Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENDAHULUAN

Negara-negara dunia ketiga merupakan satu kelompok negara yang terbesar dalam dunia.
Pengiktirafan negara-negara dunia ketiga ini adalah berdasarkan kepada konsep
pembangunan dalam negara-negara berkenaan. Dilihat dari sudut sejarah, boleh dikatakan
hampir keseluruhan negara dunia ketiga ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan
negara-negara barat, terutamanya negara kuasa barat yang suatu masa dahulu menjajah
negara dunia ketiga.

Negara-negara barat yang datang ke negara dunia ketiga ini mempunyai sebab-sebab
yang tertentu dan akhirnya mereka akan menguasai dan menakluk negara tersebut.
Negara imperialisme ini mengamalkan dasar-dasar negara mereka dan memperkenalkan
sistem ekonomi kapitalis mereka di negara jajahan mereka. Pada asalnya negara-negara
dunia ketiga ini merupakan negara yang kaya dengan kegiatan ekonomi seperti
perlombongan, pertanian, hasil-hasil hutan dan aktiviti perdagangan dengan struktur
sosial-politik yang stabil dan bebas daripada kawalan dan cengkaman negara asing.

Keadaan ini berubah selepas kedatangan pihak barat yang menjajah negara mereka dan
telah menyebabkan negara dunia ketiga ini mengalami krisis ekonomi kerana segala
khazanah alam dan hasil bumi yang lumayan talah dimiliki dan diambil oleh pihak
penjajah. Dengan itu juga maka bermulalah satu proses pembangunan semula di negara-
negara dunia ketiga. Akibat daripada proses pembangunan yang tidak seimbang di negara
dunia ketiga ini telah mewujudkan negara yang dikenali sebagai negara miskin dan
negara barat yang menjajah itu dikenali sebagai negara kaya.

2.0 DEFINISI NEGARA DUNIA KETIGA

Negara-negara dunia ketiga ataupun juga dikenali sebagai negara sedang membangun ini
dikelasifikasikan sebagai negara yang tidak mempunyai sebarang industri yang
sofistikated dan mempunyai pendapatan perkapita yang rendah. Negara ini meliputi
hampir keseluruhan di benua Afrika, Asia dan negara-negara Amerika Selatan.

Sebarang ekonomi di negara dunia ketiga dikategorikan sebagai murahan dan mempunyai
tenaga kerja yang tidak berskil langsung.Terdapat hampir 70% daripada penduduk dunia
ketiga terlibat dalam aktiviti pertanian yang serba kekurangan (tradisional) . Mereka juga
merupakan golongan yang tidak sihat, berpenyakit dan sesetengah negara mengalami
masalah kebuluran. Kegiatan ekonomi banyak bergantung pada hasil pertanian utama
yang tidak komersial dan berbentuk sara diri, rendah harga pasaran dan tidak begitu
berkualiti.

3.0 PROSES PENJAJAHAN DI NEGARA DUNIA KETIGA

Sebenarnya ditinjau dari segi sejarah, penjajahan adalah proses yang sudah lama berlaku.
Ia bermula atau berasal sejak apa yang dikenali sebagai voyages of discovery, apabila
Christopher Columbus mencari new world atau tanah baru untuk raja mereka dan
pelayaran Vasco da Gama mengelilingi dunia mencari kekayaan bagi raja mereka.
Ertinya ia bermula dengan munculnya perkembangan kapatalisme di Eropah kira-kira
500 tahun dahulu. Perkembangan selanjutnya dalam bentuk sistem penjajahan dan
imperialisme. Ciri-ciri utama sistem ini ialah penindasan dan perompakan ekonomi
(kekayaan sumber alam) ke atas wilayah atau bangsa yang dijajah atau dikuasai bagi
mendapatkan keuntungan dan untuk memastikan penimbunan modal.

Pada zaman awal penjajahan yang lampau kita dapati bahawa kuasa ketenteraan/militer
sering digunakan bagi melaksanakan penaklukan atau penguasaan ekonomi dan politik ke
atas negara dunia ketiga.

Pada era penjajahan negara barat ke atas negara dunia ketiga terdapat beberapa sebab
yang mempengaruhi barat menjajah negara tersebut, antaranya ialah :

1. Mendapatkan sumber bahan mentah. Negara barat yang sememangnya


kekurangan bahan mentah telah memaksa mereka menjelajah mencari kawasan
yang kaya dengan sumber alam ini seperti bahan galian dan hasil perhutanan. Ini
telah mendorong negara kuasa barat ini menjajah negara dunia ketiga yang kaya
dengan sumber bahan mentah. Revolusi perusahaan yang berlaku di negara barat
telah mendorong negara barat ini mengambil kesempatan memperluaskan
penguasaan ke atas negara dunia ketiga.
2. Negara kuasa barat ini melakukan penjajahan di negara dunia ketiga adalah untuk
melengkapi agenda bagi meluaskan empayar dan jajahan takluk mereka. Negara
kuasa barat ini berlumba-lumba menguasai negara dunia ketiga kerana ia
merupakan kawasan yang kaya dengan bahan mentah dan strategik untuk
dijadikan pengkalan tentera. Conrohnya negara di Asia Tenggara pada masa
tersebut adalah amat strategik untuk dijadikan pengkalan tentera dan pelabuhan
kerana ia menjadi laluan utama kapal dagang kerana kawasan ini terlindung dari
pengaruh tiupan angin monsun
3. Satu lagi faktor yang menyebabkan barat menjajah negara dunia ketiga ialah bagi
mengembangkan agama dan ideologi. Tumpuan mereka ialah negara yang
penduduknya beragama Islam. Selepas zaman renaissen, pihak kristian negara di
barat secara yang agresif cuba mengembang agama mereka kesetiap pelusuk
dunia. Mereka mempunyai hasrat unutk mengkristiankan umat Islam terutamanya
tetapi masih tidak tercapai. Adalah dipercayai bahawa kedatangan barat di Tanah
melayu berdasarkan kepada 3G iaitu God, Glory dan Gold (tuhan, kegemilangan
dan emas). Namum begitu pihak barat ini hanya mencapai 2G sahaja iaitu Glory
dan Gold (kegemilangan dan emas) kerana tidak berjaya mengkristiankan orang
melayu yang beragama islam.

Penjajahan bentuk baru dalam era globalisasi masa kini adalah lebih berhemah, iaitu
penjajahan dalam bentuk penguasaan ekonomi yang sekaligus merangkumi aspek politik
dan sosial sesebuah negara mengikut sistem kapatalisme.

4.0 TERMA-TERMA PENTING


Terdapat beberapa terma penting yang perlu dijelaskan di sini dalam usaha memberi
pemahaman yang tepat terhadap topik kajian yang dibuat ini. Antara terma tersebut ialah :

4.1 Status-quo

Perkataan ini adalah berasal dari bahasa Latin.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1993), status-quo bermaksud :

"Sebagaimana keadaan sebelumnya atau sebagaimana keadaannya sekarang".

Manakala Oxford Advanced Learners Dictionary (1990) pula menyatakan bahawa


status-quo ditakrifkan sebagai :

"The situation or state of affairs as it is now, or as it was before a recent change".

Pada masa penjajahan, kuasa ketenteraan sering digunakan dalam usaha menakluk dan
menguasai ekonomi dan politik negara lain. Hal ini tidak lagi berlaku sekarang di mana
kuasa ketenteraan digunakan kecuali dalam kes Perang Teluk. Kalau kita lihat antara
tujuan utama penjajahan itu sendiri adalah untuk menindas dan mengeksploitasi sumber
ekonomi dan kekayaan negara yang dikuasai mereka.

Selepas Perang Dunia Kedua, pihak penjajah termasuk British, Belanda, Amerika
Syarikat, Sepanyol, Jerman dan sebagainya terpaksa memulangkan kembali sedikit demi
sedikit tanah jajahan mereka akibat daripada kebangkitan perjuangan kemerdekaan di
negara jajahan takluk mereka. Secara tak langsung hal ini akan mengakibatkan sumber
kekayaan dari hasil yang di bolot di negara jajahan akan hilang.

Maka oleh kerana itulah selepas penjajahan baru wujud konsep negara kaya dan juga
negara miskin. Faktor penjajahan dan penindasan inilah seterusnya menyebabkan negara
kaya menjadi bertambah kaya manakala negara miskin akan terus-terusan miskin.

Oleh kerana corak pentadbiran dunia menjadi semakin beretika melalui Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (walaupun ianya tidak mempunyai kuasa yang total) maka
kaedah penjajahan bentuk baru telah diwujudkan oleh bekas kolonial dengan kelihatan
lebih berhemah. Ini adalah supaya mereka (negara kaya) dapat mengekalkan status-
quo mereka di bidang ekonomi (kekayaan) dan termasuk juga bidang politik.
4.2 Teori Kebergantungan

Menurut Dos Santos (1971), Teori Kebergantungan bermaksud :

"....... an historical condition which shapes a certain structure of the world economy such
that it favors some countries to the detriment of others and limits the development
possibilities of the subordinate economics..... a situation in which the economy of a
certain group of countries is conditioned by the development and expansion of another
economy, to which their own is subjected ".

