Anda di halaman 1dari 21

PEMARKAHAN

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014


KRB 3023: PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
TAJUK ESEI ILMIAH

LAPORAN KAJIAN TENTANG PERINGKAT


PENGAJARAN MENULIS
DARI SUDUT
TEORI,MODEL,PENDEKATAN,KAEDAH DAN TEKNIK
YANG DIGUNAKAN
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
FATIMAH BINTI ADAM

NO. MATRIK
D20102042448

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI113

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN

TARIKH SERAH: 31/12/2013

Page |2

ISI KANDUNGAN

BIL
1.0
2.0

PERKARA
Pengenalan
Pengajaran Penulisan

MUKA SURAT
3

2.1 Definisi/Konsep Teori Pembelajaran


2.2 Definisi/Konsep Pendekatan
2.3 Definisi/Konsep Kaedah

3 -6

2.4 Definisi/Konsep Teknik


2.5 Definisi/Konsep Penulisan
3.0

2.6 Tujuan Pengajaran Penulisan


Peringkat Kemahiran Menulis
3.1 Peringkat Pra-Menulis
3.1.1 Definisi Pra-Menulis
3.1.2 Perbincangan pengajaran PraMenulis dari segi teori,model,
pendekatan,kaedah dan teknik yang

7 10

digunakan.
3.2 Peringkat Menulis Mekanis
3.2.1 Definisi Menulis Mekanis
3.2.2 Perbincangan peringkat menulis
mekanis Dari segi teori,model,
pendekatan kaedah dan teknik yang

11 - 14

digunakan.
3.3 Peringkat Menulis Mentalis
3.3.1 Definisi Menulis Mentalis
3.3.2 Perbincangan peringkat menulis
Mentalis dari segi teori,model,
pendekatan,kaedah dan teknik yang
4.0
5.0

digunakan.
Kesimpulan
Rujukkan

14 - 18
18 - 19
20 - 21

Page |3
1.0 PENGENALAN
Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia juga
berkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunkasi
yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai
saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea.
Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang penting yang perlu dikuasai
bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk mata pelajaran yang lain.
Ini kerana bahasa menjadi media untuk melahirkan buah fikiran.Menulis dalam apa
bentuk sekalipun dianggap mustahak.Ia dapat membantu meningkatkan pencapaian
murid dalam pelajaran. Faedah menguasai kemahiran kepada murid tidak terhad
untuk jangka masa yang pendek sahaja,bahkan berlanjutan sepanjang usia mereka.
Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang agak sukar berbanding
dengan kemahiran-kemahiran lain namun begitu ia dapat dikuasai melalui aktiviti
pembelajaran.Untuk mencapai kemahiran menulis yang sempurna,sebahagian besar
tanggungjawab adalah terletak pada guru.Sikap dan kesedaran guru adalah penting
untuk merangsang minat,dan mempengaruhi murid-murid menggemari kemahiran
tersebut sepanjang masa..
2.0 Pengajaran Penulisan
2.1Definisi/Konsep Teori Pembelajaran
Teori adalah satu pecahan setiap bidang ilmu.Teori-teori dalam psikologi
pendidikan memberi fokus kepada aspek-aspek pembelajaran dan daripadanya datang
idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu.
Stanowich (1992) menyatakan bahawa teori ialah Set konsep-konsep yang saling
berkait yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data dan untuk meramal
keputusan kajian akan datang.
2.2 Definisi/Konsep Pendekatan Pengajaran.
Pendekatan biasanya dimaksudkan sebagai arah atau hala yang kita ambil untuk
menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan
sebagai to come near to in any sense atau jalan yang diambil untuk melakukan
sesuatu.Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu.

Page |4
Kamaruddin Hj Husin (1988),mendefinisikan pendekatan sebagai satu kumpulan
andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa,hakikat pengajaran bahasa dan
hakikat pembelajaran bahasa.Selain itu,pendekatan juga dikatakan sebagai cara atau
langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti
menyelesaikan

masalah,Kamus

Dewan

(1986).Edward

M.Anthony

(1963),berpendapat bahawa pendekatanialah satu set andaian yang saling berkait


dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.
2.3 Definisi dan Konsep Kaedah
Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat
sesuatu),hukum atau prinsip.Justeru,sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu tindakan
yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
2.4 Definisi dan Konsep Teknik
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang
terdapat dalam sesuatu kaedah.Teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti
muzik,karang-mengarang dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Ketiga).Edwatd
M.Anthony (1963),mendefinisikan teknik sebagai satu muslihat atau strategi atau
taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada
waktu mengajar sesuatu bahagisn bahasa tertentu.beliau juga mengatakan bahawa
teknik ialah kemahiran guru yang digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan
kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
2.5 Konsep Penulisan
Menurut Abu Bakar Yusuf (2013),Menulis adalah proses merakam atau
menghasilkan bahan yang berbentuk idea,pendapat,pengalaman,perasaan,maklumat
dalam bentuk tulisan.Ia dilakukan untuk membolehkan kita berhubung dengan orang
lain atau dengan diri sendiri.Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambanglambang bunyi.Jika tulisan itu dibunyikan semula ia dikatakan bahasa.Menurutnya
lagi menulis adalah proses memberikan simbol-simbol grafik kepada lambanglambang bahasa dengan menyusun perkataan rangkai kata,ayat dan seterusnya unitunit yang lebuh panjang mengikut peraturan peraturan tertentu.Ia akan mewujudkan
satu wacana yang dapat menzahirkan satu penglahiran idea yang jelas dan tersusun.

Page |5
Marohaini Yusoff (2004) menjelaskan bahawa menulis ialah pembentukan
simbol-simbol

tulisan

dalam bahasa dengan tujuan untuk menyampaikan,

menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca. Beliau


menambah yang mana menulis juga ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan
huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita buat semasa
bercakap. Dalam hal ini, kita dapat memahami bahawa tulisan merupakan satu bentuk
penglahiran perasaan yang kita hasilkan atau keluarkan. Dalam maksud lain, apabila
kita menyatakan sesuatu melalui pertuturan ataupun perasaan serta pemikiran kita,
pertuturan, perasaan dan pemikiran tersebut dizahirkan atau diungkapkan dalam
bentuk lambang-lambang tulisan.
Waishe,R.D.(1981) pula menyebut
Writing is the process of selecting,combining,arranging and
developing ideas in effective sentences,paragraphs,and often
,longer units of discourse.
Menulis merupakan proses penghasilan pertuturan symbol-simbol grafik yang
disusun berdasarkan sistem yang membentuk perkataan yang seterusnya disusun
menjadi ayat-ayat.Ayat-ayat yang disusun itu ada kalanya panjang dan ada kalanya
pendek berdasarkan beberapa urutan bermakna yang membentuk teks,nota,draf dan
bahan-bahan bercetak.
Kesimpulannya, menulis adalah proses mengaplikasikan tulisan yang
merupakan lambang-lambang bunyi bahasa yang dipindahkan ke dalam bentuk grafik
untuk melahirkan perasaan.
2.6 Tujuan Kemahiran Menulis
Matlamat pendidikan bahasa di peringkat sekolah bertujuan untuk membimbing
pelajar-pelajar menguasai kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan
berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan melalui lisan dan penulisan.
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia bagi peringkat sekolah menetapkan
supaya pelajar-pelajar dapat menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan tepat

Page |6
dan

jelas

tentang

ilmu

pengetahuan dan kegiatan harian. Beberapa fungsi

kemahiran menulis yang perlu dicapai antaranya:


1.Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis
dengan baik,cekap dan pantas.
2.Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun
ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.
3. Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca
tulisan-tulisannya yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah
lagi isi bacaannya.
4. Mernbolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sernpurna
dalam bentuk tulisan.
5. Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang. Banyak orang mempunyai
bakat atau kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai minat untuk
melahirkannya.
6. Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,
perkembangan bahasa dan tulisan.
7. Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.
Kemahiran menulis di kalangan pelajar penting kerana mereka bakal menjadi
Penulis yang mengisi khazanah ilmu dan budaya bangsa. Jika kita menganggap
penulisan adalah suatu yang mudah dan dapat dilakukan tanpa terikat kepada satu
bentuk disiplin diri, maka ia akan mengakibatkan lahirnya penulis santai (Awang
Sariyan, 1991; 715). Ini kerana penulis hanya

menulis

apa yang

terlintas di

fikirannya, tanpa rasa tanggungjawab terhadap karyanya. Fungsi kemahiran


menulis sebagai penglahiran mental dapat disamakan dengan tujuan lanjut menulis
iaitu:
1. Meluaskan pengetahuan, pengalaman, penghubungan dan matlamat
menerusi penulisan.
2. Memberi kepuasan jiwa dalam pernikiran pengalaman dan perasaan.
3. Menyediakan pelajar dengan pengetahuan supaya ia dapat memenuhi kehendak
dan hasrat masyarakat moden, khususnya bagi kepentingan diri sendiri
dan orang ramai umumnya.

Page |7

3.0 Peringkat Kemahiran Menulis


Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat
yang gramatis,tanda baca dan ejaan yang betul,serta tulisan yang jelas,cantik dan
kemas.
Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan
imaginative.Peringkat-peringkat kemahiran menulis terdiri daripada peringkat pra
menulis, peringkat menulis mekanis dan peringkat menulis mentalis.
3.1 Peringkat Pramenulis

Pra menulis merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak
bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang
diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat
contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka
dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas
permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat
contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra menulis ini
adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata
tangan. Peringkat pra menulis perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut iaitu,
melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti
menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung, menguasai gerak
tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh
menulis dengan sempurna dan selesa, melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari
kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan, melakukan latihan-latihan keselarasan
(koordinasi) mata dan tangan.Berikut merupakan teori, pendekatan,kaedah dan teknik
yang boleh boleh digunakan pada peringkat pramenulis..
3.1.1 Teari Behaviorisme

Page |8
Teori pemerolehan bahasa yang dipelopori oleh Bloomfield dalam Teori
Behaviourisme menganggap bahawa bahasa diperoleh melalui proses pengulangan,
rangsangan dan gerak balas.

Menurut Bloomfield, pengukuhan perlu untuk

menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Murid-murid perlu diberi ganjaran agar


murid-murid terus berkeinginan untuk belajar.

Berlandaskan kepada teori

pemerolehan ini, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi sangat penting dan
berkesan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ini bermakna
guru- guru perlu menyusun pelajaran dengan baik melalui latihan secara berulangulang. Sebagai contoh, apabila guru mengajar kemahiran pada peringkat ini guru
perlu meminta murid melakukan aktiviti secara berulang-ulang. Proses pengulangan
yang banyak seperti yang ditegaskan oleh Bloomfield boleh menghasilkan muridmurid yang dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik.

Kebaikan-kebaikan teori ini ialah:


a. Proses pemerolehan/penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara
berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara
lebih bersistem.
b. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta
suasana dalam bilik darjah.
c. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari
sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan.
3.1.2 Pendekatan dan Kaedah Pengajaran Peringkat Pra Menulis.
Pendekatan pembelajaran bahasa penting untuk memastikan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.Pemilihan pendekatan perlu dilakukan dengan teliti
agar pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang dirancang.
Di antara pendekatan yang digunakan dalam peringkat ini ialah pendekatan
berasaskan aktiviti.Pendekatan ini dipilih kerana murid akan terlibat secara langsung
iaitu belajar secara fizikal dan mental melalui aktiviti yang dijalankan secara
sistematik.Sementara kaedah yang sering digunakan ialah kaedah individu dan
berkumpulan.

Page |9

3.1.3 Teknik Pengajaran Peringkat Pramenulis


Pada peringkat ini murid disediakan dengan aktiviti fizikal sebagai persediaan untuk
mereka dapat menulis dengan kemas dan betul.Latihan otot tangan dan jari serta
koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid.
Contoh aktiviti fizikal yang dijalankan ialah:
1.Latihan mengerakkan jari murid-murid supaya mereka bersedia menggunakan jari
untuk memegang pensel.

2.Latihan memegang pensel,objek yang keras seperti alat menulis

3.Latihan penggunaan otot-otot anggota tapak tangan.

P a g e | 10

4.Latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri

5.Latihan alat menulis dan mata secara serta-merta

6.Latihan melukis rupa alam (gunung,sungai,pokok,manusia dan binatang) secara


melakar di atas pasir.
Latihan pramenulis boleh diteruskan di dalam lembaran kerja.Gambar rajah dan
garisan yang dilukis itu boleh dilukis dengan arang,krayon,pensel dan sebagainya.
Selain daripada lembaran kerja murid-murid boleh juga membuat aktiviti pramenulis
Di atas helaian kertas terbuang seperti suratkhabar lama dan sebagainya.

P a g e | 11

3.2 Peringkat Menulis Mekanis


Menurut Chomsky (1957) , peringkat menulis mekanis berlaku setelah kanak-kanak
melalui proses pra menulis , kemahiran ini dikuasai pada peringkat awal sekolah
rendah.Peringkat ini ditekankan supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas
dan boleh dibaca.Sepatutnya pada tahap ini,mereka telah faham dan boleh memegang
pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Menulis mekanis merupakan peringkat
kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Kemahiran dalam penulisan
mekanis diajar apabila murid-murid telah melalui latihan yang intensif dalam
kemahiran pratulisan.Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan
mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong
tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk
huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada
lembaran bergaris kecil atau sempit.
3.2.1 Teori Kognitif dalam pengajaran peringkat Menulis Mekanis
Pengajaran penulisan pada peringkat ini diajarkan berlandaskan teori kognitif oleh
Jean Piaget. Menurut Jean Piaget, fungsi otak sangat penting dalam proses
pembelajaran bahasa. Seseorang kanak-kanak sejak lahir lagi mempunyai satu alat di
dalam otak yang membolehkan mereka memahami bahasa yang didengar. Jean Piaget
meletakkan empat faktor untuk membezakan penguasaan bahasa kanak-kanak.

P a g e | 12
Peringkat pertama dipanggil peringkat deria motor( sejak lahir 2 tahun). Pada
peringkat ini seseorang kanak-kanak itu hanya mampu menguasai bahasa melalui
bunyi-bunyi di persekitaran. Ia menggunakan deria motor untuk berinteraksi.
Peringkat kedua ialah peringkat pra-operasi ( 2 7 tahun ). Pada peringkat ini muridmurid menguasai bahasa dan konsep dengan cepat dan menggunakan bahasa untuk
berinteraksi dengan persekitaran. Sebagai guru sudah menjadi keperluan dan tuntutan
untuk menggalakkan murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti lisaniaitu
mendengar dan bertutur. Guru-guru mestilah bijak memilih aktiviti lisan dan teknik
yang menjurus kepada kemahiran menggunakan bahasa untuk berinteraksi. Aktiviti
lisan membolehkan murid-murid bertutur dengan fasih di samping memperkayakan
kosa kata.
Peringkat olahan konkrit ( 7 -12 tahun ) merujuk kepada penggunaan pemikiran logik,
warna dan memahami konsep pembalikan. Murid-murid juga sudah boleh bertutur
dengan fasih. Oleh itu, guru perlulah mengajar kemahiran bahasa iaitu bertutur,
membaca dan menulis. Guru juga mestilah bijak memilih kaedah pengajaran yang
menjurus kepada kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis.
Menurut Raja Mukhtaruddin ( 1980 ) kaedah yang sesuai dipilih untuk peringkat
olahan konkrit ialah kaedah terus yang mana kaedah ini menggunakan kosa kata dan
struktur bahasa sehari-hari, makna-makna konkrit diajar secara perkaitan idea dan
perbanyakkan latihan mendengar dan mengajuk.
Menurut Juriah Long ( 1984 ) pada peringkat olahan konkrit ini, kaedah terus
membolehkan murid-murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa iaitu
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
3.2.2 Pendekatan dan Kaedah Pengajaran dalam Peringkat Menulis Mekanis
Pendekatan yang digunakan dalam peringkat ini pula ialah pendekatan berpusatkan
bahan.Dalam

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran,bahan

pelajaran

sangat

penting.Murid dan guru bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran


untuk mencapai

objektif pelajaran.Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih

P a g e | 13
mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk
mencapai

objektif

pelajaran.Pendekatan

ini

menekankan

perkembangan

kognitif,jasmani dan rohani.Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid


memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.
3.2.3 Teknik Pengajaran Peringkat Menulis Mekanis
Antara teknik-teknik menulis yang diajarkan pada peringkat ini ialah:
1.Menulis huruf kecil dan huruf besar secara bersebelahan.

Apabila murid melihat contoh yang diberikan oleh guru,maka secara tidak langsung
mereka akan melakukannya sendiri.Kaedah ini bukan sahaja dapatmeningkatkan
kemahiran menulis murid-murid,bahkan membolehkan murid-murid membezakan
huruf kecil dengan huruf besar.Oleh itu mereka tidak terkeliru antara huruf kecil dan
huruf besar,di samping dapat mengetahui situasi huruf itu perlu digunakan.
2. Menulis huruf yang tertinggal di dalam Ruang Kosong

__pal

__sang
3. Menyalin Perkataan Mudah

___ren

__ bikai

P a g e | 14

Murid-murid diminta menyalin kembali perkataan yang terdapat pada lembaran kerja
yang diedarkan oleh guru seperti di atas.Hal ini bertujuan untuk sejauh mana muridmurid ini dapat menulis kembali perkataan tersebut dengan baik.
4. Menyalin Ayat-ayat yang Mudah.
Setelah murid-murid dapat menyalin perkataan yang diberikan,murid-murid akan
diminta pula untuk menyalin beberapa ayat-ayat yang mudah.Hal ini bertujuan untuk
melatih menulis beberapa perkataan yang membentuk ayat.
Ini topi adik

3.3 Peringkat Menulis Mentalis


Peringkat ini merupakan peringkat yang tertinggi dalam proses menulis.Kemahiran
menulis mentalis merupakan kemahiran untuk tujuan pelahiran.Kemahiran ini
dikuasai setelah murid menguasai kemahiran menulis mekanis.Kemahiran menulis ini
melibatkan operasi mental atau minda bagi menghasilkan sesuatu yang dapat dibaca
oleh orang lain (Siti Hajar Abdul Aziz,2009).
Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran
menulis untuk pelahiran ialah latihan menyatakan fikiran atau pendapat,latihan
menyatakan perasaan,latihan menyatakan kehendak,dan latihan mengeluarkan
pendapat-pendapat yang yang tulen dan asli.Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan
dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk
menggunakan daya kreatif untuk membina ayat, mengarang cerita, mengarang pantun,

P a g e | 15
sajak, teka-teki dan menulis surat kiriman.Pengajaran kemahiran menulis mentalis
diajar berasaskan kepada teori mentalis.
3..3.1 Teori Mentalis
Teori Pembelajaran Mentalis yang dipelopori oleh Noam Chomsky berasaskan fungsi
mental sesorang manusia.

Menurut Chomsky , kanak-kanak akan mengalami

beberapa peringkat perkembangan bermula dari peringkat yang melibatkan deria


motor, kemudian pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Ini bermakna,
dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami
dahulu sebelum mereka bertutur.
Teori ini juga menekankan kaedah pengajaran berpusatkan murid. Murid terlibat
secara langsung dan guru hanya sebagai pemudahcara. Murid mengambil bahagian
secara aktif dalam pembelajaran dengan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar.
Teori Mentalis ini amat sesuai digunakan oleh guru untuk mengajar bahasa. Menurut
Chomsky juga, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam
sesuatu huraian bahasa. Seseorang kanak-kanak yang menggunakan struktur bahasa
yang betul dari segi tatabahasa dan makna membolehkan mereka berkomunikasi
dengan baik dengan masyarakat sekeliling. Dengan ini , guru perlu menjalankan
aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan bagi membolehkan murid-murid
menguasai struktur bahasa yang terdapat dalam sistem bahasa dengan baik.
3.3.2 Pendekatan dan Kaedah Pengajaran Peringkat Menulis Mentalis.
Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah, dan teknik yang dapat diaplikasikan dalam
pengajaran aspek-aspek bahasa termasuk pengajaran penulisan wacana. Tidak ada
satu pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam bilik
darjah, melainkan masing-masing perlu disesuaikan dengan topik penulisan yang
hendak diajar. Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting ialah
pelajar dapat turut serta dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam
bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar. Guru
hendaklah bertindak sebagai pemudah cara.

P a g e | 16
Raimes mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu
Pendekatan

Terkawal,

Pendekatan

Bebas,

Pendekatan

Pola-Perenggan,

dan

Pendekatan Komunikatif ( dalam Juriah Long dan rakan-rakan, 1990:214)


1. Pendekatan Terkawal
Melalui pendekatan ini, guru dapat memandu dan mengawal pelajar daripada
melakukan kesalahan. Pada peringkat awal, guru mengawal secara menyeluruh.
Namun begitu, pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata
atau struktur ayat mereka sendiri.
Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah
dengan menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempattempat kosong dengan perkataan yang sesuai; guru memberikan senarai frasa yang
berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar perlu membina ayat untuk melengkapkan
frasa; guru mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau
peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula keseluruhan pengalaman
berdasarkan kejadian itu.
2. Pendekatan Bebas
Pendekatan ini memberikebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat
mereka tentang sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya
sesuai digunakan bagi pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik.
Misalnya dalam pengajaran penulisan wacana yang ada hubung kait dengan masalah
penggunaan dadah dalam kalangan remaja, guru boleh keratan-keratan akhbar untuk
ditunjukkan kepada pelajar dan menyuruh mereka memberikan pendapat melalui
aktiviti sumbang saran. Melalui cara ini pelajar akan lebih berminat, aktif dan dapat
meningkatkan motivasi dan keyakinan.
3. Pendekatan Komunikatif
Dell Hymes yang merupakan pengasas pendekatan ini antara lain menyatakan bahawa
kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki
oleh seseorang pelajar, iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa
secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan
jalinannya dengan konteks sosial.

P a g e | 17
Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai
pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang
gramatis. Ini tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan
berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu juga
menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya, seperti aspek-aspek
sosiolinguistik dan psikolinguistik.
Sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah
memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut, iaitu
laras bahasa perubatan. Oleh itu, pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan
bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk dalam penulisan.
Dengan menggunakan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar
menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu
memastikan dan menggalakkan pelajar menulis sama seperti dalam situasi kehidupan
seharian mereka. Dalam hal ini, guru harus menyatakan kepada pelajar bahawa
penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk penulisan
pelajar lain di dalam bilik darjah.
4. Pendekatan Pola-Perenggan
Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat
melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan
dengan kemas dan teratur. Selain itu,pendekatan ini juga dapat membantu pelajar
mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik.
3.3.3 Teknik Pengajaran Menulis Mentalis
Kemahiran menulis sememangnya perlu diajar kepada kanak-kanak mengikut
peringkat-peringkat tertentu supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih efektif seperti yang dicadangkan oleh W.M.Rivers.Beliau telah menyenaraikan
lima peringkat pengajaran menulis secara mentalis iaitu:
1.Menyalin dan Meniru

P a g e | 18
Bahan yang diberi untuk disalin atau ditiru oleh murid mestilah didahulukan oleh
karangan-karangan lisan atau perbincangan dalam kelas dan akhirnya ditiru dalam
buku masing-masing.Semasa meniru,murid mendapat kesan yang mendalam tentang
gaya penulisan yang ditiru oleh mereka.Seelok-eloknya bahan yang ditiru itu menarik
minat murid dan bermakna kepada mereka.Contohnya,menyalin senikata lagu,resepi
masakan,sajak atau kata-kata hikmah.
2.Menghasilkan Semula
Latihan peringkat ini melibatkan murid menghasilkan semula tulisan tanpa bahan
tulisan yang dicontohkan.Bahan ini didapati dengan cara guru memberi kepada
murid-murid atau menyuruh murid menghafaznya atau menperdengarkan satu bahan
mudh kepada murid.

3.Menggabungkan
Latihan yang dibuat berkaitan dengan bahan-bahan yang telah dipelajari dan apabila
menulisnya,murid melakukakn ubahsuai sehingga perlu.misalnya latihan transformasi
ayat,latihan menggabungkan ayat,menjawab soalan-soalan yang berbentuk perenggan
penulisan dan latihan menulis semula cerita yang diperdengarkan dengan sedikit ubah
suai.

4. Penulisan Berpandu
Murid diberi sedikit kebebasan untuk memilih unit leksikal dan bentuk ayat tetapi
dengan bahan da nisi yang terkawal.Contohnya,menyudahkan cerita melengkapkan
perenggan-perenggan,menulis ayat-ayat mudah dan latihan diperluas dengan ayat
itu.Latihan diperingkat ini memerlukan murid bertindak balas secara individu.

5. Penulisan Bebas

P a g e | 19
Murid membuat pemilihan perkara dengan mencipta ayat-ayat sendiri bagi
melahirkan pendapat masing-masing.Pada peringkat ini,hasil kerja murid lebih
panjang dan murid menghasilkan karangan yang lebih kompleks seperti kemahiran
gaya daripada kemahiran mengorganisasi penulisan,misalnya susunan mengikut
kronologi,mengikut fakta perbandingan.susunan sebab akibat dan penerangan tentang
sesuatu.

4.0 Kesimpulan
Tugasan ini memberi penekanan kepada teori, pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran khususnya dalam aspek pengajaran penulisan. Setelah melaksanakan
tugasan ini, saya lebih memahami tentang perkaitan teori pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran yang sepatutnya diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengetahuan guru-guru tentang pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran sangat penting untuk membolehkannya melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan lebih menarik dan
berkesan.
Semua guru sepatutnya mengenal pasti tahap pencapaian pelajar mereka untuk
memudahkan mereka merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sesungguhnya, pengetahuan
tentang pendekatan, kaedah dan teknik serta pengaplikasiannya oleh guru-guru di
dalam bilik darjah akan memberikan kesan yang positif kepada para pelajar
seterusnya akan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik.
Kesimpulannya, guru-guru perlu menggunakan teori,pendekatan, kaedah dan teknik
yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran demi kebaikan
dan kejayaan para pelajar.
5.0 RUJUKKAN
Dr Teuku Iskandar (1986),Kamus Dewan .Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Abu Bakar bin Yusof (2013),KRB3023 Prinsip Pengajaran Penulisan.Perak : Fakulti
Pendidikan & Pembangunan Manusia.Universiti Pendidikan Sultan Idris.

P a g e | 20
Adenan Ayob (2011). Multimedia Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor:
Emeritus Publications.
Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Baki, R. (2003). Kaedah Pengajaran & Pembalajaran Bahasa Melayu. Selangor
Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar
Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Mohd Sidin Ahmad Ishak ( 1992 ). Keterampilan Menulis,Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.
Petaling Jaya:Fajar Bakti.
Abdul Aziz A.Talib (1989).Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur :
Nurin Enterprise.
JURNAL
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. (n.d.). Pelaksanaan Pengajaran
Dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu , 67-87.
Marohaini Yusuf & Zulkifli A. Manaf. (1997). Pengajaran Kemahiran Menulis
Karangan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah. Jurnal Bahasa , 65-71.
Abdul Rasid Jamian. (2001). Pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Masalah
dalam kalangan pelajar bukan Melayu. Jurnal Bahasa.
Jamian, A. R. (n.d.). Permasalahan Kemahiran membaca dan Menulis Bahasa Melayu
Murid- Murid Sekolah Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu , 1-11.
INTERNET
Jeyagobi a/l Dhamodarem. (2008). Persepsi dan sikap guru Bahasa Melayu terhadap
kemahiran menulis di sekolah rendah kawasan Pensiangan-Salinatan daerah
Nabawan, Sabah: Satu analisis. Jurnal Penyelidikan Institut Perguruan Islam. http://
www.ipislam.edu.my/penyelidikan

P a g e | 21
Mohd Rasdi Saamah. (2002). Pelaksanaan komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu di
sekolah menengah: Satu tinjauan. Jabatan Pengajian Melayu: Institut Perguruan
Tengku Ampuan Afzan. http://:jpmipgmtaa.webs.com/penulisan/komsas
Noor, Z. M. (n.d.). Pendekatan Pengajaran Penulisan. Retrieved November 14, 2013,
from
Pendekatan Pengajaran Menulis Bahasa Melayu: http://eyain.blogspot.com/p/
pendekatan-pengajaran-menulis-bahasa.html
Paklong, C. (n.d.). Kemahiran Menulis. Retrieved November 16, 2013, from
SlideShare:
http://www.slideshare.net/cikgupaklong/kemahiran-menulis-11431779
Sidek, R. B. (n.d.). Pengenalan Kemahiran Menulis. Retrieved November 10, 2013,
from
Bijak Karangan: http://rohayatisidek.blogspot.com/p/pengenalan.html
http://lailaberfikir11m.blogspot.com/2012/09/normal
bahasamelayudnisenu.blogspot.com/
http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pengajaran-pembelajaran-penulisan.html
bmtahun1kssr012.blogspot.com/p/bmm-3117.html

Anda mungkin juga menyukai