan Linguistik
2.3.1 Pendekatan linguistik struktural
2.3.1.1 Inventori fonem
2.3.1.1.1 Inventori konsonan
2.3.1.1.2 Inventorivokal
2.3.1.2 Konsonan
2.3.1.2.1 Konsonanaklnrkata
2.3.1.2.2 Urutankonsonan
2.3.1.2.3 Pengurangan suku kata
2.3.1.3 Vokal
2.3.1.3.1 Vokalsukukataakhir
2.3.1.3.2 Urutanvokal
2.3.2 Pendekatan fonologi Generatif (FG)
2.3.2.1 Model analisis
2.3.2.1.1 Analisislinear
2.3.2.1-2 Analisis non-linear
2-3.2.2 Inventori konsonan
2.3.2.3 Inventori vokal
2.3.2.4 Pola suku kata dasar dan penyukuan
2.3.2.5 Konsonan nasal dan nasalisasi vokal
2.3.2.6 Konsonan oral akhir kata
2.3.2.6.1 Pelemahanfiikatifld
2.3.2.6.2 Pengglotisan hentian tak bersuara
IP, t, w
2.3.2.6.3 Syaratkodasukukata
2.3.2.6.4 Pembelakangd pembundaran
vokal suku kata akhir
2.3.2.7 Urutanvokal
2.3.2.8 Perendahan vokal
2.3.2.9 Pengurangan suku kata
Kesimpulan
METODOLOGI
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Fonologi merupakan satu bidang linguistik yang mengkaji sistem bunyi yang
mempunyai fungsi-fungsi tertentu &lam sesuatu bahasa. Bagi memudahkan pemerian
sistem bunyi atau fonologi ini maka satu unit nahu yang dinamakan fonem telah
diwujudkan. Manusia sebenarnya telah mengenal hakikat fonem sejak mereka mula
pandai membentuk sistem ejaan. Sejak daripada itu, manusia telah mula mengkaji
lambang-lambang yang digunakan untuk mendeskripsi bunyi bahasa tersebut
sehinggalah ke peringkat kajian secara saintifik. Hasilnya muncullah pelbagai teori
dan aliran linguistik yang cuba menghurai dan memperjelaskan aspek-aspek fonologi
yang berlaku.
Namun begitu, sejak kebelakangan ini telah berlaku satu perubahan besar
dalarn aliran fonologi, iaitu daripada andisis yang menggunakan asas input nunus
tulis semula (input-based rewrite rules) kepada analisis yang berasaskan output
kekangan kepumaan bentuk (output-based well-formedness constraints). Kedua-dua
aliran ini telah memperlihatkan kemunculan berbagai-bagai teori fonologi. Bagi aliran
pertama, terdapat dua pendekatan analisis yang utarna iaitu analisis Linear dan Non-
linear. Bagi aliran kedua pula, yang paling banyak digunakan, paling berpengaruh dan
terbukti berkesan ialah teori Optimaliti (TO). Banyak ahli-ahli linguistik yang sebelurn
ini menggunakan pelbagai pendekatan atau teori lain telah beralih kepada TO dan
telah berjaya menyelesaikan banyak masalah linguistik terutamanya dalam bidang
fonologi yang tidak dapat dijelaskan dengan berpada oleh teori-teori sebelumnya.
Sejak diperkenalkan oleh Prince dan Smolensky (1993) sehingga sekarang, TO ini
masih utuh dan pesat berkembang.
Oleh itu, tesis ini aka membincangkan beberapa aspek fonologi DK dalam
konteks yang lebih luas. Aspek-aspek tersebut ialah inventori segmen, struktur suku
kata dasar, koda suku kata, rima suku kata tertutup, gugusan nasal-obstruen (nasal-
obstruent sequences), nukleus suku kata, dan pengguguran suku kata (syllable
de~etion)~.Aspek-aspek ini akan dianalisis dengan menggunakan pendekatan
tatatingkat kekangan daripada TO.
