Anda di halaman 1dari 5

BUDAYA PEMAKANAN

SIHAT DI KALANGAN PELAJAR


Jaga budaya pemakanan pelajar
Semua pihak perlu mengambil serius pengabaian
budaya pemakanan sihat terutamanya di kalangan
pelajar sekolah di negara ini.
Melihat situasi sekarang, pelajar sekolah rendah
bahkan di tadika sudah terdedah kepada makanan
ringan. Lebih menyedihkan lagi melihat mereka
terus menyerbu ke gerai jualan makanan ringan
sebaik saja keluar dari pagar sekolah.
Pelajar terdedah kepada bahaya akibat budaya pemakanan tidak sihat dan pastinya
mengancam kesihatan, bahkan memberi kesan kepada pemikiran pelajar.
Ia juga satu pembaziran apabila duit yang dibekalkan oleh ibu bapa kepada pelajar
'hangus' dibelanjakan semata-mata untuk membeli makanan ringan.
Pelajar sepatutnya dijaga pemakanan mereka dan dipastikan mereka hanya makan
makanan yang terbaik untuk kesihatan seperti buah-buahan, sayuran, susu segar serta
banyak minum air masak.
Kebanyakan makanan ringan ketika ini sedikit khasiatnya, tinggi kadar gula, pewarna
dan perisa tiruan dan selalunya mengakibatkan ketagihan serta pelbagai penyakit seperti
kerosakan gigi, obesiti serta menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang.
Kesan awal pengambilan makanan ringan ini dapat kita lihat di sekolah apabila
pelajar kelihatan lesu tidak bermaya, mudah letih, tidur dalam kelas dan tidak berasa
segar serta bersemangat untuk meneruskan sesi pembelajaran.
Kita berharap semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dalam
menjaga kesihatan pelajar dengan ibu bapa perlu mendidik anak mereka untuk sentiasa
mengamalkan pemakanan sihat dan mengelakkan diri dari mengambil makanan yang
tidak berkhasiat.
Pihak sekolah juga perlu memantau penjualan makanan ringan sama ada di koperasi
sekolah mahupun di luar pagar sekolah.

PUNCA JERAWAT
Berikut adalah faktor-faktor yg menyebabkan jerawat
keluar.Anda boleh mengatasinya sekiranya anda tahu
punca jerawat-jerawat anda.
1.Perubahan hormon
Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh
remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi
wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen
(testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu
sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah
naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan
sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan
tahun dan awal 20 an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid,
vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku
2.Tekanan (Stress)
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap
hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan
ada dua, sama ada emosi atau fizikal.
Tekanan fizikal:
1.
2.

Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup


Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur

3.

Jadual seharian yang sangat ketat

4.

Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi
1.
2.

Bimbang atau kerisauan yang berlebihan


Buli

3.

Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih

4.

Kerja /study yang banyak

3.Pemakanan

Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood


(udang,ketam,sotong,kerang),budu, belacan, makanan berminyak/bergoreng, telur,
daging, ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

4.Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah
30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika
sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula
jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak
lagi keburukan lain
5.Faktor Genetik
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang ratarata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup
golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak
mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.
6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau
pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara
pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian
yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di
kulit.
7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada
pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti
hyperproliferation of KC (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang
perubatan)
8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandarbandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua
penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan
inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.
9.Jangkitan pada kulit & Resdung
Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di
kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit

kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan
menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.
10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.

PANDUAN KESIHATAN UNTUK PELAJAR


Cara menjaga kesihatan supaya sihat dan cergas:
1. PELIHARA MATA ANDA!
Rehatkan mata selepas 30 minit memandang
skrin komputer dengan mengalihkan
pandangan ke luar rumah.
Urut di bahagian lesung mata jika terasa letih.
Hadkan penggunaan komputer.
2. PASTIKAN CUKUP TIDUR
Bahagikan masa untuk belajar, makan, berehat
dan riadah.
Ulang kaji pelajaran sekurang-kurangnya 3
kali sehari.
Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
3. SENTIASA BERSENAM DEMI KESIHATAN ANDA
Bersenamlah sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mengeluarkan peluh
dan melancarkan perjalanan darah dari jantung ke otak, dan oksigen ke seluruh
badan.
Bersenam meningkatkan kadar metabolisme dan mengelakkan kita daripada
mengantuk dan keletihan.
4. MENIKMATI MAKANAN MENCERDASKAN OTAK
Selain kismis ada lebih 50 jenis makanan lain baik untuk pembinaan sel-sel otak.
Antaranya madu dan ikan tuna yang membantu kita dalam proses menghafal,
pengiraan, dan terpenting mencerdaskan otak.
Elakkan makanan ringan dan makanan segera.
Kurangkan memakan jeruk buah kerana makanan ini boleh melemahkan otak.

Anda mungkin juga menyukai