PSV Sebelum Dan Selepas Merdeka
PSV Sebelum Dan Selepas Merdeka
AHLI KUMPULAN:
RAZNIZA BT MOHAMMAD NURUL AMALIA BINTI MOHD SAAD SITI NUR HANIS BINTI HAMIDAN PENSYARAH: EN JAAFAR BIN MAHMOOD
SEBELUM MERDEKA
Pada tahun1930, sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari, dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Mata pelajarannya karangan, ilmu kira- kira, ilmu alam, sejarah melayu, kesihatan, lukisan, menganyam, dan berkebun. Kesihatan, lukisan, menganyam dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem persekolahan melayu lebih mirip kepada kampung- anjuran dari R.O. Winstedt.
Winstedt mencadangkan:
a) Lukisan adalah mustahak untuk latihan yang amat baik memerhati alam yang didapati darinya, dan ia dapat menimbulkan minat dan kecerdasan muridmurid, dan melatih mereka ketepatan dan kecermatan. Dan ia menyesuaikan mereka dengan kerja- kerja mandur. b) Menyediakan mata pelajaran kerja tangan seperti membuat bakul . c) Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris tahun 1922. diantara mata pelajarannya, pekerjaan tangankerja membuat raga dianggap paling sesuai kerana:
i. ii. iii. Seni pertukangan asli Bahan- bahan mudah didapati. Pekakas tidak banyak dan mudah.
Melayu Proto
Datangnya lebih awal, dan alat- alat batu- batunya lebih licin dan penggunaan tembikar.
Melayu Deutru
Mereka tiba ke sini selepas puak Melayu Proto. Kumpulannya lebih maju, alat- alat besi telah diperbuat seperti alat- alat pekakas dan senjata. Tedapat juga loceng dan tambur tambur besar.(Benda ini menyerupai seni Dongsan, Indo China) Pada kubur mereka terdapat alat- alat perhiasan yang mahal seperti hettile dari Phonecia bertarikh 600 s.m.
Zaman Tua
Orang- orang Sakai, Semang dan Senoi telah membuat pertukangan tangan dan seni bina. Bagi mereka seni berfungsi untuk keagamaan dan kegunaan. Kraf tangan mereka banyak diperbuat daripada buluh, siput dan tempurung. Setelah meninggalkan kehidupan dalam gua, mereka mula membina rumah untuk kediaman.
Zaman Jepun
Kedatangan Jepun telah banyak mengubah sikap orang-orang Melayu. Mereka mulai sedar bahawa banyak benda yang dibuat sendiri, contohnya:a. Pertukangan kayu : dilatih membuat perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. b. Menjilid buku: hanya sebilangan kecil penuntut- penuntut tahun 3 yang mengikutinya.
c. Menganyam jaring: membuat jaring untuk kegunaan permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. d. Pertukangan tanah liat: hanya sebilangan penuntut sahaja yang dipilih untuk belajar membuat tempat bunga, periuk dan lainlain dari tanah liat.
SELEPAS MERDEKA
Ramai pelukis dari Malaysia yang keluar negeri untuk menimba ilmu tentang seni lukis. Sekembali mereka dari luar negeri, timbul bermacam- macam ism. Berlakulah perombakan perkembangan seni tanah air dari cat air kepada catan plastik: oil painting, pastel dan sebagainya. Tiba di suatu peringkat , pelukis Malaysia mulai sedar bahawa sesetengah seni barat tidak sesuai dengan negara ini seperti seni Erotik dan Porno.
Ramai pelukis yang mulai kembali pada unsur- unsur peribadi bagi mewujudkan sesuatu identiti negara dalam semangat bersatu padu semua kaum. Kerana itulah jika diperhatikan banyak lukisan- lukisan yang menampilkan ideaidea yang bercorak Malaysia.
Melalui penyertaan dan penglibatan dengan masalah- masalah kesenian, analisa, pengetahuan dan pengumpulan data serta pemilihan pengalaman yang betul untuk memberi sumbangan terhadap pembaikan nilai- nilai yang kukuh , yang bermakna dan sihat.
USM
Kursus seni halus menyentuh aspek- aspek asas seni halus yang memungkinkan para pelajar membuat penilaian dan penghargaan secara kritis bila berhadapan dengan objek- objek. Tujuannya adalah melatihkan para pelajar menjadi (visual literate) atau pemerhati, pemandang yang arif, bila menilai mutu dan erti dunia yang berbentuk 2 dan 3 dimensi.
Pembentukan Kurikulum
Dibahagi kepada 3 iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan diri individu.
Bidang Komunikasi
Bahasa pengantar (Bahasa Malaysia,Bahasa Cina dan bahasa Tamil), Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Matematik.
Bibliografi
Arifin Jusoh, 1987, Pendidikan Seni Visual, Percetakan Watan Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.