DK adalah salah satu daripada beberapa dialek yang terdapat dalam bahasa Melayu
(BM) seperti dialek Johor, Selangor, Melaka, Sarawak, Kedah, Perak, Pahang,
Terengganu, Negeri Sembilan, Patani, Brunei dan lain-lain lagi. Berdasarkan beberapa
kajian diaIek Melayu di Semenanjung Malaysia, Pepys (1916) beranggapan bahawa
DK adalah dialek yang paling sukar difahami oleh penutur dari didek lain. Kenyataan
- -
Kajian Trigo (1988) merupakan tesis Ph.D yang tidak diterbitkan, manakala Trigo (1991)
pula merupakan artikel dalam jurnal (lihat rujukan). Kedua-duanya tidak diperolehi oleh penulis.
Bagaimanapun banyak kajian-kajian lain yang memuatkan hasil kajian ini yang dipetik oleh penulis dan
dinyatakan sumber rujukannya
Sesetengah ahli optimaliti menggunakan istilah pengurangan suku kata (syllable reduction)
bagi merujuk fenomena yang sama.
ini disokong oleh de Queljoe (1971 dlm. Ajid 1985) yang menyatakan bahawa
perbezaan antara dialek Perak dan Pahang adalah kecil jika dibandingkan dengan
perbezaan yang wujud antara kedua-dua dialek tersebut dengan DK. Antara faktor-
faktor yang menyebabkan perbezaan ini ialah faktor sejarah, geografi dan latar
belakang sosial penutur itu sendiri.
BM Purba
DJohor
Da, Db...Dn dalam rajah di atas mewakili dialekdialek Melayu sekarang. Boleh juga
diandaikan bahawa Da, Db...Dn itu juga mempunyai bentuk klasik masing-masing,
atau setidak-tidaknya kelainan yang lebih tua d m yang ada sekarang ini. Rekonstruksi
dan andaian ini penting bagi menentukan bentuk dalaman sesuatu dialek supaya tidak
terikat dengan bentuk BM yang ada sekarang.
Dalam sat- lagi kajian yang dibuat berdasarkan kepada kelainan leksikal clan
fonetik, penggolongan dialek Melayu di Semenanjung Malaysia boleh dibahaghn
kepada dua golongan yang besar, iaitu (Ismail 1973):
Berdasarkan pendapat ini, DK, dialek Terengganu, pedalarnan Kedah dan pedalarnan
Perak Utara adalah termasuk dalam golongan pertama. Johor, Melaka, Selangor, dan
selatan Perak termasuk dalam golongan kedua. Hubungan Kelantan-Patani dapat
dibuktikan melalui sejarah perhubungan antara Kelantan dan Siam,Patani yang begitu
erat. Kelantan pemah berada di bawah naungan Siam sehingga tahun 1909. Selepas
itu, Kelantan diserahkan kepada pemerintahan British mengikut perjanjian "The
Bangkok Treaty" (Nik Safiah 1965: 6). Persamaan-persamaan yang erat &lam &alek
dm budaya Patani clan Kelantan masih wujud sehingga sekaraflg. Selain itu, banyak
juga di kalangan mereka yang masih mempunyai hubungan kekeluargaan yang
merentasi sempadan keduadua buah negara.
UMWERSiT1 PUTRA
negara. Persamaan ini boleh didengar dengan jelas melalui stesen Radio Malaysia
Kelantan (RMK) yang menggunakan DK dan stesen radio Namthiwat yang
menggunakan dialek Patani. Kedua-dua siaran ini, boleh didengari hampir di seluruh
Kelantan dan kawasan yang berhampiran dengannya Selain itu, kegiatan sosio-
ekonomi seperti perniagaan, pelancongan, pengajian, ziarah keluarga, penajrahan
dan perkahwinan sexing berlaku di keduadua belah pihak. Hal ini menyebabkan
Kelantan dan Patani hanya dipisahkan oleh persempadanan wilayah Malaysia clan
Thailand tetapi tidak berpisah dari segi l m g w t h y a
Begitu juga yang berlaku di daerah Besut &lam negeri Terengganu yang
bersempadanan dengan negeri Kelantan. Kota Bham, Ibu negeri Kelantan adalah lebih
hampir kepada penduduk Besut jika diiandingkan dengan Kuala Terengganu, ibu
negeri Terengganu. Kedudukan geografi ini menyebabkan hampir seluruh kegiatan
sosio-ekonomi clan budaya di daerah ini berkait r a t dengan Kelantan. Hal ini
menyebabkan seluruh daerah Besut menuturkan DK. Malah semangat kenegerian
yang ditunjukkan oleh kebanyakan penduduk Besut ialah semangat kenegerian
Kelantan. Percampuran antara DK dan dialek Terengganu hanya berlaku di sesetengah
kawasan di d a d Setiu yang berhampiran dengan Kuala ~ e r e n ~ ~ a n u '
Negeri Kelantan mempunyai penduduk seramai 1,313,014 orang yang terdiri daripada
bangsa Melayu, Cina, In& Siam, dan lain-lain. Sebanyak 94% penduduk adalah
berbangsa Melayu (Jabatan Perangkaan Malaysia 2001 dlm. portal rasmi kerajaan
negeri Kelantan). Penutur-penutur DK di Kelantan akan menggunakan dialek ini
dalam berbagai situasi termasuklah sesetengah majlis rasmi dan ketika bercakap
dengan bangsa bukan Melayu. Kebanyakan masyarakat bukan Melayu di negeri hi
juga boleh bercakap dalam DK dengan baik.
Masalah yang paling asas dalam teori fonologi ialah untuk menentukan
inventori fonem atau segmen sama ada konsonan atau vokal. Ini kerana terdapat
perbezaan pendapat di kalangan pengkaji-pengkaji sebelum ini tentang keduadua
inventori konsonan dan vokal DK sama ada dari segi jumlah, status atau fiturnya. Dari
segi jumlah inventori konsonan misalnya, Nik Safiah (1985: 122) berpendapat ada 19
fonem, manakala Hashim (1974), Ajid (1985) dan Abdul Hamid (1994) berpendapat
ada 20 fonem (lihat 4.1.1). Masalah dari segi status fonem juga masih kurang jelas.
Misalnya, Zaharani (1998) beranggapan bahawa konsonan b, w, ?I tidak berstatus
fonem dalam BM yang mempunyai banyak persamaan dengan fonem DK. Dari segi
fiturnya pula, bergantung kepada cara dan daerah sebutan sert. perilaku fonologinya.
Misalnya, Hashim (1974) dan Abdul Hamid (1994) beranggapan bahawa vokal yang
mempunyai fitur nasal juga adalah fonem, manakala Nik Safiah (1965) dan Ajid
(1985) tidak. Penjelasan tentang inventori fonem atau segmen ini sangat penting
kerana ia akan mempenganh keseluruhan analisis dan dapatan kajian.
Perrnasalahan kedua ialah mengenai struktur suku kata dasar DK. Struktur
suku kata dasar DK adalah sama dengan struktur suku kata dasar BM dan dialek-
dialek Melayu yang lain kerana ia berasal daripada bahasa induk yang sama.
Kebanyakan ahli fonologi BM beranggapan bahawa pola suku kata dasar BM ialah
(K)V(K) kecuali Teoh (1994) yang beranggapan KV(K). Anggapan Teoh ini
bennakna &am BM hanya terdapat dua jenis suku kata sahaja, iaitu KV dan KVK,
manakala suku kata tanpa onset seperti V dan VK tidak dibenarkan. Bagaimanapun
dari segi TO, hierarki kekangan bagi menjelaskan struktur suku kata dasar ini
munglun berbeza disebabkan ia dinilai berdasarkan stuktur luarannya.
Permasalahan seterusnya ialah tentang posisi koda suku kata yang hanya
membenarkan segrnen [h, ?, p] mendudukinya. Sebahagian daripadanya telah
dihuraikan oleh Teoh (1994) dengan menggunakan analisis Linear dan Non-linear.
Dengan menggunakan analisis Non-linear Teoh telah menjelaskan mengapa hanya [h,
?I dibenarkan menduduki koda suku kata DK. Bagaimanapun persoalan mengapa
sebahagian daripada segmen nasal menjadi [g] (seperti dalam contoh Iiaked -+
Ua.keq]) dan sebahagian lagi digugurkan (seperti dalam contoh /makan/ -+ [rnZ.kq)
tidak dijelaskan secara berpada. Malah beliau telah melihat kedua-dm perkara tersebut
secara berasingan. Selain Teoh, Lombarh (2001) juga membuat analisis terhadap
syarat koda (coda condition) DK dengan menggunakan TO tetapi kekangan
di1etakka.u
SYARATKODAU~~~ pada tingkat yang rendah menyebabkan calon-calon
yang bukan output sebenar boleh menang sebagai output optimal (lihat 4.4).
