Anda di halaman 1dari 5

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

KAJIAN REKAAN SENI VISUAL ( KRSV )


PENDIDIKAN SENI VISUAL 2611 / 3
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009

LAPORAN PENYELARASAN PENTAKSIRAN


PERINGKAT DAERAH / ZON / BAHAGIAN

1 MAKLUMAT KETUA PENTAKSIR KAWASAN / PENTAKSIR KAWASAN

NAMA : PN HALIJAH BINTI HAMZAH


DAERAH / ZON : HULU LANGAT
ALAMAT SEKOLAH : SMK BDR TUN HUSSEIN ONN 2
TELEFON (P) : 03-90766753
FAX 03-90763467
TEL BIMBIT : 016-3173883

2. Laporan Hasil Kerja Calon:

Bentuk Tugasan

Bil Tugasan Ulasan


1 Ukiran a. Tugasan ini kurang mendapat sambutan daripada calon,
hanya dua buah sekolah sahaja yang membuat tugasan
ini (15 calon) sahaja.
b. Hasil karya dibuat daripada kayu.

2 Tenunan a. Hanya 2 orang calon yang membuat tugasan ini di


daerah Hulu Langat.

3 Poster a. Seramai 55 orang calon yang membuat tugasan ini


dalam daerah Hulu Langat.
b. Hasil karya yang dihasilkan kurang menepati tajuk yang
diminta. Lukisan / catan figura manusia yang dihasilkan
oleh calon tidak menarik.(lebih kepada bentuk potret).
c. Kebanyakkan hasil karya dibuat di atas kain, dan saiz
nya tidak menepati kehendak soalan.
Kecuali hasil karya yang dibuat di atas kertas tebal
menepati saiz yang diperlukan.

4 Ilustrasi a. Tugasan kedua popular yang dipilih oleh calon di daerah


Hulu Langat. (954 calon memilih tugasan ini).
b. Kebanyakkan hasil kerja kursus calon lebih memberi
tumpuan kepada ilustrasi, berbanding tipografi.

5 Reka Corak a. Tugasan yang paling popular dan banyak dibuat oleh
Bekas calon. (2214 calon memilih tugasan ini).
Serbaguna b. Kebanyakkan motif yang dipilih tidak digabungkan untuk
mendapat rekaan corak yang dibuat berdasarkan garisan
grid yang dipilih.
c. Hasil karya kebanyakkan dihasilkan dengan
menggunakan kayu, plywood dan kertas tebal.

6 Arca a. Hanya 22 calon yang memilih tugasan ini.


b. Tugasan banyak ditumpukan terhadap hasil karya
sahaja, folio tidak diberi perhatian yang banyak.

7 Hiasan a. Kebanyakan tugasan ini di pilih oleh calon dari sekolah


Dalaman swasta.
b. 99 calon memilih tugasan ini.

8 Basikal -

9 Trofi a. 9 orang calon memilih tugasan ini.

3 Dapatan Penyelarasan

3.1 Hasil Produk Tugasan Calon

3.1.1 Folio

Tugasan 1: Ukiran
a. Kekuatan :
i Koleksi gambar menepati dengan kehendak soalan
ii Hiasan kulit tidak diberikan penekanan.
iii Susunan persembahan keseluruhan baik.

b. Kelemahan:
i Ramai calon tulis tangan tajuk dan hiasan luar.
ii Catatan penerangan sangat terhad. Ada yang tiada catatan.
iii Lukisan realistik masih lemah.

3.1.2 Produk
Tugasan 1: Ukiran
a. Kekuatan :
i Kayu digunakan dalam menghasilkan karya berkualiti.
ii Produk akhir diberi kemasan bingkai.
iii Menggunakan teknik yang dikehendaki.
b. Kelemahan:
i Idea kurang menyerlah.
ii Bingkai mahal tetapi kemasan kerja kurang diberi perhatian..
iii Dimensi baru kurang jelas pada rekaan. Dimensi baru hanya tercapai
dengan kombinasi pelbagai bahan atau ciptaan karya baru.
v Ukiran tebuk tembus mendominasi karya calon. Sepatutnya gabungan
perlu seimbang dengan bunga timbul.

Tugasan 5: Reka corak bekas serbaguna


a. Kekuatan :
i Kayu digunakan dalam menghasilkan karya berkualiti (Bekas).
ii Produk akhir diberi kemasan.
iii Menggunakan teknik yang dikehendaki.

b. Kelemahan:
i Idea kurang menyerlah.
ii Produk dari kertas tebal, kemasan kerja kurang kemas.
iii Lukisan realistik tidak menampakkan realistik. Ton warna tidak
diberikan penekanan.

4 Komen Pentaksir berkenaan;

4.1 Keberkesanan Guru Pembimbing mengenai tugasnya membimbing calon.


Guru sudah menjalankan tugas dengan baik, tapi walaubagaimanapun banyak
perkara perlu diperbaiki.

i Ramai guru tentukan tajuk tugasan. Kerana calon tidak berminat dengan
tugasan lain, kerana calon beranggapan tugasan lain dikira sebagai sukar
untuk dihasilkan. Buktinya satu sekolah guna satu tajuk yang sama.
kebanyakkan Calon tidak berminat tetapi cikgu suruh buat juga kerana mata
pelajaran ini berada dalam pakage yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

4.2 Tugasan yang dilaksanakan oleh calon semakin mantap. Beberapa perkara perlu
diambil perhatian di dalam penghasilan proses folio, iaitu::

i Kulit luar folio tidak perlu dihias dengan hiasan,


Utamakan isi kandungan folio.
Ii Koleksi gambar tidak perlu banyak.
ii Lukisan realistik masih lemah. Buat satu sahaja yang berkualiti.
iii Cetakan komputer mesti tidak lebih tiga muka surat. Calon tidak
memanafaatkannya dalam penghasilan proses folio. Tajuk setiap helaian
perlu ada dan ditampal.
Iv Kebanyakkan calon ada komputer di rumah tapi tiada pencetak.

5. Cadangan Pentaksir untuk penambahbaikkan pelaksanaan bimbingan di


sekolah:

5.1 Guru perlu menyediakan borang semakan prosedur kerja yang perlu calon
gunakan bagi memudahkan membuat proses penghasilan folio calon..
5.2 Gunakan kemudahan komputer bantu calon buat tajuk sepaya standard. Bagi
yang tiada komputer boleh fotostat. Tunjukajar guru penting, guru boleh
membuat contoh proses folio, grafik tajuk dan maklumat calon supaya
standard- lebih kemas dan menarik.
5.3 Guru buat semakan berkala. Jadikan markah yang diberi semasa semakan
dijalankan sebagai markah peperiksaan pertengahan tahun.
Tulis markah pada muka surat akhir yang disemak semasa. Anggaran markah
itu tidak tepat tetapi calon akan bersaing. Folio calon yang terbaik akan
menjadi contoh kepada calon yang lain.

6. Ulasan umum mengenai;

6.1 Ketekalan skor Pentaksir Sekolah.

6.1.1 Markah guru masih kurang konsiten. Mungkin berlaku kerana beri markah
sekali sahaja di akhir tugasan.
6.1.2 Guru tidak menjelaskan kepada calon mengapa markah yang diberi rendah
dan markah tinggi. Tiada catatan dikesan. Guru mestilah membuat catatan
atau komen, dan catatan dan komen ini tidak perlu calon padamkan
sebaliknya ia adalah nota bimbingan arahan kepada calon.
6.1.3 Ramai guru masih dikesan tidak guna borang progres markah calon. Markah
tidak beza jauh jika sering guna borang ini.
6.1.4 Borang markah calon hendaklah dituliskan berturutan. Guru tidak perlu
mengunakan borang lain bagi kelas yang diajar, sebaliknya sambung sahaja
mengikut turutan nama calon. (lebih seorang guru yang mengajar tingkatan 5)

6.2 Kaedah dan kecekapan guru memberi skor

6.2.1 Guru masih ragu-ragu beri markah. Markah terlalu rendah dan juga terlalu
tinggi
Keseluruhannya, guru sudah boleh memberi skor markah dengan
bertanggungjawab. Kes perbezaan markah dalam julat kecil tetapi telah
dibuat penyelarasan,
6.2.2 Bengkel penyelarasan markah dibuat setiap tahun untuk guru tetapi masih
lagi ada yang tidak menggunakannya dalam penskoran peringkat sekolah.

7. Cadangan penambahbaikkan kepada calon:

7.1 Cadangan penambahbaikkan kepada guru;


7.1.1 calon tingkatan empat membuat dumy folio pada semester kedua,
secara individu untuk proses-proses tertentu seperti;
a. Koleksi motif
b. Lukisan realistik
c. Olahan motif
d. Kajian komposisi
e. kajian warna
f. Alat dan bahan
Markah dumy folio ini diambil untuk dicampurkan dalam peperiksaan akhir
tahun.
7.1.2 Tulis markah berkala sebagai MARKAH SEMASA DI MUKA SURAT
TERAKHIR SEMAKAN.
Guru hendaklah mencatatkan tarikh semakan dan ditandatangi pada
setiap muka surat yang disemak.
7.1.3 Tulislah ayat penghargaan: Cemerlang, baik, boleh diteruskan, jika hasil
kerja calon cemerlang dan sebagainya dan perlu juga memberi komen
galakan agar calon boleh memperbaiki kerja-kerja awal mereka.
.

Anda mungkin juga menyukai