Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

NO. PERKARA M/S


1.0 PENGHARGAAN 1
2.0 PENGENALAN 2
3.0 DEFINISI NUSYUZ 3
3.1 BAHASA
3.2 ISTILAH
4.0 BENTUK BERLAKUNYA NUSYUZ 4-5
4.1 NUSYUZ DARI PIHAK ISTERI
4.2 NUSYUZ DARI PIHAK SUAMI
5.0 HUKUM NUSYUZ 6
5.1 SUMBER DARI AL- QURAN
5.2 SUMBER DARI SUNNAH
6.0 CARA PENYELESAIAN NUSYUZ 7-12
6.1 NUSYUZ DARI PIHAK ISTERI
6.2 NUSYUZ DARI PIHAK SUAMI
7.0 KESIMPULAN 13
8.0 RUJUKAN 14
1.0 PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, selawat serta salam ke atas
junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya yang suci serta para sahabat
baginda yang terpilih. Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t
pemilik sekalian alam.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, akhirnya folio ini dapat juga disiapkan tepat pada
waktunya walaupun banyak rintangan dan dugaan yang melanda sepanjang tempoh menyiapkan
tugasan ini.

Di sini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah yang tidak pernah jemu dan letih semasa menyampaikan ilmu iaitu Ustazah Hajah
Azizah binti Ismail. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan panduan sepanjang sesi
pembelajaran. Beliau juga banyak memberi nasihat yang sangat berguna dalam kehidupan
sebagai umat Islam.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan seperjuangan saya iaitu rakan-rakan
dari kelas OHOPE yang sentiasa membantu dan bekerjasama untuk bersama-sama menyiapkan
tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa yang tidak henti- henti memberi sokongan moral
agar tidak mudah berputus asa walau sebesar mana pun dugaan yang diterima kerana ada
hikmah di sebalik kejadian.

Sekian, terima kasih.

1
2.0 PENGENALAN

Konflik bukanlah satu isu asing dalam kehidupan berumah tangga, lebih-lebih lagi dengan
suasana masa kini, pasangan banyak terdedah dengan unsur-unsur negatif yang boleh menjurus
kea rah tersebut. Sejak akhir-akhir ini, isu keruntuhan rumah tangga semakin menjadi-jadi
sehingga membawa kepada peningkatan kes penceraian yang semakin serius. Namun, setiap
konflik rumah tangga tidak semestinya diakhiri dengan penceraian kerana masih terdapat
kaedah-kaedah lain yang dianjurkan dalam Islam bagi mengembalikan semula keharmonian
rumah tangga . terdapat beberapa faktor yang menyebabakan berlakunya konflik rumah tangga
antaranya ialah nusyuz. Kadang kalanya nusyuz berpunca dari pihak isteri (nusyuz isteri) atau
suami (nusyuz suami) atau kedua-duanya.

Perkataan nusyuz telah disebut dalam al- Quran sebanyak lima kali yang memberi
pelbagai maksud daripada segi bahasanya. Perkataan nusyuz begitu sinonim dengan sikap isteri
yang ingkar atau tidak bertanggungjawab terhadap suaminya. Namun hakikatnya nusyuz juga
berkemungkinan berrlaku pada suami iaitu suami yang tidak melaksanakan tanggungjawab, tidak
menunaikan hak-hak isteri dan tidak berlaku adil dalam berpoligami. Berdasarkan realiti semasa
dan hasil kajian yang telah dibuat, kadar nusyuz dalam kalangan lelaki adalah lebih tinggi
berbanding perempuan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kes-kes penceraian.

3.0 DEFINISI NUSYUZ


3.1 BAHASA

Dari segi bahasa, nusyuz bersal dari bahasa Arab yang diambil dari kata annasyzu, annasyazu
bermaksud kawasan bumi yang tinggi. Kata jamaknya: ansyazu dan nusyuz. Nasyaza, yansyuzu,
nusyuzan- mukabumi yang kelihatan muncul.

Selain itu, nusyuz juga bermaksud suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap
menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak.
Tindakan itulah dikira derhaka.

Nusyuz berlaku di antara suami isteri, iaitu kebencian dari salah seorang kepada pasangannya.
Perempuan yang nusyuz terhadap suaminya bermaksud isteri yang meninggi diri, derhaka,
membuatkan suami marah dan keluar dari taatkan suami.

3.2 ISTILAH

Dari segi istilah, nusyuz bermaksud isteri menderhakai suami dalam perkara yang menjadi hak
kepada suami dan tanggungjawab ke atas isteri yang diwajibkan melalui pernikahan yang
berlaku. Isteri itu meninggi diri dari taatkan suaminya lalu dinamakan nasyiz (perempuan yang
nusyuz).

Di samping itu, nusyuz juga bermaksud suami atau isteri yang cuai dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka terhadap pasangan sebagaimana yang telah diamanahkan oleh Allah swt
tanpa ada sebarang alsan untuk tidak melaksanakan amanah tersebut melainkan terdapat
keuzuran syarie.

4.0 BENTUK BERLAKUNYA NUSYUZ


4.1 NUSYUZ DARI PIHAK ISTERI

Nusyuz boleh berlaku dari pihak isteri dalam keadaan-keadaan berikut:

1. Isteri menyerahkan tubuhnya untuk disetubuhi suami tetapi menghalang suami dari
mengambil kesedapan dalam bentuk lain, begitu juga sentuhan tanpa keuzuran dari pihak
isteri dan pendahuluan bagi persetubuhan.
2. Keluar dari rumah tanpa izin suami melainkan rumah tersebut membahayakan.
3. Ihram dengan haji atau umrah tanpa izin suami.
4. keluar dari agama Islam
5. menyanggahi (tidak taatkan) suami
6. enggan berbuka puasa sunat selepas disuruh oleh suami.

Imam Abu Zuhrah juga ada menyebutkan beberapa keadaan yang boleh berlaku nusyuz.
Di antaranya:
1. Apabila isteri enggan berpindah ke rumah suaminya tanpa sebab syari, sedangkan suami
mengajak isteri berpindah. Suami menyediakan tempat tinggal yang sesuai dengan isteri.
Demikian juga, apabila isteri keluar rumah tanpa izin suami, dan isteri berterusan dalam
keadaan nusyuz-lama atau singkat. Justru, tidak ada nafkah untuk isteri ketika ini. Apabila
isteri kembali mentaati suami dan tinggal menetap di rumah yang disediakan suaminya,
maka nafkah kembali menjadi hak isteri dalam tempoh selepas itu.
2. Apabila suami isteri tinggal di rumah isteri dengan izin isteri, kemudian isteri menegah
suami dari memasuki rumah tersebut. Isteri tidak meminta berpindah dari suami ke
rumah yang disediakan oleh suami dan memberikan masa untuk suami mencarikan
rumah untuk mereka. Halangan dari isteri terhadap suami dari memasuki rumah tanpa
permintaan tersebut di atas dianggap keluar dari taatkan suami. Maka dikira nusyuz juga.
Jika isteri menghalang suami memasuki rumah selepas isteri meminta dari suami
4
untuk berpindah dan memberikan masa yang mencukupi kepada suaminya mencari
rumah, maka dalam kes ini tidak dianggap isteri yang menghalang suaminya sebagai
nusyuz. Justeru, isteri berhak menerima nafkah. Jika dianggap menghalang, maka ia
adalah halangan dengan betul, bukannya salah. Nafkahnya tidak gugur kerana hak isteri
ialah disediakan rumah untuknya, bukan isteri yang menyediakan rumah untuk suami.
3. Perempuan yang bekerja: Apabila isteri bekerja, tidak tinggal di rumah sahaja, tidak ada
nafkah baginya jika suami meminta isteri tinggal di rumah sedangkan isteri enggan
menurutnya. Sebaliknya jika suami redha dengan keadaan tersebut (isteri bekerja yang
tidak tinggal tetap di rumah), maka bererti ia redha dengan keadaan isteri yang hanya
sebentar memperuntukkan masanya untuk suami. Justru, wajib diberikan nafkah kepada
isteri.

4.2 NUSYUZ DARI PIHAK SUAMI

Nusyuz juga berlaku pada suami iaitu apabila suami tidak melaksanakan tanggungjawab, tidak
menunaikan hak-hak isteri, mengeluarkan perkataan yang kasar kepada isteri, tidak berlaku adil
dalam berpoligami, suami mengabaikan tanggungjawab kepada isteri dan keluarga, pukul isteri
tanpa sebab, tidak jelaskan nafkah isteri dan keluarga, suami makan hasil kerja isteri, dan suami
melibatkan diri dalam maksiat.

5.0 HUKUM NUSYUZ

5.1 AL- QURAN


Dari Al-Quran, Allah Taala memerintahkan para suami mengajarkan adab (tadib) kepada para
isteri mereka ketika isteri itu nusyuz (keluar dari taatkan suami dan tidak menunaikan hak-hak
suami).
Firman Allah yang bermaksud: Dan perempuan-perempuan yang kamu takutkan nusyuz
mereka, maka nasihatkanlah mereka dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah mereka dari
tempat tidur dan (jika mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak
menyakitkan bertujuan mengajar mereka). Maka jika mereka taatkan kamu, maka janganlah
kamu berlaku secara melampau ke atas mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha
Besar. An-Nisa:34

Dengan jelas, ayat ini memberikan hak kepada suami untuk mengajar adab isteri mereka apabila
para isteri tersebut cuai dalam melaksanakan hak suami dalam bentuk yang boleh dikategorikan
sebagai nusyuz, dan jadilah isteri tersebut nasyiz.

5.2 SUNNAH

Dari Zurarah bin Aufa, dari Abi Hurairah, dari sabda Nabi saw, yang bermaksud Apabila seorang
isteri bermalam dengan meninggalkan tempat tidur suaminya, Malaikat melaknatnya hingga ke
subuh. Hadis riwayat Muslim.

6.0 CARA PENYELESAIAN NUSYUZ


6.1 NUSYUZ DARI PIHAK ISTERI

Dalil yang menunjukkan hak suami mengajar adab isterinya:

1. Firman Allah Taala yang bermaksud: Jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka.
At-Tahrim:6

Mujahid berkata: Pesanlah keluargamu dan ingatkan mereka dengan bertaqwa kepada Allah
dan ajarkan adab kepada mereka.

Allah Taala memerintahkan orang Islam dalam ayat ini supaya menjaga keluarganya dari api
neraka. Perintah ini termasuk kepada suami kerana isterinya termasuk dalam kalangan
keluarganya. Penjagaan dari api neraka ialah melalui taatkan Allah dan menjauhkan perkara yang
dilarang Allah dengan cara nasihat, bimbingan dan lain-lain cara yang dibenarkan.

2. Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan perempuan yang kamu takutkan berlakunya nusyuz
dari mereka, maka nasihatilah mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat
tidur dan (kalau mereka terus berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan
mengajarnya) an-Nisa:34

Ayat ini jelas memberikan hak kepada suami untuk mengajar adab isterinya apabila isteri
tersebut cuai terhadap hak suami dalam bentuk yang boleh dikategorikan sebagai nusyuz.

3. Sabda Nabi saw yang bermaksud: Setiap dari kamu adalah penjaga/pengawal, dan setiap dari
kamu bertanggungjawab terhadap perkara yang dijaga/dikawalnyaDan seorang lelaki ialah
penjaga/pengawal terhadap keluarganya, dan dia bertanggungjawab tentang jagaannya..