M adalah simbol kepada nasal glotal bersuara bukan daerah yang digunakan bagi
menangani pennasalahan nasal yang menduduki koda suku kata, termasuk DK. Sebelum ini simbol
nasal velar bersuara [IJ] digunakan.
Penggunaan mall capsfont untuk istiiah khusus &lam TO adalah untuk membezakannya
dengan kata umum.
Sebahagian daripada pematuhan kekangan SYARATKODA
suku kata di atas
telah menirnbulkan permasalahan pembelakangan vokal rima suku kata akhir tertutup
(seperti dalam contoh /m&rah/+ [ms-yah], /mas& -+ [masa?]), dan pendepanan dm
penaikan vokal (seperti dalam contoh Imakanl -+ [ma.kE]). Keduadua masalah ini
dijelaskan oleh Teoh (1994) secara berasingan walaupun keduaduanya melibatkan
posisi suku kata yang sama. Teoh beranggapan bahawa vokal /a/ yang direalisasikan
sebagai [a] di atas dan pada akhir kata kadang-kadang direalisasikan sebagai vokal
[+bundar] seperti /sakolah/ + [sa.kdah], dan /butal-+ [bab]. Sebab-sebab berlaku
sedemikian tidak dijelaskan. Beliau telah menggunakan kaedah atur rumus bagi
menjelaskan peringkat-peringkat perubahan yang berlaku. Bagi pembelakangan vokal,
beliau beranggapan bahawa perubahan pada nukleus berlaku terlebih dahulu sebelum
koda sedangkan dalam pendepanan dan penaikan vokal, beliau berpendapat berlaku
pengguguran segmen koda dahulu sebelum berlaku nasalisasi gantian ke belakang
(compensatory regressive nasalization). Teoh juga beranggapan bahawa perubahan /a/
-+ [El sebagai rumus alarniah (natural rule) sahaja, tanpa memberi penjelasan lanjut
mengenainya.
Masalah seterusnya ialah yang berkaitan dengan urutan konsonan. Aspek yang
selalu menjadi topik perbincangan dalam hal ini ialah mengenai gugusan nasal-
obstruen. Dalam DK, apabila berlaku gugusan nasal-obstruen talc bersuara dalam
bentuk dalaman, maka ia akan direalisasikan dengan pengguguran nasal tersebut
(misalnya, /lampu/ -+ [la.pu]), manakala apabila berlaku gugusan nasal-obstruen
bersuara, maka obstruen akan digabungkan ke dalam nasal (rnisalnya, /lambu/ -+
[la.mbu]). Pater (1999), Kager (1999) dan McCarthy (2002) membincangkan
fenomena gugusan nasal-obstruen tak bersuara, manakala Lee (2003) membincangkan
fenomena gugusan nasal-obstruen bersuara. Kesemua mereka menggunakan TO.
Walaupun analisis mereka secara keseluruhannya adalah baik, namun terdapat
beberapa aspek kajian ini yang memerlukan penjelasan lanjut, terutamanya tentang
perbezaan yang wujud di antara Pater, Kager dan McCarthy dan perkaitannya dengan
analisis Lee yang dilihat secara terpisah.
Daripada posisi nukleus suku kata yang diisi oleh segmen vokal pula, terdapat
sekurang-kurangnya tiga permasalahan utama yang belum mencapai tahap kepadaan
penjelasan sebelum ini, iaitu pembelakangan, pemanjangan, dan pengguguran vokal.
Teoh (1994) melihat aspek pembelakangan vokal dalam suku kata terbuka adalah
sama dengan pembelakangan vokal yang berlaku dalam rima akhir kata, sedangkan
fenomena yang berlaku dalam rirna akhir kata dipenganh oleh koda suku kata,
manakala suku kata terbuka pula tidak mengandungi koda. Misalnya, Isasat/ yang
direalisash sebagai [sa-sa?] tidak menunjukkan pembelakangan vokal berlalm,
sedangkan /sasak/ yang direalisasikan sebagai [sa.sa?] menunjukkan berlakunya
pembelakangan vokal. Teoh juga beranggapan bahawa /a/ akhir kata direalisasikan
sebagai vokal [+belakangl bundar], maka ia mash terbuka kepada perbincangan
terutama bagi menentukan sama ada ia mempunyai fitur [+bundar] atau tidak, melalui
kriteria kebolehramalan (predictability) atau kebolehmunculan semula
(recoverabi~ity).~ Ini melibatkan interaksi antara muka fonologi dan morfologi
kerana ia menggunakan imbuhan akhiran.
Teoh (1994) juga beranggapan bahawa urutan vokal 1-aul dan /-ail menjadi
difiong [-au] dan [-ail terlebih dahulu sebelum direalisasikan sebagai monoftong [a] di
posisi aklur kata. Misalnya, /pukaul + [puka], dan Itupad -+ [tu.pa]. Persoalannya
Untuk keterangan lanjut tentang kriteria-kriteria ini sila lihat Zaharani (1993) dan Farid
(1 988).
ialah, mengapa urutan vokal tersebut perlu menjadi diftong terlebih dahuly sedangkan
hasil yang sama diperolehi sekiranya vokd tinggr tersebut terus mengalami
pengguguran. Selain itu, beliau beranggapan bahawa atur nunus /a/ -P [all f3] berlaku
sebelurn monoftongisasi. h i menyebabkan vokal la1 kekal tanpa mengalami
pembelakangan atau pembundaran. Ini berbem dengan pengguguran likuida, apabila
beliau beranggapan bahawa sebab vokal yang mendahului likuida tidak mengalami
pembelakangan atau pembundaran ialah kerana pemanjangan vokal yang berlaku,
bukannya disebabkan oleh atur rurnus tertentu. Perbezaan ini memerlukan penjelasan
lanjut yang lebrh berpada.
TUJUAN KAJTAN
Ekoran pernyataan masalah di atas, pada asasnya kajian ini bertujuan menilai dan
memperbaiki semula aspek-aspek fonologi yang masih belwn mendapat penjelasan
yang sewajarnya dalam kajian lalu dengan cam menghuraikan dan
memperjelaskannya secara lebih berpada dengan menggunakan kerangka TO. Aspek-
aspek yang sudah mantap analisisnya dalam kajian lepas akan dikuatkan dengan bukti-
bukti dan hujah-hujah baru. Oleh itu, kajian ini akan melihat aspek-aspek fonologi DK
secara lebih meluas, termasuklah aspek-aspek yang belum dikaji sebelumnya.
Dalam aspek struktur suku kata dasar, selain menjelaskan perbezaan pendapat
yang wujud, satu set hierarki kekangan yang relevan bagi menjelaskan aspek tersebut
juga perlu dikemukakan. Walaupun di peringkat representasi dalaman struktur suku
kata DK adalah sama dengan struktur suku kata BM, namun disebabkan di peringkat
representasi permukaannya terdapat perbezaan, maka kekangan-kekangan yang
digunakan turut berbeza. Oleh itu, kajian ini bertujuan mencari satu set kekangan yang
relevan dalam DK bagi menjelaskan aspek struktur suku kata dasarnya.
Selain itu, kajian ini akan melihat aspek syarat koda dan rima suku kata.
Kedua-dua posisi suku kata ini berkait r a p t antara satu sama lain kerana rima terbina
daripada konstituen nukleus dan koda. Data DK menunjukkan bahawa pematuhan
menyebabkan berlaku perubahan pada rima suku
terhadap kekangan SYARATKODA
kata. Bagaimanapun terdapat pembelakangan vokal yang hanya berlaku di posisi
nukleus suku kata akhir terbuka sahaja tanpa melibatkan koda, yang dikaji secara
berasingan.
Berdasarkan data DK, pembelakangan vokal yang berlaku dalam suku kata
akhir terbuka tidak berubah walaupun ditambahkan imbuhan akhiran /+an/. h i
membayangkan wujudnya kitaran fenomena fonologi yang sukar difahami yang
dinamakan kelegapan fonologi. Dalam ha1 hi, kajian ini akan menggunakan salah satu
teori daripada cabang TO, iaitu teori Koresponden Output-output (TKO) (Benua 1997)
yang bertujuan menjelaskan fenomena tersebut sebagai ganti kepada kaedah atur
rumus &lam analisis sebelum ini.