Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pengenalan

Sains adalah suatu subjek yang sangat menarik kerana ia membolehkan kita
memahami banyak perkara dalam alam ciptaan Tuhan ini. Pembelajaran yang teratur
dan interaktif akan dapat membantu pelajar-pelajar meningkatkan serta menambah
kefahaman mereka berkaitan subjek sains di sekolah. Subjek sains juga mampu untuk
meningkatkan daya kognitif murid-murid untuk melatih mereka berfikir secara kritis
dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

Pengajaran dan pembelajaran sains dalam kalangan murid Pendidikan Khas


Bermasalah Pembelajaran adalah jauh perbezaannya dengan methodologi Sains dalam
kalangan murid arus perdana. Mereka memerlukan kaedah pengajaran khusus bagi
membolehkan mereka untuk menguasai konsep-konsep asas sains serta konsep yang
absrak. Dalam mempersoalkan hal ini, para guru memainkan peranan yang sangat
penting dalam memberi pemahaman kepada murid bermasalah pembelajaran berkaitan
dengan pembelajaran dalam setiap topik seperti mana yang telah sedia ada dalam
sukatan pelajaran mereka. Dengan kata yang lebih mudah, para guru perlulah menjadi
lebih kreatif dan kritis dalam menghasilkan bahan bantu mengajar untuk diaplikasikan
kepada murid-murid di dalam bilik darjah.

Kepentingan mata pelajaran sains kepada murid-murid bermasalah pembelajaran


ini antaranya termasuklah meningkatkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat,
memupuk gaya pemikiran yang logikal matematik melalui manipulasi objek secara
konkrit, meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses Sains serta
mengembangkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

Terdapat juga beberapa strategi-strategi yang boleh diguna pakai bagi


menyampaikan konsep Sains dalam bilik darjah bagi murid-murid bermasalah
pembelajaran. Antara strategi yang dimaksudkan termasuklah inkuiri penemuan, kajian
lapangan, projek, eksperimen dan sebagainya. Namun begitu, tidak semua strategi
pengajara ini boleh diaplikasikan kepada murid-murid kerana semua ini bergantung
kepada masalah yang mereka hadapi. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab guru
untuk mencari strategi pengajaran yang sesuai dengan murid mereka agar
pembelajaran Sains dapat dilaksanakan secara optimum.

2.0 Masalah Berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dalam Kalangan Murid
Bermasalah Pembelajaran
Masalah-masalah yang dialami oleh murid bermasalah pembelajaran merupakan
elemen yang paling penting untuk menjamin pencapaian objektif pembelajaran
sains di dalam bilik darjah. Guru perlu bijak menangani masalah murid dengan
mengaplikasikan variasi strategi dan juga pendekatan pembelajaran sehingga
menemui strategi-strategi yang sesuai dan memberikan impak yang positif terhadap
pembelajaran murid-murid.

Antara masalah yang biasa dialami oleh murid-murid berkeperluan khas ini
termasuklah masalah tingkah laku. Masalah tingkah laku itu sendiri mempunyai
dua kategori yang berbeza iaitu tingkah laku bermasalah positif dan juga tingkah
laku bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku
positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi
bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh
menimbulkan masalah kepadanya. Sebagai contoh, sifat ingin tahu yang berlebihan
kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan
sehingga menyusahkan dirinya sendiri dan juga orang lain. Sementara, tingkah laku
bermasalah negatif pula merupakan tingkah laku yang menimbulkan masalah
kepada dirinya dan juga orang lain. Terdapat pelbagai kategori tingkah laku
bermasalah negatif antaranya termasuklah tingkah laku disruptif (mengganggu),
tingkah laku distruktif (merosakkan), agresif, ponteng sekolah, pengasingan diri, dan
sebagainya.
Kebiasaannya, tingkah laku bermasalah negatif akan mencatatkan peratusan
yang tinggi yang dapat mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
dalam bilik darjah seperti marah dengan tiba-tiba disebabkan oleh pelbagai faktor
yang berlaku dalam persekitaran pembelajaran murid. Pendekatan yang digunakan
oleh guru tidak bersesuaian dengan murid juga boleh menjadi faktor terjadinya
masalah ini. Perkara ini akan memberi kesan negatif kepada pembelajaran mereka
di mana murid tidak mampu untuk menguasai sub topik pembelajaran terutamanya
bagi mata pelajaran sains.

Tingkah laku bermasalah kedua yang menyumbang kepada masalah murid


dalam pembelajaran sains ialah pengasingan diri. Murid-murid ini biasanya kurang
bermotivasi selain kurang bersosial sehingga memberi kesan kepada proses P&P
mereka. Murid yang mengalami masalah ini biasanya tidak suka untuk didampingi
sama ada oleh rakan-rakan mahupun guru. Hanya guru yang bijak mengawal
tingkah laku ini sahaja dapat mendampingi mereka. Hal ini disebabkan oleh
timbulnya perasaan percaya murid kepada guru untuk menyampaikan ilmu kepada
mereka selain menjadikan guru sebagai tempat untuk meluahkan perasaan atau
masalah yang dialami oleh mereka. Dalam masa yang sama guru perlu mencari
kekuatan atau bakat yang terpendam dalam diri murid-murid dan cua untuk
menyerlahkan bakat terpendam berkenaan. Melalui cara ini, murid murid secara
perlahan-lahan akan dididik dengan semangat dan juga motivasi kendiri yang
penting bagi mereka terutamanya dalam proses P&P Sains sekaligus dapat
mengatasi masalah tingkah laku ini secara total.

Malu yang keterlaluan juga banyak memberi kesan terhadap pembelajaran


muid-murid berkeperluan khas untuk mempelajari Sains. Murid yang mengalami
masalah tingkah laku bermasalah negatif jenis ini kadangkala untuk berkomunikasi
dengan guru mereka sendiri adalah tidak berkecuali. Justeru, para guru perlu bijak
dalam menjalankan intervensi kepada murid-murid yang memiliki masalah tingkah
laku ini kerana mereka sukar untuk mempelajari Sains sekiranya tingkah laku ini
tidak diubah secara beransur-ansur. Hal ini kerana pembelajaran Sains adalah tidak
berfokus di dalam bilik darjah semata-mata kerana pembelajaran subjek ini turut
melibatkan aktiviti luar seperti kajian lapangan, simulasi serta pembelajaran secara
hands-on.

Masalah lain yang menyebabkan murid bermasalah pembelajaran untuk


mempelajari Sains ialah sawan. Sawan merupakan rangsangan elektrik yang
berlaku di dalam otak secara tiba-tiba yang menyebabkan berlakunya perubahan
dalam tingkahlaku atau aktiviti kanak-kanak tersebut. Serangan sawan dapat
ditentukan apabila kanak-kanak kelihatan diam untuk seketika, terjatuh ke lantai
secara tiba-tiba diikuti dengan kaki dan tangan menyentak-nyentak, kaki dan tangan
menjadi kejang selain kelihatan keliru atau hilang kesederan. Tindakan serangan ini
terhadap kanak-kanak akan menyebabkan mereka sukar untuk mempelajari mata
pelajaran Sains di dalam blik darjah.

Bagi mengurangkan masalah ini, terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang


digunakan bagi merawat atau mengurangkan kesan sawan ini dalam kalangan
kanak-kanak khas. Antara ubat atau dadah yan sering digunakan termasuklah
Vigabatrin, Lamotrigine, Topiramate dan sebagainya. Namun demikian, seperti
ubatan atau dadah lain, pengambilan ubatan ini akan memberikan kesan
sampingan terhadap tubuh badan murid seperti mengantuk, sakit atau pening
kepala, loya dan seumpamanya. Kesan sampingan ini turut memberi masalah
kepada murid untuk menguasai atau mengikuti subjek Sains di sekolah.

Mental antara masalah yang paling ketara dalam mempengaruhi P&P murid
dalam pembelajaran Sains. Antara masalah mental yang sering dialami oleh mereka
ialah ingatan jangka pendek. Perkara ini kebanyakannya terjadi dalam kalangan
murid hiperaktif dan juga slow learner. Adalah menjadi suatu kesukaran bagi murid-
murid ini untuk mengaplikasikan pembelajaran Sains secara praktikal dalam
kehidupan seharian kerana mereka tidak mampu untuk menguasai konsep-konsep
Sains yang mudah disebabkan oleh ingatan jangka pendek yang dialami.

Selain itu, mental yang terencat atau terencat akal juga turut menyumbang
kepada masalah penguasaan subjek Sains dalam kalangan murid bermasalah
pembelajaran. Terencat akal merupakan kanak-kanak yang mengalami
perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap
termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan sosial. Secara normal, kanak-kanak
yang mengalami masalah yang minima tidak dapat dikesan sejak kecil. Terdapat
tanda-tanda awal yang dapat digunakan bagi mengesan kanak-kanak ini yang
mengalami masalah akal terencat dan petanda ini dapat dipastikan menerusi ujian
klinikal dan juga ujian IQ (intelligence quotient).

Murid-murid yang mempunyai masalah akal terencat ini amat sukar untuk
menerima dan memahami sebarang konsep Sains terutamanya yang bersifat
abstrak seperti konsep angin, jirim, jisim, graviti dan sebagainya. Semua ini
memerlukan kreativiti dan juga kebijaksanaan guru dalam menggunakan
pendekatan dan juga strategi yang relevan dengan keperluan dan masalah yang
dialami murid. Bahan bantu mengajar (BBM) memainkan peranan penting dalam
menghadapi murid terencat akal bagi menguasai sebarang konsep Sains yang
dipelajari. Setelah kedua-dua ujian ini dilaksanakan, maka murid terencat ini akan
dikelaskan mengikut kategori IQ mereka seperti terencat akal ringan dengan skor IQ
50 hingga 75, sederhana 30 hingga 50 dan teruk dengan skor IQ 30 ke bawah.

Masalah lain yang dilihat mempunyai pengaruh besar terhadap masalah


pembelajaran murid pendidikan khas untuk mempelajari Sains ialah keadaan fizikal
mereka. Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami
ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti
pendakap atau kerusi roda dalam kehidupan seharian, Mohd Sharani(2006).
Masalah ini merangkumi ketidakupayaan yang berbentuk neorologi yang melibatkan
otak dan urat saraf yang mengalami kerosakan serta kecacatan ortopedik.
Kecacatan ortopedik ini merangkumi keabnormalan pada bahagian tulang, sendi
dan juga otot. Masalah fizikal ini akan menyebabkan murid berkeperluan khas ini
mengalami kesukaran dalam memberi tumpuan terhadap P&P Sains kerana mereka
tidak mampu untuk memberi tumpuan dalam tempoh masa yang lama disebabkan
oleh ketidakmampuan otot untuk berada dalam keadaan yang sama pada masa
yang lama.
Murid-murid yang mengalami masalah fizikal turut menghadapi kesukaran untuk
menulis atau memegang bahan-bahan yang bersifat konkrit seperti pensel alatan
eksperimen Sains dan sebagainya lagi. Perkara ini akan menyebabkan mereka
kurang berminat untuk mempelajari Sains bahkan semua subjek. Oleh yang
demikian, guru harus bijak dalam mengubahsuai cara pengajaran bagi murid-murid
ini supaya mereka mempunyai minat untuk mempelajari apa-apa yang diajar guru
berkaitan dengan subjek Sains ini. Antara kategori murid yang mempunyai masalah
fizikal termasuklah spastik atau palsi serebral, muscular dystrophy, kekurangan
anggota (limb deficiencies) dan sebagainya.

Murid-murid bermasalah fizikal juga akan mempunyai masalah kesukaran untuk


membuat pergerakan disebabkan oleh halangan kecacatan fizikal yang dialami.
Masalah ini menyebabkan murid-murid tidak berupaya untuk menyertai aktiviti-
aktiviti Sains yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah. Disebabkan oleh
masalah ini juga, murid-murid hanya dapat mempelajari Sains menerusi kaedah
penglihatan dan pendengaran semata-mata. Perkara ini melibatkan pengolahan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam proses pembelajaran mereka.
Menerusi cara ini, kanak-kanak akan dapat mempelajari Sains dengan lebih
sempurna tanpa pergerakan fizikal.

Masalah komunikasi ini turut memberi kesan kepada para guru untuk
menentukan sama ada murid-murid mereka benar-benar faham terhadap isi
pelajaran atau sebaliknya. Perkara ini disebabkan oleh pertuturan murid yang sukar
difahami. Justeru, para guru perlulah membuat perancangan awal dan strategik
dalam proses P&P Sains agar segala imput yang disampaikan boleh diterima oleh
murid bermasalah komunikasi dengan baik. Antara kategori murid yang biasa
mengalami masalah komunikasi ini termasuklah murid sindrom Down, autisme,
hiperaktif, serebral palsi dan juga terencat akal.

Masalah konsentrasi singkat atau Attention Deficit Disorder (ADD) juga turut
tersenarai sebagai penyumbang kepada masalah murid berkeperluan khas untuk
mempelajari Sains. Sesetengah murid memerlukan guru yang berkebolehan untuk
menarik minat mereka untuk mempelajari sesuatu. Sekiranya pengajaran guru tidak
menarik akan menyebabkan murid ini masuk ke dunia khayalan mereka dan akan
berinteraksi dengan dunia tersebut tanpa mempedulikan individu yang berada di
sekeliling mereka. Masalah ini akan menyebabkan murid sukar untuk mempelajari
subjek Sains kerana mereka hanya mampu memberikan tumpuan terhadap
pembelajaran hanya untuk seketika sahaja. Kebanyakan murid pendidikan khas
yang mengalami masalah ini ialah autisme. Mereka memerlukan kaedah pengajaran
yang benar-benar dapat menarik minat mereka untuk mempelajari sesuatu subjek
terutamanya subjek Sains seperti penggunaan ICT yang kreatif dan mampu untuk
menarik tumpuan mereka sehingga tamat masa pembelajaran. Namun demikian,
perkara ini tidak mudah untuk diaplikasikan kerana hal ini turut bergantung kepada
jenis murid dan sikap atau tingkah laku yang mereka tunjukkan.

Masalah bahasa yang dialami oleh murid-murid pendidikan khas bermasalah


pembelajaran (PKBP) juga turut menyumbang kepada kesukaran mereka untuk
menguasai kemahiran-kemahiran atau konsep-konsep mudah dalam Sains.
Menurut definisi yang dinyatakan oleh The American Speech-Language-Hearing
Association (ASHA) (1982), masalah bahasa ini merujuk kepada kecacatan atau
perkembangan pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau
penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya), atau sistem simbol
yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana
aspek bahasa berikut :

1) Bentuk bahasa (sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis)


2) Kandungan bahasa (sistem semantik) atau
3) Fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik)

Definisi masalah bahasa yang berbeza diberikan oleh The National


Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA dengan
memutuskan bahawa masalah bahasa adalah kelemahan dalam keupayaan untuk
memahami dan atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama
ada secara verbal dan bukan verbal. Penggunaan perkataan dan maknanya yang
kurang sesuai, tidak berupaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang
sesuai, kurang perbendaharaan kata dan tidak berupaya untuk mengikut arahan
merupakan antara ciri yang ditunjukkan oleh murid-murid yang mengalami masalah
bahasa.

Daripada definisi masalah bahasa yang dikemukakan oleh kepelbagaian


organisasi kanak-kanak, dapatlah dibuat perkaitan masalah ini dengan keupayaan
murid untuk menguasai konsep Sains yang diajar oleh guru. Pembelajaran Sains
juga tidak dapat dipisahkan dengan bahasa kerana kaedah pembelajarannya
memerlukan bahasa sebagai pengantara untuk memahami konsep yang
dikehendaki. Dengan wujudnya unsur bahasa dalam pembelajaran Sains, maka
perkara ini akan memberi masalah kepada murid-murid pendidikan khas
bermasalah bahasa untuk memahami kemahiran yang mereka pelajari dalam
subjek Sains di sekolah.

Murid yang mengalami masalah bahasa ini sukar untuk mengikut arahan
yang diberikan kerana mereka tidak dapat mengaitkan perucapan secara verbal
dengan semantik yang cuba disampaikan oleh pemberi arahan iaitu guru. Dalam
pembelajaran Sains juga, banyak arahan atau proses pembelajaran yang
memerlukan murid untuk menulis. Sebagai impaknya, pembelajaran murid ini akan
menjadi bertambah rumit kerana mereka turut bermasalah untuk mengenal simbol-
simbol bahasa yang lazimnya digunakan.
3.0 Cadangan Strategi-Strategi Yang Boleh Diubahsuai Bagi Mengatasi Masalah
Murid Bermasalah Pembelajaran Untuk Memahami Konsep-Konsep Sains
Strategi merupakan kemahiran seseorang guru dalam membuat perancangan
dan mengurus kaedah serta pengajaran dengan tujuan untuk mencapai hasil
pembelajaran seperti mana yang telah ditetapkan sementara pengajaran pula
membawa maksud aktiviti ataupun proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Merujuk kepada Kamus Dewan edisi
ke-4, strategi pengajaran didefinisikan sebagai rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Sekiranya dilihat dengan lebih terperinci dalam
konteks pendidikan, strategi pengajaran ini memberi pengertian kebijaksanaan
dalam memilih pendekatan serta kecekapan dalam merancang kaedah dan teknik
dalam satu-satu pengajaran bersandarkan kepada objektif pelajaran yang telah
ditentukan.
Secara tuntasnya disini dapatlah disimpulkan bahawa strategi pengajaran
merujuk kepada teknik perancangan kaedah atau teknik mengajar berdasarkan
kepada sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan
berkesan selain memberi impak yang positif kepada murid-murid. Dalam bidang
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, guru memainkan peranan yang sangat
penting dalam membuat analisis masalah setiap murid yang berada di dalam
sesebuah bilik darjah mereka. Langkah berikutnya ialah dengan mencari strategi-
strategi atau kaedah serta pendekatan yang bersesuaian dengan masalah yang
dialami oleh murid-murid mereka. Perkara ini tidak seharusnya dipandang ringan
kerana input pembelajaran murid-murid sama ada mereka dapat memahami
perkara-perkara yang diajar adalah bermula disini. Sekiranya guru gagal dalam
menyusun dan mengaplikasikan strategi pembelajaran, kemungkinan besar murid
tidak dapat menerima sebarang intipati pembelajaran terutamanya dalam subjek
Sains.
Daripada pernyataan di atas, para guru Pendidikan Khas wajar memberi
penekanan yang lebih terhadap pengetahuan berkaitan strategi-strategi yang perlu
dan berkesan dalam pembelajaran Sains murid-murid kurang upaya. Cara belajar
mereka mempunyai jurang perbezaan yang amat ketara sekiranya hendak
dibandingkan dengan murid-murid yang berada dalam arena pendidikan arus
perdana. Ketepatan strategi yang diaplikasikan guru terhadap pembelajaran murid
akan membolehkan murid menerima kandungan atau intipati pembelajaran Sains
dengan baik dan berkesan seterusnya membolehkan mereka menggunakan ilmu
Sains dalam kehidupan seharian yang berkaitan dengan konsep-konsep Sains yang
mudah dan praktikal untuk mereka.
Salah satu daripada strategi yang boleh digunakan oleh para guru di sekolah
dalam pembelajaran Sains dalam kalangan murid Pendidikan Khas ialah
eksperimen. Dalam strategi atau kaedah eksperimen ini terdapat banyak langkah-
langkah yang harus dilakukan oleh murid disertai dengan bimbingan guru. Antara
langkah yang harus dilaksanakan dalam proses membuat eksperimen ini
termasuklah mengenal pasti masalah, membuat hipotesis, merancang eksperimen
(mengawal pemboleh ubah, menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan,
menentukan langkah menjalankan eksperimen, kaedah mengumpul dan
menganalisis data), melaksanakan eksperimen, mengumpul data, menganalisis
data, mentafsir data, membuat kesimpulan dan juga membuat laporan. Daripada
langkah-langkah yang dinyatakan di atas, adalah jelas bahawa semua ini akan
memberikan kesulitan atau kesukaran kepada murid-murid bermasalah
pembelajaran untuk mengikuti sesi P&P Sains menerusi kaedah atau strategi
ekperimen. Oleh yang demikian, sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan terhadap
kaedah eksperimen ini iaitu dengan cara pelaksanaan yang lebih mudah seperti
melakukan eksperimen dengan menggunakan alat dan radas yang bersesuaian.
Langkah-langkah dalam pelaksanaan eksperimen ini tidak perlu diterangkan satu
persatu kepada murid kerana perkara ini akan mengalihkan tumpuan mereka
terhadap pernyataan masalah yang hendak diselesaikan menerusi eksperimen yang
telah dirancang. Langkah pelaksanaan eksperimen ini boleh diterangkan kepada
murid-murid secara ringkas dan mudah setelah selesai melakukan aktiviti
ekperimen ini. Sekiranya kaedah eksperimen dijalankan seperti pengajaran kanak-
kanak normal maka risiko murid-murid khas tidak mencapai objektif pembelajaran
adalah sangat besar. Bagi murid yang mempunyai masalah hiperaktif, aktiviti
pembelajaran seperti ini adalah sangat menyeronokkan bagi mereka kerana mereka
gemar bermain dengan peralatan yang halus seperti peralatan eksperimen selain
mempunyai pergerakan fizikal yang aktif.
Sekiranya kaedah eksperimen ini sentiasa digunakan dengan memfokuskan
murid-murid hiperaktif untuk menguasai konsep-konsep asas dalam Sains maka
akan terbentuklah sebuah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan selain
meyakinkan murid-murid dengan penyelesaian masalah yang telah dilaksanakan
mereka dengan bimbingan guru. Oleh yang demikian, para guru perlulah menjadi
seorang berfikiran kritis terhadap cara belajar murid terhadap sesuatu subjek
terutamanya Sains untuk menjamin keberkesanan murid-murid terhadap isi
pelajaran yang dipelajari.

Guru juga boleh menggunakan strategi bermain sebagai medium proses


pengajaran dan pembelajaran Sains yang efektif. Belajar melalui bermain adalah
pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid
belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar
melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan
senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman
langsung secara semula jadi(Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003).
Kaedah ini turut dapat mengurangkan rasa bosan dalam kalangan murid untuk
menyelesaikan permasalahan yang ada dalam subjek ini. Penggunaan aktiviti bermain
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah bersandarkan
kepada prinsip bermain sambil belajar dan kaedah ini juga amat sesuai diaplikasikan
terhadap murid yang mengalami masalah hiperaktif, sindrom Down, lembam, autisme
dan lain-lain.
Bagi mengubahsuai kaedah atau strategi ini untuk diaplikasikan dalam kalangan
murid-murid bermasalah pembelajaran, guru perlu melihat terlebih dahulu bagaimana
murid mereka bermain. Maksudnya di sini sama ada murid mereka boleh menerima
arahan atau tidak, mampu mengikut peraturan-peraturan permainan atau sebaliknya
dan lain-lain perkara yang dirasakan perlu untuk dipertimbangkan sebelum
menggunakan strategi ini kepada murid. Daripada pengesanan permasalahan ini, guru
boleh membuat pengubahsuaian strategi untuk sesi pengajaran mereka dengan
berkesan. Contohnya permainan yang mempunyai kandungan pembelajaran ini tidak
memerlukan peraturan-peraturan khusus (lebih kepada kebebasan murid untuk
membuat keputusan sendiri) kerana melalui cara ini, murid akan lebih mudah untuk
menerima intipati pembelajaran dengan baik.
Strategi yang boleh diubahsuai berikutnya ialah strategi simulasi atau lakonan
semula. Penggunaan strategi ini membolehkan para guru mencapai objektif
pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi
ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental selain memberi peluang kepada murid-
murid untuk meluahkan kreativiti masing-masing. Simulasi ini juga merupakan suatu
situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama
dengan situasi yang sebenar.

Pengubahsuaian strategi ini boleh dilakukan dengan melihat masalah murid dan
peranan yang boleh mereka laksanakan dalam sesebuah sesi pembelajaran. Sebagai
contoh, guru ingin menerangkan situasi atau kitaran hidup kupu-kupu. Melalui teknik
simulasi, guru boleh menggunakan kaedah main peranan ke atas murid-muridnya
dengan cara mereka yang mengalami masalah autisme bertindak sebagai telur rama-
rama yang melekat pada sehelai daun, murid sindrom Down sebagai beluncas, pupa
juga dilakonkan oleh murid autisme, dan rama-rama dewasa dilakonkan oleh murid
hiperaktif. Pengubahsuaian strategi ini dapat dilihat menerusi main peranan kepada
murid yang sesuai dengan watak mereka dalam dunia realiti ini. Melalui cara sebegini
murid akan dapat melihat dan memahami dengan lebih jelas sari pembelajaran mereka
pada hari tersebut sekaligus dapat mencapai objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan oleh guru.