Teori Kebergantungan ini diwujudkan supaya pihak negara kaya terus-terusan mendapat
faedah keatas sumber kekayaan negara miskin seperti bahan mentah, hasil bumi dan
sebagainya. Pihak negara kaya sebagai metropolis dengan beberapa kelebihan yang ada
dari segi teknologi dan kepakaran ditonjolkan sebagai menguasai ekonomi dan maju.
Manakala negara miskin (satelit) hanyalah bertindak sebagai menyediakan keperluan
bahan mentah dan sumber alam yang ada untuk disalurkan kepada metropolis tadi untuk
menghasilkan produk akhir ataupun barangan siap yang kemudiannya dijual kembali
kepada negara satelit tersebut.

Selain daripada ekonomi pergantungan ini, kesan-kesan dari penjajahan juga turut
mengujudkan ekonomi dualisme, pengabaian ekonomi sara diri, perubahan pemilikan dan
juga ketidakstabilan politik negara yang di jajah.

Teori Kebergantungan ini sangat berkait rapat dengan terma Neokolonialisme di mana
sesebuah negara miskin bekas jajahan akan bergantung kepada negara kaya di dalam
membangunkan ekonomi mereka. Aliran perdagangan mereka akan melibatkan pelaburan
asing, pinjaman asing, bantuan asing dan juga hutang asing
4.3 Globalisasi

Menurut Ruud Lubbers dalam artikelnya yang bertajuk "The Globalization of Economy
and Society" terma Globalisasi merujuk kepada maksud :

"the becoming and making worldwide of various phenomena has accelerated at such a
pace that it is giving rise to a variety of new phenomena. Globalization entails a
quantitative shift of several autonomous national economies to a global marketplace for
production, distribution, and technology. All this has resulted in the emergence of a
worldwide confrontation of political, societal, and ethical insights...........".

4.4 Kapitalisme

Kapitalisme dalam laissez faire bermaksud pengasingan yang menyeluruh di antara aspek
ekonomi dan negara (pemerintahan) serta juga hal-hal keagamaan. Ianya adalah satu
sistem sosial berdasarkan kepada pemilikan individu dalam konteks pengeluaran dengan
tiada kawalan sepenuhnya daripada pihak kerajaan serta terpisah daripada sapek
keagamaan. Kapitalisme menganggap bahawa setiap individu adalah pemilik (berhak)
keatas dirinya sendiri dan boleh menentukan sendiri cara untuk bertindak atau membuat
keputusan selagi individu tersebut tidak menganggu hak individu lain.

Terma Globalisasi dan Kapitalisme sangat berkait rapat antara satu sama lain. Proses
globalisasi ini terjelma dalam hubungan serta interaksi ekonomi seluruh dunia. Namun
ianya lebih didominasi oleh pihak barat (negara kaya). Penguasaan ekonomi oleh
beberapa negara kapitalis global membawa juga pengaruh yang kuat dalam bidang politik
ke atas negara miskin.

Dr. Syed Husin Ali (1998) dalam artikel bertajuk "Kesan Buruk
Globalisasi" menyatakan bahawa :

"Ciri utama sistem penjajahan ialah penindasan atau perompakan ekonomi ke atas
wilayah atau bangsa yang di jajah atau dikuasai untuk memastikan penimbunan modal
atau kekayaan oleh negara penjajah atau imperialis itu."

Salah satu contoh yang jelas ialah pihak kapitalis Syarikat Hindia Timur yang menjajah
Indonesia.
Antara institusi dalam bidang ekonomi yang boleh digunakan oleh pusat kapitalis dunia,
khususnya Amerika Syarikat untuk menguasai negara Dunia Ketiga (miskin) ialah Bank
Dunia dan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) yang ditubuhkan pada tahun 1945.
Amerika Syarikat sebagai penyumbang modal terbesar di dalam kedua-dua institusi itu
beserta negara-negara kapitalis dunia yang lain mempunyai kuasa membuat keputusan
bagi institusi tersebut Maka dengan itulah Bank Dunia dan IMF telah dijadikan sebagai
salah satu alat negara kapitalis (kaya) berkenaan untuk menekan dan menindas negara
miskin yang mungkin dapat menyaingi mereka kelak dari segi ekonomi.

Pemberian pinjaman oleh IMF kepada negara yang sangat memerlukannya misalnya
kepada Indonesia akibat kegawatan ekonomi sekarang dikatakan telah menindas negara
tersebut dari segi pengenaan pelbagai syarat ketat yang merugikan Indonesia itu sendiri.
Antara syarat tersebut ialah penyusunan semula dalam bidang ekonomi dan politik negara
peminjam, pembukaan pasaran, penarikan balik subsidi ke atas barangan utama dan
sebagainya. Semua syarat tersebut akan menguntungkan negara kapitalis yang telah sedia
kaya.

