Anda di halaman 1dari 20

1

1.0 PENGENALAN

Bahagian yang berikut menghuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep.

1.1 Latar Belakang

Menurut Ibrahim bin Ahmad (1994), sematik termasuk sebagai suatu


komponen yang penting dalam disiplin perkamusan selain aspek nahu,
leksikologi, sosiologi, analisis wacana, pragmatik, etimologi dan sebagainya.
Dari sudut linguistik, para ahli bahasa bersependapat bahawa semantik dilihat
sebagai bidang ilmu yang yang berhubung dengan makna. Ertinya setiap
leksem atau kata yang dijadikan erti dalam sesebuah kamus mempunyai
makna dan mendukung intepretasi tertentu.

Menurut Prof.Abdullah Hassan (1989) semantik ialah istilah yang


menunjuk kepada kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian
dari bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik.
Makna boleh dilihat dari sudut makna denotatif dan makna konotatif bagi
sesuatu perkataan.

Dalam kajian ini, pengkaji ini ingin menumpukan perhatian terhadap


makna denotatif dan konotatif bagi simpulan bahasa berasaskan haiwan
daripada buku Gadis Pingitan- Simpulan Bahasa yang ditulis oleh Nada
Haifaa. Pengkaji tertarik untuk membuat kajian tentang makna denotatif dan
konotatif bagi simpulan bahasa itu disebabakan kebanyakan pelajar amat sukar
untuk menyatakan maksud simpulan bahasa itu sebenarnya. Hal ini
disebabkan simpulan bahasa tidak boleh diberi maknanya dengan hanya
melihat makna denotatifnya.

Pengkaji juga ingin melihat perbezaan maksud simpulan bahasa


tersebut dari sudut konotatif dan denotatifnya dengan lebih mendalam.
Diharapkan kajian ini berguna kepada pelajar khasnya pelajar tingkatan 6
penggal 3 bagi memahami topik makna denotatif dan makna konotatif.
2
3

1.2 Definisi Konsep

1.2.1 Makna Denotatif

Menurut Muhd Januri Aiyob dan rakan-rakan (2013), makna


denotatif l azimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai
dengan pemerhatian. Makna konseptual merupakan konsep yang
terpenting dalam bahasa. Kita tidak mungkin dapat menentukan
makna, memahami ujaran atau membuat interpretasi dengan tidak
mengaitkan makna konseptual tersebut. Pemahaman konsep adalah
sangat mustahak.

1.2.2 Makna Konotatif

Menurut Muhd Januri Aiyob dan rakan-rakan (2013), konotatif


ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa sama ada positif
mahupun negatif. Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat
perkataan itu mungkin tidak menyebelahi mana-mana pihak. Walaupun
perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang
sama, tetapi kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang
berbeza. Perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah,
manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi.

1.2.3 Simpulan Bahasa

Menurut Nada Haifaa (2014), simpulan bahasa adalah


ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan
mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan
yang membentuknya. Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang
telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus.
4

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Menyenaraikan simpulan bahasa berasaskan haiwan.


2. Mengenal pasti dan menghuraikan makna tersurat (denotatif) dan makna
tersirat (konotatif) simpulan bahasa berasaskan haiwan.
5

3.0 KEPENTINGAN

Hasil kajian ini adalah untuk :

i. menambah dokumentasi tentang makna denotatif dan konotatif dalam


simpulan bahasa.
ii. menambah bahan kajian tentang makna denotatif dan konotatif.
iii. membantu pelajar-pelajar penggal 3 bagi memahami makna denotatif dan
konotatif dengan lebih mendalam.
6

4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian adalah pada aspek makna denotatif dan konotatif dalam
buku Gadis Pingitan-Simpulan Bahasa daripada Nada Haifaa.
7

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya berdasarkan aspek makna denotatif dan makna


konotatif dalam buku Gadis Pingitan-Simpulan Bahasa. Kajian pengkaji
hanya daripada muka surat 2 hingga 123 dalam Gadis Pingitan-Simpulan
Bahasa yang ditulis oleh Nada Haifaa. Oleh itu kajian ini tidak boleh
menggambarkan makna denotatif dan konotatif secara keseluruhanya.
8

6.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini akan menghuraikan kaedah kajian makna denotatif dan


konotatif dalam simpulan bahasa yang berasaskan haiwan.

6.1 Mendapatkan Bahan / Data

Pelbagai bahan digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data


tentang makna denotatif dan konotatif dalam simpulan bahasa berasaskan
haiwan.

6.1.1 Kajian kepustakaan

Kaedah ini digunakan dengan cara merujuk buku teks dan buku
rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tentang kajian.
Selain itu,pengkaji juga membuat rujukan dengan cara melayari
internet. Kaedah ini digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan
maklumat tambahan.

