Anda di halaman 1dari 5

Gerakan 4 Mei

 Demonstrasi yang dilancarkan oleh pelajar-pelajar Universiti Peking pada 4 Mei 1919.

 Gerakan ini bersifat intelektual (1917-1923).

 Perasaan tidak puas hati rakyat Cina terhadap Perjanjian Versailles yang memihak kepada Jepun

 5000 pensyarah dan mahasiswa Universiti Peking mengadakan demostrasi membantah keputusan
Perjanjian Versailles.

 Matlamat utama gerakan ini : menyelamatkan China daripada ancaman kuasa-kuasa asing.

Matlamat Gerakan 4 Mei

1. PENGEMBALIAN HAK-HAK CHINA DI SHANTUNG

 Faktor kemunculan Gerakan 4 Mei ialah Perjanjian Versailles yang memutuskan bahawa bekas
hak-hak Jerman di Shantung diserahkan kepada Jepun.

 Semasa Perang Dunia Pertama, Jepun telah merampas konsesi- konsesi Jerman di Shantung.

 Perjanjian Versailles tahun 1919 telah menyerahkan hak-hak Jerman di Shantung kepada Jepun.

2. PENOLAKAN 21 TUNTUTAN

 Pada 18 Januari 1915, Jepun telah membuat 21 tuntutan ke atas China.

 Tuntutan-tuntutan tersebut mensyaratkan China berjanji tidak akan menyerahkan atau


memajakkan kepada kuasa ketiga mana-mana pelabuhan, teluk atau pulau di sepanjang pantainya.

 China dikehendaki mengambil penasihat-penasihat Jepun dan menyetujui apa-apa keputusan


diantara Jepun dan Jerman berkenaan hak –hak Jerman di Shantung

 Selepas rundingan, China telah menerima tuntutan-tuntutan tersebut dengan beberapa pindaan
yang menguntungkannya.

 Golongan pelajar menganggap tuntutan-tuntutan berkenaan sebagai satu penghinaan kepada


China.

 Golongan Pelajar menuntut supaya China menolak sama sekali 21 tuntutan itu.
Faktor-faktor tercetus Gerakan 4
Mei

1. KETIDAKSTABILAN POLITIK

 Perselisihan faham timbul dalam kalangan pemimpin menyebabkan mereka tidak dapat
membentuk kerajaan yg kukuh.

 Gagal mengatur program-program bagi membangunkan negara yang mundur.

 Munculnya zaman kehulubalangan selepas kematian Yuan Shih-kai.

2. KEMUNCULAN GOLONGAN PEDAGANG DAN SAUDAGAR

 Semasa Perang Dunia Pertama, permintaan besi dan keluli meningkat .

Hal ini menyebabkan, munculnya golongan saudagar dan pekerja.

 Keadaan politik yang tidak stabil menjejaskan sumber pendapatan saudagar-saudagar dan
golongan pekerja.

 Mereka tidak berpuas hati dengan amalan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh
pegawai-pegawai kerajaan.

3. PERKEMBANGAN INTELEKTUALISME

Pelajar Peranan

Chen Tu-hsiu  Menerima pendidikan di Perancis


 Kembali ke China pada tahun 1915
 Menerbitkan majalah ‘New Youth’
 Menyeru golongan belia agar meninggalkan adat dan tradisi lama
 Menggesa mereka berfikiran progresif dan berpandangan jauh

Tsai Yuan-pei  Merupakan seorang mahasiswa Perancis


 Kembali ke tanah air pada tahun 1916
 Berkhidmat sebagai Canselor Universiti Peking
 Menjadikan Universiti Peking sebuah pusat pengajian tinggi yang
bebas
 Menyebarkan idea-idea Barat kepada pelajar

Hu Shih  Merupakan seorang mahasiswa Amerika Syarikat


 Memberikan sumbangan dalam bidang bahasa
 Memperkenalkan bahasa moden, iaitu Mandarin
4. PERKEMBANGAN IDEOLOGI KARL MARX DAN BOLSHEVIK

 Ramai pelajar yang menuntut di Universiti Peking terdedah kepada ideologi Marxism.

 Kakitangan Universiti Peking seperti Chen Tu-hsiu, Li Ta-chao, dan Mao Tze Tung turut
terpengaruh dengan ideologi Marxism.

 Pelajar-pelajar yang terpengaruh dengan ideologi Marxism menubuhkan beberapa buah


persekutuan untuk menyebarkan ideologi tersebut. Antaranya:

a) Persatuan Arus Baharu

b) Persatuan Majalah Rakyat

c) Kesatuan Pekerja dan Pelajar

5. PERISTIWA LUAR NEGERI

 Peristiwa yang berlaku di nagara asing turut memberi inspirasi kepada golongan nasionalis di
China.

 Antara peristiwa yang memberi kesan mendalam ialah Revolusi Bolshevik yang berlaku di Rusia
(1917).

 Revolusi sosial yang tercetus di Finland, Jerman, Australia, dan Hungary turut mempengaruhi
pencetusan Gerakan 4 Mei.

6. PENGAMBILAN WILAYAH SHANTUNG OLEH JEPUN

 Semasa Perang Dunia Pertama, Jepun bertindak menguasai wilayah Shantung daripada Jerman.

 Jepun menempatkan pasukan tenteranya bagi mengukuhkan kedudukan di wilayah tersebut.

 Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919 memutuskan hak- hak Jerman di
wilayah Shantung diserahkan kepada Jepun.

 Keputusan tersebut ditentang oleh orang Cina.

7. TUNTUTAN 21 PERKARA

 Jepun mengemukakan tuntutan tersebut dalam lima kumpulan kepada China (1915).

 Antara perkara-perkara yang terkandung dalam tuntutan:

a) China tidak menyerahkan atau memajakkan mana-mana wilayahnya kepada kuasa ketiga.

b) China dikehendaki melantik penasihat-penasihat Jepun dalam bidang kewangan, ketenteraan, dan
pasukan polis.

c) China harus menerima keputusan yang dicapai oleh Jepun dengan Jerman berhubung dengan hak-
hak Jerman di Shantung.
Kesan Gerakan 4 Mei

1. MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA

• Tekanan daripada, kerajaan China menolak Perjanjian Versailles.

• Ahli-ahli politik yang bertanggungjawab bagi penerimaan 21 tuntutan Jepun dipaksa meletakkan
jawatan.

• Dalam persidangan Washington 1921-1922, Jepun bersetuju untuk menarik diri dari wilayah
Shantung.

2. MELAHIRKAN SEMANGAT KEBANGSAAN

 Golongan pelajar mengadakan demonstrasi dan memulaukan barang-barang buatan Jepun.

 Demonstrasi dan pemogokan dilancarkan mendapat sambutan di seluruh negara.

 Demonstrasi oleh pekerja di Peking, Shanghai, Hankow, dan Tiensin.

 Pemulauan tersebut melahirkan perasaan anti-Jepun.

3. PERKEMBANGAN FAHAMAN KOMUNIS

 Mula bertapak dan mempengaruhi pelajar-pelajar daripada Universiti Peking.

 Fahaman tersebut terselah apabila Pertubuhan Pengajian Marxism di Universiti Peking oleh Li Ta-
chao, Chang Kuo-tao, Mao Tse-tung dan Chen Tu-hsiu.

4. MELEMAHKAN KEDUDUKAN HULUBALANG-HULUBALANG

 Golongan pelajar menyalahkan golongan hulubalang kerana gagal mempertahankan kepentingan


China dalam Perjanjian Versailles.

Kabinet terpaksa dibubarkan ekoran desakan orang ramai.

5. MENGUKUHKAN KEDUDUKAN KUOMINTANG

 Rakyat sokong Kuomintang yang berjuang untuk menyatukan China.

 Gerakan ini mendorong Dr. Sun Yat Sen untuk mengukuhkan kuasa di China.

 Kuomintang berjaya membentuk kerajaan baharu di Nanking (1928)

6. KEMUNCULAN GERAKAN KEBUDAYAAN BAHARU

 Surat khabar dan majalah memainkan peranan dalam pembinaan masyarakat China yang baharu.

 Antara majalah-majalah tersebut termasuk:

a) Aliran Baharu (New Tide)


b) Pembidas Mingguan (Weekly Critic)

c) Pemuda Baharu (New Youth)

 Golongan intelektual seperti Chen Tu-hsiu mengkritik masyarakat tradisional yang berteraskan
ajaran Confucius.

Anda mungkin juga menyukai