Anda di halaman 1dari 28

TAFSIRAN TONGGAK 12

 Merupakan dasar dan pokok kepercayaan dan pegangan kepada sesuatu tindakan oleh pejawat awam.  Menjadi amalan kepada semua peringkat kakitangan awam di semua peringkat organisasi.  Mengamalkan sikap yang baik dan menghindari sikap negatif.  Dasar kepercayaan bahawa nilai-nilai penting akan membentuk peribadi dan peribadi menbentuk organisasi.  Pengiring kepada Etika Perkhidmatan Awam

TONGGAK 12
1. Menghargai Masa 2. Ketekunan Membawa Kejayaan 3. Keseronokan Bekerja 4. Kemulian Kesederhanaan 5. Ketinggian Peribadi 6. Kekuatan Sifat Baik Hati 7. Pengaruh Teladan 8. Kewajipan Menjalankan Tugas 9.Kebijaksanaan Berhemat 10. Keutamaan Kesabaran 11. Peningkatan Bakat 12. Nikmat Mencipta

1. Menghargai Masa
 Falsafah masa itu emas. Berlalu masa tanpa sebarang sumbangan berfaedah berarti suatu kerugian, kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Oleh itu gunakan lah masa dengan bijak samada rasmi atau persendirian.

Amalan Positif Menepati Masa Menyengerakan Tugas Mempunyai Perancangan Waktu Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi Menumpukan Masa kepada Kerja Produktif Menetapkan Target Date Menyelesaikan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan

1. Menghargai Masa (Samb)


Amalan Negatif
Berbual-bual Kosong Tidak Menyenggarakan Tugas Tidak Merancangkan Pekerjaan Melayan Tetamu Yang Tidak Berkenaan Tinggalkan Pejabat Untuk Urusan Peribadi Berniaga di Waktu Pejabat Ke Kantin Waktu Bertugas Tiada Sence Of Urgency Tidak Merancang Pekerjaan Membuat Kerja Peribadi Di Pejabat Tidak Peka Kepada Pembaziran Masa

2. Ketekunan Membawa Kejayaan


 Bersemangat dan tidak mudah mengalah dalam melaksanakan tugas walaupun banyak rintangan. Amalan Positif - Gigih, Rajin, Tekun, Sabar, Berdisiplin, Cekal dan bersemangat dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyak rintangan. - Bercita-cita tinggi - Sanggup berkorban

2. Ketekunan Membawa Kejayaan (Samb)  Amalan Negatif -Mudah tersinggung -Mudah putus asa -Tidak bercita-cita tinggi -Disuruh buat baru buat -Kurang berdisiplin -Tidak bersemangat -Tiada inisiatif -Suka bertangguh

3. Keseronokan Bekerja
Menggangap sesuatu pekerjaan yang kita lakukan itu adalah sebagai ibadat maka akan wujud keseronokan untuk bekerja. Ia merupakan sumbangan kebajikan untuk masyarakat dan negara. Dengan sendirinya kita akan merasa puas kerana sumbangan kecil kita telah berjaya membangunkan negara. Sekiranya kerja kita itu pengkhususan bidang kita maka dengan sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf.

Amalan Positif -Menggap kerja sebagai ibadat -Mempunyai Inisiatif sendiri -Menghasilkan sesuatu yang berfaedah -Sedia memberi kerjasama

3. Keseronokan Bekerja(Samb)
Kerja jadi tidak seronok kerana: a. Persekitaran yang tidak kemas b. Rakan-rakan tidak ada kerjasama c. Ketua tidak menghargai kerja d. Kelengkapan tidak ada Amalan Negatif -Menganggap kerja sebagai beban -Tidak diberi masa yang cukup -Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar -Tidak dipercayai dan selalu dicurigai -Hanya menunggu arahan sahaja.

4. Kemulian Kesederhanaan
Kesederhanaan hendaklah merangkumi beberapa sudut:  A. Percakapan  B. Mengeluarkan arahan  Pergaulan  Berpakaian Kesederhanaan mewujudkan keadaan yang tenang, selesa dan harmoni. Amalan Positif -Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan -Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat -Merendah diri -Mesra dalam pergaulan -Tidak memperagakan kemewahan -Sedia menerima cadangan dan nasihat

4. Kemulian Kesederhanaan (Samb) Amalan Negatif


- Menonjol-nonjolkan diri - Berlakuan mengada-ngada - Berlebih-lebihan mengampu ketua - Memperagakan kemewahan dan kedudukan - Sombong dan meninggi diri - Membesarkan perkara kecil

5. Ketinggian Peribadi
Ketinggian peribadi seseorang itu akan dilihat sebagai seorang yang berjiwa besar dan berakhlak tinggi.
Pembentukan Peribadi Secara Dalaman
Bersikap tenang, belas kasihan, disiplin diri dan pemaaf terhadap kesalahan orang lain.

Pembentukan Peribadi Secara Luaran


Peribadi yang bersopan santun dan gaya yang kemas dan bersih.

5. Ketinggian Peribadi
Amalan Positif
- Tertib dan baik budi bicara - Berilmu dan berpengetahuan luas - Berlumba-lumba membuat kebajikan - Bersopan-santun dan sederhana dalam kelakuan - Bekerjasama dan saling hormat-menghormati - Bertanggungjawab - Bersih dari sifat dengki

5. Ketinggian Peribadi (Samb)


Amalan Negatif
- Sombong

dan suka menunjuk-nunjuk - Sukar untuk membuat kebajikan - Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat - Tamak mengejar pangkat dan kedudukan - Menghina dan merendahkan usaha orang lain - Hasad dengki - Berpura-pura dalam tindakan - Pemarah dan tidak sabar

6. Kekuatan Sifat Baik Hati


Kita merasa senang dan selesa dengan orang yang baikhati. Kita tidak merasa takut apabila bersamanya. Segala sifat yang disukai manusia dihayati oleh orang yang baikhati seperti sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbangrasa, ramah, bersimpati di atas masalah rakan-rakan dan suka menolong.

Amalan positif - Pemaaf dan berhemah tinggi - Ikhlas dan bertimbang rasa - Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain - Pemurah dalam usaha kebajikan - Ramah,berbudi mulia - Dan berkerjasama - Boleh menerime teguran

6. Kekuatan Sifat Baik Hati (Samb)


Amalan Negatif
- Kasar dan kurang sopan - Berdendam - Bermuka-muka - Mudah buat kritikan tetapi tidak boleh menerima kritikan - Suka hina dan caci orang - Sombong & penting diri sendiri - Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan

7. Pengaruh Teladan
Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan hasil atau keuntungan yang baik dan banyak. Seseorang yang baik dapat menpengaruhi orang lain sama ada dari segi kepimpinan, tunjukajar, akhlak, tuturkata dan tingkahlaku yang mendatangkan kebaikan.
Amalan Positif - Bermoral dan berakhlak tinggi - Tertib dan beradap sepanjang masa - Rajin dan kuat kerja - Amanah dan bertanggungjawab - Berbudi mulia serta merendahkan diri - Gemar da cintakan ilmu yang bermanafaat

7. Pengaruh Teladan (Samb)


Amalan Negatif
- Buruk perangai - Jahil dan tidak suka membaca - Dengki dan buruk sangka - Mempersendakan agama - Kedekut - Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab - Sensitif dan pemarah

8. Kewajipan Menjalankan Tugas


Sesuatu tugas itu mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna. Sebarang proses yang tidak menepati 4 krifteria tadi maka hasilnya akan menjadi cela, rosak, lambat, tidak berguna, membazir dan seterusnya mendatangkan kerugian dari segi wang ringgit, tenaga manusia, masa dan peralatan. Dengan lain perkataan, sesuatu tugas memerlukan pengurusan yang baik supaya hasil tugas itu mencapai matlamatnya.

Amalan positif
- Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yang diberi
- Tekun dan sabar menjalankan tugas - Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas - Mementingkan kualiti - Bersikap profesional dan cekap - Cepat,cermat dan berdisiplin - Inisiatif

8. Kewajipan Menjalankan Tugas (Samb)


Amalan Negatif
- Tidak boleh diharapkan - Suka bangkang dan berdalih apabila diberi tugas - Tidak bersungguh-sungguh - Tidak peka kepada kualiti - Tidak taat kepada arahan - Selalu buat silap - Tidak ikut peraturan - Suka bertangguh

9.Kebijaksanaan Berhemat(Cermat)
Berhemat bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi perkara-perkara lain seperti masa, bahan, kata-kata dan penggunaan apa sahaja. Sekiaranya bahan atau alat dapat digunakan dalam jangkamasa atau waktu yang lama, maka kuranglah perbelanjaan dan wang lebihan itu dapat diperuntukkan bagi keperluan lain. Amalan Positif - Berhati-hati apabila berbelanja - Mengadakan sistem kewangan yang berkesan - Tidak membazir harta kerajaan datangnya dari rakyat - Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan - Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan

9.Kebijaksanaan Berhemat (Samb)


Amalan Negatif
-Boros dan suka menbazir -Tidak cermat dengan harta kerajaan -Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam -Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya -Bermewah dengan harta kerajaan -Memperaga kehebatan dan kemewahan

10. Keutamaan Kesabaran


Kesabaran ialah sifat yang dipuji oleh semua agama dan diakui kebaikkanya oleh para ilmuan, raja dan pentadbir. Orang yang sabar menerima segala cabaran dengan tenang, memikirkan dengan teratur dan jika timbul masalah ia tidak berputus asa. Semangat ketabahan yang ada kepada seseorang yang sabar itu menunjukkan kewibawaanya dalam menjalankan tugas. Amalan Positif  Tenang menghadapi masalah rumit  Mempunyai perhitungan jauh  Tahan menerima cabaran  Tidak putus asa  Pemaaf dan berhemah tinggi  Cermat dalam tutur kata

10. Keutamaan Kesabaran (Samb)


Amalan Negatif
 Cepat mengalah  Berpandangan sempit  Tidak tahan menghadapi kesusahan  Tidak sanggup berkorban  Takutkan cabaran  Selalu mengubah pendirian dan keputusan

11. Peningkatan Bakat


Semua manusia mempunyai bakat dalam apa bidang sekalipun perlu ditingkatkan. Bakat mendorong ke arah penciptaan, inovasi dan penyelesaian masalah yang rumit. Bakat dari segi pentadbiran, sains dan teknologi, kesenian, penulisan memang dapat memberikan manafat kepada kehidupan manusia. Amalan Positif - Memberi dorongan terhadap kreativiti - Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha orginal - Mengalakkan pencambahan fikiran - Memberi galakan kepada pemikiran baru - Berani mencuba idea-idea baru - Mengenal dan memupuk bakat yang ada - Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkan idea-idea kreatif

11. Peningkatan Bakat (Samb)


Amalan Negatif  Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru  Tidak menghargai bakat yang ada  Memperkecilkan usaha orginal  Berpuashati dengan tahap bakat yang ada

12. Nikmat Mencipta


Kepuasan yang amat ketara ialah rasa nikmat apabila dapat mencipta sesuatu yang mana ciptaan itu mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara.

Amalan Positif
 Berani mencuba  Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan masalah  Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran  Sentiasa dalam cabaran intelektual  Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanafaatkan

12. Nikmat Mencipta(Samb)


Amalan Negatif
 Takut menemui kegagalan  Memandang remeh usaha orang lain  Berpuashati dengan kedudukan yang sediada  Pemikiran tidak dinamik  Tidak suka pembaharuan  Tidak sabar dalam penciptaan baru

Anda mungkin juga menyukai