Dalam penjelasan terhadap hadis ini disebut: Keluarga seseorang dan dirinya adalah termasuk
7
dalam jagaannya dan ia bertanggungjawab terhadap mereka, kerana Allah Taala
memerintahkannya seseorang supaya bersungguh menjaga mereka dari api neraka dengan
mengajak mereka mentaati dan menjunjung perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Cara Mengajar Adab (Tadib):


Ar Razi menyebut mengatakan bahawa Allah Taala memulakan dengan nasihat, kemudian
beranjak kepada meninggalkan tempat tidur, kemudian kepada pukul. Perkara ini dengan
jelas memberitahu sekiranya tujuan mengembalikan pasangan yang nusyuz itu kepada
taat dapat dicapai dengan jalan paling mudah, maka wajib menggunakan cara tersebut
sahaja, dan tidak boleh menggunakan cara yang lebih dari itu.

1. Nasihat dan bimbingan

Nasihatilah para isteri itu dengan kitab Allah Taala, peringatkan mereka tentang kewajipan-
kewajipan yang Allah letakkan di bahu mereka-pergaulan yang baik, interaksi suami isteri yang
elok, pengakuan terhadap hak suami ke atas isteri. Diingatkan juga dengan sabda Nabi yang
bermaksud: Sekiranya aku menyuruh seseorang sujud kepada orang lain, nescaya aku suruh
isteri sujud kepada suaminya.

Imam Shafie berkata: Bentuk nasihat itu ialah dengan suami berkata kepada isterinya:
Bertaqwalah engkau kepada Allah (atau takutlah engkau kepada Allah). Aku mempunyai hak
terhadap kamu. Kembalilah ke pangkal jalan. Engkau mesti mengetahui taatkan aku ini wajib dan
lain-lain bentuk nasihat.

Ringkasnya, suami memulakan dengan nasihat dan peringatan. Lalu ia jelaskan kepada isteri
haramnya nusyuz dan kesan buruknya kepada kehidupan berumahtangga. Suami juga mesti
bersedia mendengar pandangan isterinya dalam isu berkaitan.
8
2. Meninggalkan tempat tidur
Al-Qurtubi berkata: iaitu suami tidur dengan membelakangi isterinya dan tidak
menyetubuhinya.
Mujahid berkata: Para suami menjauhi dari tempat tidur.
Ar-Razi berkata: Sekiranya isteri terus nusyuz, ketika itu suami boleh meninggalkan isteri pada
tempat tidur. Secara tersirat juga ialah dengan meninggalkan bercakap dengan isteri.
As-Shafie berkata: Dalam perkara meninggalkan bercakap dengan isteri, suami jangan melebihi
dari 3 hari. Demikian juga, apabila suami meninggalkan isteri pada tempat tidur; sekiranya isteri
sayangkan suaminya, isteri akan merasa sukar dan perit apabila suaminya memulaukannya pada
tempat tidur dan tidak bercakap. Justeru, ia akan meninggalkan nusyuz itu dan kembali taatkan
suaminya. Jika si isteri bencikan suaminya, maka si isteri memang hendakkan perkara tersebut
berlaku dan ia menjadi dalil si isteri itu memang mahu menderhakainya.

Ringkasnya, jika nasihat suami tidak memberi kesan, suami tinggalkan tempat tidur-samada
membelakanginya atau tidur di tempat lain. Dengan demikian, setiap pasangan akan mengetahui
betapa berhajatnya masing-masing kepada pasangannya.

3. Pukulan yang tidak menyakitkan

Ulama tafsir menyebut: Pukulan yang disebut dalam firman Allah ialah pukulan mengajar adab
yang tidak menyakitkan. Ia pukulan yang menyakitkan tetapi tidak mematahkan tulang dan tidak
melukakan. Wajah hendaklah dijauhi kerana tujuan dari pukulan ialah memperbaiki keadaan
isteri, tidak yang lain.
As-Shafie berkata: Pukulan mengajar adab diharuskan tetapi meninggalkannya lebih baik. Ata
berkata: Suami janganlah memukul isterinya. Jika si suami menyuruhnya dan melarangnya, dan
isteri tetap tidak mentaatinya, maka marahilah ia.
Abu Bakar ibn al-Arabi mengulas perkataan Ata: Ini menunjukkan kefaqihan Ata. Ia
9
memahami syariah dan patuhnya Ata pada tempat ijtihad. Ata memahami bahawa perintah
pukul di sini ialah perintah harus sahaja. Dan Ata membataskannya kepada makruhnya pukul
dari jalan yang lain pada perkataan Nabi saw tentang Abdullah bin Zamah: Maksudnya:
Sesungguhnya aku benci kepada seorang lelaki yang memukul hambanya ketika ia marah, dan
barangkali ia menyetubuhinya pada malamnya. dan pada hadis lain yang dikeluarkan oleh Malik
bahawa Rasulullah saw member izin memukul isteri, sabda Rasulullah yang bermaksud Pukullah,
dan orang baik dan terpilih dari kalangan kamu tidak akan memukul.

Jika meninggalkan tempat tidur tidak memberi kesan, suami harus memukul dengan pukulan
tidak menyakitkan bertujuan mengajar adab kepada isteri, jika si suami merasakan si isteri akan
kembali taat dengan pukulan tersebut.

4. Menghantar dua orang pendamai (hakam)

Perkara yang disunatkan ialah seorang qadhi menghantar 2 orang yang adil dan menjadikan
mereka berdua sebagai pendamai. Paling baik jika dipilih seorang dari kalangan keluarga pihak
suami dan seorang dari keluarga pihak isteri. Ini kerana kaum keluarga mereka berdua lebih
memahami dengan keadaan keduanya dari orang lain dan lebih prihatin terhadap keinginan
mahu mendamaikan. Jika dua orang pendamai itu dari kalangan orang asing, ia juga diharuskan.
Matlamat pendamai ini ialah supaya masing-masing pendamai duduk bersama suami dan
seorang lagi bersama isteri secara berasingan dan cuba menyingkap dan menyelami isu sebenar
yang berlaku di antara suami isteri tersebut dan mengetahui keinginan sebenar kedua-dua
pasangan suami isteri itu sama ada untuk terus bersama atau berpisah. Kedua-dua pendamai
kemudian bertemu dan melakukan perkara terbaik sama ada menjatuhkan talak atau khulu.

10
6.2 NUSYUZ DARI PIHAK SUAMI

Apabila keretakan rumahtangga itu datang dari pihak suami seperti suami yang menghalang hak
isteri dalam giliran, nafkah atau mengeluarkan perkataan yang kasar dan keras kepada isterinya,
atau melalui perbuatan, maka isteri boleh menasihati suaminya dan memberi peringatan
kepadanya tentang hak si isteri ke atas suami. Misalnya dengan firman Allah: Maksudnya: Dan
gaulilah isteri kamu dengan cara yang baik. Jika kamu bencikan mereka, maka mudah-mudahan
kamu membenci sesuatu sedangkan Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. An-Nisa:
19 Isteri juga boleh mengingatkan suami dengan sabda Nabi saw, maksudnya: Sebaik-baik kamu
ialah orang yang berlaku baik kepada isteri dan ahli keluarganya. Dan aku ialah orang yang paling
baik di kalangan kamu terhadap ahli keluargaku. Riwayat at-Tirmizi.

Dan sabda Nabi saw yang bermaksud: Kamu ambillah peringatan dan nasihat berkenaan wanita
dengan melakukan kebaikan kepada mereka. Riwayat Bukhari.

Isteri perlu mengingatkan suami tentang implikasi perbuatan zalim yang dilakukannya, dan
balasan Allah terhadapnya. Jika suami sedar dan insaf, itulah yang terbaik. Jika tidak, isteri boleh
membuat pengaduan kepada qadhi bagi menyelesaikan hak isteri terhadap suami, kerana qadhi
dilantik bagi mengembalikan hak kepada empunyanya. Isteri juga tidak mampu mengembalikan
haknya secara bersendirian.

Qadhi wajib memberi tekanan kepada suami untuk mengembalikan hak isteri dan menghalang
dari segala bentuk kezaliman ke atas isteri. Jika suami berlaku kasar terhadap isterinya,
menyakitinya dengan cara memukulnya atau memakinya tanpa sebab, qadhi hendaklah
menegah si suami dari perlakuan tersebut. Jika si suami kembali melakukannya, dan isteri
menuntut dari qadhi menjatuhkan hukuman takzir kepadanya, qadhi boleh mentakzirkannya
dengan hukuman yang boleh membaiki perbuatan si suami tersebut. Jika pertelingkahan
11
bertambah, qadhi boleh menghantar dua orang hakam (orang tengah sebagai pendamai) untuk
mendamaikan kedua suami isteri tersebut, atau menceraikan mereka dengan satu talaq
sekiranya tidak dapat didamaikan.

Selain itu, firman Allah yang bermaksud Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari
suaminya nusyuz (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami
isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya) kerana
perdamaian itu lebih baik (bagi mereka dari bercerai-berai).an-Nisa:128

12
7.0 KESIMPULAN

Nusyuz adalah perubahan sikap salah seorang dari suami isteri terhadap pasangannya dan
tidak ada hubungan atau pergaulan yang baik di antara keduanya, yang bentuknya boleh
ditafsirkan dalam perkataan mahupun perbuatan, atau mungkin disebabkan oleh beberapa
faktor biasa seperti umur suami atau isteri yang masih muda, kurang pengalaman atau
pendidikan dalam berumah tangga, pendapatan tidak tetap, dan tanggungan keluarga yang
banyak.

Oleh itu, bagi mengurangkan permasalahan ini, sebelum melangsungkan perkahwinan,


setiap pasangan haruslah menghadirkan diri ke kursus perkahwinan yang memberi banyak input
bagaimana cara membina keluarga, pendidikan agama dan pembinaan hidup bermasyarakat.
Setiap pasangan haruslah bersedia untuk memulakan hidup berumah tangga dengan
bersungguh-sungguh dan tidak mengambil mudah tentang soal alam rumah tangga. Pasangan
juga mestilah saling bertanggungjawab, saling menghargai, dan memahami hak dan kewajipan
antara suami isteri.

13
8.0 RUJUKAN

1. NUSYUZ SUAMI ISTERI, Z. A Kadir,


http://www.stppgowa.ac.id/index.php?option=com_phocadownload&view=category&i
d=9:volume-2-no-2-tahun-2006&download=54:nusyuz-suami-isteri-tinjauan-sosiologis-
studi-kasus-pada-keluarga-tani&Itemid=58
2. NUSYUZ, Prof. Madya Dr. Mohd Nasran,
http://www.scribd.com/doc/16246303/Bab-9-Nusyuz-1
3. NUSYUZ: PERSPEKTIF RINGKAS DALAM FIQH DAN ENAKMEN UNDANG-UNDANG
KELUARGA ISLAM, NIK MUHAMMAD NASRI BIN NIK MALEK,
http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2009/08/DAIJ_Nusyuz1.pdf
4. NUSYUZ, SYIQAQ DAN HAKAM, NORZULAILI MOHD GHAZALI, WAN ABDUL FATTAH WAN
ISMAIL, KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA, NEGERI SEMBILAN, 2006
5. Konsep Nusyuz Suami dalam Perpekstif Hukum Perkahwinan Islam, Fatma Novida,
http://repository.usu.ac.id/bitstream/123456789/5447/1/10E00026.pdf

14

Anda mungkin juga menyukai