Anda di halaman 1dari 6

Definisi Pengajaran Berasaskan Projek

.
Pembelajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan
tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya
melibatkan kutipan serta analisis data dan satu laporan yang betul. Pembelajaran berasaskan
projek juga

merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk

projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri
serta amalan penerokaan oleh murid.
Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor William
Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang
dikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan
berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan dan menarik. Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran
akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi
pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.
Tujuan
sesuatu

projek

adalah untuk meningkatkan pengetahuan

bidang atau domain interdisiplinari. Projek

pelajar

dan

boleh

kemahiran dalam

dilaksanakan secara

berpasukan kerana proses interaksi sosial yang dilalui pelajar memberi kebaikan kepada
diri mereka. Dari segi keberkesanan kerja secara berpasukan, telah banyak kajian
menunjukkan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif adalah lebih baik daripada
pembelajaran secara individu (Johnson dan Johnson, 1999).
Dalam kaedah ini, pelajar biasanya diberi kebebasan untuk memilih. Tema bagi
projeknya, dipilih dari senarai tema yang disediakan. Dari situ, pelajar mengumpul segala
maklumat dan bahan yang berkaitan projek yang akan dijalankan. Untuk melakukan ini, pelajar
mungkin terpaksa menjangkau dan melangkah bidang yang pelbagai dan luas. Tema dipilih
sedemikian supaya penyatu paduan antara beberapa disiplin boleh berlaku. Dengan cara ini,
projek dapat meluaskan skop pemikiran pelajar.
Kaedah projek adalah berlandaskan teori bahawa pelajar akan lebih mudah memahami
isi pelajaran dengan cara mengalami dan membuat sendiri. Melalui kaedah ini, pelajar akan
dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam suatu situasi
sebenar bagi mendapatkan hasil yang diharapkan. Biasanya pelajar akan menjalankan projek

selepas selesai menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Dengan menjalankan kerja-kerja projek
ini, pelajar akan memperoleh pengalaman yang lebih luas di samping mengembangkan potensi
diri mereka secara global dan menyeluruh, selain mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang
baru dikuasai.
Kaedah projek ini adalah berlandaskan teori pembelajaran bahawa hasil pembelajaran
murid akan menjadi lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk
melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Dengan hal
yang demikian, kaedah projek ini menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti
permainan, kerja praktikal, kajian dan lawatan. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat
menjalankan aktiviiti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satu situasi yang
sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil yang diharapkan.
Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea
konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui
kaedah-kaedah pengajaran yang lain. Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah
menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuk- tajuk
yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan cara
mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak sebagai
pembimbing.

Kaedah pembelajaran berasaskan projek ini menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu


melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji
aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi
peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat
pengamatan dan penanggapan secara berkesan.

Kelebihan dan Kekurangan Pembelajaran Berasaskan Projek


Kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Sains ini
mempunyai beberapa kelebihan. Melalui strategi ini, hubungan guru dengan pelajar akan lebih
mesra kerana guru dan pelajar saling berkomunikasi dan bertukar pendapat. Persepsi negatif
pelajar kepada guru juga akan berubah kerana proses interaksi sentiasa berlaku. Tujuan utama
strategi ini ialah untuk menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam
mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah. Keadaan ini
membolehkan pelajar berfikiran dengan lebih luas dan mendidik pelajar supaya berani dan
yakin kepada diri sendiri dalam mengemukan hujah, pendapat dan seterusnya menyelesaikan
masalah. Galakan daripada guru akan menambahkan lagi keyakinan pelajar. Topik yang dipilih
oleh guru mestilah sesuai dengan objektif pembelajaran dan pengajaran serta dapat menarik
minat pelajar. Keadaan ini membolehkan pelajar belajar dalam keadaan yang gembira tanpa
tekanan yang membebankan.
Kelebihan yang seterusnya ialah murid-murid boleh menggunakan pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk
mencubanya dalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu. Ini akan mendorong
mereka belajar dalam situasi yang seronok dan bermakna.
Selain itu, semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kerja
projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar turut melibatkan diri secara aktif
dalam membuat dan menyediakan projek secara berkumpulan dan menanamkan sikap
koperatif dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, kebiasaannya sesuatu projek dilakukan di
dalam kumpulan, dengan ini, semangat bekerjasama antara ahli kumpulan dapat disemai dan
dipupuk.
Antara kelebihan lain yang diperoleh melalui perlaksanaan projek dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains ialah mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam
kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar.

Murid-murid juga, dapat belajar mengumpul maklumat dan menganalisis. Kebanyakan


projek memerlukan sumber yang memberi peluang kepada pelajar untuk mencari sendiri
maklumat yang diperlukan. Pelajar-pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis sumber seperti
pusat sumber, media massa dan internet.
Kemahiran membentangkan tugasan juga dapat diperoleh oleh para pelajar.
Kebiasaannya guru akan meminta setiap pelajar membentangkan hasil tugasan yang mereka
lakukan untuk sesebuah projek. Ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran dan keyakinan
para pelajar ketika berhadapan dengan rakan-rakan lain.
Seterusnya, strategi ini mempunyai beberapa kelebihan lain, antaranya ialah minat
pembelajaran dan daya kreatif murid dapat dipupuk, serta mampu mengembangkan kemahiran
psikomotor dan daya kreatif murid-murid. Tambahan pula, melalui projek ini, ia dapat memberi
peluang kepada murid mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Projek ini
juga mampu menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus, Memberi
peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut, mengajar mereka untuk menerima dan
menghormati perbezaaan individu, mengalakan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam
berkongsi idea dan pandangan masing-masing serta menunjukan bahawa sumbangan idea
mereka dihargai.
Selain daripada itu juga, pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan
masalah yang mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek dan pastinya aktiviti
yang dijalankan bermakna dan berilmiah.
Pembelajaran berasaskan projek juga mampu menarik minat dan memotivasikan pelajar
yang kurang menumpukan perhatian dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, menolong
pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan, menolong pelajar dalam
pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan
pengurusan kendiri, mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu
komuniti, menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat, serta memenuhi keperluan
pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.
Kaedah projek ini mempunyai beberapa kelebihan lain, di antaranya adalah minat
pembelajaran dan gaya kreatif murid dapat dipupuk. Di samping itu murid dapat menggunakan
pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan sesuatu. Tambahan pula ia
memberi peluang kepada murid menggunakan masa lapang yang berfaedah. Apabila sesuatu

objek dihasilkan dengan baik, dan dipamerkan akan membolehkan murid menikmati rasa
kejayaan serta kebanggaan. Perasaan ini akan mendorong murid supaya berusaha secara
berterusan dengan lebih tekun lagi.
Walaupun terdapat banyak kebaikan di dalam aktiviti pembelajaran berasaskan projek,
namun terselit juga beberapa kelemahannya. Misalnya strategi berasaskan projek ini
memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan. Murid-murid dan guru terpaksa
meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek. Sebagaimana
maklum, sesebuah projek yang dihasilkan mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu
untuk dilaksanakan. Hal ini menyebabkan banyak masa dan tenaga terpaksa dihabiskan
semata-mata untuk menyiapkan projek ini.
Seterusnya, kelemahan strategi berasaskan projek dalam pengajaran yang lain ialah
mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan. Ini kerana aktiviti secara
berkumpulan adalah menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Dengan ini ia
akan memudahkan sesetengah pelajar untuk tidak melibatkan diri secara aktif dalam
pengajaran yang diberikan. Permasalahan ini juga turut menyumbang kesulitan kepada
pengajaran guru. Ini kerana kaedah perbincangan yang diterapkan menyulitkan para guru untuk
mengenalpasti tahap kefahaman setiap pelajar. Sepertimana yang kita ketahui, daya intelek dan
tahap kefahaman setiap pelajar adalah berbeza. Dengan ini, ia akan menyebabkan sesetengah
pelajar yang tidak menguasai tahap kefahaman terhadap pengajaran yang diberikan terus
hanyut dan lemah untuk menguasainya. Keyakinan dan kesungguhan pelajar untuk berusaha
memahami pengajaran yang diberikan akan terus berkurang sehingga boleh menyebabkan
pelajar tersebut lalai dalam memperoleh ilmu pengetahuan terhadap aspek yang diajar. Oleh
itu, guru harus memastikan setiap pelajar mengambil bahagian dalam tugasan yang diberikan
dan memantau setiap kumpulan sambil bersoal jawab dengan setiap pelajar dalam kumpulan.
Kelemahan yang seterusnya ialah, perbelanjaan untuk menghasilkan projek pula
melibatkan kos yang tinggi. Untuk menghasilkan sesebuah projek pelajar harus mengeluarkan
perbelanjaan yang banyk untuk membeli bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat
projek. Contohnya dalam projek buku skrap, pelajar perlu membeli alatan seperti pensil warna,
Buku Skrap, kertas mah-jong, Marker, gam, gunting, kertas warna dan banyak lagi.
Melalui pembelajaran berasaskan projek, ianya memerlukan guru yang serba boleh dan
menambah beban tugas guru kerana peranannya amat penting dalam menjayakan sesuatu
projek. Kelemahan yang terakhir ialah, Murid-murid yang menghasilkan projek yang kurang

menarik tidak mendapat peluang untuk mempamerkan projek yang mereka hasilkan, hal ini
akan menyebabkan mereka berasa kecewa kerana menganggap hasil kerja mereka tidak
diiktiraf. Perasaan negatif ini mungkin mendatangkan kesan yang buruk terhadap pembelajaran
mereka pada masa hadapan.
Kesimpulannya, pembelajaran berasaskan projek ini mendatangkan lebih banyak
kebaikan kepada pelajar dan guru berbanding keburukan. Strategi

ini lebih menekankan

kepada penglibatan guru dan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya
kedua-dua belah pihak memberi kerjasama yang baik ketika pengajaran berlaku, maka suasana
pengajaran akan menjadi lebih bermakna dan baik mampu diwujudkan
menggunakan cara pengajaran seperti biasa.

berbanding

Anda mungkin juga menyukai