Anda di halaman 1dari 15

Dialek Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau

masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.

Dialek sosial Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.

Dialek variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut. Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial. Dialek berbeza dari segi: a. Sebutan Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo. b Gaya lagu bahasa Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan. c. Tatabahasa Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan. perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor). (d) Kosa kata Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri) (e) kata ganti diri Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya) Hang (dialek utara bermaksud kamu)

Dialek digunakan dalam masyarakat sebagai penghubung komunikasi dalam sesebuah kawasan atau situasi sosial. Dialek yang merangkumi penggunaan bahasa halus, sopan, rasmi, dan santai telah mengikat masyarakat agar menggunakan dialek yang tertentu bergantung kepada situasi yang dialami ketika sesuatu perkara itu berlaku. Penggunaan dialek tertentu melambangkan kesopanan dan kehalusan budi seseorang penutur, di samping menentukan jarak perhubungan seseorang penutur sama ada akrab atau sebaliknya. Situasi sama ada rasmi atau tidak rasmi secara langsung telah mendasari masyarakat agar memilih sama ada mahu berlaku sopan atau sebaliknya. Melalui pelbagai dialek geografi yang terdapat dalam masyarakat ini telah membawa kekuatan masyarakat terhadap negeri tercinta dengan menggunakan dialek negeri masingmasing. Situasi ini secara langsung telah membawa identiti sesebuah masyarakat di kawasan tertentu seiring dengan latar belakang yang membawa ciri budaya. Melalui aspek dialek sosial pula membolehkan masyarakat mengaplikasi dialek sosial tertentu dalam situasi tertentu demi menghormati protokol yang wujud khususnya situasi rasmi. Hal ini telah membawa masyarakat agar menyedari akan kewujudan pelbagai tatacara dan gaya bahasa yang bersesuaian yang juga merangkumi adat budaya. Oleh itu masyarakat sememangnya harus mendasari penggunaan dialek sosial khususnya demi menjalani urusan dengan teratur.

Dialek Sosial

Neka Bahasa Berubah bukan saja menurut daerah geografi tetapi juga: Perbezaan golongan sosial Perbezaan pendidikan

Perbezaan pekerjaan, profesion Perbezaan nilai

Golongan sosial Bahasa raja dan bangsawan Sistem panggilan: tuanku, hamba, patek, pacal, hamba tua dll. Beta, tuan hamba Perkataan khusus: santap (makan), gering (sakit), berangkat (pergi), dll.

Pendidikan dan Agama Bahasa teratur Tuan guru, haji, imam, lebai dll. Melayu Agama dan Arab Inggeris dll.

Golongan perniagaan Perniagaan: kosa kata Gaya hidup

Dialek penutur terpelajar Bahasa baku Bahasa persuratan

Tatabahasa yang lengkap Perkataan khusus Sebutan yang rapi

Sebutan Semua huruf disebut Ikut tulisan Bahasa persuratan

Isu dalam amalan berbahasa Kebanyakan kita menggunakan bahasa neka rendah (bualan) dalam semua konteks Sebutan tidak sempurna Perkataan tidak terbentuk lengkap Ayat dan intonasi tidak rapi Berbahasa dengan tidak berdisiplin Tiada beza percakapan orang berilmu dengan yang tidak berilmu

Neka bahasa Semua bahasa ada neka (variety) Ada neka rendah dan ada neka tinggi (low and high) Setiap neka ada ranahnya Gunakanlah neka yang sesuai dengan ranah (konteksnya)

Bahasa Inggeris juga ada neka

Bahasa Inggeris pun ada neka BI yang kita gunakan juga adalah low variety Sentiasa bercampur dengan BM Jarang kita mendengar sebuah ayat lengkap dalam BI

Campur kod dan tukar kod Kod itu ialah unsur bahasa Campur kod (code mixing): menggunakan unsur BI dalam BM atau BM dalam BI Tukar kod (code switching): apabila berucap dalam BM yang baik, kita sengaja menggunakan BI yang baik juga bagi menjelaskan sesuatu, atau sebaliknya

Amalan berbahasa dan karisma Code mixing (bahasa rojak) Budaya rendah Pengamalnya dipersepsi sebagai tidak berfikir, tidak berpelajaran dan tidak keruan Code switching (tukar bahasa bila perlu) Budaya tinggi Pengamalnya dipersepsi sebagai orang pandai, intelektual, berilmu

Bukan isu baru: 1847, Abdullah Munsyi (jalan bahasa .. 1956: Kongres Ketiga (S. Roomai Noor, Zuber Said , unsur asing) 1984 Kongres Keempat (Nik Safiah, Awang Sariyan, Firdaus Abdullah, Farid Onn, bahasa tak formal (iaitu neka rendah)

Sekarang: sms, emel, rojak (campur), remaja (slanga), dll.

Falsafah Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi Bahasa Melayu Tinggi adalah wahana budaya Tinggi: intelektual, pentadbiran, mesyuarat, pendidikan, idea, istiadat, rasmi, mahkamah, dll. Bahasa Melayu Rendah adalah wahana budaya rendah (lawak Senario, celoteh DJ radio dan tv, dll. Contoh: Jom, Pekena: gunakanlah, tetapi jangan diamalkan dalam konteks rasmi.

Fitrah manusia berkomunikasi Ada banyak neka bahasa Kita menggunakan lebih dpd satu neka Setiap satunya untuk konteks tertentu Sikap begini penting, supaya kita tidak perlu membendung pengggunaan neka rendah dalam konteks intelektual Ajarkan apa yang betul, neka yang baik

Neka dan ranahnya Neka rendah untuk komunikasi dengan kawan rapat, konteks tidak rasmi Budaya seperti Akademi Fantasia (pengacaranya mendapat bayaran tinggi) Tetapi orang berilmu tinggi tidaklah diharapkan menggunakan bahasa begitu dalam dewan kuliah

Ciri-Ciri BMT dan BMR Terkawal lwn bebas, Terkawal: Bahasa majlis, sekolah, mahkamah, buku, jurnal

Bebas: bahasa basahan, keluarga, Kekal (permanent) lwn tidak kekal (non-permanent) Permanent: majlis, ucapan, buku Non permanent: bualan, akhbar, majalah

BMT lwn BMR Citra (Imej): Berpendidikan, Berkuasa Bahasa Indonesia (lelaki) lwn bahasa Melayu (Perempuan) Lelaki (Jins Shamsuddin, Rais Yatim) Perempuan (Chef Wan, Jaafar Onn)

1. Terkawal lawan bebas BMR (Bebas): I suka pi tengok picture tapi tak dak timelah, busylah nowadays! BMT (Terkawal): Saya gemar menonton wayang gambar, tetapi, sekarang saya tidak mempunyai banyak masa untuk berbuat begitu.

2. Rasmi lawan mesra Rasmi: panggilan Tuan, Puan, Cik, Dato; ganti nama, saudara, anda, kamu, saya Mesra: Pak Cik, Mak Cik, Kakak, I, You, We all, You all, Dia orang Perhatian: bahasa pasar: you all, dey all, wiol

3. Bahasa surat lawan basahan

BMR: Jom baca

BMT: Mari membaca

BMR (Neka mesra, keluarga): Abang, berape hargenye? BMT (Neka surat): Encik, Berapa harganya?

BMR (Bahasa mesra, keluarga): Mana surat beranak Mak Cik? BMT (Neka surat): Tolong berikan sijil lahir Puan kepada saya.

BMR: Mai pekena kopi dulu BMT: Silakan minum kopi dahulu

BMR: (Neka mesra, keluarga): Abang, berape hargenye? BMT: (Neka surat): Encik, Berapa harganya?

BMR: (Bahasa mesra, keluarga): Mana surat beranak Mak Cik? BMT: (Neka surat): Tolong berikan sijil lahir Puan kepada saya.

Bahasa Melayu Tinggi Bahasa Persuratan Rasmi Terkwal Bahasa orang terpelajar Bahasa orang berkuasa Sempurna

Tahap budaya tinggi

1. Sebutan terkawal dan bebas Sebutan: a, r, s, dll (rata Imbuhan: kan, per, dll Ayat: pengguguran bahagian subjek, predikat Kata-kata Bualan

Sebutan a: rata rate - kerataan r: besar besa - kebesaran s: habis habeh - kehabisan l: kecil kecik - kekecilan

Imbuhan me- (meng)angkat -kan mengguna(kan), membesar(kan) Per- - memperoleh

Tatabahasa .. Dengan mengajarkan kemahiran insaniah mendapat peluang yang lebih baik mana subjeknya Melalui projek pembangunan meningkatlah taraf hidup orang asli ini

2. Paggilan Rasmi Anugerah: Tun, Toh Puan, Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin Adat: Dato, Tuk Empat Profesional: Dr. Prof. Ir. Kemungkinan mengyukan semua orang

3. Panggilan Tidak Rasmi Pak Cik, Mak Cik, Abang, Kakak, Biadab bermesra dalam konteks rasmi, Biadab menggunakan bahasa kanak-kanak dalam konteks rasmi

4. Intonasi Dalam majlis rasmi, penutur menggunakan intonasi "berual"

Kesimpulan Bahasa (Melayu) Tinggi ini adalah neka bahasa persuratan. Bahasa Intelektual Bahasa yang mesti digunakan dalam konteks rasmi dan ilmu. Di sekolah, di universiti, di pejabat, dalam majlis, dalam urusan rasmi Sebab ini bahasa orang berilmu

Loghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu.[1] Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat, tetapi juga ditentukan oleh faktorfaktor lain seperti darjat sosial.[2] Istilah loghat berasal dari perkataan Arab (la) yang bermaksud "bahasa"; sementara istilah dialek dipinjam dari bahasa Inggeris melalui perkataan Yunani (dialektos) yang bermaksud "bahasa" atau "perbualan".

Dalam kegunaan umum, perkataan "loghat" atau "loghat daerah" adakalanya dipakai untuk memaksudkan suatu bahasa yang kurang biasa didengari (terutamanya bahasa setempat), khususnya bahasa yang tidak bertulis atau tidak diselaraskan.[3] Penggunaan perkataan ini tidak sedap didengari penutur bahasa-bahasa yang dimaksudkan kerana diiringi salah sangka bahawa bahasa minoriti berkenaan ketandusan kosa kata, tatabahasa atau kepentingan. Bilangan penutur dan liputan geografi loghat itu agak sukar ditentukan, lebih-lebih lagi loghat itu boleh terbahagi lagi kepada loghat-loghat kecil. Loghat itu adalah sistem perhubungan penuh (baik lisan mahupun berisyarat, tetapi tidak semestinya bertulis) yang dilengkapkan lagi perbendaharaan kata dan tatabahasa sendiri. Loghat yang dikaitkan dengan darjat sosial tertentu dipanggil sosiolek. Kelainan-kelainan bahasa yang lain termasuk: bahasa baku yang diselaraskan untuk tujuan perhubungan umum (contohnya, tulisan piawai); jargon yang dicirikan melalui perbezaan dalam leksikon (perbendaharaan kata); slanga; patois; pijin ataupun bahasa sulit. Corak pertuturan tertentu yang dipakai oleh seseorang individu sahaja dipanggil idiolek. Sesuatu loghat itu boleh dibezakan melalui kosa kata, tatabahasa, dan sebutannya (fonologi, termasuk prosodi). Jika hanya terdapat perbezaan pada sebutannya, maka harus digunakan istilah pelat atau telor, bukan dialek atau bahasa daerah (tetapi istilah loghat adalah tepat bagi keduadua erti ini).

Loghat baku (atau "bahasa baku") adalah loghat yang didukung secara keinstitusian, iaitu termasuklah pengiktirafan atau ketetapan kerajaan; penyampaianny selaku bentuk bahasa yang "tepat" di sekolah; penerbitan tatabahasa, kamus, dan buku pembelajaran yang mengemukakan bentuk lisan dan bertulis yang "tepat"; dan kesusasteraan formal berlarutan yang menggunakan loghat itu (prosa, puisi, bukan cereka, dan sebagainya). Adanya juga berbilang loghat baku yang dihubungkan dengan satu bahasa itu. Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia boleh dikatakan sebagai bentuk loghat baku bahasa Melayu, begitu juga Bahasa Inggeris Amerika Baku, Bahasa Inggeris British Baku, Bahasa Inggeris India Baku, Bahasa Inggeris Australia Baku, dan Bahasa Inggeris Filipina Baku kesemuanya bergelar bahasa Inggeris yang baku. Loghat bukan baku juga menikmati kosa kata, tatabahasa dan sintaksis yang lengkap seperti loghat baku, tetapi tidak meraih dukungan keinstitusian. Satu contoh loghat bukan baku ialah Bahasa Melayu Sarawak dalam bahasa Melayu yang laris ditutur oleh masyarakat Sarawak tetapi tidak diajar di sekolah mahupun digunakan dalam surat-menyurat rasmi dalam hubungan rasmi. Ujian Dialek direka oleh Joseph Wright untuk membandingkan pelbagai loghat bahasa Inggeris.

