Anda di halaman 1dari 13

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan dan Interpretasi


Sidang Akademik 2017/2018
Semester 1

HMT 315/4 SOSIOLINGUISTIK

TUGASAN 1
Linguistik Determinisme yang dibincangkan dalam Teori Sapir - Whorf adalah tidak wujud manakala Linguistik
Relativiti adalah benar.

Nama pelajar:
Bil. Nama No Matrik No Tel E-mel
1. Choo Yee Chin 127648 0125543530 ycchin0323@gmail.com
2. Teh Shy Hui 127760 0194508213 shyhui521@gmail.com
3. Voon Nyet Yin 127764 0109824517 landsleyvoon@gmail.com
4. Voon Tze Ming 127765 0168614025 tzeming0616@gmail.com

Tarikh: 20/12/2017

Nama pensyarah: DR ANISWAL ABD GHANI

Tugasan ini diserahkan untuk memenuhi keperluan HMT 315/4 Sosiolinguistik. Saya/Kami yang bertandatangan di
bawah dengan ini mengaku bahawa tugasan yang diserahkan ini merupakan hasil kerja saya dan sebarang rujkan
telah dilakukan seperti yang sepatutnya mengikut peraturan membuat rujukan ilmiah.

Tandatangan pelajar: Tarikh:

Tanda
Ulasan Gred tangan
pemeriksa
dan tarikh

---oooOoo---
ABSTRAK
Hipotesis Sapir-Whorf menegaskan bahawa bahasa pertuturan yang berbeza menunjukkan
persepsi penutur terhadap realiti yang berbeza. Hal ini menyebabkan hipotesis Sapir-Whorf
sering dikaji dan dibahaskan dalam kalangan para ahli linguistik. Ternyatalah bahawa hipotesis
ini sangat kontroversial dengan pendapat sebahagian besar ahli linguistik. Oleh itu, hipotesis
tersebut turut dipilih oleh pengkaji untuk membincangkan dengan kritis dan lebih lanjut lagi
dalam penulisan esei ini. Dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara
bahasa dengan pemikiran dalam bahasa pertuturan berdasarkan hipotesis Sapir-Whorf. Data yang
diperoleh dalam kajian ini adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman dalam mempelajari ilmu
yang tidak kaitan dengan bahasa pertuturan pengkaji. Berdasarkan hasil kajian, pengkaji
menegaskan bahawa dalam hipotesis Sapir-Whorf, versi kuat yang mendukung linguistik
determiniesme sememangnya tidak wujud manakala versi lemah, iaitu linguistik relativiti pula
diterima.

1.0 LATAR BELAKANG


Edward Sapir (1884-1939) adalah seorang ahli linguistik di Amerika, manakala Benjamin Lee
Whorf (1897-1941) adalah salah seorang murid kepada Edward Sapir. Sapir dan Whorf sangat
memahami tentang konsep-konsep linguistik yang dikemukakan oleh para sarjana Eropah.
Dengan itu, Sapir dan Whorf turut memperkenalkan satu hipotesis iaitu hipotesis Sapir-Whorf.
Hipotesis ini didasari oleh penelitian Sapir dan Whorf terhadap suku Hopi di Afrika. Khususnya,
hipotesis Sapir-Whorf adalah sebuah pernyataan dalam teori linguistik relativiti yang
mengatakan bahawa terdapat hubungan erat antara bahasa, budaya, dan fikiran seseorang
penutur. Hal ini terbukti bahawa fikiran dan budaya seseorang sangat mempengaruhi bahasa
yang digunakan dalam komunikasi seharian. Bahasa ialah alat sarana komunikasi masyarakat
yang berfungsi untuk menyampaikan perasaan dan pemikiran setiap anggota masyarakat.
Misalnya, bahasa ibunda mempunyai kaitan rapat dengan pemikiran seseorang. Pemikiran
seseorang juga merefleksikan dunia pengalaman orang itu. Hipotesis ini membuktikan kajian
linguistik menyumbang kepentingan dalam bidang sains sosial. Oleh sebab itu, manusia, bahasa,
dan budaya tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain dan saling mempengaruhi serta
melengkapi. Tegasnya, kajian ini membincangkan hubungan antara bahasa dengan pemikiran
dalam bahasa pertuturan berdasarkan hipotesis Sapir-Whorf.
2.0 HIPOTESIS SAPIR-WHORF
Secara umumnya, Hipotesis Sapir-Whorf dapat dibahagikan kepada dua idea utama:
1. Versi Moderat: Linguistik Relativiti
Perbezaan struktur bahasa adalah seiringan dengan perbezaan kognitif. Hal ini bermakna
cara pandang kita terhadap realiti dipengaruhi oleh bahasa pertama kita kerana perbezaan
bahasa menyebabkan perbezaan pemikiran orang yang menggunakan bahasa tersebut.

2. Versi Ekstrem: Linguistik Determinisme


Struktur kognitif manusia ditentukan oleh kategori dan struktur yang sudah ada dalam
bahasa. Dengan kata lain, versi ini menyatakan bahawa cara pandang kita terhadap realiti
ditentukan sepenuhnya oleh bahasa pertama kita.

Berdasarkan hipotesis Sapir-Whorf, bahasa ibunda seseorang penutur telah membentuk


kategori-kategori yang bertindak sebagai sejenis jeruji atau kisi-kisi. Melalui kisi-kisi itu,
penutur melihat dunia di luar dirinya. Disebabkan “penglihatan” penutur terhalang oleh kisi-kisi,
maka pandangannya ke dunia luar seolah-olah diatur oleh kisi-kisi itu. Hal ini dikatakan
demikian kerana kisi-kisi itu telah memaksa penutur menggolong dan membentuk konsep
tentang pelbagai gejala dalam dunia itu berdasarkan bahasa ibundanya. Sehubungan itu, Sapir
pernah mengatakan bahawa “human are very much at the mercy of the particular language,
which has become the medium of expression for their society”. Hal ini bermaksud penutur akan
terperangkap oleh bahasa ibundanya. Whorf pula lebih menegaskan bahawa mereka bukan hanya
terperangkap, tetapi dicengkeram oleh bahasa ibundanya sepenuhnya. Hal ini dikatakan
demikian kerana menurut Whorf, kategori atau petanda yang kita tahu bukan merupakan realiti
objektif secara fizikal, tetapi merupakan realiti mental yang diperoleh daripada bahasa dalam
pemikiran kita. Jadi, hal ini menunjukkan bahawa bahasa itu sendiri yang memainkan peranan
seolah-olah “systems in our mind,” dan hal ini secara tidak sedar telah menentukan pandangan
dunia kita.

Pandangan ini turut dianggap sebagai versi kuat di mana struktur bahasa yang
menentukan cara penutur bahasa memandang dan mengenali dunia secara menyeluruh. Dalam
versi ini, bahasa bukan sahaja akan mempengaruhi cara pemikiran masyarakat ataupun memiliki
sumbangan kecil terhadap kewujudan budaya yang mewadahinya, tetapi lebih dari semua itu
sehingga bahasa diangkat sebagai penentu pokoknya atas kewujudan budaya. Dalam hal ini,
Whorf menyatakan bahawa kesan jalan pemikiran seseorang adalah ditentukan oleh bahasanya.
Dengan kata lain, suatu bangsa yang mempunyai bahasa yang beza daripada bangsa yang lain
akan mempunyai corak budaya dan jalan pemikiran yang berbeza juga. Hal ini dikatakan
demikian kerana telah menjadi fakta bahawa kehidupan sesuatu masyarakat adalah berpaksikan
sifat bahasa itu seperti yang dikatakan oleh Sapir bahawa apa yang kita lihat, dengar, alami dan
perbuatan sekarang ini adalah kerana sifat bahasa kita yang telah menggariskannya terlebih
dahulu. Boleh dikatakan bahawa setiap bahasa dari satu masyarakat telah membina satu dunia
tersendiri untuk penutur bahasa itu.
Antara impak versi kuat ini adalah sekiranya sesuatu bahasa memperincikan sesuatu
perkara, maka pengguna bahasa ini akan dapat melihat perbezaan persekitaran mereka lebih
terperinci dan sebaliknya. Dalam hal ini, Sapir dan Whorf telah memaparkan beberapa contoh
bagi menguatkan hipotesisnya. Antara contoh yang terkemuka ialah kata salji, iaitu di mana
orang Ekskimo telah memberi label yang berbeza pada objek salji tersebut padahal sebahagian
besar manusia memiliki kata yang sama untuk menggambarkan salji, tidak kira salji yang baru
turun saja dari langit, salji yang sudah mengeras ataupun meleleh, semua objek salji itu tetap
dinamakan salji. Selain daripada contoh salji, terdapat lagi contoh yang lain seperti orang
Hanunoo di Filipina memiliki kira-kira 92 nama untuk pelbagai jenis padi manakala orang Arab
pula memiliki beberapa nama untuk unta. Namun begitu, versi kuat ini dianggap tidak begitu
benar sehingga ditolak oleh banyak sarjana kerana aspek perincian dan keumuman hanya dapat
ditentukan oleh budaya sahaja. Contohnya, orang Ekskimo memperincikan salji kerana salji
merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada budaya kehidupan mereka. Versi kuat
sukar dibuktikan juga kerana terdapat manusia daripada budaya yang berbeza menuturkan
bahasa dengan struktur yang sama manakala manusia dari budaya yang sama pula menuturkan
bahasa dengan struktur yang berbeza.

Jadi, apabila linguistik determinisme merupakan sesuatu yang benar, maka komunikasi
lintas bahasa dan lintas budaya tidak mungkin terjadi, begitu juga dengan proses penterjemahan
dan pengajaran bahasa asing. Tetapi, kenyataan yang kita temui adalah sebaliknya. Komunikasi
lintas budaya dan bahasa, kegiatan penterjemahan dan pengajaran bahasa asing telah dilakukan
oleh pelbagai bangsa sejak berabad-abad yang lalu. Bukan itu sahaja, bahasa sebagai alat
komunikasi juga bererti “alat” dalam erti yang sebenarnya. Maksudnya, ada konsep dalam
pemikiran kita yang merujuk “realiti objektif di luar diri”, dan realiti inilah yang dapat dialihkan
atau dipindahkan dari satu bahasa ke bahasa lainnya. Jadi, dapat dilihat dengan jelas bahawa
terdapat sifat universal yang melekat pada bahasa, yakni bahasa sebagai alat atau wadah untuk
menyampaikan maklumat. Cara mengungkapkan sesuatu bahasa juga sering dipengaruhi oleh
budaya yang melatarbekanginya. Hal ini menunjukkan bahawa realitiviti bahasa dan relativiti
budaya sememangnya wujud. Justeru, bahasa merupakan alat komunikasi yang objektif dan
dibatasi oleh ciri alami suatu bahasa dan latar kulturalnya yang khas. Apa yang dapat
disimpulkan adalah huraian versi ekstrem yang dikemukakan dalam hipotesis Sapir-Whorf
ditolak, manakala versi moderat, iaitu liguistik relitiviti diterima. Sehubungan itu, beberapa
contoh akan dipaparkan untuk membuktikan bahawa determinisme sememangnya tidak wujud.
Versi moderat menekankan bahawa bahasa yang berbeza menganalisis alam ini dengan
cara yang berbeza, sehinggalah terciptanya satu relativiti antara sistem-sistem konsep yang
tergantung pada pelbagai bahasa sehingga boleh digunakan oleh pelbagai kelompok masyarakat.
Dalam hal ini, Sapir dan Whorf menyatakan bahawa orang berbicara dengan cara yang berbeza
kerana bahasa mereka menawarkan cara mengungkapkan makna tentang dunia persekitaran
mereka dengan cara yang berbeza juga. Penekanan “the structure of the language we speak
affects the way we perceive the world about us” menjelaskan bahawa struktur sesuatu bahasa itu
menggambarkan cara penutur memandang dunianya dan bagaimana budaya mempunyai
hubungan dengan bahasa. Hal ini terbukti apabila kita memperhatikan istilah-istilah teknikal
yang terdapat dalam perdagangan, pekerjaan atau profesion. Misalnya, seseorang pelajar dari
aliran sains semestinya akan lebih mudah berbicara tentang fenomena sains kerana mereka
mempunyai perbendaharaan kata atau istilah khas tentang bidang itu seperti yang ditunjukkan
melalui jadual di bawah berbanding dengan seseorang pelajar aliran sastera.

ISTILAH SAINS DEFINISI

Stereometri Ilmu ukur ruang atau isi padu sesuatu benda pepejal

Arteri Saluran darah yang membawa darah yang mengandungi oksigen


keluar daripada jantung untuk mengalir ke seluruh badan
Bateri Dua sel atau lebih yang disusun secara bersiri atau selari untuk
menghasilkan daya gerak elektrik

Fluorin Gas berwarna kuning pusat menyerupai klorin, berbau sengit dan
beracun.

Spora Biji-biji sel yang menjadi benih bagi tumbuh-tumbuhan yang tidak
berbunga, misalnya cendawan.

