Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN AKTIVITI

PERTANDINGAN ROKET AIR


SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA IBAU,KAPIT
TAHUN 2016

TARIKH : 26 -30 SEPTEMBER 2016


ACARA KEMUNCAK : 30 SEPTEMBER
LOKASI : PADANG SK NG IBAU, KAPIT.

PENGANJUR : PANITIA KEMAHIRAN HIDUP & REKABENTUK DAN TEKNOLOGI SK NG IBAU.

1.0 Pengenalan
Panitia Kemahiran Hidup dan Panitia Rekabentuk & Teknologi dengan kerjasama
daripada beberapa panitia yang lain telah mengadakan aktiviti pertandingan Roket Air
Peringkat Sk Nanga Ibau,Kapit. Aktiviti ini telah dijakankan besempena dengan
berakhirnya peperiksaan UPSR untuk murid tahun 6 dan secara tidak langsung dapat
melibatkan murid tahun 6 secara keseluruhannya. Pertandingan Roket air ini dijalankan
dengan tujuan dapat meningkatkan daya saing dan pemangkin untuk memupuk
hubungan mesra dan kerja sama dalam kalangan murid dan guru Sk Ng Ibau,Kapit.

2.0 Maklumat aktiviti


Pertandingan Roket Air ini telah dilaksanakan dalam masa dua minggu dan acara
kemuncak telah dilaksanakan pada 30 SEPTEMBER bersamaan dengan hari jumaat.
Acara kemuncak telah dilaksanakan di Padang Sk Ng Ibau,Kapit. Pertandingan dimulakan
tepat jam 8.00pagi dengan dirasmikan oleh Cikgu Winceslaus Bin Siking selaku Guru
Penolong Kanan 1 Sk Ng Ibau,Kapit. Terdapat dua kategori yang telah dipertandingkan
iaitu kategori A (roket terjauh) dan kategori B ( paracut terbaik). Dalam pertandingan ini
seramai 24 kumpulan telah menyertai bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Sambutan dari murid amat memberangsangkan sekali. Murid murid diberikan
kebebasan untuk memilih ahli pasukan dan mereka bentuk roket masing-masing dengan
kreativiti dan inovasi mereka sendiri. Pertandingan ini melibatkan murid-murid dari
tahun 3 sehingga tahun 6.

3.0 Objektif pertandingan


Mendedahkan murid mengenai konsep tekanan dan daya
Mengaplikasikan pengetahuan murid dalam bidang rekabentuk dan teknologi
Mewujudkan komitmen dan daya saing antara murid
Meningkatkan kreativiti murid-murid
Menerapkan konsep kitar semula bahan-bahan terbuang dalam kehidupan
seharian murid.
Menambah kemahiran guru dalam menguruskan sesuatu aktiviti dari awal
sehingga akhir aktiviti.

4.0 Pencapaian aktiviti


Hasil dari pertandingan ini murid-murid lebih berfikiran terbuka dan lebih kreatif dalam
menggunakan bahan-bahan terbuang seperti botol-botol plastic dan bahan yang lain.
Selain itu murid- murid lebih berminat untuk menyertai aktiviti seperti ini dan
meningkatkan tahap keberanian mereka untuk mencuba dan memasuki sebarang aktiviti
yang dijalankan pada masa hadapan. Pelbagai rupa dan bentuk dapat dilihat pada roket
ciptaan kumpulan masing-masing hasil dari kreativiti dan pengumpulan idea dalam
kumpulan.

5.0 Kemajuan / Masalah

a) Kemajuan
Murid melibatkan diri dengan aktif ketika dalam kumpulan
Penjanaan idea dan kreativiti setiap kumpulan menyerlah dan dapat
dilihat melalui hasil roket ciptaan kumpulan masing-masing.
Setiap kumpulan dapat mengikuti dan mengaplikasikan segala tunjuk ajar
dan ilmu-ilmu yang dipelajari dari guru.
Wujudnya persaingan yang sihat bagi setiap kumpulan untuk memenangi
kategori pertandingan yang dimasuki oleh mereka.
b) Masalah
Kekurangan peralatan dan kesukaran untuk mendapatkan alatan untuk
membuat alat pelancar roket air.
Kekurangan dari segi kewangan untuk membina lebih banyak pelancar
dan bahan-bahan binaan roket yang lebih kukuh dan stabil.
Murid murid tiada pendedahan mengenai roket air sebelum
pertandingan ini dilaksanakan.
6.0 Gambar aktiviti

PERASMIAN PERTANDINGAN OLEH TAKLIMAT RINGKAS OLEH PENYELARAS


PK1 SKNI PERTANDINGAN CIKGU AFDZAN

PERTANDINGAN SEDANG
DIJALANKAN
PESERTA-PESERTA PERTANDINGAN ROKET AIR PERINGKAT SK NANGA IBAU

TAHUN 2016
PEMENANG PERTANDINGAN ROKET AIR KATEGORI A ( JARAK TERJAUH )

TEMPAT PERTAMA TEMPAT KEDUA

MISS PERFECT SUPER STEXKER

PEMENANG PERTANDINGAN ROKET AIR KATEGORI B ( PARACUT TERBAIK )

TEMPAT PERTAMA

LANTAK JA..

TEMPAT KEDUA

KAPTEN BOLEH

TEMPAT KETIGA

THE LAGEND OF BOY


7.0 Penutup
Secara keseluruhan Pertandingan Roket Air ini dapat dijalankan dengan berjaya sekali
dan setiap kumpulan telah menunjukkan semangat daya saing yang tinggi di samping
dapat menyerlah bakat dan kreativiti yang terpendam dalam diri murid-murid yang
menyertai pertandingan ini. Selain itu dengan adanya pertandingan seperti ini dapat
mengembangkan lagi pemikiran murid dan sebagai pendedahan awal . Diharapkan
perandingan Roket Air ini dapat dijalankan pada tahun hadapan dan boleh dijadikan
aktiviti pertandingan tahunan untuk Sk Ng Ibau,Kapit. Sebelum terlupa, ingin penganjur
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan staf Sk Ng Ibau yang telah
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pertandingan Roket
Air ini.

Disediakan oleh:

.
MOHD AFDZAN HAFIZIE BIN MOHAMAD JAMIL
PENYELARAS PERTANDINGAN ROKET AIR
PERINGKAT SEKOLAH SK NANGA IBAU,KAPIT.

Anda mungkin juga menyukai