Pengubahsuaian strategi seterusnya ialah kerja berkumpulan. Lazimnya kerja


berkumpulan ini dilaksanakan dalam kalangan murid di arus perdana sahaja. Namun
demikian, strategi ini turut mempunyai impak yang positif kepada murid-murid
bermasalah pembelajaran dalam usaha untuk memberi kefahaman kepada mereka
untuk menguasai konsep-konsep Sains. Pelaksanaan strategi ini boleh diubahsuai
dengan cara meletakkan murid yang mempunyai masalah yang sama dalam sesuatu
kumpulan. Melalui cara ini, murid-murid akan berusaha untuk menyelesaikan sesuatu
masalah yang diberikan selain bersaing dalam kalangan mereka siapa yang lebih hebat
untuk mencari penyelesaian dengan bimbingan guru. Seperti yang sedia maklum,
kanak-kanak gemar untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam sesuatu
perkara untuk menarik perhatian guru semasa proses P&P berlangsung. Kerja
berkumpulan ini boleh dilakukan terhadap murid-murid yang bermasalah seperti
autisme, sindrom Down, serebral palsi, dan juga lembam. Strategi ini tidak digalakkan
kepada murd-murid hiperaktif kerana mereka tidak mampu mengikuti sesi pembelajaran
dengan baik menerusi strategi ini memandagkan mereka memerlukan sesi
pembelajaran yang lebih kepada pergerakan fizikal.

Strategi hands-on juga boleh diubahsuai untuk diaplikasikan terhadap murid-murid


bermasalah pembelajaran ini. Pengubahsuaian yang perlu dilakukan ialah dengan
menggunakan alatan radas yang tidak membahayakan semasa melaksanakan sesuatu
aktiviti berbeza dengan alatan yang digunakan oleh murid diarus perdana yang
menggunakan peralatan sebenar untuk pembelajaran Sains mereka. Semasa aktiviti
berjalan, guru perlu berada disisi murid sepenuh masa bagi memberi keyakinan kepada
murid selain membantu mereka untuk menjalankan aktiviti dengan baik. Hal ini kerana
kebanyakan murid pendidikan khas ini bermasalah dalam kemahiran motor halus
mereka seperti penggunaan otot tangan untuk memegang sesuatu. Guru perlu
membantu murid dengan memegang tangan mereka semasa proses pembelajaran
secara hands-on ini berlangsung. Secara tidak langsung, sentuhan guru kepada murid
akan memberi tindak balas yang positif dalam diri mereka selain mendapat sokongan
secara instrinsik dalam pelaksanaan aktiviti yang dilakukan.

Strategi lain yang boleh digunakan dalam P&P Sains terhadap murid berkeperluan
khas ini termasuklah aktiviti lawatan. Pembelajaran Sains amat praktikal untuk
dilakukan kerana strategi pengajaran jenis ini sesuai untuk semua kategori murid
pendidikan khas sama ada murid hiperaktif, serebral palsi, sindrom Down, lembam,
terencat dan lain-lain. Strategi ini dilihat tidak memerlukan sebarang pengubahsuaian
kerana kelihatan neutral untuk dilaksanakan. Antara standard kandungan yang sesuai
untuk melakukan aktiviti lawatan ini ialah berkaitan dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan,
alam dan fenomena dan lain-lain yang bersesuaian. Penjaga murid sama ada ibu bapa,
adik beradik mahupun saudara terdekat haruslah dijemput untuk menyertai aktiviti ini
bersama-sama bagi menjamin keselamatan murid selain meringankan beban guru
untuk mengawal pergerakan dan tingkah laku mereka yang pelbagai.

Antara kelebihan yang diperoleh murid menerusi pembelajaran Sains menggunakan


teknik atau kaedah lawatan ini ialah murid dapat mempelajari sesuatu berkaitan dengan
Sains dalam dunia atau situasi sebenar sekaligus memberi pemahaman yang konkrit
berkenaan dengan konsep-konsep yang ada dalam pembelajaran Sains. Strategi
pembelajaran secara lawatan juga akan mendedahkan murid dengan situasi
pembelajaran yang berbeza daripada lazimnya di dalam bilik darjah yang agak terhad
untuk pembelajaran secara meluas dan menyeluruh dalam kalangan murid pendidikan
khas. Kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah aktiviti lawatan dapat memberi peluang
kepada murid untuk berada dalam suasana pembelajaran yang optimum dan terbuka
selain memberi impak positif terhadap pemahaman mereka berkenaan dengan Sains.
4.0 RPH

5.0 Refleks

Anda mungkin juga menyukai