Anda di halaman 1dari 25

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

KANDUNGAN 1 2 3 PENGENALAN APA ITU GLOBALISASI PUNCA MASAALAH GLOBALISASI 3.1 Nafsu Mencari Keuntungan 3.2 Matlamat Untuk Menguasai Pasaran 3.3 Memperluaskan Kuasa 4 KESAN GLOBALISASI KEATAS KELUARGA DAN MASYARAKAT 1 2 4 4 5 6

4.1 Kesan Negatif Globalisasi 4.2 Kesan Positif Globalisasi 5 BAGAIMANA MENANGANI MASALAH GLOBALISASI NEGATIF TERHADAP KELUARGA DAN MASYARAKAT 6 7 KESIMPULAN RUJUKAN

6 13 18

22 24

-0-

No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

PENGARUH GLOBALISASI KE ATAS KELUARGA DAN MASYARAKAT 1. PENGENALAN Menjelang penghujung abad ke 21, globalisasi merupakan topik yang paling banyak diperkatakan sama ada diperingkat tempatan maupun antarabangsa. Globalisasi dibincangkan oleh pelbagai pihak, daripada masyarakat kepada pemimpin biasa

Negara dan para ahli akademik. Globalisasi yang di

warwarkan oleh negara maju dan para ahli akademik serta para pemimpin Negara mereka mendapat perhatian dan reaksi daripada Negara lain di Namun perspektif terhadap globalisasi di lain berbeza dan sebahagiannya

seluruh dunia, termasuk Malaysia. antara Negara maju dengan

Negara

bertentangan. Pada peringkat awal konsep globalisasi diperkenalkan kepada masyarakat dunia, konsep tersebut telah memukau banyak pihak. Kemajuan yang pesat dalam teknologi maklumat dikatakan telah memberi impak yang besar kepada system kehidupan politik, sosial dan ekonomi semua Negara. Dunia dikatakan semakin mengecil di samping tiada sempadan lagi. Unsur

perbezaan sistem kehidupan yang wujud pada masa lampau beransur hilang. Sebaliknya dunia dikatakan menuju kepada keseragaman hidup dalam semua aspek kehidupan. Namun setelah sedekat berlalu persepsi sebahagian pihak dan Negara terhadap globalisasi semakin bersifat kritikal. Dalam banyak aspek khususnya dalam aspek politik dan ekonomi, globalisasi yang wujud pada masa kini lebih banyak menguntungkan Negara maju dan kelompok Negara Barat berbanding Negara lain.
-1No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

Globalisasi telah menyebabkan

dunia

diletakkan di bawah

satu unit yang

sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah Negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah Negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi

seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang amat singkat. 2. APA ITU GLOBALISASI Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena menjadikan dunia yang

mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan

kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cendiakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan

ekonomi yang boleh dirasai oleh semua umat menusia di dunia ini. Ini bermakna segalanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Dalam era globalisasi, dunia dirasakan semakin mengecil dari segi ruang daripada asalnya. Jika dulu dunia ini adalah dirasakan amat besar dan seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan antara negara dan dipisahi oleh pelbagai lautan, namun kini ini tidak Malah berlaku lagi.

hari ini kita telah dapat merasakan samaada sedar atau tidak apakah yang pesat merupakan medium

dia itu globalisasi ini. Ledakan teknologi utama kepada agenda globalisasi.

-2-

No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

Dunia bukan saja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi,

politik dan dari segi segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat. Di Malaysia kerajaan lebih memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Kuasa globalisasi yang paling asas ialah dari segi ekonomi, kerana apabila kita bercakap tentang globalisasi kita merujuk kepada globalisasi ekonomi dan bagaimana ia boleh mempengaruhi budaya, politik dan lain-lain. Disamping kerajaan memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi sainstifik serta teknologi. Globalisasi ialah penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan. Globalisasi tidak terhad kepada sektor ekonomi sahaja, kerana ia kemudiannya akan mempengaruhi segenap aspek kehidupan masyarakat di negara ini dan dunia secara keseluruhannya .Proses globalisasi semasa dikatakan tidak seimbang kerana dasar globalisasi kerap didominasi oleh negara-negara maju yang akan mengaut keuntungan paling besar jika globalisasi dilaksanakan sepenuhnya. Negara-negara membangun pula tidak bersatu untuk

memperjuangkan kepentingan masing-masing di bawah globalisasi dan ia menimbulkan kebimbangan proses ini akan menyebabkan perbezaan jurang yang lebih ketara antara golongan kaya dan miskin dan antara negara maju dan membangun. Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi
-3No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

erti luas

adalah satu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya

globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena ini boleh dikiaskan sebagai fenomena yang melanda dunia.

3.

