Esaimen Pensejarahan Malaysia IPG Kota Bharu
Esaimen Pensejarahan Malaysia IPG Kota Bharu
Kajian Tema
& Penulis
Sumber an
Tarikh &
Kronolo
gi
Syahadan pada malam itu Merah Silu pun tidur, maka ia bermimpi dirinya berpandangan
dengan Rasulullah. Maka sabda Rasulullah kepada Merah Silu, Ngangakan mulutmu!
Maka oleh Merah Silu dingangakan mulutnya; diludahi oleh Rasulullah mulut Merah Silu.
Maka Merah Silu pun terjaga daripada tidurnya. Diciumnya bau tubuhnya seperti bau
narawastu. Telah hari siang, maka fakir pun naik ke darat membawa Quran disuruhnya baca
pada Merah Silu. Maka oleh Merah Silu dibacanya Quran itu; maka kata fakir itu kepada
Sheikh Ismail, nakhoda kapal, Inilah negeri Semundra, yang seperti sabda Rasul. Maka
oleh Sheikh Ismail segala perkakasan kerajaan yang dibawanya itu semuanya
diturunkannya dari dalam kapal itu. Maka Merah Silu dirajakannya dan dinamainya Sultan
Malikus-Saleh.
Berbeza dengan hasil karya sejarah kolonial yang mana pensejarahan Barat
dilihat lebih berfokus dan berpandu kepada fakta sejarah dan pembuktian.
Pensejarahan Barat amat-amat menolak penulisan yang berbentuk legenda dan
mitos dalam penulisan seorang sejarawan. Perkara ini mungkin disebabkan oleh
pengaruh Leopold Von Ranke, yang menganjurkan Sejarah mestilah ditulis
sebagaimana ia terjadi dan setiap fakta perlulah bersandar kepada penggunaan
sumber yang asli. Kepentingan fakta dalam penulisan dapat dilihat melalui R.O
Winstedt misalnya yang telah membaca dan mengkaji Hikayat Hang Tuah sebelum
memuatkan analisisnya mengenai hikayat tersebut dalam bukunya A History of
Malay Literature (1939). Beliau telah membuat perbandingan dan mendapati hikayat
tersebut mempunyai pengaruh epik Ramayana.
Perbandingan kedua pula boleh dinilai dari segi genre penulisan. Bagi
pensejarahan Melayu tradisional, terdapat pelbagai genre penulisan yang
digunakan seperti sastera kitab (keagamaan), undang-undang Melayu lama, epik,
pelbagai bentuk puisi, pelbagai cabang sastera rakyat seperti penglipur lara, cerita
jenaka, dan teladan serta sastera istana. Salah satu contohnya ialah di dalam karya
sejarah yang Hikayat Abdullah diselitkan dengan syair Singapura Terbakar yang
menceritakan tentang peristiwa kebakaran besar yang berlaku di Singapura :