Seterusnya negara miskin yang meminjam daripada Bank Dunia atau IMF akan berada di
bawah telunjuk dan pengaruh negara kapitalis tersebut. Pengalaman di beberapa negara
(seperti Mexico dan Filipina) menunjukkan pinjaman dari Bank Dunia dan IMF boleh
mengakibatkan mereka terletak di bawah telunjuk Amerika melalui badan itu. (Dr. Syed
Husin Ali, 1998).

Bagaimanapun mereka bersikap "double standard" apabila negara kolonial dan dikatakan
kaya seperti mereka memohon bantuan pinjaman melalui institusi tersebut. Sikap itu
tergambar apabila mereka bertindak cepat memberi pinjaman kepada Russia berjumlah
RM68.4 bilion manakala Indonesia yang menghadapi masalah ekonomi lebih teruk dan
sudah lama mengemukakan permohonan, tidak mendapat perhatian yang
sewajarnya. (Berita Harian, 22 Julai 1998).

5.0 KONSEP-KONSEP YANG MUNCUL SELEPAS ERA PENJAJAHAN

5.1 Negara Maju dan Kaya

Pada hakikatnya sesebuah negara yang kaya atau maju adalah didasarkan kepada
pembangunan yang terdapat dalam sesebuah negara tersebut. Akan tetapi dalam tahun-
tahun kebelakangan, pembangunan sesebuah negara pada asasnya dirujuk kepada
pertumbuhan ekonomi dari segi Keluaran Negara Kasar [ KNK ]. Keluaran Negara Kasar
yang tinggi dianggap sebagai ukuran kejayaan dalam pembangunan. Namun begitu, ianya
telah mula berubah, faktor pembangunan pada masa ini adalah lebih menyeluruh meliputi
objektif sosial dan dianggap bahawa jika kemajuan masyarakat hendak diperolehi,
pertumbuhan ekonomi sahaja tidak memadai walaupun ia diperlukan. Menurut
Adiseshian, pembangunan adalah pertumbuhan ekonomi berserta dengan perubahan
sosial dalam sesebuah negara tersebut. Di dalam pembangunan ini, pelajaran dan sains
adalah merupakan tekanan-tekanan yang paling kuat dan paling sukar untuk diatasi.
Pembangunan juga merujuk kepada modenisasi di mana institusi negara dan sistem nilai
ubah untuk memenuhi revolusi jangkaan yang bertambah.

Menurut Profesor Simon Kuznets [1971], dalam pembangunan ekonomi, terdapat tiga
komponen untuk mendefinasikannya iaitu :

1. Mempertahankan kenaikan keluaran nasional.


2. Penggunaan teknologi terkini.
3. Kawalan ideologi dan institusi.

Beliau juga menyenaraikan enam kriteria yang boleh menggalakkan pertumbuhan yang
membolehkan sesebuah negara beralih kepada negara maju dan kaya iaitu :

1. Tinggi kadar pertumbuhan per kapita.


2. Produktiviti meningkat
3. Tinggi kadar transformasi struktur.
4. Tinggi kadar perubahan sosial dan ideologi.
5. Kemampuan mengeluarkan bahan mentah dan memasarkannya.
6. Mampu untk mengahkan pertumbuhan ekonomi untuk 1/3 penduduk
dunia.

5.2 Kemiskinan dan Kemunduran

Soal kemiskinan memang sudah lama dan banyak diperkatakan orang. Telah beberapa
dekad yang lalu, melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terdapat badan-badan di
antaranya FAO, UNESCO, ESCAP dan sebagainya cuba menampilkan kajian terhadap
tahap kemunduran dan kemiskinan sesebuah negara. Pelbagai istilah yang digunakan bagi
melabelkan negara tidak maju di antaranya ialah, negara miskin, negara mundur, negara
membanguan, negara kurang membangun dan sebagainya. Persoalan yang timbul, apakah
yang dimaksudkan dengan kemiskinan itu? Bagaimana hendak mengukurnya? Apakah
pula punca yang khusus?
Kirkpatrik, Lee dan Nixson (1984) membahagikan negara membangun kepada tiga
kategori berdasarkan Keluaran Negara Kasar (KNK) iaitu:

1. Ekonomi berpendapatan rendah (KNK perkapita tidak melebihi US$400.00)


2. Cth: Malawi, India dan Sudan
3. Juga dikenali sebagai negara Kurang membangun atau negara mundur
4. Ekonomi berpendapatan sederhana (KNK perkapita ialan antara US$400.00
hingga US$1700.00) Cth: Kenya, Zambia dan Indonesia
5. Ekonomi berpendapatan sederhana tinggi (KNK perkapita ialah antara
US$1700.00 hingga US$6000) Cth: Malaysia, Brazil dan Hong Kong

Bank Dunia (1992), membahagikan negara membangun mengikut Keluaran Negara


Kasar.

1. Ekonomi berpendapatan rendah (negara miskin)( KNK tidak melebihi


US$600.00)
2. Terdapat 42 buah negara miskin
3. Ekonomi pendapatan sederhana (KNK perkapita tidak melebihi US$600.00
hingga US$2490)
4. Ekonomi pendapatan sederhana tinggi (KNK perkapita tidak
melebihiUS$2490.00 hingga US$7050.00)

Mathur mengklasifikasikan negara membangun kepada lima mengikut ciri-ciri ekonomi


yang banyak mempengaruhi keupayaan pembangunan negara tersebut iaitu:

Kekangan buruh dalam ekonomi tradisional yang sudah menghampiri ekonomi secukup
hidup. Negara-negara yang berada dalam kumpulan ini lazimnya mengalami masalah
tenaga kerja. Ekonomi negara-negara dalam kelompok ini adalah ekonomi tradisional
yang sudah menghampiri ekonomi cukup hidup. Tenaga buruh kebanyakannya tertumpu
dalam sektor tradisional pertanian. Lazimnya pendapatan dalam sektor pertanian
tradisional ini adalah relatif rendah.

1. Kekangan tanah dalam ekonomi tradisional yang menghampiri ekonomi secukup


hidup. Negara-negara yang berada dalam kelompok ini tidak mengalami masalah
kekurangan buruh sebaliknya mereka menghadapi kekurangan tanah. Lebihan
buruh ini pula tidak dapat diserapkan dalam sektor-sektor formal kerana negara-
negara dalam kelompok ini gagal untuk mengembangkan sektor formal
disebabkan oleh masalah-masalah ekonomi dalaman negara masing-masing.
Contoh negara yang mempunyai sifat-sifat ini ialah India dan Mesir.
2. Ekonomi yang dikekang oleh pertukaran luar: kebergantungan pada perdagangan
antarabangsa. Negara-negara yang berada dalam kumpulan ini sebenarnya adalah
negara-negara yang pernah dijajah oleh kuasa Barat. Oleh itu, sektor ekonominya
juga dipengaruhi oleh Barat. Negara-negara dalam kelompok ini menjalankan
kegiatan dwi-ekonomi iaitu pertanian secara ladang dan sektor perindustrian.
Kedua-dua sektor ini mempunyai hubungan dengan kepentingnan negara-negara
Barat. Oleh itu kebanyakan input untuk kedua-dua sektor terutamanya barangan
peringkat pertengahan diimport daripada negara-negara Barat Keadaan ini
menyebabkan pembangunan banyak dipengaruhi oleh kadar nilai tukaran wang
asing.
3. Negara-negara yang mempunyai pusat kepentingan negara luar; pusat
perkhidmatan dan penempatan firma-firma pemasangan luar pantai. Negara-
negara ini menjadi pusat lokasi industri pembuatan luar pantai yang dimiliki oleh
syarikat-syarikat gergasi antarabangsa. Syarikat berbagai bangsa bertapak di
negara-negara membangun kerana negara-negara membangun kerana negara ini
mempunyai persediaan tenaga buruh yang murah dan peluang pemasaran yang
luas dan mudah. Penduduk atau pekerja lama kelamaan akan terdedah kepada
teknologi luar dan memberi kesan positif kepada negara-negara membangun
untuk mengembangkan sektor perindustriannya sendiri yang akhirnya dapat
megenepikan kepentingan syarikat-syarikat daripada luar.
4. Negara-negara pengeksport minyak. Negara-negara dalam kumpulan ini adalah
negara yang kaya dengan minyak dan dalam aspek pendapatan perkapita mereka
adalah adalah antara yang tinggi di dunia.

5.3 Erti Kemiskinan

Secara umumnya kemiskinan boleh diterjemahkan dengan kekurangan segala aspek


keperluan asasi. Ini merangkumi di dalam keperluan seperti makanan, perlindungan dan
pakaian. Selain itu kemudahan sosial seperti hospital, sekolah, sistem perhubungan dan
sebagainya.

Dari segi perspektif ekonomi, ia boleh ditafsirkan dengan alasan ketiadaan atau
kekurangan kemampuan di sebabkan oleh tingkatan pendapatan atau pendapatan per
kapita, pemilikan dan pekerjaan yang rendah.

Ahli-ahli sosiologi melihat kemiskinan bukan semata-mata berdasarkan pendapatan yang


diterima seseorang. Mereka berpendapat bahawa faktor-faktor lain seperti seperti
pengagihan pendapatan, peluang sosial dan ekonomi juga perlu dilihat dalam
menghuraikan tentang kemiskinan (Mohd Taib, 1993) .

6.0 AGENDA-AGENDA NEGARA BARAT (KAYA)

6.1 Mengapa negara-negara barat melabelkan negara miskin di dunia ketiga.

Sesuatu teori dan dasar pembangunan yang lengkap bagi majoriti penduduk dunia yang
kemunduran tidak dapat di bentuk secara tepat tanpa merujuk terlebih dahulu bagaimana
keadaan sejarah ekonomi dan sosial masa lampau negara-negara miskin tersebut.
Sebelum ini kebanyakan ahli-ahli sejarah cuma mengkaji sejarah negara-negara
metropolitan yang telah maju dan jarang menumpukan perhatian kepada negara-negara
yang pernah dijajah dan mundur.

Kebanyakan kajian tentang pembangunan dan kemunduran gagal untuk mengambil kira
perhubungan ekonomi dan perhubungan-perhubungan yang lain antara negara
metropolitan dengan tanah-tanah jajahannya yang menggunakan sistem perdagangan
kapitalisme. Akhirnya teori tersebut telah gagal untuk menerangkan struktur dan
pembangunan sistem kapitalis itu secara keseluruhannya, tanpa mengambil kira tentang
wujudnya kemunduran yang serentak dengan pembangunan di seluruh dunia.

Melalui pengetahuan sejarah yang lengkap akan dapat menunjukkan bahawa kemunduran
bukanlah berlaku secara semula jadi atau sedia ada. Jelas di sini bahawa keadaan masa
silam negara-negara mundur sama sekali tidak sama dalam semua aspek sekali pun
berbanding dengan masa silam negara-negara maju.

6.2 Sebab-sebab Pengkelasan oleh Negara Kaya

6.2.1 Hasil Penyelidikan Sejarah

Hasil penyelidikan sejarah telah menampakkan bahawa kemunduran pada masa ini
adalah hasil dari hubungan berterusan antara negara-negara satelit yang miskin dengan
negara-negara metropolitan yang telah maju. Hubungan ini juga dipanggil sebagai Teori
Kebergantungan. Hubungan-hubungan ini merupakan bahagian yang diperlukan bagi
struktur dan pembangunan sistem kapitalis di peringkat seluruh dunia. Melalui hubungan
ini negara maju akan memastikan dan merangsangkan bantuan modal, pembentukan
instutusi dan ideologi-ideologi kepada negara-negara miskin tersebut. Hubungan yang
diwujudkan ini antara lain adalah bertujuan untuk memperlengkapkan pengaruh sektor
ekonominya yang selamanya ingin di lihat sebagai negara maju. Pendapat ini disokong
lagi oleh Setiausaha Agung bagi Pusat Penyelidikan Amerika Latin di bidang sains
Kemasyarakatan menulis dalam jurnal Pusat tersebut:

"Keberuntungan kedudukan sesebuah bandaraya itu bermula sejak dari zaman kolonial.
Ia diasaskan oleh penjajah untuk memenuhi matlamat-matlamat yang sama dengan apa
yang ia sedanag penuhi sekarang ini iaitu dari segi ekonominya: untuk menarik masuk
penduduk peribumi ke dalam bidang ekonomi yang di bawa dan dimajukan oleh penjajah
tersebut dan keturunan-keturunannya. Bandaraya Wilayah yang dijajah itu telah menjadi
alat bagi penjajah untuk kepentingan ekonominya dan masih lagi merupakan sebagai
alat kekuasaannya. The Instituto Nacional Indigenesita (National Indian Institute) di
Mexico mengesahkan pemerhatian ini apabila ia mencatatkan bahawa pada hakikatnya
penduduk mestizo, selamanya tinggal di bandaraya, iaitu satu pusat bagi wilayah
antara-budaya yang bertindak sebagai metropolis(ibu kota) bagi sesuatu zon penduduk
peribumi dan yang mengekalkan satu hubungan yang baik dengan komuniti-komuniti
mundur dengan menghubungkan pusat itu dengan komuniti-komuniti satelit (yang
bergantung kepada komuniti yang lebih besar dan kukuh)."

(Amir Hussein dan Baharuddin, Pembangunan Ekonomi Dunia Ketiga, 1990 m.s.
205)
Hubungan metropolis-satelit ini bukanlah hanya terhad di peringkat imperial atau
antarabangsa, malah menembusi dan menstrukturkan kehidupan dari segi ekonomi,
politik dan sosial.

Setiap negara metropolis ini akan bertindak untuk mengekalkan struktur monopolistik
dan hubungan eksploitatif sistem ini, selagi ia memenuhi kepentingan-kepentingan untuk
menggalakkan pembangunan dan memperkayakan golongan pemerintah mereka sendiri.

Samada tindakan penindasan ini disengajakan ataupun tidak disengajakan, kewujudan


kedua-dua negara miskin dan negara maju dalam satu sistem antarabangsa dikuasai oleh
satu hubungan kuasa yang tidak seimbang di antara negara pusat dengan negara pinggir.
Ini menyebabkan usaha-usaha negara miskin dalam pembangunan untuk berdikari dan
tidak mahu bergantung kepada negara kaya menjadi bertambah rumit dan adakalanya
mustahil.

6.2.2 Faktor Penjajahan

Jikalau dikaji dari faktor sejarah, bahawa negara-negara yang miskin itu adalah dari
negara-negara yang pernah dijajah oleh negara-negara kaya atau maju. Penjajahan ini
antara lain yang bertujuan unutk kepentingan ekonomi negara tersebut dan secara
keseluruhannya mempengaruhi sosio-budaya dan politik negara yang dijajah itu untuk
meluaskan lagi pengaruhnya sebagai sebuah negara yang kuat dan mempunyai teknologi
yang sering berkembang. Kesan dari penjajahan ini menyebabkan mereka melebelkan
negara mereka sebagai sebuah negara yang mesti dihormati kerana kekuatan yang mereka
miliki dan dipakai idea-idea mereka di dalam aspek ekonomi untuk keselamatan
penduduk di negara yang dijajah. Negara-negara kaya ini akan seterusnya
mengekalkan status-quo mereka untuk kepentingan peribadi selagi dunia mengamalkan
teori kapitalisme di dalam aspek ekonomi dan teknologi untuk mengelarkan negara
mereka sebagai salah sebuah negara kaya. Penguasan negara-negara kaya terhadap
negara-negara miskin seterusnya akan berlaku selama negara miskin tersebut bergantung
kepada daya pengeluaran yang berasaskan perindustrian.

Antara strategi negara-negara kaya ini untuk mengekalkan status-quo mereka adalah
dengan cara melakukan sekatan modal yang bertujuan untuk mempercepatkan lagi
pengaruh mereka dalam pertumbuhan dan pembangunan yang dilakukan oleh para cerdik
pandai (dalam bentuk perang dingin) dan golongan oportunis mereka ke atas negara-
negara kurang maju. Pertumbuhan dan pembangunan yang mereka lakukan adalah dalam
menentukan modal dan teknik secara besar-besaran daripada negara maju kepada negara
kurang maju. Seterusnya pengekalan kemiskinan yang berlaku di sebahagian dunia ketiga
adalah disebebkan oleh kewujudan negara-negara kapitalis dan pengekalan kuasa mereka
berlaku melalui golongan-golongan elit di negara-negara maju.

6.3 Bagaimana mereka melakukan proses ini.

Prose ini berlaku sejak era penjajahan keatas negara-negara dunia ketiga lagi iaitu setelah
berlakunya "Revolusi Perindustrian".
Kesan "back-wash" antarabangsa yang menghalang perubahan pembangunan di negara-
negara dunia ketiga yang menyebabkan berlakunya proses ini antaranya seperti:

1. Negara-negara yang berkuasa akan mengawal dan menggunakan bahan-bahan


mentah dan pasaran barangan untuk kepentingan mereka.
2. Penyebaran kuasa-kuasa kapitalis antarabangsa ke atas ekonomi negara-negara
miskin melalui aktiviti-aktiviti pelaburan asing pertubuhan perbadanan
antarabangsa (MNC).
3. Eksport sains dan teknologi oleh negara-negara maju yang tidak sesuai.
4. Pemindahan sistem pendidikan yang sudah lapuk dan tidak sesuai digunakan ke
atas negara-negara miskin.
5. Mewujudkan teori-teori dan dasar-dasar perdagangan antarabangsa yang kurang
baik sehingga menyebabkan negara miskin hanya mengeksport hasil barangan
utama sahaja.
6. Negara maju menghapuskan usaha-usaha perindustrian negara miskin dengan
mencurahkan keluaran mereka yang murah kepada pasaran yang dikawal oleh
negara maju.
7. Pemberian bantuan yang kurang baik menyebabkan pewujudan ekonomi dualisme
di dalam peringkat negeri.
8. Merosakkan moral individu-individu yang kaya melalui "kesan domentrasi"
(demonstration sffect) berkaitan dengan penggunaan barang mewah. Contohnya
ialah iklan-iklan di dalam majalah dan juga filem yang diimport dari luar.

Negara moden juga akan ditenggelami sekiranya tidak memberikan tumpuan terhadap
asas perindustrian dan pengeluaran yang cukup besar. Imperialis British, Leo
Amery mengingatkan, kuasa yang akan berjaya adalah negara yang mempunyai asas
perindustrian yang paling besar. Bangsa yang mempunyai kekuatan perindustrian dan
kuasa mencipta serta sains akan mampu menewaskan bangsa lain.

Salah satu muslihat utama pembangunan oleh negara kaya untuk membolehkan
pelancaran berlaku ialah dengan mengadakan mobiliti tabungan dalam dan luar negara
supaya dapat mewujudkan pelaburan yang cukup untuk mempercepatkan pertumbuhan
ekonomi negara mereka. Mekanisme ekonomi menyatakan bahawa lebih banyak
pelaburan akan membawa kepada kedudukan pertumbuhan yang memberangsangkan
(teori ekonomi makro).

7.0 KESIMPULAN

Setelah meninjau daripada pelbagai aspek dan permasalahan yang timbul dalam dunia
sekarang ini, wujudlah persoalan dalam diri kita bertapa kuatnya pengaruh dan dominasi
pihak Negara Kaya dalam mempengaruhi kehidupan dan arah tuju negara miskin.

Semuanya ini diperlakukan sedemikian rupa bagi mengekalkan cengkaman


pemerintahan, dengan kata lain mengekalkan penjajahan walaupun dengan cara yang
lebih berhemah iaitu cara ekonomi. Ini terbukti daripada cara mereka mendominasikan
kekuatan, kalau dulunya mereka lebih cenderung menggunakan kekuatan ketenteraan
tetapi sekarang ini penjajahan mereka lebih kepada kuasa ekonomi dengan menguasai
pasaran, penguasaan harga bahan mentah, penakrifan harga hasil bumi dan lain-lain lagi.

Kalau dilihat interaksi antara ekonomi dan strategi, kerana setiap negara maju (kaya)
dalam sistem antarabangsa senantiasa sahaja berusaha sedaya-upaya untuk menambah
kekayaan dan kuasa masing-masing, agar menjadi (atau kekal) kaya dan kuat. Jadi
menjadi suatu tanggungjawab bagi kita sebagai pihak tertindas mengkaji daripada
pelbagai aspek kekuatan dan kelemahan mereka bagi mencari jalan meloloskan diri
daripada kongkongan negara maju (kaya).

Mereka mempunyai pelbagai kuasa kuasa bagi mengekalkan kuasa mereka yang paling
utama dan terperinci diperbincangkan dalam laporan ini ialah Teori Kebergantungan
dan Status-Quo itu sendiri. Jelaslah dari teori ini wujudnya kongkongan dominasi
mereka (negara maju) yang sebegitu rupa bagi mengongkong kebangkitan negara-negara
miskin. Kesalahan ini tidak hanya boleh diletakkan di pihak mereka sebetulnya, kerana
negara miskin juga terlibat dalam membiarkan keadaan ini berleluasa dan berkembang
sebegitu rupa. Jadi Dosa ini terpalit kepada kita jua akhirnya apabila dikaji dengan lebih
teliti lagi.

Negara-negara miskin walaupun menyedari keadaan ini berlaku tetapi tidak cuba lari
daripada keadaan ini malah terus menongkah teori kebergantungan dan status-quo ini
berkembang, yang mana ianya akan terus menerus mencengkam negara-negara miskin.
Keadaan ini sedikit sebanyak boleh dikurangkan dengan bersatunya kelompok negara-
negara miskin itu sendiri. Jadi dengan bersatu bersama kelompok tertindas ini akan boleh
menangkis serangan negara-negara maju ke atas ekonomi kelompok ini, sebagaimana
yang berlaku kepada negara tercinta kita Malaysia dan negara selatan yang lain.

Jadi jelaslah pelbagai Teori Kesatuan yang dicadangkan oleh pemimpin kita sebagai
suatu alternatif yang cukup berguna bagi meleraikan walaupun tidak banyak, cengkaman
pihak negara maju. Di antara cadangan berguna daripada pemimpin kita ialah
Pengkongsian Bijak. Ini kerana kita boleh berkongsi teknologi, kepandaian dan
ekspolitasi bahan mentah sesama kita kerana tidak semua yang diistilah mundur (atau
miskin) itu miskin daripada pelbagai segi kerana kadangkala negara itu juga mempunyai
pelbagai hasil bumi, teknologi dan bijak pandai boleh dipergunakan ke arah kemajuan
sejagat amnya atau negara-negara miskin ini khasnya.

Ini bertepatan dengan konsep Kesatuan Ummah dalam Islam yang boleh dipraktikkan di
antara negara-negara miskin untuk menyatukan umat manusia ke arah kebaikan bagi
meleraikan dominasi negara maju bagi membina kekuatan sesama negara-negara miskin
menuju kemajuan bersama.

Anda mungkin juga menyukai