PUNCA MASALAH GLOBALISASI

Globalisasi yang bersifat global merangkumi pelbagai aspek dari ekonomi sehingga budaya dan meliputi seluruh dunia. Tinjauan menunjukkan bahawa proses globalisasi mempunyai kesan-kesan negatif . Punca masaalah globalisasi yang negatif didorong oleh tiga sebab yang utama.

Pertama adalah kerana nafsu mencari keuntungan. Kedua adalah bagi menguasai pasaran. Ketiga adalah bagi memperluaskan kuasa. Ketiga-tiga aspek ini nampaknya sudah menjadi prinsip utama proses globalisasi ini. Bersama-sama kita menganalisa keadaan ini dan mengupas erti sebenar globalisasi dan masalah-masalah yang timbul akibatnya.

3.1

Nafsu Mencari Keuntungan

Globalisasi membuka ruang mencari keuntungan dengan konsep liberal dan ekonomi bebas . Apa yang diusahakan melalui liberalisasi dan ekonomi bebas adalah usaha memansuhkan kawalan, subsidi, tarif dan semua jenis perlindungan yang diberi kepada pengusaha dan pedagang tempatan. Ini bertujuan

mewujudkan satu keadaan saingan bebas di peringkat antarabangsa.

Pada dasarnya ini adalah usaha yang baik sekiranya semua negara ada pada satu tahap kemajuan dan kebolehan yang sama. Pada hakikatnya keadaan hari ini bukan sebegitu. Negara-negara yang sudah membangun mempunyai

-4-

No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

daya keupayaan jauh lebih baik dengan teknologi canggih, modal yang cukup, kemahiran pengurusan yang tinggi dan informasi khasnya mengenai pasaran yang serba lengkap. Justeru itu bagaimanakah negara-negera sedang

membangun dapat bersaing.

Misalnya seperti dalam permainan golf, pemain-pemain baru dan yang kurang mahir menguasai permainan diberi handicap supaya pemain baru dan kurang berupaya boleh main dengan saingan yang lebih adil. Malangnya apa diusahakan melalui globalisasi adalah penghapusan handicap perdagangan dan

membesarkan lagi jurang ketidakadilan ekonomi antara negara-negara yang sudah membangun dengan negara-negara yang sedang membangun.

Ketidakadilan ini sekianya tidak diatasi akan berleluasa sehingga menjadi ciri utama tamadun dunia kita. Inilah aspek pertama yang diperjuangkan oleh kumpulan yang menentang globalisasi. Mereka mahukan supaya wujudkan satu system handicap perdagangan dalam sistem liberalisasi dan ekonomi bebas yang boleh wujudkan keadaan persaingan yang lebih adil seperti dalam permainan golf.

3.2

Matlamat untuk menguasai pasaran

Kedua, proses globalisasi ini memerlukan ruang dibuka untuk menguasai pasaran. Dengan itu, konsep pasaran terbuka (free market) dan dunia tanpa sempadan (borderless world) dikemukakan dan dipraktikkan. Apa yang diusahakan adalah untuk menyeragamkan peraturan peraturan pengurusan pasaran tanpa kawalan pihak berkuasa. Lantas seperti dunia tanpa sempadan. Usaha ini giat dijalankan

-5-

No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

melalui APEC (Asia Pacific Economic Caucus) dan WTO (World Trade Organisation).

Pasaran terbuka dan dunia tanpa sempadan adalah konsep baik seperti rumah terbuka tanpa pagar. Keadaan ini hanya boleh dipraktikan didalam keadaan tamadun dunia yang serba ada, yang adil dan saksama, aman dan damai.

Dalam dunia dimana tujuannya adalah menguasai pasaran, maka akan timbul pula gejala monopoli dan saingan kurang sihat dalam pasaran. Inilah apa kita alami sekarang. Justeru itu kita perlu pagar dan juga kunci rumah bagi melindung diri dari pencerobohan ini. Kita boleh membuka rumah dan memberi kebenaran masuk kepada kawan sekiranya kita mahu.

Pendek kata apa yang diperjuangkan oleh kumpulan menentang globalisasi adalah supaya jangan kita gadaikan hak kita semata-mata mahu mencari keuntungan dan kekayaan. Sudah tentu kita mesti berwaspada dengan APEC, WTO dan lain-lain institutsi antarabangsa yang inginkan globalisasi. Ini adalah untuk kepentingan negara-negara maju dan bukan bagi negara-negara sedang maju seperti Malaysia.

3.3

Memperluaskan Kuasa

Demi mencapai hasrat membuka ruang pelaburan asing dan modal asing sebagai strategi utama pembangunan ditawarkan oleh negara-negara maju kepada negara-negara membangun. Keadaaan ini juga akan menjamin kuasa mereka dapat diperluaskan khasnya keatas negara-negara sedang membangun. Pelaburan dan modal asing ditawarkan dengan syarat-syarat tersendiri.

-6-

No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

Pendekatan tambahan tawaran negara-negara maju terutamanya melalui bantuan pembangunan, sebenarnya untuk mengukuhkan pengaruh.. Disebalik tirai kononnya untuk membina keupayaan dan memindah teknologi, pengaruh dan kuasa oleh negara-negara sudah bangun keatas negara-negara sedang membangun dijalankan.

Ramai penentang globalisasi berpendapat bahawa pelaburan asing, pinjaman modal, tawaran bantuan bagi membina keupayaan dan usaha pindah teknologi negara-negara membangun kepada negara-negara sedang membangun

adalah kata-kata indah. Pengalaman telah menunjukkan jarang dikotakan. Malah semua ini sudah menjadi helah dan strategi bukan sahaja meluaskan kuasa ke atas negara-negara membangun tetapi untuk menjajah negara-negara

tersebut. Banyak negara-negara terjerat dalam strategi ini menjadi negara terhutang dan negara yang bergantungkan kepada bantuan semata-mata. Mereka tidak bebas dalam ertikata sebenar. Mereka sudah dijajah ala baru iaitu melalui ekonomi.

4.

KESAN GLOBALISASI KEATAS KELUARGA DAN MASYARAKAT

Setelah kita mengetahui definisi serta punca-punca globalisasi berlaku eloklah kita membincangkan tentang kesan-kesan serta cabaran globalisasi diperkatakan dan dibincangkan yang perlu

dan merupakan agenda paling atas, adalah suatu

cabaran ke atas aspek keluarga dan masyarakat. Cabaran ini adalah

persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio budaya sesuatu kelompok masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha

untuk mempengaruhi bidang-bidang yang lain akan menjadi lebih mudah.

-7-

No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

4.1

Pengaruh Negatif Globalisasi

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena negatif boleh disaksikan dengan insiden-insiden dan trend seperti memakai pakaian jenama barat, makanan segera keluaran barat, minuman global yang ditaja oleh barat, hiburan yang menonjolkan budaya barat, media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda, rekreasi yang meniru ala barat, dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat, majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat, produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara.

Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa dan agamanya sendiri. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan golongan belia.

Arus globalisasi begitu cepat menyerap masuk ke dalam masyarakat terutama di kalangan muda. Pengaruh globalisasi terhadap anak muda juga begitu kuat.

-8-

No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

Pengaruh globalisasi tersebut telah membuat banyak anak muda kita kehilangan keperibadian diri sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam. Hal ini

ditunjukkan dengan gejala- gejala yang muncul dalam kehidupan sehari- hari anak muda sekarang.

Dari cara berpakaian banyak remaja- remaja kita yang berdandan seperti selebriti yang cenderung ke budaya Barat. Mereka menggunakan pakaian yang memperlihatkan bagian tubuh yang seharusnya tidak kelihatan. Pada hal cara berpakaian tersebut jelas- jelas tidak sesuai dengan kebudayaan kita. Tidak ketinggalan gaya rambut mereka mempunyai beraneka warna. Pendek kata

orang lebih suka jika menjadi orang lain dengan cara menutup identiti diri. Tidak banyak remaja yang mahu mengamalkan budaya bangsa dengan mengenakan pakaian yang sopan sesuai dengan keperibadian bangsa dan suruhan agama.

Teknologi internet merupakan teknologi yang memberikan informasi tanpa batas dan dapat diakses oleh sesiapa saja. Apa lagi bagi anak muda internet sudah menjadi teman rapat mereka sehari- hari. Jika digunakan secara cara yang betul tentu kita memperoleh manfaat yang berguna. Tetapi jika tidak, remaja kini akan mendapat kerugian. Dan sekarang ini, banyak pelajar dan remaja yang menggunakan internet dengan jalan yang salah. Misalnya untuk melayari lamanlaman porno. Internet merupakan sumber maklumat yang amat berguna terdapat banyak benda positif serta negatif didalammya. Tanpa pemantauan yang betul maka peluang dan ruang untuk memperolehi maklumat dan informasi yang salah amat terbuka luas. Pengaruh internet terhadap pelajar amat kuat, kita pernah membaca serta mendengar kisah pelajar sekolah ditangkap ponteng dan

-9-

No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

mengunjungi pusat-pusat siber dalam waktu sekolah. Tren ini semakin menjadijadi dan menular sehingga ke sekolah luar bandar.

Dilihat dari sikap, banyak anak muda yang tingkah lakunya tidak lagi mengamalkan sopan santun. Ini disebabkan globalisasi menganut kebebasan dan keterbukaan sehingga remaja sekarang boleh bertindak sesuka hati mereka. Kita ambil contoh adanya geng motor anak muda yang melakukan tindakan

kekerasan yang menganggu ketenteraman dan keselamatan penunggang jalanraya yang lain serta masyarakat. Kumpulan ini yang digelar mat rempit seringkali menimbulkan pelbagai masaalah di jalan raya serta masaalah sosial dan meyujudkan perasaan kurang senang setiap orang.

Penguatkuasaan undang-undang tidak dapat membendung masaalah ini kerana undang-undang yang ada hanyalah bersikap menghukum semata-mata. Kita perlu balik semula kepada ajaran Islam yang betul bagi menangani masaalah ini yang sepatutnya diperbetulkan bermula dari rumah tangga dan keluarga.

Jika perkara-perkara negatif ini dibiarkan, apa akan jadi kepada generasi akan datang. Moral generasi bangsa akan menjadi rosak , timbul tindakan keganasan antara golongan muda. Hubungannya dengan nilai nasionalisme akan berkurang karana tidak ada rasa cinta terhadap budaya bangsa sendiri dan rasa peduli terhadap masyarakat. Padahal generasi muda adalah penyambung masa depan bangsa dan negara.

Bagaimanakah globalisasi ini mempengaruhi masyarakat, khususnya keluarga. Secara kasar proses globalisasi dilihat seolah-olah tiada membawa sebarang kesan ke atas keluarga dan kehidupan kita adalah normal dalam banyak hal.

- 10 -

No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

Bahaya gobalisasi yang paling besar ialah kejahilan mengenainya. Ramai orang tidak sedar bahawa fenomena tersebut berlaku terhadap mereka. Hakikatnya setiap individu dipengaruhi oleh keadaan ini. Bagi ramai orang ia adalah mengenai kekaguman terhadap sesuatu yang baru, malah status baru. Namun tanpa sedar, nilai-nilai hidup kita telah berubah. Dari segi kekeluargaan, kita dapati ikatan kekeluargaan semakin longgar kerana akar-umbi kita telah terputus dan kita terpaksa menyemai yang baru berdasarkan nilai-nilai yang berbeza. Nilai-nilai hidup yang baru ini sering bercanggah dengan yang lama dan tumpuan diberi kepada pembangunan luaran daripada perkembangan dalaman serta sahsiah seseorang. Fenomena ini telah meletakkan kekayaan material sebagai tunjang kehidupan seseorang dan sesebuah keluarga. Pada hari ini kita lihat ibubapa bekerja sepenuh masa dan meninggalkan anak-anak mereka di bawah jagaan pembantu rumah dan pengasuh. Ibu bapa ini didorong sepenuhnya oleh peningkatan kerjaya. Ada yang tidak melihat anak-anak mereka lebih dari sehari. Bilakah semuanya akan mencukupi. Ibubapa hari ini menekankan nilai-nilai diluar perkembangan jatidiri dan inilah yang menyebabkan masalah sosial. Kita memerlukan lebih pemerhatian dan matlamat dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibubapa mengikut kehendak kita dengan berlandaskan ajaran agama dan bukan seperti dikatakan oleh oleh orang lain.

Nafsu mencari keuntungan telah mendorong globalisasi menumpukan perhatian keatas kaum wanita. Kaum wanita seboleh-bolehnya dididik, mengasuh dan dipengaruhi menjadi pengguna yang boros. Ego dan nafsu mereka diapi-apikan
- 11 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

supaya mereka jadi pengguna yang tidak lagi waras dalam pemikiran. Mereka ikut seruan hati lebih daripada pemikiran otak. Wanita dijadikan manusia satu dimensi bertagih kepada membeli-belah sebagai satu keperluan hidup.

Bagi menguasai pasaran, proses globalisasi juga telah menumpukan perhatian kepada kaum wanita. Kaum wanita dieksploitsikan dalam iklan-iklan mempromosi jualan barang-barangan dan perkhidmatan. Kaum wanita diperalatkan sebagai objek seks. Nafsu kaum wanita diapi-apikan bagi mencari kekayaan dengan senang melalui kerja-kerja luar batasan moral. Ini adalah satu strategi memperluasan pasaran mereka khususnya dalam bidang hiburan, berjudian dan sebagainya. Dengan tidak langsung tonjolan ini memberi kaum wanita satu watak steorotype yang merendahkan kedudukan serta martabat mereka dengan kaum lelaki. Di mana Islam sentiasa meletakkan kaum wanita sebagai benda yang amat berharga.

Bagi meperluaskan kuasa pula proses globalisasi menawarkan pekerjaan dan bantuan kepada kaum wanita. Kaum wanita dipandang sebagai punca tenaga kerja yang murah dan mereka boleh membuat kerja halus saperti dikilang memasang alat-alat cangih dan sebagainya. Eksplotasi pekerja-pekerja wanita sememangnya wujud. Proses globalisas ini juga mengakibatkan kuasa kesatuankesatuan sekerja yang dapat memastikan kebajikan para pekerja berkurangan.

Dengan timbulnya budaya gaya hidup kaya raya ramai keluarga terperangkap dalam budaya hidup dimana suami-isteri terpaksa kerja bagi menampung gaya hidupan ini. Dalam proses ini kaum wanita terpaksa pikul kerja dan tanggungjawab bertambahan. Mereka bukan sahaja bekerja penuh masa tetapi terpaksa uruskan hal rumahtangga dan jaga kepentingan keluarga. Pendek
- 12 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

kata kesan globalisasi adalah lebih ketara dialami oleh kaum wanita daripada kaum lelaki dari segi tanggungjawab, kerja tambahan dan menjaga kesejahteraan keluarga.

Dalam hal ini kaum wanita dan kaum lelaki mesti sedar kesan-kesan negatif globalisasi dan mengambil tindakan bersama memperjuangkan keadilan jantina dan memajukan kesan-kesan positif globalisasi. Kaum lelaki dan masyarakat perlu bangun dan mengkaji semula pegangan hidup dan peranan mereka bersama kaum wanita dalam era globalisasi yang sedang kita harungi.

4.2

Pengaruh Positif Globalisasi

Proses

globalisasi

sudah

membawa

banyak

kesan-kesan

yang

telah

memperkayakan kehidupan manusia. Kekayaan dunia sudah bertambah. Perjalanan sudah menjadi mudah dan pelancungan hari ini adalah salah satu industri terbesar didunia.

Kehadiran globalisasi tentunya membawa pengaruh bagi kehidupan suatu negara termasuk Malaysia. Pengaruh globalisasi di berbagai bidang kehidupan seperti kehidupan politik, ekonomi, ideologi, sosial budaya dan lain- lain akan mempengaruhi nilai- nilai nasionalisme terhadap bangsa.

Banyak jenis penyakit yang dahulunya bahaya seperti tibi kini sudah menjadi penyakit yang senang diubati dan diatasi. Pada masa dahulu kebanyakan

penyakit tidak ada ubat dan tidak dapat diubati . Dengan adanya globalisasi perubatan masaalah serta panyakit yang dulunya merupakan ancaman kini tidak lagi, justeru itu ianya akan mempertingkatkan taraf hidup masyarakat sihat di Negara ini. Pengetahuan yang diperolehi dari globalisasi juga telah dapat
- 13 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

menambah pengetahuan dan teknologi sudah meningkat sehingga manusia sudah sampai ke bulan.

Usaha memberi pertolongan dan bantuan dapat disampaikan kepada mangsamangsa bencana alam sebagai banjir, gempa bumi dan gunung berapi dan lainlain dengan cepat. Ketika bencana lam melanda dunia pada masa kini kebaikan globalisasi yang ada dapat membenarkangegara luar mengetahui serta

,mengulurkan tangan untuk membantu sesame manusia. Kebolehan ini juga dapat mengurangkan kesengsaraan mangsa-mangsa bencana alam ini.

Dilihat dari globalisasi politik, pemerintahan dijalankan secara terbuka dan demokrasi. Kerana pemerintahan adalah sebahagian dari suatu negara, jika pemerintahan djalankan pandangan secara jujur dan bersih tentunya akan mendapat

positif dari rakyat. Tanggapan positif tersebut berupa rasa

nasionalisme terhadap negara menjadi meningkat. Politik yang sihat akan dapat menambahkan keharmonian Negara serta masyarakat di dalammya.

Dari

aspek

globalisasi

ekonomi,

perdagangan

intarabangsa

yang

luas,

meningkatkan peluang kerja dan meningkatkan pendapatan negara. Dengan adanya hal tersebut akan meningkatkan kehidupan ekonomi bangsa yang menjamin kehidupan rakyat. Dengan pendapatan yang bertambah sesebuah keluarga dapat memenuhi keperluan harian serta menyimpan untuk masa depan ini dapat mengelakkan kejadian jenayah yang sering berlaku akibat kekurangan mata pencarian serta sumber makanan. Rakyat yang bekerja dan mempunyai pendapatan akan mengurangkan gejala sosial.

- 14 -

No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

Dari globalisasi sosial budaya kita dapat meniru cara berfikir yang baik seperti penghasilan kerja yang tinggi serta disiplin dari bangsa lain yang sudah maju untuk meningkatkan kemajuan bangsa yang pada akhirnya memajukan bangsa dan akan meningkatkan rasa kecintaan kita terhadap bangsa.

Dalam bidang globalisasi, teknologi berkembang pesat. Baik teknologi maklumat, komunikasi, ataupun pengangkutan. Sehingga orang dapat berhubungan melepasi batas-batas negara. Ikatan kekeluargaan akan sentiasa terjalin erat walaupun sedang berjauhan , kecanggihan teknologi komunikasi pada masa kini telah memberi ruang untuk anak yang berada di luar negeri menghubungi serta bercakap dengan keluarga yang berada jauh di kampung. Keakraban dan ikatan kekeluargan akan sentiasa terjalin dan mengukuhkan lagi ikatan yang sedia ada.

Urusan perdagangan, perkembangan industri membolehkan proses dalam satu negara tidak lagi dibatasi dengan penghasilan produk yang sama, melainkan dapat mengimport komponen lain yang diperlukan.

Pada bidang industri dan perniagaan, setiap negara terbuka untuk membuka peluang sehingga semua rakyat dapat bekerja di negara lain. Pada bidang politik, Negara berhak atas kedaulatannya, namun Negara-negara lain turut menuntut sikap keterbukaan, demokrasi dan menghargai hak asasi manusia. Pandangan ini sesuai dengan teori Keuntungan Komparatif dari David Ricardo. Melalui spesialisasi dan perdagangan faktor-faktor pengeluaran dunia dapat digunakan dengan lebih efesien, output dunia bertambah dan masyarakat akan memperoleh keuntungan dari pengeluaran dan perdagangan dalam bentuk

- 15 -

No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

pendapatan yang meningkat, yang selanjutnya dapat meningkatkan pembelanjaan dan tabungan.

Perdagangan yang lebih bebas memungkinkan masyarakat dari berbagai negara mengimport lebih banyak barang dari luar negeri. Hal ini menyebabkan pengguna mempunyai pilihan barang yang lebih banyak. Selain itu, pengguna juga dapat menikmati barang yang lebih baik dengan harga yang lebih rendah.

Perdagangan luar negeri yang lebih bebas memungkinkan setiap negara memperoleh pasaran yang jauh lebih luas dari pasaran dalam negeri. Modal

dapat diperoleh dari pelaburan asing dan terutama dinikmati oleh negara-negara berkembang karena masalah kekurangan modal dan tenaga ahli serta tenaga terdidik yang berpengalaman kebanyakan dihadapi oleh negara-negara

berkembang.

Pembangunan

sektor

industri

dan

berbagai

sektor

lainnya

bukan

saja

dikembangkan oleh perusahaan asing, tetapi terutamanya melalui pelaburan yang dilakukan oleh perusahaan swasta domestik. Perusahaan domestik ini seringkali memerlukan modal dari bank atau pasar saham, dana dari luar negeri terutama dari negara-negara maju yang memasuki perdagangan mata wang dan

perdagangan modal di dalam negeri dapat membantu menyediakan modal yang diperlukan oleh pelabur.

Bagi syarikat-syarikat di negara kaya, globalisasi buat masa sekarang adalah baik untuk mereka. Sebab itu mereka bersama-sama melobi kerajaan masingmasing supaya menentukan dasar-dasar ekonomi dan kewangan di negara membangun. Syarikat-syarikat ini yang amat besar dan kaya akan sentiasa

- 16 -

No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

bertambah besar dan kaya kerana mereka terus bergabung dan mengambil alih syarikat lain. Sekarang, kerana keuntungan di negara mereka adalah terhad, mereka mahu datang ke negara-negara membangun dan menjual barangan mereka, melabur atau menubuhkan syarikat di negara membangun. Dari aspek perdagangan kita telah memperoleh faedah daripada globalisasi tetapi kita juga menerima akibat buruk. Dari satu segi, bila kita mengeksport komoditi kadang-kadang harganya jatuh amat rendah seperti pada masa sekarang.Tetapi pada masa yang sama, ia juga pernah memuncak pada satu masa dahulu. Minyak sawit pernah mencecah RM2,500 (setiap tan) dahulu walaupun sekarang ia mungkin RM800 atau RM900. Kita memperoleh faedah kerana kita adalah sebuah negara perdagangan. Sekarang kita juga berdagang barangan elektronik yang telah membawa keuntungan kepada negara dan pekerjaan rakyat. Jadi dari satu segi kita boleh katakan globalisasi dari sudut liberalisasi perdagangan membawa faedah kepada negara seperti Malaysia. Secara ringkas, globalisasi ini jika kita melakukannya dengan betul, ia akan memberi keuntungan tetapi jika tidak dilakukan dengan betul, ia akan membawa kerugian.

- 17 -

No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

5. BAGAIMANA

MENANGANI

MASALAH

GLOBALISASI

NEGATIF

TERHADAP KELUARGA DAN MASYARAKAT

Mungkin

perkara

pertama

yang

boleh

dilakukan

ialah

menyedari

dan

memahami apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita harus menyoal diri kita sebelum keluar dan membeli apa saja. Berusaha dan jangan risau tentang apa orang lain kata. Sebenarnya proses globalisasi menjadikan kita semakin kurang bersifat sebagai individu tetapi semakin sebagai haiwan sosial yang bertindak balas terhadap situasi luaran bukannya tindak balas dengan pemikiran yang terbuka. Segala yang datang dari luar dianggap lebih baik. Kita mesti berusaha melihat ke dalam diri kita sendiri. Memahami diri kita sebagai ibubapa, kekuatan dan kelemahan kita, apa yang membuatkan kita bahagia dan sebaliknya. Kita mesti faham bahawa peribadi kita akan memberi kesan terhadap pertumbuhan anak-anak kita. Salah satu ciri masyarakat moden, yang didalangi oleh tekanan globalisasi, ialah sikap sumber luaran, kelajuan dan keselesaan. Kita tidak perlu melakukan semuanya, termasuk mengasuh anak-anak kita. Kita mahukan hasil yang cepat dan segera dunia

tidak dapat menunggu dan bila kita inginkan sesuatu kita hanya perlu membayar orang untuk melakukannya. Bila saya keluar makan malam bersama keluarga saya terharu melihat sebuah keluarga lain yang sedang makan bersama anak-anak kecil dan pembantu rumah mereka. Bila kanak-kanak itu bising, tidak mahu makan atau perlukan perhatian, ibubapa mereka menyuruh pembantu rumah melayan kerenah mereka.Ibubapa mereka,walaupun duduk semeja tidak bergerak langsung untuk memberi
- 18 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

perhatian terhadap anak-anak mereka. Pada masa akan datang bila kanak-kanak ini lari daripada rumah, atau mengambil dadah dan sebagainya, sudah terlambat untuk mencari punca kesilapannya. Terlambat untuk menyedari bahawa ibu bapa sepatutnya memberi tumpuan kepada peranan sebagai ibu bapa dan bukannya menjadi bos kepada pembantu rumah. Pendek kata luangkan lebih masa untuk diri kita dan kemudian bersama anakanak kita serta orang-orang yang kita sayangi. Amalan ini akan membuatkan kita menghargai perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Kita akan menyedari bahawa secara otomatis tidak akan memasang televisyen selepas makan malam, tetapi anda hanya mahu berbual-bual dengan keluarga. Meluangkan masa bersama sebagai sebuah keluarga adalah sesuatu yang amat baik. Bagaimanapun, kaedah yang paling berkesan dalam menangani serangan hebat budaya globalisasi ini ialah melihat ke dalam diri sendiri. Kekayaan material telah mengambil alih kehidupan orang ramai sebagai satu cita-cita yang paling utama kerana kita telah kehilangan diri sendiri. Pada Tahun Baru Cina upacara minum teh sangat bererti bagi menghormati orang tua dan merendah diri dalam mengejar kekayaan dan ilmu pengetahuan. Malangnya ramai yang tidak mengamalkannya lagi malah ada yang menerima teguran-teguran negatif daripada kawan-kawan pada hari tersebut. Sebaliknya perayaan Tahun Baru Cina diraikan dengan berpakaian cantik, minuman dalam tin dan gula-gula yang beraneka warna. Mujurlah terdapat keluarga yang masih menghidangkan kuih-muih tradisional. Berapa lamakah mereka akan bertahan. Inilah yang dikatakan kita kehilangan identiti dan nilai-nilai hidup.

- 19 -

No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

Melalui globalisasi, kita telah diberi satu mesej bahawa hidup kita tidak mencukupi dan kita harus menggunakannya dengan cara lain. Ia seperti satu impian Amerika yang dijual kepada penonton global. Keadaan ini menyebabkan seseorang kehilangan tumpuan kepada kehidupannya kerana mengejar kemewahan. Kehilangan identiti dan nilai-nilai hidup adalah sesuatu yang menakutkan. Ia menyebabkan hidup kita kosong dan sentiasa mencari sesuatu yang lebih memuaskan tetapi tidak tahu apakah dia sebenarnya. Satu lagi contoh ialah perayaan Millenium baru-baru ini, yang disiarkan melalui televisyen tempatan. Saya beranggapan ini mestilah sesuatu yang menarik untuk melihat negara-negara yang berbeza meraikan ketibaan Tahun Baru. Sebaliknya saya merasa bosan hampir semua negara mengadakan pertunjukan bunga

api, tarian-tarian dan muzik pop, pesta tari-menari di jalanraya dan sebagainya. Negara India membuat persembahan pop keseluruhannya apa telah terjadi

kepada tamaddun dan warisan kebudayaan yang telah beribu tahun lamanya. Hampir di seluruh dunia manusia berpesta, kecuali negara Jepun yang

mengadakan upacara membunyikan loceng yang sangat unik. Perkara yang menakutkan ialah kita telah sampai ke satu tahap di mana kita telah hampir kehilangan identiti kebudayaan kita yang menjadi asas kepada nilai-nilai hidup kita. Sebagai ibubapa dan selalunya sebagai seorang pekerja atau warga korporat, masa dan tenaga kita banyak tertumpu kepada orang lain hingga melupakan diri kita sendiri. Kita perlu mengendalikan kekuatan dan kelemahan kita, keselamatan kita, malah kadang kala ketakutan terhadap kekayaan dan kebendaan boleh