Tiadanya syarat-syarat yang diterima umum bagi membezakan bahasa dan loghat, namun adanya beberapa paradigma yang memberikan hasil-hasil yang adakalanya bercanggahan. Justeru, pembezaan yang tepat pun tetap subjektif, iaitu terpulang pada rangka rujukan seseorang. Kelainan bahasa selalu dipanggil loghat berbanding bahasa atas satu atau lebih sebab-sebab yang berikut:

semata-mata bukan bahasa bertulis (ataupun tidak diiktiraf sedemikian) penutur kelainan bahasa itu tidak bernegara sendiri langsung tidak atau jarang sekali digunakan dalam cetakan atau sastera kelainan bahasa itu ketandusan prestij.

Ahli-ahli linguistik antropologi mentakrifkan loghat sebagai suatu bentuk bahasa tertentu yang dipakai oleh suatu komuniti perbualan. Dalam erti kata lain, perbezaan antara bahasa dan dialek ialah perbezaan antara "yang abstrak atau umum" dan "yang maujud dan khusus". Dari perspektif ini, tiada sesiapa pun yang bertutur dalam "bahasa"; sebaliknya, semuanya bertutur dalam loghat. Sesiapa yang menentukan loghat tertentu sebagai bentuk yang "baku" atau "tepat" sebenarnya sedang menggunakan kata-kata tersebut untuk meluahkan pembezaan sosial. Selalunya, bahasa baku itu lebih menyerupai sosiolek golongan elit. Dalam kelompok-kelompok yang mana prestij itu kurang memainkan peranan, istilah "loghat" boleh digunakan cuma untuk memaksudkan kelainan setempat yang tidak ketara dalam amalan linguistik yang dianggap saling mudah difahami, memainkan peranan penting dalam mengenali seseorang serta membayangkan asal-usulnya (kawasan bandar yang mana, kampung yang mana, atau daerah yang mana); maka nampaknya terdapat banyak "loghat keabdian". Ertinya, terdapat banyak kelainan yang tidak ketara di antara penutur yang saling memahami bahasa dan menerima bahawa diri mereka bertutur "secara sama" secara amnya. Ahli bahasa moden tahu bahawa taraf sesuatu bahasa itu bukan sahaja ditentukan oleh kriteria linguistik, malah juga merupakan hasil perkembangan sejarah dan politik. Bahasa Romansh ada bahasa bertulisnya, maka diiktiraf sebagai bahasa, biarpun agak serupa bunyinya dengan loghatloghat Alp Lombard. Lain pula dengan bahasa Cina, yang bentuk-bentuk kelainannya termasuk bahasa Mandarin dan Kantonis sering dianggap sebagai dialek dan bukan bahasa sungguhpun saling tidak boleh difahami semata-mata kerana semuanya berkongsi piawaian penulisan dan badan kesusasteraan.

