Anda di halaman 1dari 3

Perbezaan Minimal

Perbezaan minimal adalah satu cara bagi mengenal pasti bunyi-bunyi fonem berdasarkan perkataan-perkataan
berpasangan minimal. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran kerap menghadapi masalah dalam
menyebut bunyi-bunyi konsonan tertentu. Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai perbezaan
bunyi yang paling minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh. Sebagai
contoh huruf d dalam perkataan ladang disebut sebagai l sehingga bertukar menjadi perkataan lalang.

Oleh itu guru perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi konsonan d dan l dan meminta
murid menyebutnya berulang kali sehingga mahir. Dengan menggunakan bahan pasangan minimal ini, pelbagai
kebaikan dapat diperoleh oleh pelajar. Antaranya unsur ini dapat melibatkan murid secara langsung dalam aktiviti
pembelajaran selain murid dapat membunyikan perkataan itu dengan bunyi fonem yang betul. Ini dapat mengelakkan
murid daripada salah faham dalam membunyikan sesuatu perkataan terutamanya perkataan yang membawa
maksud yang berbeza. Selain itu, bahan ini mudah alih dan dapat membantu pelajar dengan melihat gambar
seterusnya menyebut nama gambar tersebut. Tambahan pula, bahan pasangan minimal ini sesuai untuk kanak-
kanak pemulihan yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Guru boleh membuat bahan dengan menyediakan beberapa perkataan yang hampir sama bunyinya dan
setiap perkataan itu disertakan dengan gambar. Kemudian, murid diminta menyebut perkataan tersebut sehingga
mendapat bunyi fonem yang betul. Aktiviti ini diulang sehingga murid dapat menyebut perkataan yang diberikan
dengan bunyi yang betul sehingga murid tidak keliru dengan perkataan tersebut.

Contoh aktiviti pasangan minimal:

Beberapa pasangan perkatan berbentuk pasangan minimal dituliskan pada kad manila.
Kad tersebut diedarkan kepada semua murid.
Guru menyebut salah satu daripada perkataan berpasangan itu.
Murid diminta menunjukkan dan menandakannya di atas kertas masing-masing.
Seterusnya guru memberikan arahan kepada murid untuk membaca perkataan tersebut. dengan berulang-
ulang sehingga murid tidak keliru dengan perkataan tersebut.

Contoh 1

tari lari

Contoh 2

karam garam

Contoh 3
lali lari

Aktiviti:

3.0 PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON DALAM SISTEM FONOLOGI


BAHASA MELAYU
3.1 Fonem
Fonem ialah unit bahasa yang terkecil berfungsi dalam Bahasa Melayu.
Di dalam fonem satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan terdiri daripada beberapa unit
bunyi seperti dalam perkataan palu. Perkataan ini terdiri daripada empat unit bunyi iaitu p, a, l, u.
maka, unit-unit bunyi inilah yang dipanggil sebagai fonem iaitu unit terkecil yang berfungsi dalam
Bahasa Melayu itu sendiri.
Sekiranya huruf p tadi digantikan dengan huruf m, maka palu akan bertukar menjadi malu yang
masih lagi mengekalkan empat unit bunyi.
Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran
sesuatu perkataan itu.
Selain itu, fonem juga boleh difahami sebagai unit yang terkecil yang membezakan makna.
Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan.
Antara contoh lain menerangkan berkenaan dengan fonem, seperti dalam pasangan minimal,
pedang dengan petang. Dalam pasangan minimal pedang dengan petang itu terdapat bunyi yang
berbeza iaitu bunyi d dan bunyi t. Perkataan pedang dikatakan hampir sama dengan perkataan petang
namun hanya dibezakan dengan bunyi d dan t. Dalam konteks ini, bunyi d dan t merupakan bunyi
yang distingtif yang membezakan makna. Oleh itu bunyi d dan t adalah bertaraf fonem yang berbeza
dan bunyi fonem itu diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /d / dan /t/.
Selain daripada pasangan minimal pedang dengan petang, terdapat lagi beberapa contoh yang akan
diperjelaskan untuk lebih memberi kefahaman yang mendalam. Contohnya perkataan kaya dan paya.
Kedua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza, hal ini disebabkan oleh fonem k dan p. Fonem
seperti apa yang kita harus fahami ialah unit yang terkecil yang dapat membezakan makna. Maka
bunyi k dan p merupakan unit-unit terkecil itu yang dapat membezakan makna perkataan kaya dan
paya. Maka bunyi k dan p boleh dikategorikan sebagai fonem yang membezakan makna. Oleh itu
bunyi k dan p diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/.
Selain daripada contoh pasangan minimal yang telah diperjelaskan diatas terdapat juga beberapa
contoh pasangan minimal yang boleh menunjukkan unit-unit terkecil yang membezakan makna
ataupun dalam istilah bahasa melayu iaitu fonem. Contoh adalah seperti berikut :
a. Barat dan Karat : /b/ dan /k/ merupakan fonem yang berbeza.
b. Dalam dan Talam : /d/ dan /t/ merupakan fonem yang berbeza.
c. Cari dan Jari : /c/ dan /j/ merupakan fonem yang berbeza.
d. Pakar dan Bakar : /p/ dan /b/ merupakan fonem yang berbeza.
e. Dulang dan Tulang : /d/ dan /t/ merupakan fonem yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai