Anda di halaman 1dari 1

Ulasan video

Saya telah menghasilkan satu video yang khasnya untuk murid-murid Tahun 1. Video
yang saya hasilkan adalah bawah matapelajaran Pendidikan Kesihatan. Tajuk yang saya pilihi
adalah memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan. Tajuk ini merupakan tajuk yang pertama
dalam Dokumen Standard Pembelajaran Tahun 1. Dalam video ini, saya telah menerangkan
tentang fizikal lelaki dan perempuan.

Saya telah memasukkan beberapa media dalam video ini seperti foto, lagu dan
sebagainya. Tujuan saya memasukkan media ini dalam video ini adalah untuk membawa satu
video yang terbaik dan menarik. Dalam video ini, saya telah memasukkan muzik aebagai suara
latar belakang video. Saya telah memilih lagu karton kerana lagu itu boleh membawakan rasa
seronok terhadap murid-murid semasa mendengar. Pada masa yang sama, muzik ini juga
boleh menarik perhatian murid-murid terhadap pengajarannya.

Saya juga telah memasukkan gambar-gambar fizikal lelaki dan perempuan dalam video
ini. Tujuannya adalah untuk membawa kemahiran mendengar muzik dan melihat gambar-
gambar fizikal lelaki dan perempuan. Murid-murid juga akan dapat mempelajari tajuk tersebut
secara mudah dengan bantuan gambar tersebut. Pada masa yang sama, saya juga telah
memasukkan huraian bagi setiap fizikal lelaki dan perempuan dalam setiap slide. Setiap
huraian telah ditayangkan dengan suara yang saya rakamkan. Hal ini kerana murid-murid
mudah mamahami tajuk tersebut. Dalam video ini juga saya telah menggunakan animasi
sebagai satu cara yang terbaik untuk manarik perhatian murid-murid. Video ini adalah untuk
murid-murid Tahun1. Oleh itu, saya telah mengadakan slide-slide yang berwarna-warni supaya
murid-murid memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap video yang ditayangkan ini.

Secara ringkasnya, video ini sangat sesuai untuk murid-murid Tahun 1. Video ini boleh
membantu guru-guru untuk menerangkan tajuk ini kepada anak muridnya dengan mudah.
Murid-murid juga dapat memahami tajuk ini dengan mudah dan mereka juga seronok dengan
pengajaran yang disampaikan oleh gurunya.

Anda mungkin juga menyukai