- 20 -

No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

menyembunyikan perasaan tidak selamat. Telah tiba masanya kita melihat ke dalam diri dan beri sedikit tumpuan kepada diri kita keluarga dan masyarakat. Penekanan terhadap ilmu agama harus diterapkan kepada anak-anak dari awal lagi. Ini diakui oleh mana-mana agama di dunia yang mengesahkan ilmu agama adalah banteng terbaik bagi menangani segala permasaalahan yang timbul pada masa kini. Dengan adanya asas yang kukuh ianya akan dapat menjamin

seseorang individu itu dari hanyut dalam kemewahan dunia serta tipu daya dunia yang sentiasa mancari jalan untuk memesongkan akidah umat Islam. Pemantauan yang dilakukan oleh masyarakat terhadap anak muda sepatutnya dijadikan amalan , tiada istilah jangan jaga tepi kain orang. Akibat dari perkara ini kebanyakan generasi muda kini rosak dan tidak siapa yang mampu menegur. Tindakan hanya dapat dilakukan setelah terlambat iaitu setelah berlakunya perkara yang tidak diingini serta telah ditangkap oleh pihak berkuasa. Didikan awal di sekolah serta didikan dirumah dibantu dengan masyarakat yang perihatin akan mewujudkan masyarakan yang bertamadun dari segi nilai serta tindakan. Hati yang baik akan melahirkan tindakan yang baik juga. Oleh itu bermula dari didikan yang baik akan dapat melahirkan generasi yang sentiasa mendekati agama dan tidak mudah terpesong dengan duniawi. Seterusnya melahirkan masyarakat serta keluarga yang bertamadun. Kita tidak dapat menolak globalisasi namun kita boleh memilih untuk menjadikan globalisasi itu sebagi perkara positif dalam diri , masyarakat dan Negara.

- 21 -

No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

6.

KESIMPULAN

Hakikatnya sesuatu itu ada baik buruknya termasuk proses globalisasi ini. Kesan-kesan buruk globalisasi yang mulai merugikan rakyat biasa dan menjejaskan kehidupan mesyarakat dan keluarga. Terdapat protes antarabangsa yang dilakukan keatas negara-negara maju yang mendapat keuntungan kesan globalisasi. Mereka terdiri daripada para saintis, cendekiawan, pemimpin-

pemimpin agama, pencinta alam, pertubuhan wanita, petani-petani, kaum asli, pekerja dan lain-lain golongan. Semua mereka ini memperjuangkan hal-hal kepentingan umum dan bukan kepentingan peribadi. Protes ini nampaknya adalah detik permulaan golongan menentang globalisasi yang semakin hari semakin bertambah.

Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan globalisasi. Namun begitu kita tidak pula nampaknya mengambil sikap yang negatif terhadap proses ini.

Jadi ada banyak cara yang perlu kita lakukan untuk menghadapi pengaruh globalisasi. Kita boleh merasakan pengaruhnya, namun kita harus mengambil kesan positif, dan membuang kesan negatif. Namun kefahaman yang tepat tentang globalisasi akan menyebabkan kita lebih bersedia untuk menghadapi setiap cabarannya, sekaligus memastikan kita berada dikalangan pihak yang mendapat faedah daripadanya.

Dalam keghairahan untuk diglobalkan, kita semakin terputus dari budaya dan akar sejarah kita sendiri. Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas
- 22 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi bermakna melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus membentuk seluruh tamadun hidup semasa.

Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati diri golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup timur.

Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari implikasi globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Golongan muda seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan palsu.

- 23 -

No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PLK-UUM

RUJUKAN

Nurani Othman (2000) .Malaysia menangani globalisasi, peserta atau mangsa? Published 2000 , Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia , Bangi .

Hashim Yaacob, and Abdul Jalil Othman, (2007) Dunia Pendidikan Dalam Era Globalisasi: Peranan Dan Cabaran. Faculty of Education University of Malaya.

Fayers, P.M. & MacHin D. (2000). Quality of life and Assessment, Analysis and Interpretation, U.K, John Wiley and Sons. .

Unit Perancangan Ekonomi (2001). Petunjuk Kualiti Hidup Malaysia, Kuala Lumpur, Penerbitan Kerajaan.

- 24 -

No Matrik :

Anda mungkin juga menyukai