6.1.2 Kajian teks

Kaedah ini digunakan dengan cara merujuk teks Gadis


Pingitan-Simpulan Bahasa yang ditulis oleh Nada Haifaa
(2014).Pengkaji telah mengumpulkan data melalui pembacaan teks
Gadis Pingitan-Simpulan Bahasa dari muka surat (12-123). Ketika
pembacaan dibuat simpulan bahasa dipilih mengikut jenis haiwan.
Seterusnya,simpulan bahasa berkenaan dikumpul dan disenaraikan
bersama maksud.

6.3 Menganalisis data

Simpulan bahasa yang dikumpulkan daripada muka surat (12-123)


dalam Gadis Pingitan-Simpulan Bahasa yang disenaraikan mengikut jenis
haiwan disusun oleh pengkaji. Seterusnya, simpulan bahasa berkenaan
dipersembahkan dalam bentuk jadual.
9
10

7.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini diperlihatkan senarai Simpulan Bahasa berasaskan


haiwan dan menghuraikan makna denotatif dan makna konotatif bagi semua
Simpulan Bahasa tersebut.

7.1 Simpulan Bahasa Berasaskan Haiwan


Di bawah ini, pengkaji menyenaraikan beberapa Simpulan Bahasa
berasaskan haiwan yang telah ditemui daripada teks yang dikaji.

Bil Simpulan Bahasa Muka Surat


1 Anjing kampung 12
2 Ayam bertanda 12
3 Ayam didik 13
4 Biawak hidup 24
5 Bunting harimau 28
6 Cerita burung 33
7 Demam puyuh 41
8 Gajah rompong belalai 51
9 Hakim beruk 58
10 Ikan darat 68
11 Itik berebut tembolok 69
12 Telinga lintah 120
13 Udang bakar 123

JADUAL 1 : Simpulan Bahasa Berasaskan Haiwan yang

ditemui dalam buku Gadis Pingitan-Simpulan Bahasa.

Daripada jadual di atas, pengkaji telah berjaya mengenal pasti dan menyenaraikan
Simpulan Bahasa berasaskan haiwan yang terdapat dalam teks yang dikaji. Hal ini
menunjukkan bahawa pengkaji telah berjaya mencapai objektif kajian yang pertama
iaitu mengenal pasti dan menyenaraikan simpulan bahasa berasaskan haiwan.
11

7.2 Makna Denotatif dan Konotatif

Di bawah ini, pengkaji akan menghuraikan makna denotatif dan makna


konotatif bagi simpulan bahasa berasaskan haiwan yang telah dipilih daripada
Gadis Pingitan- Simpulan Bahasa yang ditulis oleh Nada Haifaa.

7.2.1 ANJING KAMPUNG

a) Makna Denotatif

Kebanyakan pelajar mengetahui anjing kampung ialah seekor


haiwan yang suka menyalak dan duduk di luar bandar. Hal ini
demikian kerana mengikut makna denotatif anjing ialah seekor
binatang yang menyalak yang dipelihara untuk menjaga rumah
manakala kampung bererti kawasan kediaman di desa atau luar bandar.
Contoh ayat: Anjing kampung itu sedang mengejar Abu, kata Ahmad
kepada rakannya.

b) Makna Konotatif

Anjing kampung mengikut makna konotatif bermaksud anjing


tidak bertuan. Ramai pelajar yang tidak mengetahui maksud sebenar
simpulan bahasa ini kerana mereka hanya mengaitkan dua perkataaan
tersebut untuk menjadikan maksud simpulan bahasa tersebut.
Contoh ayat : Banyak anjing kampung berkeliaran di sekitar pejabat
Ali kerana anjing itu tidak bertuan.

7.2.2 AYAM BERTANDA

a) Makna Denotatif
12

Ayam bermaksud seekor binatang yang biasanya diternak. Bertanda


pula bererti simbol atau corak. Para pelajar hanya mengetahui bahawa ayam
bertanda sebagai seekor haiwan yang mempunyai tanda di anggota badannya.
Contoh ayat : Ali, ayam bertanda itu sedang mengejar anaknya, kata Abu.

b) Makna Konotatif

Kebanyakan pelajar sukar memberi makna bagi simpulan bahasa ini kerana makna
denotatif dan makna konotatif amat berbeza Hal ini demikian kerana ayam bertanda
sebenarnya bermaksud keturunan berani.
Contoh ayat : Pendekar gagah itu ibarat ayam bertanda kerana beliau mempunyai
persaudaraan dengan Hang Tuah.

7.2.3 AYAM DIDIK

a) Makna Denotatif

Pelajar hanya mengetahui maksud simpulan bahasa ini sebagai ayam yang dipelihara
dengan baik. Hal ini demikian kerana ayam bermaksud seekor binatang yang biasanya
diternak. Didik bermaksud pelihara atau jaga dengan hati-hati. Oleh itu, ada
sesetengah pelajar pula menganggap ayam didik ialah seorang guru yang tidak
bertauliah dalam pengajaran dan pembelajaran.
Contoh ayat : Ayam didik itu sangat sedap dimakan.Ayat tersebut salah kerana
maksud yang diberi tidak jelas dan tidak tepat.

b) Makna Konotatif
Para pelajar sukar memberi makna bagi simpulan bahasa ini kerana makna denotatif
dan makna konotatif amat berbeza dan sukar untuk difahami. Ayam didik mengikut
makna konotatif ialah orang yang dilatih untuk menjadi pengganti kepada pemimpin
berkenaan.
Contoh ayat: Asyraf merupakan ayam didik guru silat itu kerana bakal menjadi
penggantinya dalam pertubuhan silat itu.
13
14

7.2.4 BIAWAK HIDUP

a) Makna Denotatif
Para pelajar menganggap biawak hidup ialah seekor binatang yang menyerupai buaya
yang masih bernyawa. Hal ini demikian kerana biawak merupakan sejenis binatang
yang menyerupai buaya manakala hidup bererti bernyawa. Oleh itu, pelajar hanya
mengetahui maksud simpulan bahasa ini mengikut makna denotatif. Pelajar akan
membina ayat seperti berikut : Biawak hidup itu sedang memakan bangkai
Ayat di atas jelas salah kerana maknanya tidak tepat.

b) Makna Konotatif

Makna sebenar atau makna konotatif simpulan bahasa ini ialah beban yang
ditanggung oleh seseorang. Pelajar sukar memberi makna bagi simpulan bahasa ini
kerana makna denotatif dan makna konotatif amat berbeza.

Contoh ayat : Pak Leman umpama biawak hidup kepada Mak Limah kerana selama
ini Mak Limah yang terpaksa menanggung semua perbelanjaan rumah disebabkan
sikap Pak Leman yang malas dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

7.2.5 CERITA BURUNG

a) Makna Denotatif

Cerita ialah kisah manakala burung merupakan binatang yang bersayap dan dapat
terbang. Para pelajar hanya mengetahui bahawa cerita burung ialah kisah tentang
burung. Contoh ayat yang salah ialah : Emak sedang menyampaikan cerita burung.

b) Makna Konotatif

Makna konotatif bagi simpulan bahasa ini ialah cerita yang tidak boleh dipercayai.
Hal ini membuktikan para pelajar tidak dapat memberi makna bagi simpulan bahasa
15

ini kerana makna denotatif dan makna konotatif amat berbeza dan mereka tidak
memahami maksud simpulan bahasa ini.
Contoh ayat : Kami tidak percaya pada kata-kata Premi kerana ceritanya cerita
burung.

7.2.6 DEMAM PUYUH

a) Makna Denotatif

Para pelajar menganggap bahawa seekor burung yang dikenali sebagai burung puyuh
yang mengalami demam. Hal ini demikian kerana demam ialah penyakit yang
melebihi suhu biasa manakala puyuh ialah burung yang tidak mempunyai ekor.
Pelajar sukar memberi makna bagi simpulan bahasa ini kerana makna denotatif dan
makna konotatif amat berbeza dan para pelajar tidak dapat memahami dengan
mendalam.
Contoh ayat yang salah ialah : Burung puyuh itu tidak boleh terbang kerana
mengalami demam puyuh.

b) Makna Konotatif

Kebanyakan pelajar tidak memahami makna konotatif sesuatu simpulan bahasa. Oleh
itu, para pelajar membuat andaian mereka sendiri. Makna konotatif bagi simpulan
bahasa ini ialah pura-pura demam.
Contoh ayat : Mei Lin demam puyuh kerana enggan pergi ke sekolah untuk
menghadapi peperiksaan.

7.2.7 GAJAH ROMPONG BELALAI


a) Makna Denotatif

Gajah ialah sejenis mamalia yang besar. Rompong pula rosak atau terkerat pada
hidung manakala belalai pula hidung yang panjang pada gajah. Jadi makna denotatif
ialah hidung gajah yang telah dikerat.
16

b) Makna Konotatif

Makna konotatif simpulan bahasa ini ialah raja yang tiada kuasa. Contoh ayat :
Semasa kemasukan Inggeris ke Tanah Melayu, kebanyakan Raja-raja Melayu ibarat
gajah rompong belalai kerana tiada kuasa lagi.

7.2.8 IKAN DARAT


a) Makna Denotatif
Ikan merupakan sejenis hidupan dalam air manakala darat pula bermaksud tanah. Para
pelajar menganggap bahawa ikan tersebut hidup di darat. Contoh ayat yang salah
ialah : Ikan darat itu masih hidup walaupun tinggal di atas tanah.

b) Makna Konotatif
Para pelajar tidak memahami makna simpulan bahasa ini kerana makna denotatif dan
makna konotatif amat berbeza Makna sebenar atau makna konotatif simpulan bahasa
ini ialah ikan air tawar. Contoh ayat : Dalam keluarga kami, hanya ibu dan kakak
sahaja yang tidak makan ikan darat.

7.2.9 TELINGA LINTAH

a) Makna Denotatif
Telinga merupakan pancaindera untuk mendengar (di kiri kanan manusia atau
binatang) manakala lintah ialah binatang yang seperti pacat tetapi lebih besar dan
panjang. Oleh yang demikian, para pelajar menganggap telinga lintah ialah telinga
pada lintah tersebut tetapi sebenarnya lintah tidak mempunyai telinga.

b) Makna Konotatif
Makna konotatif bagi simpulan bahasa tersebut ialah pendengaran yang tajam.
Contoh ayat : Walaupun jarak mereka jauh, Farhan yang telinga lintah itu masih boleh
mendengar perbualan rakan-rakannya yang sedang mengutuk Farhan.
17

7.2.10 UDANG BAKAR


a) Makna Denotatif

Udang merupakan sejenis hidupan di dalam air yang berkaki sepuluh manakala bakar
pula panggang. . Para pelajar pasti menganggap bahawa udang bakar ialah udang
telah dibakar dan dapat dimakan, dihidang.

b) Makna Konotatif

Makna Konotatif bagi simpulan bahasa ini ialah kulit berwarna merah.
Contoh ayat : Kulit Naqib kelihatan merah seperti udang bakar apabila dijemur di
bawah matahari.
18

8.0 RUMUSAN
Rumusannya, daripada dapatan kajian, jelas menunjukkan bahawa simpulan
bahasa mempunyai makna denotatif yang jauh berbeza dengan makna konotatif.
Pengkaji telah mendapati ramai pelajar yang tidak memahami makna konotatif dalam
simpulan bahasa. Para pelajar selalunya memberi makna simpulan bahasa mengikut
makna denotatif. Oleh sebab itulah apabila disuruh membina ayat, pelajar akan
membinanya mengikut makna denotatif dan terhasilah ayat yang salah.

Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji telah menyenaraikan beberapa simpulan


bahasa berasaskan haiwan. Seterusnya, pengkaji juga telah menjelaskan definisi
denotatif dan makna konotatif dalam konteks biasa. Contoh ayat juga telah diberikan
untuk memudahkan para pelajar mencari maklumat. Akhir kata, objektif kajian telah
dicapai oleh pengkaji dalam kajian ini.
19

9.0 PENUTUP

Hasil kajian di atas dapat menunjukkan bahawa makna denotatif dan makna
konotatif sering kali digunakan dalam simpulan bahasa. Pengkaji menggunakan
kaedah kepustakaan untuk membuant rujukan berkaitan simpulan bahasa dan ini
memudahkan pengkaji menjalankan kajian dengan sempurna. Selain itu, kajian ini
menunjukkan bahawa para pelajar lebih memahami makna denotatif daripada makna
kontatif. Semasa kaijan dilakukan, pengkaji juga sukar untuk memahami makna
konotatif dalam simpulan bahasa berasaskan haiwan. Apabila pengkaji telah
menjalankan kajian ini, pengkaji dapat membezakan makna denotatif dan konotatif
dalam simpulan bahasa.

Diharapkan para pelajar dapat memahami makna denotatif dan makna


konotatif dalam pembelajaran. Oleh itu, para pelajar perlu menjalankan kajian dengan
lebih mendalam untuk mengetahui maksud simpulan bahasa dengan lebih lanjut.
Kerajaan juga boleh
20

10.0 BIBLIOGRAFI

Mohd Januri Aiyub et.al, 2013. Cakna Bahasa. Cetakan Pertama.


Selangor Darul Ehsan : PEKAN ILMU PUBLICATION SDN.BHD

Nada Haifaa, 2014. Gadis Pingitan Simpulan Bahasa :


Selangor Darul Ehsan : PUSTAKA MINDA AUTIF

Ibrahim bin Ahmad , 1994. Perkamusan Melayu Suatu Pengenalan.


Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka

Prof Abdullah Hassan , 1989. Semantik. Diterjemah oleh Abdullah Hassan,


Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai