Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN

PENGARAH PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5

Bismillahi rahmanirrahim,

Terima kasih saudara Pengacara Majlis

Yang Dihormati Tuan Guru Besar


Tuan Md Nasir Bin

Yang Dihormati Penolong Kanan

Yang Berbahagia Pn Che Som Binti Baharom

Penyelaras Bina Insan Guru Semester 5, IPG Kampus Perlis

Yang Berbahagia Pn Sodah Binti Haji Ahamad


Mentor Pengajian Agama (A) Semester 5

Yang Berusaha barisan Jawatankuasa Kerja,

Guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang dihormati sekalian.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya dapat kita
berkumpul dalam majlis penutup bagi program Lawatan Penanda Aras Bina Insan Guru Siri
5. Saya mewakili pihak IPG Perlis khususnya warga kelas Pengajian Agama (A)
merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Tuan Guru Besar meluangkan masa untuk
bersama-sama kita pada hari yang berbahagia ini dan seterusnya menyempurnakan majlis
penutupan program Lawatan Penanda Aras Bina Insan Guru Siri 5. Pada kesempatan ini
juga, saya mengalu-alukan kehadiran warga SK Seri Dusun bagi memeriahkan lagi majlis
ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Program Lawatan Penanda Aras - Bina Insan Guru (BIG) Siri 5 ini sebenarnya merupakan
satu manifestasi untuk mewujudkan interaksi dua hala di antara kami para guru pelatih
dengan pihak sekolah bagi berkongsi pengalaman dan idea yang bermanfaat untuk
diaplikasikan semasa kami memasuki bidang pendidikan sepenuhnya apabila berada di
sekolah nanti.

Perkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut kebijaksanaan


pendokongnya untuk merealisasikan wawasan pendidikan negara dan citra Wawasan
2020. Visi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk menzahirkan sistem pendidikan
berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Bagi
menyahut cabaran tersebut, maka sekolah yang berjaya adalah merupakan satu alternatif
terbaik untuk dicapai. Oleh itu, dalam lawatan penanda aras pada hari ini, kami telah
memfokuskan kepada beberapa elemen penting bagi pembentukan sebuah sekolah yang
berjaya seperti ciri-ciri kepimpinan Guru Besar, pengurusan, iklim dan budaya sekolah
seterusnya infrastruktur dan prasarana yang disediakan.
Selaras dengan itu, kami juga telah mensasarkan beberapa objektif penting untuk dicapai
menerusi program Lawatan Penanda Aras ini .

1. Memberi kemahiran kepada guru-guru pelatih dalam mengendalikan dan menguruskan


program.

2. Mengetahui cara pengurusan sekolah cemerlang dan kriteria yang perlu dipenuhi dalam
menjadikannya sekolah yang cemerlang.

3. Membina jati diri dan ketahanan guru pelatih sebagai seorang guru dalam berhadapan
dengan cabaran dunia pendidikan.

4. Memperkayakan idea-idea dan pemikiran di kalangan guru-guru pelatih dengan


berkongsi ilmu dan pengalaman bersama guru cemerlang.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada
Jawatankuasa Kerja yang bekerja keras dan bertungkus-lumus bagi menjayakan program
ini meskipun terhimpit dengan tugasan-tugasan yang lain. Saya juga ingin merakamkan
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung memberikan kerjasama serta menyumbang tenaga dalam menjayakan
program ini.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan
penghargaan yang tidak terhingga kepada Tuan Guru Besar dan warga SK Seri Dusun yang
sudi menerima kehadiran kami pada hari ini. Besar harapan saya agar program yang
dianjurkan ini dapat melahirkan insan guru yang berkualiti dan berketrampilan tinggi.
Semoga bentuk kerjasama dan komitmen yang terjalin ini, dapat diteruskan pada masa-
masa akan datang bagi menjayakan program seumpamanya.

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai