Anda di halaman 1dari 8

STRATEGI KAJIAN MASA DEPAN

Pengenalan

Strategi Kajian Masa Depan adalah ibarat analogi memandu kereta:

Analogi memandu kereta di atas menunjukkan bahawa sepanjang


pemanduan kita, kita seringkali dikejutkan dengan perkara-perkara
yang tidak dijangka. Contohnya, sedang kita memandu di lebuhraya,
tiba-tiba seorang lelaki melintas di hadapan kereta. Oleh itu,
sepanjang pemanduan, kita haruslah peka dan sentiasa berwaspada.

Analogi tersebut boleh dikaitkan dengan Kajian Masa Depan, di mana Kajian Masa
Depan ini merupakan satu disiplin ilmu untuk melihat masa depan melalui tren
hinggalah kepada apa yang dapat dibayangkan akan berlaku melalui pelbagai bentuk
dan cara yang dikesan.
Definisi Kajian Masa Depan

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik yang
dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran
hidup dan membuat keputusan.

Grafik di atas merupakan dimensi kajian masa depan. Antara dimensi penting yang
perlu difahami dalam Kajian Masa Depan adalah bahawa masa depan adalah
dinamik kerana sentiasa berlakunya perubahan.

Masalah masa depan lazimnya kompleks serta sukar ditentukan dan penyelesaiannya
bersifat global. Lagipun manusia terikat dengan nilai dan norma, keinginan dan hajat
serta kehendak masa depan. Walau bagaimanapun, Kajian Masa Depan adalah berciri
saintifik kerana dapat diuji, boleh diulangi dan dapat diramal.

Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan

What we can and must do is to give our students an


understanding of the most important issues, problems and
opportunities they may face, teach them the skills they will need to
continue to look ahead on their own; and prepare them to cope
successfully with the dislocations and stresses of rapid change.
(Kauffman, 1976)

Pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) diperkenalkan untuk mendidik


generasi baru bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Pembelajaran
berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan
keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat
keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya
dan bertanggungjawab.

KMD yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran akan:


1. Membina generasi masa depan

Kajian Masa Depan memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu,
masalah dan peluang yang bakal dihadapi. Ini akan membolehkan mereka memandang
masa depan dengan yakin dan optimis serta mengambil bahagian dalam merancang
masa depan mereka.

2. Menghasilkan tenaga manusia yang berfikir

Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga


manusia yang dapat berfikir tentang masa depan. Selain daripada itu, mereka
seharusnya berfikir untuk menggambarkan serta menjangkakan masalah yang
bakal timbul.

3. Menjangka masalah dan membuat pilihan yang baik

Pelajar juga dapat mencari alternatif dan pilihan ke arah masa depan yang lebih baik.

4. Membawa anjakan paradigma


Pelajar akan membawa anjakan paradigma terhadap budaya belajar yang berasaskan
pengetahuan dan ingatan semata-mata kepada budaya berfikir.

Strategi Kajian Masa Depan

Pelajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan
daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan. Pedagogi
ini berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan
moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan
bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

Objektif Kajian Masa Depan

Berfikir Secara Kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-
halmasa depan
KMD boleh membina minda suka bertanya dan kemahiran intelek yang dapat
membantu pelajar berfikir secara kreatif, terarah, analitis dan reflektif tentang
keseluruhan hidup manusia dan proses meneroka alternatif dan pilihan.

Berkomunikasi Secara berkesan tentang hal-hal masa depan


KMD juga membantu pelajar memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan
kebaikan dunia dan membina strategi menambah keupayaan pelajar dalam
menghadapi berbagai cabaran hidup.
Membina Sikap dan nilai tentang masa depan.
KMD akan membina keyakinan pelajar supaya mereka mampu mengawal diri,
boleh membuat pilihan berasaskan etika dan nilai moral serta berupaya
mempengaruhi masa depan mereka.

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan


KMD memberi asas kepada pelajar memahami dan menghayati Wawasan 2020
dan memantapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan, konsep, kemahiran dan
kaedah dalam mengkaji masa depan.

Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan


Pelajar digalakkan menjadi warganegara yang lebih bertanggung jawab, tahu
membeza dan menilai, berketrampilan dan mempunyai gambaran jelas tentang
masa depan.

Komponen Kajian Masa Depan

KMD merangkumi dua komponen yang diperlukan untuk membentuk generasi baru
yang boleh memandang ke hadapan. Komponen-komponen itu adalah:

1. Kemahiran asas Kajian Masa Depan memberi keupayaan dan wawasan kepada
pelajar untuk menghadapi masa depan yang penuh dengan perubahan dan
cabaran. KMD memberi manfaat kepada pelajar dengan membina kemahiran
asas seperti :

Boleh membuat ramalan berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang


sedia ada. Seseorang itu perlu tahu untuk membuat ramalan apa yang
berlaku di masa hadapan.

Boleh menjangka akibatnya sesuatu fenomena dari tren atau perubahan;


Setelah meramal apa yang akan berlaku, seseorang itu perlu juga tahu
menjangka apa akibat yang akan berlaku dari ramalan tersebut.

Boleh mengawal dan mengendalikan perubahan supaya mendapat


manfaat yang maksimum. Dan seterusnya seseorang itu perlu tahu
bagaimana cara untuk mengawal dan mengendalikan perubahan yang
akan berlaku daripada ramalan tersebut.

2. Kemahiran khusus KMD antara kemahiran khusus yang dibina ialah kemahiran
memahami dan menggunakan prinsip pengupayaan, prinsip pandang ke
hadapan, mengkritik trend/senario, menggunakan proses inovasi sosial,
menguasai alat masa depan seperti garisan masa, roda masa dan membina
agenda diri untuk abad ke-21.
Matriks Pengajaran Kajian Masa Depan

Kajian Masa Depan boleh diajarkan sebagai satu matriks memandang ke hadapan yang
melibatkan pelbagai unsur Kajian Masa Depan yang penting untuk memahami konsep
Kajian Masa Depan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Konsep utama
Guru boleh memillih konsep Kajian Masa Depan yang ada kaitan dengan mata
pelajaran. Contoh: Alternatif dan pilihan; Masa Lalu; Kini dan Depan; Nilai,;
Pengupayaan; Kemapanan

Kemahiran khusus
Teknik dan cara pengajaran Kajian Masa Depan yang digunakan sebagai aktiviti dalam
perkembangan pelajaran. Contoh: Pemahaman Konsep Masa Depan, Pengumpulan
Maklumat Dan Analisis Trend, Ramalan Dan Analisis, Penggunaan Imaginasi Dan
Kreativiti, Strategi Mengatasi kebimbangan, Proses Inovasi Sosial, Pembinaan Senario,
Penjelasan Nilai dan Masa Depan, Pemahaman Dimensi Kemapanan

Proses
Proses yang akan dialami oleh murid semasa melaksanakan aktiviti KMD. Contoh:
kesinambungan, pertimbangan, keseimbangan, pertumbuhan, perubahan dan
transformasi
Kapasiti
Kemahiran yang dibina dan dirujuk oleh murid semasa pelajaran dijalankan. Contoh:
Menaakulan, Menganalisis,Membuat Aplikasi, Memandang Jauh, Berimaginasi
Berfikir,Kreatif

Persepsi
Persepsi murid terhadap sesuatu (konsep, isu, tema dan sebagainya) semasa pelajaran
yang akan mempengaruhinya dan murid juga akan mengalami perubahan selepas
mempunyai kesedaran. Contoh: Takut dan bimbang, kerisauan, prihatin, harapan,
perancangan, tujuan, nilai

Tema
Cadangan tema-tema penting bagi Kajian Masa Depan yang boleh digunakan. Contoh:
Pemuliharaan, Generasi Masa Depan, Impak terhadap Manusia, Had dan Batasan,
Masa Depan Dunia, Optimisme & Pasimisme, Kemampanan, Masa dan Budaya

