Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN

PENANDA WACANA
MOHD FATHUL KHAIR BIN MOHD DAHLAN MOHAMAD SAUFI BIN ARIS@MOHD ARIS MOHD NAJIB BIN IBRAHIM MUHAMMAD SYAMSURI BIN OMAR ZULHILMI BIN NOH MUHAMMAD NAJIB BIN HASSAN BASRI MUHAMMAD NUR HASIF BIN MOHD PADZIL MOHAMAD AZRUL EFFENDI BIN SAMSUDDIN
J3[BM-PJ/PSV]

DEFINISI
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. (http://galusbm1.blogspot.com)

SAMBUNGAN
Penanda wacana juga diertikan sebagai mewujudkan kesinambungan antara ayat dan frasa.

Abdullah Hassan (2008)


Penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan.

Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsuddin (2008)

JENIS-JENIS PENANDA WACANA


Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsuddin(2008), Nik Safiah Karim et al. (2008) dan Abdullah Hassan (2008) menyatakan: Penanda wacana mempunyai lima jenis:
I. Penanda leksikal II. Penanda rujukan III.Penanda penghubung IV.Penanda penggantian V. Penanda elipsis atau pengguguran

PENANDA LEKSIKAL
Melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa secara semantik. Melibatkan unsur pengulangan kata. Pengulangan kata terlibat ialah pengulangan sama, sinonim, hiponim dan kolokasi.

PENGULANGAN SAMA
Setiap kata diulang secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan.
contoh:

Ibu amat menyayangi Haziq. Kami juga amat menyayanginya.

PENGULANGAN SINONIM
Merujuk kepada pengulangan kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. contoh:
Suatu ketika dahulu, wanita itu amat dikaguminya. Tetapi kini, wanita itu dianggapnya sebagai perempuan murahan.

PENGULANGAN HIPONIM
Disebut sebagai pengulangan yang melibatkan hubungan antara makna khusus dan makna yang umum, iaitu makna yang merangkumi makna yang khusus.
contoh: Malaysia telah mengimport pelbagai jenis kereta dari luar negara. Antaranya Honda, Nissan, BMW, Toyota dan Volvo.

PENGULANGAN KOLOKASI
Melibatkan kehadiran sekumpulan kata yang saling berkait dengan sesuatu topik, idea, situasi dan konteks. Lazimnya melibatkan hubungan leksikal selingkungan.
contoh: Keluarga Encik Razif baru berpindah rumah. Mereka membeli katil, meja dan kerusi baharu.

PENANDA RUJUKAN
Melibatkan rujukan terhadap ganti nama diri dan ganti nama tunjuk. contoh: 1. Ganti nama diri Aku, Sani dan Udin akan ke Kuala Lumpur. Kami bertolak pada pukul empat petang.

PENANDA RUJUKAN
2. Ganti nama tunjuk Di manakah awak tinggal? Saya tinggal di sana.

PENANDA PENGHUBUNG
Berfungsi sebagai penjalin unsur-unsur linguistik yang terdapat dalam sesebuah wacana. Terdiri daripada penghubung tambahan, tentangan, musabab, dan tempoh.

PENGHUBUNG TAMBAHAN
Penghubung yang memberikan maklumat tambahan terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Antara contoh penghubung ini ialah dan, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya.

Contoh ayat: Tugasnya sebagai wartawan di salah sebuah syarikat penyiaran benar-benar memberi pengalaman kepadanya kerana sering diberikan tugasan di luar bandar malahan, dia juga berpeluang melawat negara-negara luar seperti England, Sepanyol dan India untuk menjayakan rancangan dokumentari itu.

PENGHUBUNG TENTANGAN
Penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu ayat yang baru diperkatakan dengan ayat sebelumnya. Antara contoh penghubung ini ialah tetapi, sebaliknya, namun dan walau bagaimanapun.

Contoh ayat: Masalah gejala pembuangan bayi yang berlaku dalam kalangan remaja kini bukanlah kerana mereka terlanjur. Sebaliknya, kebodohan yang menyelubungi diri menyebabkan mereka bertindak sedemikian.

PENGHUBUNG MUSABAB
Penanda yang merupakan sebab berlakunya sesuatu. Antara contoh penghubung ini ialah kerana, oleh sebab dan oleh itu. Contoh ayat: Dia kesuntukan masa. Oleh sebab itu, dia perlu menyiapkan tugasannya secepat mungkin.

PENGHUBUNG TEMPOH
Penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu perkara. Antara contoh penghubung ini ialah pertama, kedua, ketiga, kemudian, selanjutnya dan sebagainya.

Contoh ayat: Pada peringkat awal perjalanan, ramai dalam kalangan ahli kami yang kepenatan. Kemudian, kami berhenti rehat untuk jangka waktu yang panjang dan selepas itu, kami teruskan perjalanan. Akhirnya, berbekalkan semangat juang yang tinggi, kami berjaya sampai ke Kuala Kangsar tepat jam 1.30 petang.

PENANDA PENGGANTIAN
Terdiri daripada penanda penggantian nominal, verbal dan klausa. Penggantian Nominal penggantian yang dilakukan terhadap KN atau FN. Penggantian Verbal melibatkan penggantian terhadap KK atau FK. Penggantian Klausa penggantian sebahagian daripada ayat.

ELISIS
Melibatkan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakandalam ayat sebelumnya. Pengguguran kata atau frasa melibatkan maklumat yang telah diketahui oleh pembaca atau pendengar berdasarkan konteksnya. Contoh ayat: Lelaki itu kelihatan resah. Tidak tahu arah mana yang harus ditujuinya.

Anda mungkin juga menyukai