Anda di halaman 1dari 2

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat modus operandi adalah ditafsirkan sebagai cara atau

kaedah serta prosedur yang akan dilakukan bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan. Oleh yang demikian, bagi memastikan aktiviti gores dan menang ini berjaya, sindiket ini telah merancang pelbagai taktik licik bagi meyakinkan sekaligus memperdayakan mangsa dengan penipuan mereka.

Berdasarkan kepada laporan-laporan yang diterima oleh Tribunal Pengguna dan juga pihak berkuasa telah mengenal pasti beberapa taktik dan modus operandi yang digunakan oleh mereka. Antara modus operandi yang popular sekali bagi sindiket gores dan menang ini adalah dengan mendekati mangsa di kawasan awam seperti pusat membeli belah, bank mahupun juga di rumah. Mereka akan menawarkan cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah-hadiah yang sangat lumayan dan esklusif. Kebiasaannya mereka akan menggunakan kad gores atau sampul yang bertutup. Setelah mangsa bersetuju untuk mencuba nasib mereka dan mangsa melakukan apa yang dipinta oleh agen sindiket, mereka akan berpura-pura terkejut mengatakan bahawa mangsa telah memenangi hadiah utama bagi peraduan tersebut. Langkah seterusnya mereka dibawa ke premis jualan sebagai bukti bahawa mereka peniaga atau syarikat yang sah. Di sana mereka akan ditemukan dengan pengurus atau orang yang lebih berpangkat bagi menguruskan hadiah yang dimenangi. Mangsa yang bersetuju hendaklah meletakkan deposit atau perlu membeli beberapa barangan lain sebagai sebagai prosedur mendapatkan hadiah itu. Penipuan yang licik selalunya bermula di tahap ini di mana pembeli akan membeli barangan yang bukan keperluan mereka sebaliknya mereka dipujuk dan diperdaya mereka harus membeli baranganbarangan itu bagi melayakkan mereka memenangi hadiah utama. Kehendak dalam ilmu ekonomi merujuk keperluan manusia. Ianya disertai dengan keinginan dan kuasa untuk memenuhi keperluan tersebut. Oleh itu, keperluan yang berkesan ialah keperluan yang dapat dipenuhi, barulah dianggap kehendak (Afzalul al-Rahman : 1992). Kehendak dan kepuasan menjadi asas utama dalam perjuangan ekonomi seseorang. Bahkan semua kekayaan berfungsi untuk memuaskan kehendak manusia. Kecintaan manusia yang berlebihan

terhadap kekayaan membawa pelbagai kehendak yang tidak pernah berakhir. Setelah mangsa membeli barangan itu mereka akan mula berdolak-dalik dengan status hadiah yang telah dimenangi oleh mangsa sebelum itu. Selain itu juga, terdapat premis yang digunakan oleh sindiket ini kebiasaanya tidak kekal lama di suatu lokasi. Ini adalah bagi mengelakkan mereka dicekup oleh pihak berkuasa. Selain daripada itu, mereka juga memastikan ruangan dalam premis mereka dibahagikan kepada bahagian tertentu supaya tidak berlaku sebarang perkongsian info dalam kalangan mangsa yang mampu menyedarkan mereka daripada terjerat ke dalam perangkap yang sudah disediakan. Berdasarkan pengakuan beberapa mangsa, kebiasaanya premis itu juga akan dipasang dengan lagu yang kuat supaya mangsa tidak dapat mendengar perbualan mangsa lain. Oleh yang demikian, sebagai seorang pengguna hendaklah sentiasa peka dan teliti dalam perkara sebegini. Sekiranya wujud sebarang syak dan curiga hendaklah membuat laporan kepada pihak yang berwajib. Sebagai tambahan, harga barangan yang ditetapkan oleh pihak sindiket adalah jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan harganya yang asal. Ini merupakan salah satu taktik licik yang digunakan oleh mereka bagi memastikan mereka mendapat keuntungan yang besar hasil daripada penipuan itu. Selain itu juga, barangan tersebut akan berisiko tidak selamat dan tidak mempunyai jaminan oleh mana-mana pihak.

Anda mungkin juga menyukai