Jadual 1.0 Isitilah Sains dan Maksud


Mengikut versi kuat dalam hipotesis Sapir-Whorf, bahasa ibunda seseorang penutur yang
tidak akan mencakupi istilah-istilah tertentu dalam bidang sains. Dengan ini, penutur itu tidak
mungkin dapat memahami ilmu-ilmu yang terkandung dalam setiap istilah teknikal ini seperti
stereometri, fluorin dan spora selama-lamanya. Hal ini dikatakan demikian kerana struktur
bahasa tersebut tidak berada dalam mental seseorang penutur dan penutur tidak dapat
menggambarkannya. Walau bagaimanapun, hal ini adalah tidak benar kerana relativiti bahasa
dan relativiti budaya yang wujud berupaya mendorong penutur tersebut mencapai ilmu yang
cuba disampaikan walaupun bukan sepenuhnya. Dengan kata yang lain, perkara ini dapat dilihat
melalui perkembangan sains dan teknologi yang dimulai dari negara-negera yang maju seperti
Amerika Syarikat, Britain akhirnya ke seluruh dunia. Satu bukti yang kukuh untuk membuktikan
bahawa linguistik determinisme sememangnya tidak wujud adalah perkembangan tersebut bukan
hanya berkembang di negara barat semata-mata, malah negara-negara lain seperti Jepun, Korea,
Malaysia mahupun Indonesia turut dipengaruhi sedangkan bahasa yang diguna oleh negara-
negara tersebut adalah berlainan antara satu sama lain.
Seperti yang dikatakan oleh Sapir, wujudnya hubungan yang erat antara bahasa dengan
kebudayaan dan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain sehingga seseorang tidak dapat
memahami yang satu tanpa mengetahui yang lain.

NAVY TERMS DEFINISI

oldmen Kapten Kapal

head Tandas
highway 2/3 garisan atas uniform

rack katil

hatch pintu

chit Memohon cuti

Jadual 2.0 Navy Terms dan Maksud


Misalnya, seseorang yang terdedah dengan budaya tentera akan mengetahui bahawa navy terms
“head” adalah merujuk kepada tandas manakala perkataan yang lain seperti “chit” pula
membawa maksud memohon cuti. Bagi seseorang penutur yang berada di luar bidang
ketenteraan, memang amat sukar bagi mereka untuk membaca dan mencapai ilmu tersebut. Jadi,
kita dapat melihat dengan jelas bahawa seseorang penutur bahasa yang telah mengetahui istilah
tersebut akan lebih mudah memahami istilah tersebut jika dibandingkan dengan orang lain yang
tidak mempunyai pengetahuan istilah tersebut. Namun demikian, hal ini tidak bermakna mereka
tidak mungkin tidak dapat memahami istilah-istilah tersebut kerana kekangan bahasa semata-
mata. Satu lagi contoh ialah bagi orang Cina, “rack” bermaksud para-para. Mereka tidak
mengetahui bahawa sebenarnya “rack” ialah katil dalam navy terms. Walau bagaimanapun, ini
tidak menandakan bahawa mereka tidak mengetahui maksud “rack” tersebut, sebaliknya mereka
tidak didedahkan kepadanya. Biasanya, penutur bahasa Mandarin menggunakan perkataan
“chuang” untuk merujuk kepada katil, tetapi bukannya “rack”.

Hal ini dilihat oleh Olson (1983), seseorang sarjana yang mendukung hipotesis Sapir-
Whorf yang melihat bahawa kategori perseptual dan struktur kognitif individu merefleksikan
dunia pengalaman. Beliau turut mengatakan bahawa sesebuah peristiwa selalu dipersepsikan dan
dikategorikan secara relatif bergantung pada konteksnya. Misalnya, berkaitan dengan kata-kata
emosi, Levi (1973) melalui kajiannya di Tahiti menjelaskan bahawa tiada persamaan antara
perasaan buruk (bad feelings) dalam pemahaman orang Tahiti dengan perkataan sedih (sad)
dalam bahasa Inggeris. Orang Tahiti lebih menonjolkan perasaan mo’emo’e (sebuah perasaan
kesepian dan kesendirian) daripada sedih (sad). Melalui hasil kajian ini, Levi berpendapat
bahawa hal ini tidak menandakan orang Inggeris tidak dapat merasai perasaan mo’emo’e
manakala orang Tahiti tidak biasa dengan perasaan sedih (sad), tetapi apa yang berlaku ialah
kedua-dua perasaan tersebut mempunyai status yang berbeza sehingga tidak dapat diselaraskan.
Justeru, jika perasaan buruk (bad feeling) bagi orang Inggeris adalah sad, maka bagi orang Tahiti
adalah mo’emo’e.
Selain itu, apabila suatu bahasa mempunyai konsep perbezaan sedangkan yang lain tidak,
maka mereka yang menggunakan bahasa yang pertama akan lebih memahami perbezaan dalam
lingkungan mereka, terutamanya mengenai konsep yang menjadi pusat pemerhatian perbezaan
linguistik itu.

BAHASA MANDARIN BAHASA INGGERIS

Tang ge (abang sepupu sebelah bapa) Cousin

Tang jie (kakak sepupu sebelah bapa)

Tang di (adik sepupu lelaki sebelah bapa)

Tang mei (adik sepupu perempuan sebelah bapa)

Jiu jiu (abang/adik lelaki sebelah ibu) Uncle

Shu shu (adik sebelah bapa)

Bo bo (abang lelaki sebelah bapa)

Ah yi (kakak/adik perempuan sebelah ibu) Aunt

Gu gu (kakak/adik perempuan sebelah bapa)

Shen shen (isteri kepada adik lelaki sebelah bapa)

Xue jie (senior-perempuan) Senior

Xue Zhang (senior-lelaki)

Xue mei (junior-perempuan) Junior


Xue di (junior-lelaki)

Ta (dia-lelaki/perempuan) He, she, him, her

Jadual 3.0 Panggilan Bahasa Mandarin dan Panggilan Bahasa Inggeris

Melalui jadual yang ditunjukkan, bagi penutur Inggeris, cousin merujuk kepada semua
orang sepupu manakala bagi penutur Cina, terdapat banyak perkataan dalam menggambarkan
sepupu seperti “tang ge”, “tang jie”, “tang di” dan “tang mei”. Hal ini berlaku kerana sistem
kekeluargaan amat dipentingkan dalam masyarakat Cina tradisional sehingga konsep “Xiao”
(ketaatan) dijadikan asas dalam kehidupan seharian orang Cina. Oleh itu, gelaran bagi orang
yang lebih tua adalah berlainan mengikut jantina dan urutan seseorang menurut kelahiran sebagai
tanda penghormatan. Sebaliknya, seseorang penutur Inggeris akan mengklasifikasikan kesemua
sepupu dengan perkataan cousin tetapi mereka masih dapat membezakannya sama ada sepupu itu
daripada sebelah ibu atau daripada sebelah bapa. Justeru, dapat dikatakan bahawa bahasa
dikembangkan supaya sesuai dengan pelbagai budaya dan adalah tidak benar bahawa manusia
tidak dapat membezakan beberapa objek persepsi kerana tidak mempunyai perkataan yang
mampu menggambarkannya. Sebagai contoh, penutur Inggeris mesti dapat membezakan junior
yang berjantina perempuan dengan junior yang berjantina lelaki, walaupun kedua-dua hanya
dipanggil sebagai junior dalam bahasa Inggeris. Perkataan yang sama dapat dilihat melalui
bahasa mandarin yang hanya menggunakan perkataan “ta” untuk merujuk kepada kata ganti
nama diri orang ketiga “dia” tanpa mengira kejantinaan juga memahami erti “she” yang dirujuk
kepada dia yang berjantina perempuan manakala “he” pula dirujuk kepada dia yang berjantina
lelaki.

Oleh itu, dapat dikatakan bahawa manusia dapat berfikir tanpa menggunakan bahasa,
tetapi pola pemikiran manusia akan terpengaruh oleh bahasa ibunda dan budaya setempat. Oleh
itu, lahirlah situasi yang melibatkan pengalihan kod berlaku. Menurut Nik Safiah (1988), alih
kod ialah fenomena yang memperlihatkan perubahan dalam penggunaan bahasa atau jenis
bahasa yang diketahui seseorang mengikut keadaan tertentu. Sama dengan Nik Safiah, Poplack
(1988) pula melihat alih kod sebagai fenomena yang melibatkan penggunaan dua bahasa secara
berselang-seli di mana peminjaman melibatkan penggunaan kedua-dua kod secara serentak dan
kosa kata yang dipinjam diserap seterusnya menjadi sebahagian bahasa yang meminjam seperti
yang ditunjuk melalui jadual di bawah:

EMPAT JENIS PENGALIHAN KOD CONTOH


(PK)

1. Tempelan- apabila frasa khusus dalam -He’s handsome, kan?


sesuatu bahasa diselitkan ke dalam ujaran -Ah, no lah, my stomach full already.
yang lain.

2. Intraayat- PK yang muncul di - Hang memang terror lah.


sempadan klausa atau ayat - Style lah gaya rambut dia!
- Bro! I cabut first, got emergency case!
-Aku saja mahu test computer ini.

3. Interayat- PK yang muncul di - You semalam pi mana? I waiting for you so


sempadan klausa atau ayat, setiap ayat atau long men! I think you tak best lah sebab tak
klausa yang dialih disebut dalam bahasa tunggu aku
yang satu lagi

4. Intrakata- PK yang muncul dalam - Mempersiasuikan - memalukan


sempadan kata (terdiri daripada bahasa Hokkien (dialek bahasa
Cina), iaitu siasui dan digabungkan dengan
imbuhan apitan bahasa melayu memper…kan
- Menguploadkan – memuatnaikkan gambar
atau fail
-Kopi O peng – kopi tanpa susu yang dibubuhi
air batu
(perkataan bahasa melayu kopi digabung
dengan bahasa Hokkien peng)

Jadual 4.0 Jenis Pengalihan Kod dan Contoh


Justeru, hipotesis Sapir-Whorf turut menjelaskan penggabungan linguistik, di mana
bahasa menentukan pemikiran dengan relativiti linguistik iaitu tidak ada batasan pada
kepelbagaian struktural sesuatu bahasa. Dengan perkataan lain, bahasa ditentukan oleh cara
penutur itu berfikir. Cara seseorang penutur berfikir dan melihat bahasa tergambar menerusi
penggunaan perkataan-perkataan itu dengan lebih meluas. Sesetengah unsur bahasa, contohnya
kosa kata atau sistem tatabahasa telah mempengaruhi persepsi penutur seterusnya memberi kesan
terhadap sikap dan perilaku mereka. Namun begitu, struktur bahasa tidak menentukan
sepenuhnya pandangan dunia penutur tetapi masih mempunyai pengaruh terhadap pembentukan
pandangan dunia penutur. Hal ini sejajar dengan pernyataan Von Humboldt di mana beliau
menegaskan bahawa struktur bahasa turut mempengaruhi perkembangan pola-fikiran manusia,
dan dalam setiap bahasa terkandungan pandangan dunia yang khas. Relativiti linguistik yang
menjadi dasar dalam hipotesis Sapir-Whorf menekankan bahawa terdapat hubungan antara
bahasa, budaya dan pemikiran manusia. Dengan adanya bahasa, setiap individu mampu
membayangkan pengalamannya untuk berkomunikasi dengan orang lain kerana bahasa
merupakan satu sistem lambang yang tidak terbatas dan mampu mengungkapkan segala
pemikiran.

3.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, hipotesis Sapir-Whorf dapat dibahagikan kepada dua idea utama, iaitu relativiti
linguistik dan determinisme linguistik. Relativiti linguistik menunjukkan bahawa bahasa
mempengaruhi interpretasi seseorang dalam dunia, manakala determinisme linguistik
menunjukkan bahawa bahasa adalah lebih daripada mempengaruhi, iaitu menentukan persepsi
seseorang secara tidak langsung. Berdasarkan hasil kajian, pengkaji hanya menerima hipotesis
linguistik relativiti dan menolak linguistik determinisme. Hal ini demikian kerana sesuatu bahasa
yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat masih berkemungkinan bagi sesebuah masyarakat yang
langsung tiada latar belakang berkenaan untuk mempelajarinya walaupun bukan dapat dicapai
sepenuhnya.
RUJUKAN

Hamzah, Z. A. Z., & Hassan, A. F. M. (2011). Bahasa Dan Pemikiran Dalam Peribahasa Melayu.
GEMA Online Journal of Language Studies, 11(3).

Henle, P., & Brown, R. W. (1966). Language, Thought, Culture. United States of America: The
University of Michigan Press.

Kadarisman, A. E. (2008). Hipotesis Sapir-Whorf Dan Ungkap Verbal Keagamaan.“. Dalam


Linguistik Indonesia. Februari, 1-22.

Mujib, A. (2009). Hubungan Bahasa Dan Kebudayaan: Perspektif Sosiolinguistik. Adabiyyāt:


Jurnal Bahasa dan Sastra, 8(1), 141-154.

R. Ariffin R. Masittah. (1990). B. L. Whorf. Jurnal Dewan Bahasa. 34(1): 890-896.

Widhiarso, W., & UGM, F. P. (2005). Pengaruh Bahasa terhadap Pikiran. Journal of Psychology,
UGM.

Anda mungkin juga menyukai