Dialek-dialek Melayu dan Dialektologi


PENDAHULUAN Dialek-dialek Melayu dan Dialektologi: Masyarakat Malaysia cukup sedar akan kepelbagaian dialek Melayu di wilayah negara ini. Dengan bertambah luas penyebaran televisyen dan filem, loghat-loghat Melayu semakin dikenal hingga loghat Jakarta pun tidak asing bagi penonton dan penggemar wayang gambar. Bahkan justeru perbezaan dialek yang dialek yang menjadi salah satu unsur pokok dalam perkembangan sastera, budaya dan humor Malaysia. Kononya, Hang Tuah dan para biduan Inderapura pula pernah memperkatakan perbezaan dialek daerah serta masalah sosioliguistik sezaman. Secara perbandingan, penelitian terhadap dialek sosial merupakan satu gejala baru. Minat ahli-ahli bahasa pada amnya tertumpu pada perbezaan-perbezaan yang dikaitkan dengan daerah, yakni dialek-dialek geografi. Berdasarkan kesedaran bahawa unsurunsur sosial memainkan peranan penting dalam penggunaan bahasa sehari-hari, ahliahli bahasa mula memberi perhatian pada perbezaan-perbezaan bahasa yang berkait rapar dengan masyarakat. Halliday (1968), misalnya, berdasarkan perbezaan yang terdapat dalam bahasa kepada dua faktor iaitu pengguna dan penggunaan. Mengikut beliau, variasi-variasi bahasa yang timbul, berkait dengan penggunanya (yakni dengan maksud variasi yang digunakan oleh seseorang penutur untuk sebahagian besar penggunaan bahasanya sehari-hari) ialah dialek , dan variasi yang berkaitan dengan penggunaan (dengan maksud variasi-variasi yang dipilih untuk digunakan pada situasisituasi tertentu ialah register atau laras. Dialek Sosial Dan Daerah: Pengenalan Seperti yang telah disebutkan di atas, dialek adalah variasi bahasa yang dibezakan mengikut penggunanya: orang yang tinggal di Kelantan bercakap dialek Kelantan, sementara mereka yang tinggal di Negeri Sembilan mengunakan dialek Negeri Sembilan. Tiap-tiap dialek mempunyai ciri-ciri tersendiri yang membezakannya daripada dialek-dialek lain. Perbezaan bahasa juga dapat dilihat dari segi penggunaannya, kerana bahasa berbeza apabila fungsinya berbeza. Konsep register atau laras digunakan untuk memperkatakan bagaimana bahasa digunakan oleh penutur-penuturnya dalam kehidupan sehari-hari. Persoalan perbezaan bahasa dari segi sosial (dalam erti yang luas) boleh dan telah dibuat berdasarkan berbagai-bagai segi. Quirk dan Greenbaum (1973), misalnya, semasa membicarakan variasi-variasi bahasa Inggeris telah menurunkan enam ciri utama (masing-masing dengan subjenisnya pula) berdasarkan faktor-faktor penentu seperti yang berikut: Daerah, pendidikan dan kedudukan sosial, tajuk, cara penyampaian, sikap, dan gangguan. Semua faktor ini menghasilkan ciri-ciri tertentu dalam penggunaan bahasa yang memisahkannya daripada variasi lain. Masing-masing

dikenal dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Dialek golongan terpelajar, misalnya, mengandungi struktur tersendiri dan digunakan dalam situasi-situasi tertentu. Variasi bahasa yang timbul berdasarkan sikap ialah variasi-variasi yang bentuknya ditentukan oleh sikap penutur terhadap pendengar/pembaca, bahasa yang sedang diperkatakan (tajuk) atau sebab-sebab perhubungan itu berlaku. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat atau komuniti bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam sesuatu kawasan tertentu atau oleh suatu kumpulan penutur tertentu. Keadaannya berbeza daripada bentuk bahasa yang standard dari segi sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa. Walau bagaimanapun, perbezaan itu tidaklah besar sehingga ia boleh dianggap sebagai suatu bahasa. Dialek bagi sesuatu bahasa itu dapat dibahagikan kepada dua, iaitu dialek daerah dan dialek sosial. Dialek Daerah: Antara satu dialek dengan dialek yang lain dalam satu bahasa terdapat beberapa perbezaan. Dalam sesuatu daerah yang luas, dialek-dialek berdekatan biasanya mempunyai lebih banyak persamaannya daripada yang letek berjauhan. Kadang-kadang terdapat perbezaan yang amat ketara sehingga sukar bagi penuturpenutur memahami dialek yang dituturkan antara satu sama lain. Contoh, dialek Kelantan dengan Johor. Walau bagaimanapun, mereka tetap boleh menghubungi antara satu sama lain. Antara faktor wujudnya dialek: 1. Keadaan geografi 2. Persekitaran pergaulan 3. Faktor politik Dialek-dialek tempatan di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah daripada bahasa Melayu. Malah, dalam satu-satu dialek tempatan di Malaysia terdapat pula ideolak, iaitu kelainan pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu dan kelainan stilistik. Hal ini terjadi kerana perbezaan konteks. Kesemua kelainan ini disebut dialek tetapi penuturnya masih dapat memahami pertuturan antara satu sama lain. Dialek Sosial: Dialek sosial disebut juga sebagai register atau laras bahasa, iaitu variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa berkenaan. Laras bahasa merupakan variasivariasi yang dipilih untuk digunakan dalam situasi tertentu dalam kehidupan sehari-hari. Terdapat beberapa faktor-faktor yang menetukan pemilihan dan penggunaan sesuatu dialek sosial. antara faktor itu ialah: 1. Taraf pendidikan 2. Kedudukan sosial 3. Cara penyampaian 4. Sikap penutur 5. Gangguan 6. Latar belakang keluarga dan tempat tinggal

7. Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa 8. Hubungan sosial dan peribadi 9. Bahasa yang diperkatakan 10. Aspek-aspek linguistik

Anda mungkin juga menyukai