Isu
Isu-isu yang boleh dikaitkan dengan konsep, teknik dan cara pengajaran dan kandungan
mata pelajaran. Contoh: Komunikasi, Tenaga, Kesihatan, Maklumat, Keamanan,
Sumber, Jantina dan Budaya, Alam Sekitar, Kependudukan, Sains dan .Teknologi,
Angkasa Lepas Pengangkutan, Perancangan Bandar, Pekerjaan dan Waktu Senggang
Pembangunan Ekonomi ,Jenayah dan Keadilan

Aplikasi
Kemahiran khusus yang diperolehi pelajar melalui pelajaran Kajian Masa Depan boleh
diaplikasikan dalam bidang ini. Contoh: Stail Hidup Alternatif, Kajian Masa Depan
Secara Kritis, Cara Memandang Jauh, Masa Depan Ekonomi, .Perancangan Strategik

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAJIAN MASA DEPAN


PERANCANGAN GURU

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan melibatkan unsur-unsur


yang terkandung dalam matriks. Unsur-unsur ini perlu diolah dan disepadukan mengikut
konteks dan tajuk yang bersesuaian dengan keperluan mata pelajaran. Semasa
merancang pengajaran dan pembelajaran, aspek-aspek berikut perlu diambil kira oleh
guru:

1. Perancangan yang strategik


Guru merancang aktiviti pengajaran berorientasikan ke masa depan. Aktiviti dan
tugasan yang diberikan perlu melibatkan alat-alat dan teknik Kajian Masa Depan
bagi menyelesaikan masalah dan membuat pilihan alternatif ke arah keputusan
yang berkaitan dengan isu dan masalah serta peluang masa depan yang
terkandung dalam mata pelajaran.

2. Isu dan tema yang relevan


Pemilihan isu dan tema bersesuai dengan tajuk mata pelajaran dan tahap murid
3. Berpusatkan murid
Bahan, aktiviti dan tugasan yang dipilih hendaklah mengambil kira minat dan
kematangan murid agar mereka dapat mengambil bahagian secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Aplikasi sebagai projek, kerja kokurikulum atau sepanjang hayat


Aktiviti Kajian Masa Depan tidak terhad kepada aktiviti di bilik darjah. Murid boleh
merancang projek-projek di dalam dan di luar bilik darjah seperti aktiviti
kokurikulum. Penguasaan konsep dan kemahiran yang hendak dibina boelh
dipertingkatkan dengan mengaitkan pembelajaran di sekolah dengan peranan
mereka sebagai ahli masyarakt.

5. Peranan guru sebagai fasilitator


Dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian Masa Depan, guru boleh
memainkan peranan sebagai fasilitator. Dalam proses ini, guru peka terhadap
perjalanan pengajaran dan pembelajaran, membimbing murid untuk mencapai
matlamat dan objektif pembelajaran
PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN
CONTOH PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAJIAN
TEMPATAN

Apakah yang anda ingin mengajar?

MATA PELAJARAN

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5

Tajuk Keindahan Negara Kita


6.2.: Seni bina dan tempat rekreasi
a. Keindahan dan keistimewaan
seni bina di Malaysia
b: Contoh bangunan dan binaan

Dari manakah anda mencari bahan untuk mengajar tajuk?

KONSEP KAJIAN MASA DEPAN


Gambaran masa depan yang mungkin berlaku jika tiada pemuliharaan
dan mengkaji tanggungjawab generasi sekarang serta penjelasan nilai
masyarakat tentang hak generasi masa depan

SENI BINA WARISAN BANGSA


Mengetahui bangunan dan binaan negara kita

Bagaimanakah saya boleh mengaplikasikannya dalam kelas?

Cadangan Idea Aktiviti


Cari langkah untuk mengenalkan bagi generasi masa depan.
Membina senario masa depan jika langkah tidak diambil
Tulis berita masa depan
Main peranan sebagai generasi masa depan yang dapat mewarisi
seni bina untuk menjaga dan memulihara generasi
sebelumnya

Anda mungkin juga menyukai